... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, December 23, 2009

Lepak di Uk-M

8:34 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ikuti pengalaman penaip hampir 3 minggu berada di sana bersama-sama Kams, Idaa, Cik Bat, Haz dan rakan-rakan dari urusetia yang lain... termasuk Bob, Ibu Zain blok's treasurer, he:P.

'Jom p makan', Kams mengajak Bob yang kebetulan hendak beredar dari biliknya. Memang tadi ikutkan penaip dan Kams memang hendak ke kafe untuk menjamu selera. Penaip tidak kisah jika Bob mahu ikut bersama. 'Aku tukar seluar dulu la. Mesti ramai aweks kat kafe nanti', Bob bersetuju setelah berfikir dua tiga puluh saat.

Kami bertiga berjalan beriringan. 'Dah azan maghrib la'. Kedengaran dari speaker surau azan berkumandang. 'Nak terus pergi kafe ke? Tapi nampak sangat tak pergi sembahyang, haha' 'Pergi jugak la'. Bob memberi respone. 'Kita nak makan sana ke nak bungkus nie?' Penaip bersuara dan memberi opsyen jika ada pilihan. 'Sempat la, kita makan kat sana la'. Kams berkata sambil kami melepasi surau di sebelah untuk ke kafe di hadapan. Ish, apa nak jadi dengan kami nih...

'Kat kafe mana ada aweks. Yang ada mesti tengah sembahyang. Kat kafe nie aweks yang bukan muslim dan golongan tertentu ada la', Bob berkata setelah kami melepasi pintu kafe. Penaip berasa lucu. Nampak sangat kami jejaka yang tidak boleh menjadi pilihan. Kelihatan pon ada beberapa lelaki dan perempuan chinese dan 2, 3 orang aweks golongan tertentu sahaja. Atau adakah mereka juga seperti kami? Makan dulu baru sembahyang?. Penaip terus ke kaunter untuk mengorder. Kams dan Bob hanya mahu minum sahaja. Kenyang sudey... katanya.

Hari itu harga minuman Kams yang belanja. Penaip hanya membayar harga makanan sahaja. Tiba-tiba... 'tengok tue'. 'Poyo la mamat nie, tadi kata nak minum ja', Bob memerli Kams yang turut menulis sesuatu di kertas order. Itupun penaip yang mula perasan. Patut la lama sangat kat depan tue. 'Tadi kata nak minum ja, alih-alih makan pulak', Bob terus menyerang apabila Kams duduk di kerusi. Namun Kams hanya tersengih sumbing. Bob pula tetap dengan pendirian untuk minum... sahaja.

'Aku kecewa siot, En Annuar (si pengetua) tak nak approve aku punya friend request kat facebook'. Bob mencelah. 'Haha, aku dia approve'. 'Terasa siot, dah la perkampungan pon dorang tak ajak aku, aku nak add facebook pon tak mau approve'. haha, penaip ketawa. Berasa lucu pula hal nie pon Bob nak ambik hati. habis ja makan, sembang-sembang kejap kami pon balik untuk bersembahyang...

Bila hari pertama penaip sampai sini, Pusanika blackout. FSSK, FST, FEP pon sama. Disebabkan ada main wayar yang meletup. Hampir dua hari jugak la. Nasib baek kolej tidak tersangkut dengan gejala nie. Namun, plan berpoya-poya tetap diteruskan.

Hari rabu, tiket wayang di Kajang murah, 6 ringgit jer. Terima kasih la untuk Cik Bat kerana membelanja penaip dan Cik Idaa tengok MySpy. Seronok ketawa. Nak tengok Jalang macam 'segan' pulak berlainan jantina nie, haha.

Hari Ahad dapat berjumpa lagi dengan teman lama dari Kelate dan Putrajaya. Cik Ina dan Cik Elza pergi berholiday kat Melaka bukannya nak beli souvenir pon. Hanya belanja breakfast kat kedai mamak Al Fariz Maju ja. Terima kasih untuk Cik Ina, hehe. Tapi jumpa kejap sangat, tak sampai sejam. Tak sempat la penaip nak melepaskan rindu dendam setelah hampir setahun tidak bertemu wajah, emmm.

Kali nie Kams, Bob dan penaip turun makan kat kafe lagi. Sebelum Kams, Cik Idaa, Cik Mila dan penaip keluar ke Times Square. The night before Christmas Day. Bob dioffer untuk join sekali namun dia hendak pulang ke kampung. Begitu juga Cik Haz yang terkantoi dengan kitorang kat komuter UKM, jugak balik ke kampung. patut la orang ajak tak nak. Habis ja makan, rehat-rehat untuk makan turun ke perut, 'aku rasa lapar lagi doh'. Kams bersuara. 'Ko nie, kita nie makan jangan nampak macam kebulur sangat', Bob bersuara. 'Mak aku cakap, kalau pasal makan, duit jangan berkira. guna la banyak mana pon'. Kams respond balik. Seperti biasa, penaip malas nak masuk line. Biarkan mereka.

Malam itu kami berempat main bowling sambil makan McD. Semuanya di sponsor oleh Kams dan Cik Idaa. Wahh, patut la rasa sedap lain macam ja McD nie. Main bowling cam biasa, masuk longkang ja banyak. Tapi... emm emm sekali strike beb!!!. Pergh, power giler. Akhirnya dapat number 3/4. Okey la kan. Pulangnye beli KFC untuk makan malam di bilik urusetia. Kams sempat beli topi santa lagi.

Hari-hari terakhir disudahi dengan berkaraoke. I love music. So, penaip bersama-sama Kams dan Cik Idaa sekali lagi keluar ke Kajang. Tujuan utamanya hanya satu. Menyanyi sampai puas!!!. 19 buah lagu kami persembahkan. Wah, semuanya kedengaran sedap-sedap belaka. Dimulakan dengan Cari Jodoh dan diakhiri dengan Cek Mek Molek. Pulangnya Cik Idaa sampai suara menjadi serak.

Masa untuk penaip untuk meninggalkan 'seketika' Uk-M pon bermula. Kams, Cik Idaa, Cik Sya, Cik Eila sudi menghantar penaip sampai ke perhentian bas Kajang. Saladin dan temannya yang menonton bola turut melepak sama. Kami menunggu bas di kedai makan, sambil minum-minum, sembang-sembang dan menonton bola. Apabila penaip sudah naik ke bas, barulah mereka semua pulang. Terharu jugak 'kepulangan' kali nie. Tanpa di sangka-sangka, penaip mendapat hadiah dari Cik Soleha. Terharu habis. Sempat lagi memesan bila dah sampai nanti message ler... Okey!!! Jumpa nanti bila penaip datang lagi lepak-lepak di Uk-M. Bye bye ...

6.40 Pagi, Alor Setar - Kapal terbang yang dinaiki telah selamat mendarat di Alor Setar. Rupanya gegaran tadi disebabkan kapal terbang berlanggar dengan awan, sampaikan terkejut jaga dari lena yang panjang. Aah, dah sampai rupanya...

