... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, July 26, 2009

"Makhluk nie Memang...!!!"

12:21 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Seperti yang diceritakan oleh Cik Eila dan Cik Mila kepada penaip bersama kawannya di restoran McD.

'Ramainya orang', kawan penaip, En Hilmi seolah-olah terkejut. Eh, biasalah keadaan cam nie. Malam hujung minggu lak tue. Mesti ramai orang. Penaip hanya mengomen dalam hati. Di sebelah, Cik Eila dan Cik Mila masih membelek kupon free untuk menyantap hidangan McD nanti. 'Dah confirm ke belum' penaip mula berasa lenguh berdiri lama. Setelah 5 minit berdiskusi, kedua-dua teman baik itu pun berpaling dan senyum lawa 'Dah... korang pergi book tempat dulu eh, nanti penuh pula'. 'Okey, jangan lupa beli ais krim sundae chocolate' Sempat lagi penaip memesan hidangan favourite penaip nie.

Kami mencari tempat yang strategik kat belakang, dindingnya bercermin boleh melihat suasana di luar. Yang di dalam kurang orang, sesuai sangat untuk cerita panas nanti. 'Macam mana dengan kes dulu, ada cerita baru tak', tanya penaip kepada En Hilmi. 'Ada, tapi dua orang tue lagi tau cerita nie. Lebih baik tanya dorang nanti. Dalam kelas ada kawan tunjuk gambar, cam tak percaya pun ada'. Penaip agak terkejut. Sampai ke situ pula jadinya. Selama nie penaip hanya membaca laporan kurang tepat la gamaknya. Kemudian, kami berceloteh pasal bola pulak, projek dorang dan lain-lain lagi.

Kemudian dalam 5 minit, Cik Eila dan Cik Mila mengusung dua hidangan santapan kitorang. Tak tergerak lak baik penaip mahupun En Hilmi untuk membantu. Biarkan dorang yang layan. Tapi, dorang berdua pun tak komplain, bagus juga dorang nie, mungkin tak terpengaruh dengan gadis-gadis yang asyik mengada-ada ja. Kononnya nak bermanja, tapi menyampahkan lagi ada la. Siap penaip puji lagi dorang nie, haha.

Selepas penaip membaca doa (saja nak taip, bukan nak riak ka apa), kami pon mula menjamah. Ais krim penaip nampak begitu menggoda. 'Camne projek, banyak ke duit sponsor yang dapat?' Soalan cepumas penaip kepada mereka. Kebetulan Cik Eila sekarang ialah pengarah projek dan Cik Mila ialah marketing dia. Hebat tuh. Ini perempuan millenium nie, kental dan gigih, bukan calang-calang orang boleh buat projek, ditambah ekonomi yang tak menentu nie, ada ke orang nak bagi sponsor?

Penaip melalut lagi, belum mula cerita lagi, dah sibuk puji-puji dua gadis pingitan nie lak. Pasni pasti kembang hidung dorang mendengarnya. Ops... membacanya. 'Macam mana dengan kes itu, ada cerita tak yang baru'. Tanya penaip, sekarang kepada fokus persoalan. 'Tanya la En Hilmi, dia pun tau'. Cik Mila seolah-olah segan nak bercerita, takut barangkali. 'Tadi En Hilmi dah cerita dah, yang lain tak da ka, mana la tau, dari pandangan perempuan, mungkin ada versi cerita lain pula', giat penaip lagi. 'Memang ada banyak cerita' Cik Eila pula bersuara. Tapi nampak macam segan nak meneruskan. Tak boleh jadi nie, penaip mula memikirkan idea lain macam mana nak bagi dorang buka mulut. 'Korang ada tak gambar...' belum sempat penaip nak habiskan En Hilmi memberi isyarat seperti meminta penaip jangan sambung 'Dorang tak tau pasal gambar tue, itu member kelas yang kasi tengok, antara kitorang ja'.

Pulak. Ingatkan semua dah tau. Nak cover line, penaip buat gear gostan / go a stand, 'Korang ada tengok tak gambar filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Laku filem tue. Dah 6.3 juta'. Kedua-duanya hampir serentak berkata dah. 'Best jugak ah, kelakar cerita tue. Seronok, bukannya takut' Cik Eila mengomen, menyebabkan hati penaip rasa ralat tak tengok lagi filem tue. Penaip pantang kalau filem Melayu yang dapat lebih 4 juta, tapi penaip sendiri tak tengok lagi. Bagi penaip, filem tu tentu ada nilai X kerana mampu menarik orang pergi menontonnya. Filem setakat dapat 1-2 juta penaip tak heran sangat. Penaip bukan prejudis dengan filem Melayu, tapi penaip malas nak layan, biar la orang lain. 'Sekarang kan kat bilik tak puas hati betul la, ada ja yang hilang' Cik Eila membuka mulut bercerita.