TAPI KAN :- peristiwa nie sudah hampir 3 minggu berlaku. baru nak postkan. Confuis jugak memula, nak post ke x, nak post ke x... akhirnya... semoga berjaya Kams dan his team for hari kerjaya bulan dua nanti. all de best team hk... all de best soleha...

Saturday, December 19, 2009

Cikgu aka Sensei

10:35 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Apabila pulang ke rumah, bersama sanak saudara yang datang, ada yang dengan ramahnya bertanya, 'buat apa la nie'. Aku pon jawablah, 'baru habis ngaji'. 'Bila nak kena panggil?' Sampai sini aku dah suspeks mesti beliau ingat aku mengambil 'coz' cikgu aka pendidikan nie. Okey, aku respond balik, 'bukan ambik cikgu, ambik bahagian komputer. Kena cari kerja sendiri nanti'.

Kebanyakkan orang kampung menganggap belajar menjadi guru senang mendapat pekerjaan. (salah statement nie maafkan aku, hehe). Aku tak menafikan jugak, tetapi aku kurang berminat menjadi guru aka cikgu aka teacher aka muallim aka ustaz nie. Bukan apa, aku merasakan diri aku tak dak talent mengajar budak-budak. Nanti dorang tak faham apa yang aku ajar, mereka yang susah dan aku pula rasa bersalah. Dalam family aku, dua orang kakak sudah menjadi cikgu. Cukuplah tue. Ada wakilnya.

Walaupun tidak berminat, tetapi aku menyukai orang yang begitu bersemangat menjadi guru. Contohnya Onizuka, a 'trash' hampir idiot dan Yamkumi, the beautiful yakuza ojou begitu bersungguh-sungguh mengejar impian mereka menjadi cikgu. Anak murid mereka pula bukan sebarangan. Dalam class yang dipenuhi pelajar-pelajar yang bermasalah, Onizuka dan Yamkumi lebih banyak menumpukan terhadap pengajaran life lesson dari school sylabus itu sendiri. Bagi aku, cikgu-cikgu seperti merekalah yang aku berminat untuk belajar. Life lesson vs school sylabus, you know what i choose, do you!!! Semangat Onizuka dan Yamkumi sepatutnya perlu ada pada guru-guru sekarang. Ceewah, aku melebih-lebih pulak, hehehe.

TAPI KAN :- walaupun mereka berdua hanya watak manga dan anime dari Jepun, jika ada yang layann cerita GTO dan Gokusen mesti bersetuju bahawa mereka berdua the best-est teacher in Japan. harap-harap dalam realiti ada yang seperti mereka. jika ada, aku sanggup masuk sekolah semula, hihihi

Thursday, December 17, 2009

Kerja

11:27 AM Posted by HM Hafizd No comments
Apabila studi da habis, mula risau pasal kerja pulak. Masa kat U, asyik risau nak kena hantar assignment, nak jawab soalan untuk lulus exam. Kiranya tiada langsung gap masa berehat untuk 'berpoya-poya'. Sepatutnya begitulah.

Orang kata sekarang kerja banyak, tapi tak da orang nak. Betul ke? Atau kerja ada, tapi orang yang susah nak cari? Salah info. Tak sampai kepada syarikat yang berkenaan. Pun boleh jadi jugak. Aku pun termasuk dalam spesis nie lah. Misi mencari kerja sekarang a.k.a misi mencari kerja sebenarnya bermula sejak Ogos lagi. But, until now, still unlucky. For now, I am 'proudly' say I am jobless now, hehe.


~tanam anggur~

dulu kerja apa nak?
ooo kerja kita bukan main teruk pakcik
siang malam tak dapat tidur
iya pakcik
kerja apa itu nak, ramli
kira bulu kambing
ish ish ish ish ish ... tak terkira itu nak

ooo tak terkira
ajis?
kerja saya paling berat sekali pakcik. siang malam tak boleh baring
apa itu kerja
kerjanya menunggu ayam jantan bertelur, pakcik
ish ish ish ish ish ... berapa lama nak tunggu
entah la pakcik
sudin?
ooo kerja saya merbahaya pakcik. siang malam berjaga-jaga sahaja
kerja apa
kerja sambung ekor beruang
ish ish ish ish ish ... kenapa cari kerja yang berat-berat nak
apa boleh buat pakcik, nasib badan...

TAPI KAN :- hehe, malu lak nak cakap, hehe. kepada sesiapa yang ada kerja kosong tue roger-roger la yer, hehehe. saya budak cepat belajar!!!

Thursday, December 10, 2009

Mendayu Suara

12:21 PM Posted by HM Hafizd No comments
Pertama sekali aku nak buat pengakuan dulu bersekolah menengah di SMKA. Tahu SMKA stand for what kan. Jadi, salah satu ciri sekolah macam nie nasyid memang 'power'. Ada majlis apa-apa je, mesti persembahan group nasyid sekolah yang take over. Dengan barisan pemuzik sekali, memang kedengaran gempak la. Sape yang group nasyid 'saham' mesti tinggi punya. Suara sedap, tambah-tambah 'hensem' lagi. Pergh...

Tapi aku bukan member group nasyid pon. Setakat nak busking suke-suke dan boleh layan diri sendiri kira okey la. Dulu, siap aku ada buku khas untuk lirik nasyid lagi. Tapi, sekarang sudah hilang ke mana ntah. Aku penah cuba cari kat umah tapi tak terjumpa. Itu khas buku lirik untuk nasyid. Ada satu lagi buku lirik untuk lagu-lagu selain nasyid. Lagu Melayu, lagu 'omputih'. Lagu Cuti-Cuti Malaysia pun siap aku ada lirik lagi, dalam koleksi aku. Sebab dengar cambest. Terpesona dengan suara CT. Haha...

RAIHAN + Nazrey Johani la yang aku paling suke. Dari Puji-Pujian lagi. Sebab Nazrey dah keluar, walaupun dia solo, tetap mantain suke. Yang lain, Rabbani, Hijjaz, in-team layan jugak la. Pergi karaoke pon kadang-kadang nyanyi lagu nasyid. Tak kisah, buat donno ja, walaupon orang pandang, sikit-sikit jadi segan pon ada. Ntah pa-pa la dorang nie. Karaoke lagu nasyid pon pelik ker?

Masuk matriks, masuk U, bila dah jadi bersosial nie, dengar lagu nasyid nie kira boleh la nak insaf sikit. Kadang-kadang rasa 'suda terlebey' berpoya-poya, dengar lagu Menanti di Barzakh, Pergi Tak Kembali ada perasaan sedar diri jugak la. Kalau tak nasyid pon, dengar lagu yang 'depa-panggil-lagu-ketuhanan' pon orait jugak. Ada yang best-best. Banyak band Indon buat lagu cam ginie. Baguslah. Ops, international selain Yusuf Islam, Sammi Yusuff dan Zain Bikha pon sedap jugak. Banyak lagi nama-nama, tapi terlupe sedey...


sammi yusuf - asma Allah


RAIHAN - thank you Allah
[practise]

TAPI KAN :- ada jugak nasyid tentang cinta sesama manusia. aku memang suke yang nie. tambah-tambah bila dalam mode jiwang gitue. feeling habis la jawabnyeeerr.

Tuesday, December 1, 2009

seperti yang pernah ditulis :

11:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Sebelum ini aku ada menulis pasal bola sepak antara Arsenal v Chelsea. Aku menyatakan begini :
Minggu depan Chelsea v Arsenal, can't wait to see Chelsea destroy Gunners, hahaha. Harap-harap la. Lagipun lawan kat Emirates. Kalau betul la Arsenal kalah, habis game jer terus aku massage sorang mamat die-hard-fan Arsenal nie. Kasi provok sikit kat dia, hahaha.
Gembiranya aku bila Chelsea betul-betul berjaya mengalahkan Arsenal. 3-0 pulak tue. Gol-gol dijaringkan oleh drogba (41, 86) dan own goal dari vermaelen (45).

Cerita Nur Kasih pun sudah habis. Aku pernah menulis tentangnya semasa ia baru ditayangkan episode ke-7. Ketika ia baru ditayangkan. Aku pernah menulis begini :
...entah cam mana, tertarik lak dengan cerita NUR KASIH nie. cam best ja. Siapa tau yang promote kat aku, Huda kot. Bila tengok episod pertama best pulak rasanya. Jadi sekarang terus layan cerita nie.
Sekarang cerita ini sudah tamat. Aku berpuas hati jugak dengan ending dia camtue. Sebab dari awal-awal lagi aku pernah 'pertikaikan' sikit jalan cerita dia. Pasal kesian kat Aidil...
Ada satu part nie aku rasa tak patut betul. Bila ayah dia tanya Aidil siapa calon pilihan Aidil, Aidil menjawab yakin Nur Amina. Tapi alih-alih ayah dia pergi pinangkan Nur Amina kepada Adam, dengan alasan diharap Nur Amina dapat membimbing Adam ke pangkal jalan. Ayahnya menyuruh Aidil berkorban dan redha dengan keputusan dia ini. Tapi bagi aku la, boleh makan dalam tue. Terasa hati, kecewa, makan jiwa semua ada. Boleh memberontak jadinya. Tak patut rasanya ayah dia buat macam tue.
Atlast cinta sejati Aidil tetap pada Aleya. Okey la tue. Hebat drama nie. Sampai rekod 3.9-4.1 juta penontonnya. Aku ada jugak membaca ulasan Manja Ismail dalam Berita Harian. Aku memetik kata-katanya seperti :
...barangkali faktor kejayaan Nur Kasih terletak pada tema dan jalan ceritanya yang banyak menyentuh perasaan penonton, rata-ratanya orang Melayu. Jika minat orang Melayu terhadap filem Hindustan sejak dulu hingga sekarang kerana ia banyak memainkan perasaan penonton, Nur Kasih yang berkisar di sekitar cinta, kesetiaan dan pengorbanan tidak banyak berbeza.
Sebagai seorang lelaki pun, aku percaya bukan aku seorang sahaja yang melihat drama nie. Seperti ulasan beliau lagi :
...ramai remaja kelas menengah Melayu yang sebelum ini menganggap 'tidak cool' menonton drama Melayu, terpaku menghadap televisyen setiap malam Jumaat bersama keluarga untuk mengikuti Nur Kasih.
Harap-harap, ada lagi drama Melayu yang mencetuskan 'fenomena' seperti Nur Kasih nie. Kalau drama yang on air sekarang seperti Tari Tirana, Awan Dania pon mendapat penonton yang baik jugak, tapi tidaklah segah Nur Kasih nie. Mungkin faktor nilai keagamaan itu sendiri disebabkan sekarang agak jarang drama berunsur keagamaan nie ditayangkan di kaca TV.
Kelebihan Nur Kasih ialah walaupun ia berunsurkan dakwah, watak-wataknya tidak berkhutbah. Cara penerapan unsur agama dalam drama ini ternyata menarik minat penonton generasi muda. Walaupun sawah dan kampung menjadi lokasi utama, sinematografinya agak berbeza dengan drama lain yang menggunakan lokasi sama.
TAPI KAN :- aku terlepas beberapa episode cerita Heroes, agak ketinggalan sekarang nie. 'Jenuh' pulak nak mengdownload'nye. Kalau ada sesape yang dah download boleh jugak aku meng'copy'nye sahaja. kan senang +_+

Thursday, November 26, 2009

berpoya sebelum raya

2:15 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Hari ini (maksudnya rabu) dapat juga pergi berjalan-jalan. sudah lama tak buat buang tabiat lagu nie. pergi naik bas sampai la ke pekan dot dot dot nie. Plan awal nak tengok wayang dan berkaroake. Jadi hampir ke pukul 4 ptg gitu, sampai lah ke tempat yang dituju. Tengok kat depan pintu masuk tue ada papan tanda bertulis, now showing today 2012 and Senario The mOvie Episode 2 : The Beach Boys. Tangan sudah ke dahi. Alamak, ingat nak tengok Pisau Cukur, dah tak tayang rupanya. Adoiyai. Ehh, lupa nak cakap, nie kat pekan kechik je, bukan ada GSC/TGV pon. Jadi dalam satu masa dua cerita je tayang. Emm, on air pukul 5, pergi bersantap dulu la...

Nak makan pon dok pilih jugak, depan ada kedai mamak, sebelah ada KFC, hujung sikit sate!. Ketiga-tiga nie kira dah lama jugak la tak menikmatinya. Dah sebab nak save bajet, KFC out dulu. Dalam berkira-kira tue, akhirnya pilih jugak la kedai mamak. Dah lama tak merasa masakan mamak nie, mengidam la pulak. Acecece. Jadi, bersantap la seriang-riangnya walaupun kedainya tak la bersejuk icon pon. Bila bayar je terkejut jugak la, sampai 6 ringgit!!! Dah naik harga ke kedai mamak nie? Kalau tau camnie baik makan sate je tadi. Melepas...

Jadi misi diteruskan dengan tengok wayang. Tapi sebelum tue, sembahyang asar dulu. Saje nak up sikit, hehe. Pergi ke kaunter tiket, akhirnya pilih Senario Ep2 jugak. Cerita 2012 nie aku terdownload dah yang format TS-nye, hehe. Jadi ada la tengok sikit-sikit walaupun tak seclear kat panggung nie. Berbalik kepada Senario Ep2 nie, kira menarik jugak la, walaupun ada sikit-sikit part yang rasa bosan sikit menengoknya. Puas hati jugak, tapi tak la sampai dapat standing ovation dari aku, hahaha. Lagipun yang Episode 1 dulu pon aku tengok juga kat panggung. Nie kira support filem dorang la. Go go Senario.