- bersambung

TAPI KAN :- Sebenarnya hajat di hati nak makan kat KFC, tapi berkecai la pulak bila mana Cik Mila ingin menggunakan kupon diskaun McD nya tue. Terlepas 'KFC separuh belanja' malam tue...

Friday, July 24, 2009

Segelas Teh Ais di Kafe

8:16 AM Posted by HM Hafizd 5 comments
Malam ini ubah selera sikit, makan kat kafe pula. Dok usha, dok perathi lauk-lauk, semua cam tak bermaya ja nak makan. Tukar plan, pergi isi kertas order. Nasi goreng kampung + telur mata menjadi pilihan. Itu je mampu untuk malam ini. Esok-esok try order nasi beriani lak, kalau ada la. Jadi, sementara menanti nasi masak, order segelas teh ais dahulu. Terus ambik pot kosong dan duduk di situ.

Dalam kafe malam nie tak la ramai orang sangat. Di depan, atas skrin tv ada menayang perlawanan bola. Dari tadi dok perathi juga, tapi jauh tak nampak sangat siapa yang lawan. Bila dah mai dekat, rupanya Man United vs something club from Korea rupanya. Ini friendly games. Dah 2-2. Macheda score. Wow, boleh tahan kelab Korea tue score dua biji. Beberapa minit kemudian, Berbatov, Owen, Scholes masuk padang. Aku terus leka menonton perlawanan bola di tv sambil menikmati hirupan teh ais dengan strow.

Sekilas, aku ada memandang kiri kanan. Dengan harapan dapat mencuci mata sikit. Di sebelah kanan langkau 2 meja dari aku ada 4 orang gadis duduk di sana. Rancak sekali berbual. Di depan tv, meja paling dekat dengan tv, ada 2 mamat yang sambil makan sambil kepala melangut ke skrin. Penyokong kipas-susah-mati MU kot nie. Yang lain, ada beberapa orang lagi yang lebih suka berbual dari fokus pada perlawanan. Juga ada yang menunggu seperti aku. Menunggu bila la makanan order boleh siap. Sambil itu aku tetap menghirup teh ais aku ini. Lemak berkrim pula malam ini rasanya. Lain dari sebelum-sebelumnya. Goal!!! Terkejut sikit aku. 2 orang mamat tadi menjerit kuat bila mana Berbatov meyumbat goal. Sekarang sudah 3-2.

Aku sambil-sambil melilau pada bola, sambil juga melilau pada meja 4 orang gadis tadi. Terbekenan pula rasanya. Dalam pemerhatian aku, yang pakai tudung hijau tue paling cute. Number 2 gadis sebelah kiri dia. Number 3 yang bertentangan dengan si tudung hijau tue, dan number 4 yang di sebelah kanannya. Dalam aku sejenak mengusha tanpa kebenaran tue, tiba-tiba si number 4 paling cute pun kebetulan kalih ke arah aku. Cis, malu aku kalau dia perasan aku dok usha depa. Sambil cover line aku pon menyumbat strow ke dalam mulut lagi. Tapi dia perasankah atau aku yang terperasan? Entah-entah dia perathi kat belakang aku. Mana la tau.

Dalam aku nak fokus balik, terdengar giliran aku dipanggil "number sembilan puluh sembilan..." Sebelum aku nak bangkit, sempat menghirup sikit lagi teh ais. Alamak, kali ini baru aku betul-betul perasan, teh ais aku dah hampir habis. Ciss, nasi belum makan air dah nak habis. Kalau tercekik satgi cam mana. Emm, otak dah mencongak. Tak pa lah, order je lah. Bila dah sampai depan kaunter tue "teh ais satu..."

TAPI KAN :- kalau la si tudung hijau tue yang pandang ke arah aku tadi, sudah tentu aku akan menghadiahkan senyuman lawa kepada dia. Aduhai...

Monday, July 20, 2009

Title? Entah la

1:02 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Hari ini 27hb Rejab 1430H. Hari ini bersamaan dengan peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku pada __ tahun dahulu. Jadi, untuk itu, saje nak menulis pasal peristiwa nie. Dok fikir-fikir juga, nak tulis tentang apa, atau maksudnya nak cerita dari mana. Nak google search pun malas pulak. Tapi, dalam kepala otak nie ada la ingat sikit-sikit lagi cerita dari ustaz masa sekolah dulu.