Habis je filem, terus masuk mission 2, karaoke, haha. Sembahyang asar maghrib dulu, dan pergilah berkaraoke. Tempat karaoke pon kechik je. Kakak panggilnya sebagai 'nyanyi dalam jamban'. 1 lagu 1 ringgit. Aku pilih 4 lagu. Tapi yang spoilnya, bilik dia orang luar pon boleh dengar. Aku tak suka la camnie, malu la aku kalau orang dengar suara 'gemersik' aku nie. Tapi tak pa, teruskan jugak misi. Lagu pertama dipilih Mahakarya Cinta. Kalah aku dengan Faizal Tahir. Kemudian try lagu Hijau (Zainal Abidin) pulak. Ke chek kelate ambo time tue...

oo... anok-anok, tok leh meghaso mandi laok, bersaing main ghama-ghama, ale lo ni tuo omornyo berjoto, koto usoho jauh ke daghi malo petako
ozon lo ni koho nipih nak nak aghi, keno make asak hok biso weh, pase maknusio, seghemo bendo-bendo di dunio, tok leh tahe, sapa bilo-bilo

Haha, kena practise kot-kot dapat jodoh ore kelate, ya dak. Sambung pulak lagu Nasib Kita (Mel). Kantoi lagu nie, suara tak sampai. Malu-malu. Last song lagu Trilogi Cinta. Macam baru clash pon ada nyanyi lagu nie... 'andai kau pinta untuk melepaskanmu, terpaksa aku turutkan'. Feeling habis. Semua orang dah terpukau. Semua orang mesti fikir aku perasan giler kata dorang terpegun dengar aku nyanyi lagu tue. Haha. Hampehh...

Misi berpoya-poya dah selesai. Lusa nak raya. masa untuk pulang. Naik bas jugak. Beli la satu botol air mineral. Sahih kena tunggu bas punya. Mata dok asyik perati sebelah kanan, kot-kot bas dah sampai. Sementara tue bukak air mineral dulu. Minum seteguk, ada orang mai, 'nak mintak air'. Aku pon kasi la. Pastu dia kata 'ambil semua boleh'. Haa, aku tak tersangka pulak dia cakap camtue. 'Baru buka je tue'. Pastu dia minum la. Bagi kat aku balik dan beredar. Tinggal suku ja!!!. Lebih separuh dia minum. Kalau aku tau dia minum banyak nie, aku kasi semua ja tadi tak pa. Aku malas la nak bertanya 'awat hang minum banyak sangat?'. Entah sape-sape la gamknya. Segan dan seram jugak aku. Biar je la. Dalam 30 minit camtue, bas baru sampai. Lama giler...

TAPI KAN :- misi berpoya-poya nie dilakukan hanya seorang diri. dah aku pon tak tau sape member aku yang ada kat pekan nie. jadi boleh je lah sorang-sorang pon. ehh, masih belum habis lagi. selamat berhari raya... aku dok fikir 75% pakai suit melayu lengkap pergi sembahyang jumaat nanti. mesti cam pengantin la jawabnya... haha

Monday, November 23, 2009

tidak terlalu gembira, tidak terlalu sedih

6:46 AM Posted by HM Hafizd No comments
Itu untuk mewakili perasaan hidup aku sekarang. Mula-mulanya nak guna tajuk 'in the middle', tapi saje nak kasi tajuk yang panjang sikit, jadi letak la camtue. ^_^

Aku pon tidak tahu apa yang membuat aku gembira lately nie. Maybe sebab Chelsea tengah perform sekarang nie. No. 1 di atas liga, ditambah pula Arsenal kalah mengejut minggu lepas. Haha, sangat suke giler. Liverpool pulak seri. Lagi bagus kalau Man United juga tercicir mata, boleh la gap point lagi banyak. Tapi still okey lagi la.

Minggu depan Chelsea v Arsenal, can't wait to see Chelsea destroy Gunners, hahaha. Harap-harap la. Lagipun lawan kat Emirates. Kalau betul la Arsenal kalah, habis game jer terus aku massage sorang mamat die-hard-fan Arsenal nie. Kasi provok sikit kat dia, hahaha. Arsenal sudah tidak ada harapan menang liga. Padan muka, hahaha.

Sangat berpuas hati. Puas hati kira gembiralah kan.

Sedih? Hidup perlu ceria, tak perlulah sedih-sedih. Kalau sedih pon, ingat benda-benda yang menggembirakan, mesti okey nanti. Hari raya pon bakal menjelma, jadi perlulah bergembira.

Kerja yang tak siap-siap tue biarlah dulu. Entah kenapa tak terasa pulak nak buat. Kenapa ehh? Bila bersedia nak buat kerja jer, mesti teringat benda lain, dan automatically buat benda itu dulu, tinggalkan kerja yang perlu dibuat ini. Adoiyai, kalau camnie, bila la nak siap kan. Rasa risau jugak la. Risau nie la yang menyebabkan sedih kot. Adakah risau menyebabkan rasa sedih?

Tak puas hati, itu sedih jugak ker? Atau kecewa kot. Tapi kecewa pon macam sedih je kan. Yang tak puas hatinya bila PPV Survivor Series Ahad lalu, John Cena kalahkan DX. Ciss!!! Aku lagi suka kalau DX menang. Asyik-asyik dia jer. Maybe aku sentiasa puas hati jika hanya kepada benda yang aku suka. Hoho. It's not fair.

Hari jumaat nie jangan lupa sembahyang Hari Raya aidiladha. Dan jangan lupa sembahyang jumaat sama. Jadi, maybe ramai orang yang pakai samping sembahyang jumaat nanti. Yalah, sembahyang masjid kat kampung biasanya orang pakai kain pelekat jer. Yang bersamping nie, selalunya kepadanya orang yang nak berkahwin, hehehe. Aku pon tak decide lagi....

TAPI KAN :- banyaknya maybe, tidak ada langsung fakta atau yang betul-betul yakin. maybe maybe maybe. Baik! aku tak nak guna perkataan maybe lagi. Mungkin aku harus guna perkataan yang lebih spesifik!!! Mungkin yang akan datang...

Wednesday, November 11, 2009

Lesson for Today

8:08 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Class will be begins after short time break. Prof Andrew Clarke will come in moment, but, the class so hingar-bingar like jualan lelong in pasar malam dekat Shell. And without detected by anybody, Prof Andrew Clarke come in class with gently. 'silence please'.

Suasana tiba-tiba terus seperti dalam library. Setelah memandang his student one by one, Prof Andrew take one chalk and write on blackboard. Every member of this class so curious to know what he doing. His body covered it all. After finished, he turn in front and said to his student, 'anybody can give 'tanda bacaan' for this sentence?'

woman without her man is nothing

Kelihatan on their face seakan-akan tergamam and terkejut. And ada yang berkerut-kerut dahinya. James, the most charming guy in this class (his perasan for sure) mengangkat tangan, 'Prof, i can do it'. Dengan machonya dia berjalan ke blackboard dan melakukan apa yang di suruh.

woman, without her man, is nothing!

Sekali lagi dengan bangganya he show off what he done. Terus every man in this class bersorak-sorak gempita. 'Aku belum cakap kamu dah lompat-lompat, macam monyet lah' chief of class want to said like that, but because he also a man, a macho man, he only talk in his heart. Malah, dia juga tumpang sekaki berkinja-kinja. 'marilah bergoyang...'.

I did not describe lagi our lovely faces from our girls. Ada yang naik menyampah, ada yang meluat, ada yang tak puas hati. Dalam hati 2, 3 girls ada juga agree with this statement. But can show off la. Nanti will be banished. Yang menyampah tue tarik muka 32, 'awat la laki class aku perangai cam nie tau, tak bernafsu tengok'. Melinda, the smartest girls was dikuit oleh partner sebelahnya, 'Mel, think of something'. Sebelum Melinda nak respond, sebab dia pon tengah memerah otak lagi, Sandra with gently, berjalan ke hadapan. Everybody tertanya-tanya, 'apa yang dia nak buat tue'.

woman! without her, man is nothing!!!

Everybody silence when she return to her seat. Girl student pulak bersorak-sorak. 'tue, tengok tue, siap bagi 3 tanda seru lagi, padan muka you all'. Heather, the chubby girl menjerit kuat-kuat. Baru puas hati beliau. Siap buat tarian shuffle lagi kat depan tue. Ada yang memuji Sandra. 'good job Sand, you're awesome'. Boys can hardly face defeat, 'ek eleh, boooo'. Masing-masing berhingar-bingar, tak boleh kalah. Dengan tenang, Prof Andrew Clarke berjalan keluar ke pintu 'that our lesson for today', terus pergi tanpa berrpaling, pergi tak kembali!!!

TAPI KAN :- Bila John datang to me and ask to borrow my notes, i'm said to him "every man for himself" la. Bila Amanda minta tolong buy her some chocolate, "please, for me" aku yang malas tadi terus mencair kemalasan menjadi "it's okay, anything for you, my dear". Perghh

Monday, November 2, 2009

Menulis

6:57 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Sejak menggunakan komputer, belajar di universiti yang 100% sebarang urusan melibatkan komputer ni menyebabkan tulisan tangan semakin buruk! Sampai kadang-kadang tue nak baca tulisan sendiri pun tak reti. Tanya member.. 'ko baca sat aku tulis apa nie'. Jawabnya kena tempelak la. 'aku sepel karang, ko tulis ko tak reti baca, aku lagi la. Dah la tulisan buruk, macam... bla bla bla'. Sabarkan hati. Maybe dia red flag tue, emosi tak stabil.

Menulis nie pun kena selalu practis juga. Kalau lelama menulis guna tangan, yang buruk, yang cakar ayam pun boleh jadi lawa. At least semua orang boleh baca. Tetapi bila dah berkomputer nie, semua benda bertaip, jadi kurang lah praktis tulis guna tangan nie. Jadi lelama semakin kekok pon ada. Lebih-lebih lagi kalau kononnya menulis sambung-sambung. Nak cepat katanya. Alih-alih, tak tahu apa yang ditulisnya. Kalau time exam nak baca balik nota yang ditulis tue, jawabnya kirim salam aje la.

Yang muskilnya tulisan buruk ini disinonimkan dengan para doktor. Orang panggil tulisan doktor. Entah macam mana la cik-cik jururawat tue faham tulisan doktor nie. Ada kursus khas kot masa belajar jadi jururawat dulu. Yang doktor pula satu pekerjaan yang bagus dan di pandang tinggi. Bagaimana tulisan buruk dan doktor boleh bersatu? Ini yang menyusahkan mak bapa nak menjawab kalau menegur anaknya yang menulis susah-nak-eja nie. Macam 'bidin, cuba tulis elok-elok sikit, biar nampak kemas, mudah di baca. Nie tengok macam cakar ayam aja'. Jawablah si anak, 'mak nie, saya kan bakal doktor, memang la tulis cam gini, kena la praktis awal. Mak tak suka ke kalau saya jadi doktor?'. Termangu la si mak tue. Nak dijawab lagi takut dikatakan tidak menyokong cita-cita anaknya pula. Jadi, biarkan je la. Anak bertuah!!!


TAPI KAN :- kalau orang tanya aku, jawapan standard aku ialah aku tidak menulis sebenarnya, aku hanya menekan huruf di keyboard, huahuahua. Teringat lagi zaman kegemilangan masa sek. men. dulu. Member2 kata tulisan aku lawa. Kalau nak bagi tulisan berseni ke untuk buku folio dorang, yang di cari shimi, bond dan din... aku la tue!!!

Wednesday, October 21, 2009

Cuba cari idea

10:03 PM Posted by HM Hafizd No comments
Baru-baru ini telah menghadapi sindrom tak-tahu-nak-update-apa. Very very despression, sangat susah hati sebab blog masih tak terposting untuk bulan ini. Hal macam inilah yang sangat dirisaukan dulu ketika nak sign up jadi blogger nie, takut-takut blog jadi terbiar pula. Macam sesetengah kawan yang blog mereka sekarang hampir nyawa-nyawa ikan, jadi tak nak lah satucereka nie jadi hal yang sama. So, hari ni cuba sedaya upaya, meneruskan sesi taipan di skrin layout ini, haha. Mengarut banyak dari isinya.

Kata orang la kan, lelaki kalau berkumpul sesama mereka, mereka akan berbincang hal bola, tetapi jika perempuan berkumpul sesama mereka, mereka akan bercakap hal-hal lelaki, especially boyfriend mereka. Betulkah? Ada juga yang berkata, lelaki akan bercakap hal aweks, atau gadis mana yang cantik or something like that, meaning hal-hal berkaitan seorang gadis, manakala perempuan pula berkaitan aksesori kecantikan, fesyen, gaya atau hal-hal untuk mencantikkan diri. Betulkah? Yang manakah yang menjadi pilihan sebenarnya?

Jadi, yang mana satu yang menjadi pilihan? Sebagai lelaki Melayu terakhir di sini, kedua-duanya menjadi pilihan. Bercakap hal bola atau bercakap hal wanita, haha. So, biarkan ia. Tinggalkan anda dengan kata-kata yang dicopy dari mana-mana ntah...

ketawa ketika sedih, itu ketabahan
ketawa ketika gembira, itu kebahagiaan
menangis ketika sedih, itu kepasrahan
menangis ketika gembira, itu kesyukuran


TAPI KAN :- semalam Chelsea menang bergaya 4-0. Sangat puas hati doh, haha

Wednesday, October 14, 2009

Lagu + Karaoke #1

7:27 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Ada beberapa lagu pilihan yang selalu dipilih semasa berkaraoke. Biasanye lagu-lagu inilah yang sesuai sikit pun dengan vokal (perkataan suara sudah malas nak guna). Yang lain, berbagai istilah seperti pancit, semput, off key, sumbang boleh diguna bagi menceritakan tahap vokal aku. Tapi, jika ada member yang komen sakit telinga atau ketawa dengan vokal aku ini, aku hanya berkata, 'aku ingin meng'sumbang'kan satu dua lagu untuk kau, tak boleh ker?'

Aku telah menemui beberapa lagu baru. Bukan sahaja single terbaru di pasaran, sebaliknya lagu lama pun ada, yang baru aku dengar dan terus aku suka. Mungkin boleh dimasukkan dalam list karaoke nanti. Thanks pada beliau-beliau yang telah meng'rekomen'kan lagu tersebut pada beta.