Bila baca entry member lama, SODIUM 6th tue, dia tulis pasal 'Matahari', teringat la pulak atau terfikir cam nie pulak. Aku sejak dua menjak nie sudah lama tak tengok matahari. Asyik melepak dalam rumah ja. Mak aku cakap cam anak dara la pulak. Maybe Mak confius sebab anak dara dia dua orang sudah bukan anak dara lagi dah, dah kahwin pun. Lepas nie kalau nak buat kenduri giliran aku la pulak. Tak tau gapnya berapa lama. Gap antara kakak sulung dengan kakak ngah 4 tahun. Nak tunggu aku, sampai 6, 7 tahun la jawabnya. Ada la masa ayah aku nak cari duit lagi nak buat kenduri, hehe. Jangan adik aku melangkah bendul sudaa.

Tapi bila renung-renung balik, dalam kampung aku mana ada orang muda dah sekarang. Jarang. Yang ada pun 3, 4 orang je, tu pun semua dok kat 'lik bukit' atau dalam bahasa standardnya sebelah bukit. Ada satu bukit nie yang berketinggian hanya 12 meter dari aras sungai memisahkan perumahan dalam kampung aku. Dan satu lagi aku tengok gerek aku pon dah hilang. Bukan setakat rangka, tayar pon aku tak jumpa. Sahih gerek aku dah kena lelong dengan lori pengangkut besi buruk nie. Gerek yang dulunya aku racing pergi cuci mata kampung sebelah dan sebelahnya dan tinggal ... eh, tak tinggal pa-pa da. Hilang lesap camtue ja. Begitu cepat masa berlalu. Anak dara jiran sebelah pon semua dah kahwin. Dah beranak dah pon.

Melalut banyak lak. Sepatutnya aku nak tribute to Isra' Mikraj nie. Emm, 'korang' baca dalam blog lain la yer. Cam tak confident lak nak cerita. Tapi untuk memudahkan ada terjumpa blog kat sini. Cubalah melawat ke sana. Okeylah, sayonara. as-Salaam...

TAPI KAN :- Sempena hari yang baik nie seeloknya kita berpuasa sunat. Tapi aku tadi dah balon sepinggan nasi da. Lupa la beb... adoi.

Monday, July 13, 2009

Publisiti Drama

8:29 AM Posted by HM Hafizd 6 comments

Sari Berita terkini - Stesen TV popular, TV3 terus menambat hati penonton dengan satu lagi drama hebatnya yang bertajuk Nur Kasih. Drama ini yang ke udara pada hari jumaat pada pukul 9.00 malam merupakan drama arahan Khabir Bhatia. Drama ini mengisahkan tentang cinta dan pengorbanan yang dilakukan oleh Aidil dan Adam bagi memenuhi permintaan terakhir arwah ayahnya. Aidil dan Adam yang berbeza sifat dan perwatakan menerima keputusan ayahnya dengan terpaksa dengan cara yang berbeza mengikut naluri sifat masing-masing. Saksikanlah drama hebat ini di kaca TV anda. Sekian, berita terkini, assalamualaikum.


Sudah lama tak mengdownload drama-drama Melayu. Rasanya yang last download cerita KAMI kot. Selama nie asyik download cerita 'omputih' je. Cerita-cerita seperti HEROES, LOST, KYLE XY, KNIGHT RIDER confirm masuk dalam list download. Tapi entah cam mana, tertarik lak dengan cerita NUR KASIH nie. cam best ja. Siapa tau yang promote kat aku, Huda kot. Bila tengok episod pertama best pulak rasanya. Jadi sekarang terus layan cerita nie. Tak tengok kat TV pon xpa, sebab boleh download dari internet, hehe.

Ada satu part nie aku rasa tak patut betul. Bila ayah dia tanya Aidil siapa calon pilihan Aidil, Aidil menjawab yakin Nur Amina. Tapi alih-alih ayah dia pergi pinangkan Nur Amina kepada Adam, dengan alasan diharap Nur Amina dapat membimbing Adam ke pangkal jalan. Ayahnya menyuruh Aidil berkorban dan redha dengan keputusan dia ini. Tapi bagi aku la, boleh makan dalam tue. Terasa hati, kecewa, makan jiwa semua ada. Boleh memberontak jadinya. Tak patut rasanya ayah dia buat macam tue. Tapi ini pandangan aku je. Maybe orang lain boleh terima. Cerita nie kemudiannya menunjukkan Nur Amina memang ada hati dengan Adam, sejak dari sekolah lagi. Dia pon terpaksa rela kahwin kerana dia sebenarnya nak sambung belajar lagi.

Emm, apa lagi ehh. Baca dalam paper kelmarin dorang buat pengambaran kat Jordan, scene Aidil, Adam dan maknya mencari Nur Amina yang khabarnya bekerja di sana. Maybe pengakhirannya Adam kembali semula kepada Nur Amina kot. Tapi aku lebih suka kalau Nur Amina diceraikan dan berkahwin dengan Aidil. Boleh menunjukkan pengorbanan Aidil selama ini terbalas. Tapi, ini menurut pandangan aku je, tak kisah sebenarnya ending dia macam mana pon.

Okey lah, sama-sama lah kita layaann cerita nie dan menantikan kesudahannya. Dengar kata 26 episod (kot.?) cerita nie. Sekarang baru episod 7. Banyak minggu lagi tue.

"...Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.

Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air,bang..."


TAPI KAN :- Salah satu yang tertarik ialah Nur Amina digambarkan seorang gadis muslimah, namun tidak terbelakang dalam arus kemodenan semasa. Ada tak aku menjumpai gaids seperti 'Nur Amina' nie, hehe.

Friday, July 10, 2009

Surfing Internet

10:44 AM Posted by HM Hafizd No comments
Sudah lama berfikir tentang hal nie, tentang apa yang selalu dicari ketika surfing internet? Apa laman web @ blog yang mula-mula masuk dulu ketika buka search engine mozilla firefox nie. Tetapi yang lebih penting, selepas kita dah selesai masuk semua web/blog yang top-top dan selalu dibuka, lepas tue nak buat apa? Kadang-kadang bila sampai step nie la yang jadi bosan. Masa nie la mula berfikir "nak masuk web apa lagi ehh" "nak cari apa lagi nie" "xtau lak nak buka apa, bosannya..."

Kalau aku la kan, biasanya yang pertama-tama sekali akan buka email dulu. Check tengok ada email ke x, atau tengok ada notification dari facebook dan friendster. Kalau ada, conform akan buka keduanya, layan jap koment-koment ker apa, jawab kuiz facebook dulu yang berminat dan apa lagi la yang menarik. Pastue mula membaca berita dari blog. Biasanya akan buka debat rakyat sebab dalam itu ada bagi link list banyak blog-blog lain tentang maklumat semasa. Ops, yang ini berkaitan dengan isu-isu politik jer, hehe. Semua ada - prokerajaan atau propembangkang. Yang selalu dibaca, suka dengan posting dia seperti perakexpress, msomelayu, nobisha, nuraflah dan kedahlanie.

Kalau nak tahu perkembangan hiburan pulak, buka justkhai, oh artis atau beautifulnara. Ini antara blog yang tau jer. Yang lain x terjumpa pulak. Semuanya pasal gossip artis Malaysia, ada sedikit-sedikit dari luar. Kadang-kadang surat khabar pun tak siar gossip-gossip dalam nie. Boleh dikatakan up-to-date jugak la. Sebelum ini ada postkan pasal Hindustan kan. Gossip kat sana pun still baca juga. Perkembangan bollywood yang selalu diupate dekat apunkachoice, oneindia atau search je kat google news. Contohnya taip Shah Rukh Khan kat google dan klik kat news. Memang banyak akan keluar.

Pasal sukan paling layan bola sepak, sedikit-sedikit pasal tennis dan gusti. Gusti tengok kat website rasmi dia je. Tengok sape lawan sape, sape menang, itu je la. Zaman Stone Cold dan The Rock dulu, layan giler gusti. Tapi sekarang kedua-duanya dah bersara. Hilang seri sikit la. Nak cari info pasal bola sepak masuk kat tribalfootball dan soccernet. Dua nie je yang selalu dibuka. Masa musim transfer selalu baca kat tribalfootball, tapi bila musim games, baca report tengok kat soccernet je. Kira dua-dua lebih kurang ada fungsi tersendiri la, haha.