Lagu tertajuk Rela dendangan Inka Christie. Siapa Inka Christie nie? beliau ialah cewek dari seberang yang aku pon tak sure sudah bersara ke belum. Aku pon baru terdengar namanya. Tapi lagu nie memang dengar best. Dengar sekali terus melekat. Thanks to Cik Eila yang meng'promote' lagu nie. Dia yang menyanyikan untuk aku, dengan memasang video karaoke dari youtube, aku pulak... 'eh, macam pernah dengar jer...'

Terima kasih juga untuk Cik Mila untuk lagu Cinta Terkahir by Aiman. Wah, best jugak nie. 15 kali aku mengulang dengar lepas tue terus boleh hafal. Celik hati sungguh aku, hehe. Terima kasih juga pada Cik Aimi kerana lagu ini dalam laptop dia masa tue. Tarik muka 14 jugak la dia sebab bosan mendengar lagu sama aje. Dia nak tukar aku tak kasi. Ditambah jugak aku turut meng'sumbang'kan sekali berduet bersama Aiman. Lagi la panjang muncung dia.

Beberapa kenalan seperti Muhsin dan Syam secara tak langsungnya telah menyebabkan aku mendengar lagu Nasib Kita nyanyian Mel & Wings serta lagu Cintaku Dewi Kamala by Khalifah. Mereka memasang lagu ini pada PC mereka dan aku yang mendengar dari berdekatan terus mendekat... 'lagu tajuk pa nie? best gak'.

Lagu yang best lain yang berminat seperti Tapi Bukan Aku by Kerispatih. Pertama kali mendengarnya dalam rancangan Spontan (Astro Warna). Adalah part mereka menyanyikan lagu ini dengan diubah liriknya kepada komedi. Aku pula tertanya-tanya lagu apa la tue, Sampai la aku mendengar Chaq menyanyikannya pada malam akhir Mentor 3. Barulah aku perasan inilah lagu yang dicari-cari. Ada jodoh rupanya, haha. Cehh.

Jika ingin memilih lagu berduet, pilihlah lagu Cinta Antara Kita dari Duta featuring Baizura Kahar, hehehe.


TAPI KAN :- Ada member yang berSMS mengajak pergi ke karaoke. Perli baik la tue. Mentang-mentang aku sudah lama tak mengaktifkan diri dalam 'dunia' nie... huahuahua

Sunday, September 27, 2009

Raya 20.09.2009

11:32 PM Posted by HM Hafizd 3 comments
Sementara mood berhari raya ini boleh dikatakan masih ada ini, dapatlah kiranya aku, saya, kite dan hamba mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, minal aidil wal faizin. Jika pernah terlanjur kata, terguris perasaan, mengecewakan seseorang, hanya satu sahaja ucapannya... maafkan aku dan terimalah aku kembali dalam hidupmu... ceewah.

Pagi syawal yang hening itu, selepas sembahyang subuh, niatku untuk menyambung tidur sebentar diganggu dek 'ngauman' adik yang menyuruh aku membeli ais. Ciss, sempena hari raya ini aku maafkan dikau yang memekak pagi-pagi salju ini. Langkah malas sambil memakai sweater, aku terus start engin motor ke Pekan Tanah Merah yang jauhnya 3 km dari rumah. Dapat bayangkan betapa sejuknya aku waktu itu. Ais yang berharga RM4 itu selamat sampai ke rumah dan bakal dikorbankan nanti.

Di rumah pagi itu, hanya 4 orang sahaja penghuninya. Mak dan ayah dan aku dan adik. Kak long beraya di rumahnya di Pendang manakala kak ngah di rumah mentuanya di Pahang. Berita gembiranya di sini, tiada adegan chop bilik air dan berebut-berebut nak mandi dulu berlaku. Semuanya teratur dan selesa. Jam 8.15 pagi sayup-sayup kedengaran takbir di surau. Setelah siap berpakaian, berjabat salam dengan ibu bapa, mulalah roda motor yang di bawa aku berputar menuju ke surau dan akulah jejaka macho yang memboncengnya, alone.

Beramah mesra sebentar, aku bergegas naik ke surau. Tidak sabar aku mengsumbangkan suara mengalunkan takbir. Confirm piching tak lari, lengkap dengan tone, kenyaringan dan kemerduan lagi... alhamdulillah, anugerah Tuhan. 8.45, sedikit taklimat ringkas oleh Sheikh Qodir, tentang niat sembahyang dan cara pelaksanaannya, bagi yang terlupa. Terus diikuti sembahyang sunat dan khutbah hari raya oleh Cik Rahim. Begitu lantang dan shahdu, sempat sedikit emosi semasa bahagian doa. Begitu menginsafkan. Khutbah mengenai... err, pasal apa ekk?

Selepas bersalaman, jamaah bertolak ke kubur. Bacaan tahlil beramai-ramai diadakan. Jika ada yang ingin membaca Yassin secara individu pun ada. terpulang memilih yang mana. Manakala bagi anak-anak kecil, dua barisan diluruskan bagi mendapatkan duit raya. Asalkan beliau masih kanak-kanak, beliau layak berada dalam barisan walaupun beliau dari kampung sebelah sekalipun. Duit raya ini pun sumbangan dari surau, yang merupakan sumbangan dari masyarakat kampung juga. Sibuklah sikit Cik Yuk dan Bang Din mengagih-agihkan duit raya sama rata. Mungkin dapat RM3 setiap seorang.

Selepas bacaan tahlil selesai, mulalah aktiviti kunjung mengunjung. Tak pun, menunggu di rumah menyambut ketibaan tetamu, sanak saudara yang tiada kampung yayang balik ke kampung atau orang kampung yang pergi ke bandar menziarah kenalan mereka di sana. Lewat tengahari, kak long dan abang ipar dan Ashraf dan 'Abid sampai ke rumah. Begitulah, ceritanya di pagi raya.

Muzik latar dicadangkan untuk post ini ialah Suatu Pagi Di Hari Raya dendangan Raihan & NowSeeHeart.

TAPI KAN :- sebagai tambahan, di pagi raya ke-4, kak ngah dan abang ipar baru selamat sampai ke rumah akhirnya.

Friday, September 4, 2009

ramadhan kali ini ...