Komik juga ada baca online kat internet. Tapi komik hanya seminggu sekali jer. Naruto, One Piece, Detective Conan antara manga on-going yang sangat diminati sekali. Baca komik online kat onemanga dan download kat mangatraders dan stoptazmo. Bahagia betul hidup pasal komik nie, sebab semuanya free!, hehe. Kat onemanga tue banyak giler komik, ada yang popular cam Bleach dan Eyeshield 21 tak terlayan lagi sekarang. Maybe sebab tak baca dari awal, jadi 'malas' nak follow kot. Emm, boleh jadi, padahal member lain semua layan.

Itulah antara yang selalu dibuat kalau buka internet nie. Of course baca jugak blog-blog kenalan dalam list satucereka nie. Selepas tue, xtau la nak buat apa. Maybe download movie free kat syok kot...

TAPI KAN :- kat atas tue saje x sertakan sekali link2 untuk semua tue. Ada sebab tue. Sebabnya ... agak malas la!!!

Sunday, July 5, 2009

Tak Terasa

9:41 PM Posted by HM Hafizd 1 comment
Salaam, masih lagi mood bercuti dan secara tak langsungnya bercuti jugak dalam ber'internet' nie. Sudah lama tak menjengah sini. Kali nie pon nasib baik cari tempat yang ada connection untuk curi-curi masa ke sini. Ramai yang terus meng'update'. Kakak 'kembar kat phi' tue x payah cerita lah, hehe. So, mari kita berborak.

Masa kat rumah secara tak sengajanya menonton citer Wonder Pets. Dah popular sekarang nie. Dah lama dah. Mula-mula tau kewujudannya kartun nie masa pergi rumah sepupu dulu, anak-anaknya sangat menggemari wonder pets nie. "kami tak besar dan kami tak kuat, tapi bila bekerjasama semua jadi mudah, yayyyyy…wonder pets" siap boleh hafal lagi bebudak 2 lagu dia. Tapi time nie aku tak terasa nak try search cari internet lagi. Try tengok dalam tv ker. Masih buat-buat tak kisah, fikir tak tengok pon tak apa.

Masa raja lawak astro 3 final pon Jozan and Nabil nyanyi lagu nie, pon lepas tue tak rasa nak cari jugak. Dan masa pergi Family Day, ada satu group ambik lagu nie buat tepuk sorak dengan sedikit diubah lirik. Pon lepas tue buat-buat tak tahu jugak. Sebut semua nie untuk membuktikan kartun nie memang sudah popular, termasuk la kepada orang dewasa mahupun rakan sebaya. Tapi time nie aku tak tergerak lagi nak menengoknya. Saje buat-buat tak kisah. Tapi bila kat rumah tue, masa kebetulan tertengok tue rasa suka la pulak. Suara watak tue best. Lagu pon jadi best. "apa yang penting! kerjasama, apa yang penting! kerjasama, semua jadi mudah yayyyy wonder pets, yayyyyy wonder pets!".

Aku tahu Michael Jackson meninggal dunia bila diberitahu oleh roommate aku. Dia memang die-hard-fan pada MJ nie. Dia berkata dengan nada kesal perginya lagenda pop dunia. Terus dia memasang lagu-lagu MJ dari mp3 dalam laptopnya. Sebagai tribute kepada icon katanya. Aku pon kenal MJ, dari hitam ke putih, kepada rekod jualan album, terus kepada kisah hidupnya, tapi aku tak menghafal pula lagu-lagu MJ. Entah ralat di mana, dalam list mp3 aku, xdak pula lagu MJ, baik beat it, billie jean atau thriller atau lain-lain lagi. Entah, aku buat-buat tak kisah, fikir tak dengar pon tak apa kot. Emm, kalau nak diikutkan aku lebih layan BSB lagi dalam genre pop song nie.

Dalam kita meng'tribute' kepadanya, timbul pula isu bagaimana beliau disemadikan. Dengan 'memakai kain kafan' atau 'memakai kot'. Jika betul lah memakai kot, maka ucapannya berbunyi "rest in peace, MJ". Jika sebaliknya, semoga Allah merahmati beliau di sana. Harap-harapnya betul lah. Berbalik kepada lagu, jika diikutkan MJ mempunyai rangkaian single yang meletup, video clip yang hebat dan tarian yang mempersonakan. Emm, nampaknya, kena spend masa balik la untuk meng'download' sekarang. Haha, baru sekarang kalut nak cari...

TAPI KAN :- Baik Wonder pets mahupun MJ, kedua-duanya berasal dari US. Yang tempatan siapa yer? Siti Nurhaliza kot icon penyanyi Malaysia? Upin & Ipin pula kategori kartun Malaysia yang popular? emmm, barangkali ye...