8:25 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
ramadhan kali ini
tiada lagi makan nasi bungkus
tiada lagi minuman air teh ais bungkus yang menyebabkan ...
tiada lagi kes teh ais dihurung semut-semut liar
tiada lagi berfikir tujuh lapan kali hanya untuk membeli murtabak
tiada lagi kerisauan berbelanja di bazaar menyebabkan ...
tiada lagi berbuka hanya dengan satu dua lauk sahaja
tiada lagi makan 'bersahur' pukul 1, 2 pagi disebabkan ...
risau tidak terjaga pukul 4, 5 nanti
tiada lagi berbuka nasi berdulang di masjid
dan yang paling emosional sekali ...
tiada lagi berbuka sorang-sorang!

cuma ... sekarang
tidak dapat merasa makan nasi lemak malam-malam di kedai mamak
tidak dapat merasa 'bersahur' sambil menikmati kemeriahan game bola
tidak dapat merasa berbuka di fast food bersama member-member

namun ...
ramadhan kali ini
seperti tahun-tahun sebelumnya
tetap dengan kemeriahan tersendiri

psst ...
jika suruh omak buat nasi lemak, mesti beliau akan berkata, 'hang nie dah buang tabiat ka apa. makan nasi lomak malam-malam. malaih ehh nak buat. banyak lagi menda lain nak buat. tambah tak bulan posa pon 3 bulan nak buat sekali pong tak raso. ni kan pulak bulan posa. lebih baik ...' (masih panjang lagi bebelannya, malaih dah nak tulih)

tengok bola mesti kemestian. kalau games start kol 10, mesti berlumba-lumba balik terawih nak p salin baju. yang hardcore tue teruih p tengok dengan baju-baju melayu sekali. ok jugak la. up sikit saham tue, 'ish ish, budak masjid nie, p terawih dulu baru mai tengok bola'. malu-malu kucing la yang mai awai tue, sah tak p terawih. kat kampung nie sedey sikit. astro xdak, nak keluar pekan. nun 4 km jauhnya. takut gak rasa. walaupon dah tau semua hantu-hantu dah kena 'lokap', eish, seriau gak la.

nak keluar awai-awai tapi dengan bangun lambatnya, dengan make upnya, jadi kol 2, 3 baru gerak. sekali sekala bulan posa p mid valley ka, mines ka, boleh cuci mata ... kot-kot berkenan baju-baju baru ka, nak raya la katakan. terkena lak yang ramai-ramai tue ada minah shopping lak. dia tak ingat bulan posa ka. dah naik pitam dah kaki aku ni ha. jadi berbuka kat sana. restoran, kedai makan x main la. fast food teruih. KFC? pizza? KFC? pizza? KFC la. nak balik tue tak tahan tue. ada yang nak sambung shopping balik. energy dah pump up katanya. yang aku dok riso terlepas terawih nie. 'wei, aku nak balik wei. aku nak p terawih nie' (hek eleh, bulan posa, x baik tipu. kurang pahala nanti)

TAPI KAN :- pertama ramadhan ini, ku tidak berlapar lagi, kerna ku mengingatiMu ...

Tuesday, August 25, 2009

Lagu + Karaoke : Intro

1:32 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ada banyak genre lagu di dunia ini. Pop, rock, dangdut, RnB, nasyid, hip hop dan pelbagai lagi yang aku pon tidak tahu jenisnya. Memang banyak dan apabila lagu-lagu ini disesuaikan lirik dari pelbagai bahasa, maka terhasillah bunyi yang indah dan sedap di dengar oleh halwa telinga. Baca dalam (news)paper, dorang kata ada 12 nod dalam lagu, dan musician menghasilkan melodi lagu dari 12 nod ini sejak dari dahulu sampai sekarang. Apa nod tersebut tidak ketahuan la pulak. Mungkin do re mi fa so la ti ... tak cukup 12 pon.

Aku agak 'slow' dalam mengikuti perkembangan lagu-lagu yang popular nie. Aku mula mendengar lagu Pergi Tak Kembali dari nyanyian member. Dia siap dah boleh menghafal lagi lagu tue. Bila dengar dari nyanyian dia sedap jugak. Barulah mula mencari kaset lagu tersebut. Begitu juga lagu Jesnita. Member siap boleh menghafal lagi lagu nie, aku masih tak tahu. Aku ingatkan nama 'awek' baru dia. Tak pon nama pelajar baru kat sekolah. Padahal lagu itulah yang menaikkan semula kumpulan itu yang suram sebelumnya.

Aku sangat jarang dengar radio. Mungkin itulah sebabnya. Jika di sekolah menengah, aku lebih suka mendengar kaset-kaset yang sedia ada. Di universiti, komputer dan internet lebih menarik perhatian dari radio atau tv sendiri. Mungkin masa matrikslah waktunya mendengar radio. Hanya itulah hiburan yang ada. Ditambah lagi room-mate membawa radio. Jadi layan jelah. Sekarang, bagi mengetahui lagu-lagu terbaru di pasaran, aku lebih suka melihat senarai carta radio di hujung minggu. Lagu mana yang mendapat top 10, lagu itu akan dicari dan di download kemudiannya. Jika berkenan, terus disimpan dalam folder mp3. Jika tidak, di 'recycle bin' kan je la jawabnya. Bahagianya hidup.

Adapun mengenai karaoke, aku mula berjinak-jinak hanya pada tahun dua di universiti. Itulah mulanya aku mula memasuki bilik karaoke. Pertama kali aku pergi dengan Kirk dan Abe (bukan nama sebenar). Setelah saat itu, aku mula 'gian' mula nak menguji vokal nie. Kata orang sesetengah lagu sesuai dengan vokal aku, sedap di dengar, haha. Masa pertama kali itu, aku memilih lagu Dambaan Pilu dari Khai. Kena perli dari dorang pulak sebab tak rock. Jiwang karat. Papon, semput jugak la aku nak nyanyi part chorusnya. Tinggi tone dia. Jadi tak nak 'jiwang-jiwang' lagi, aku memilih lagu Mentera Semerah Padi version duet dengan Spider kemudiannya. Ini pop rock sikit. Pon tak sesuai jugak. Ada part yang kantoi. kecewa... Perlukan back up vokal dari dorang, haha.


TAPI KAN :- kalau nak pergi karaoke, lebih baik pergi bergeng, kalau sorang2 x feel nak nyanyi nanti. Aku pernah melaluinya...

Wednesday, August 12, 2009

"...asyik mencuri jer!!!"

10:40 AM Posted by HM Hafizd 1 comment
Sambungan cerita oleh Cik Eila dan Cik Mila kepada penaip bersama kawannya di restoran McD.

'hak hak hak...' ketawa sakan penaip kali ini. Nasib baik burger sudah habis dikunyah, kalau tak, tersembur la jawabnya. Cerita Cik Eila memang kelakar. Penaip rasa, kalau apa yang dia cerita malam nie dibuat untuk ujibakat raja lawak astro, confirm dapat punya. 'Hari tue tengah tidur dalam bilik, room-mate Cik Fida tak ada dalam bilik. Tengah masih mamai gitue, rasa ada benda kat tingkap. Bila tengok je, apa lagi, menjerit la. 'Ko nak apa ko ambik la, jangan cederakan aku... jangan cederakan aku...!' Terus Cik Eila buka pintu dan lari ke bilik member. 'Hak hak hak...' Penaip cuba membayangkan adegan tersebut. Lawak sungguh dari ceritanya.

Lain pulak kes Cik Mila. Lebih sempoi. Cik Mila pon cerita masa dia tengah tidur, dengar macam makhluk tue datang mengganggu. Tapi Cik Mila cool, berani, memang selamber. Mungkin dengan mamai dan tanpa berperasaan, terus Cik Mila menghalau makhluk tersebut. 'Suhh suhh' Hairan, mau pulak makhluk tue mendengar cakap Cik Mila, ilmu apa yang dia pakai entah. terus makhluk tue pergi ke blik sebelah... barangkali.

Cik Eila terus menyambung. Masa tue tengah studi dalam bilik. Ada dalam 7 orang jugak la semuanya. Kebetulan Cik Eila membelakangkan tingkap. Semasa semua orang tengah khusyuk menelaah tue, tiada orang sedar ada sesuatu kat tingkap. Tiba-tiba masuk seorang kawan. Mukanya berkerut. 'Ko nie apa hal'. Cik Eila berasa hairan dengan wajah kawannya tue. 'Mo... nyyeeeet.. Mo... nyyeeeet'. Namun suaranya yang perlahan dan terkejut itu tidak mampu ditangkap oleh Cik Eila dan kawan-kawan. Masuk lagi seorang kawan ke bilik itu, 'Argh.. monyet!!!' Dia menjerit agak kuat.

Apalagi, time nie la semua sedar apa yang berlaku. Terus berlari ke muka pintu. Masing-masing sangat takut dan fobia. Si monyet tue apa lagi, mengacah-acah la mereka semua. Dah semua takut kat dia. 'Hak hak hak...' Penaip cuba membayangkan adegan tersebut. Lawak sungguh dari ceritanya. En Hilmi pun tak boleh tahan. Menekan-nekan perut dia dari tadi. Disebabkan semua berlari ke muka pintu, dan pintu itu pula dibuka ke dalam, jadi tak dapat dibuka. Dengan masing-masing tengah panik, tak dapat berfikir dengan betul. Akibatnya terkandas dalam ketakutan la jawabnya 3, 4 minit kat situ.Terpaksalah hari tue Cik Eila mengorbankan beberapa bungkus makanannya.

Cik Mila pula terus menyambung tanpa disuruh. Ada seorang kawannya membeli nasi goreng ayam dua bungkus. Dalam perjalanan pulang ke bilik tue, terjumpa seekor monyet yang garang. Dengan selambernya dia merampas plastik yang di bawa kawan Cik Mila. Berani betol. Yang si kawan Cik Mila nie tidak begitu berani sangat, jadi terpaksa redha jelah. Nak menambah panas di hati, monyet tue hanya ambik ayam je. Bukannya nak makan semua pon. Rugi 8 ringgit sebab monyet punya pasal. 'Hak hak hak...' walaupun rasa kesian, tapi penaip tetap gelak juga. Gelak dalam hati. 'Hak hak hak...'

Jahat juga makhluk nie. Perempuan yang selalu jadi mangsa. Blok lelaki sorry la monyet nie berani masuk. Siap-siap masuk sihat walafiat, keluar tercapit-capit lak nanti. Ni bukan penaip yang cakap, dorang juga yang bercakap cam nie. Tapi, di sebalik semua tue, Cik Eila memuji juga monyet nie. Ehh, nape lak? 'Ya, ada sekali tue monyet nie masuk bilik, dia ambik semua makanan yang kat atas meja. Maggie, gula-gula, roti. Tapi, yang konfiusnya monyet tue tak ambik semua. Dia tinggal semua benda dua atas meja. Maggie dua bungkus, gula-gula dua biji, roti dua bungkus. Yang lain semua dia kebas'. Dalam penaip dan En Hilmi tengah berfikir-fikir gitue, Cik Mila mencelah 'Tue sebab dalam bilik kan dua orang penghuni ja. Sebab tue dia tinggal dua untuk korang'. Emm, logik jugak. 'Hak hak hak...'

TAPI KAN :- Adakah monyet ini berani masuk ke kawasan asrama disebabkan banyak kawasan pokok di UKM telah ditebang..? Habitat terancam..? Makanan berkurang..? Boleh jadi ...

Wednesday, August 5, 2009

M.C.

10:36 AM Posted by HM Hafizd 4 comments
Sudah 12 hari tak memetik keyboard kat skrin blogger nie. Aku memberikan diriku M.C. Aku terkena penyakit berjangkit yang menyesakkan badan dan urat saraf. Orang-orang lama memanggilnya sebagai panas badan. Orang-orang moden mungkin lebih popular dengan istilah demam. Tapi para doktor lebih suka menghuraikannya sebagai lemahnya sistem tubuh untuk melawan virus + bakteria penyakit ini, yang begitu mudah tersebar. Aku pula lebih suka memanggil penyakit ini sebagai penyakit untuk tidur seharian.

Namun, kesannya memang mendalam. Ada kes penyakit ini pon boleh membawa seseorang itu ke alam Barzakh. Syukur aku sudah sihat. Masih dapat menghirup oksigen. Rupa-rupanya member aku SODIUM pon sakit juga rupanya. Syukur dia pon sudah sihat. Cuma bezanya aku tidak kentut seperti dia. Dia memang kuat kentut, sejak dari sekolah lagi. Aku sudah terbiasa, sampaikan sudah tidak dapat cam lagi bagaimana baunya kentut dengan baunya tandas. Semua dia punya pasal. Aku redha sahaja.

Aku bermula dengan batuk-batuk kecil dan merdu. Kemudian batuk besar berkahak. Tolong jangan jijik dengan aku. Aku juga insan biasa. Kalau dulu-dulu, aku lebih suka meminum ubat batuk cap peparu. Aku cuba cari kat Mr Google gambar dia, tapi tidak terjumpa. Frust gila aku. Mau ja aku merajuk men'cancell'kan taipan aku ini. Bila aku berfikir secara matang, biar jelah, aku teruskan. Sambung pasal penyakit aku, keesokkannya aku mula rasa panas dan lemah. Mataku mula memerah. Aku sampai termuntah. Ini semua gara-gara aku menelan 10 ml ubat batuk ini, Bena Expectorant. Aduh, seksanya. Sebab itulah aku lebih suka ubat batuk cap peparu. Aku tidak pernah sampai muntah walau menelan 2 sudu teh besar sekalipun. Sangat sesuai dengan sistem imuniti dan ketahanan tubuhku. Sampai sini, jangan jijik dengan aku. Aku juga insan biasa.


Aku tidak tahu H1N1 ada berhubung kait atau tidak. Aku belum berjumpa dengan doktor, tabib atau bomoh. Aku kembali pulih sikit demi sedikit hasil kerja kerasku makan panadol dan tidur yang tidak diganggu. Nak suruh makan, lidah aku terasa kelat. Hilang selera makan. Kecewa juga bila aku hanya dapat memandang sepi nasi ayam, kuih lapis sarawak dan muffin dengan begitu sahaja. Kalau tak, aku memang pesaing mereka yang paling handal dalam menghabiskan juadah tersebut. Sudah rezeki mereka. Seorang kawanku memberikan flyer mengenai H1N1 dan suruh aku membaca dan berwaspada. Cilakak, aku tahu tujuannya murni dan mulia. Tapi sebenarnya aku seriau juga.

Aku ingat nak bercuti selama 20 hari. Sekarang sudah 12 hari. Ada lagi 8 hari lagi. Aku hampir terlupa nak sambung entry lalu. Neuron di serebelum dan di serebrum asyik berpindah randah membikin zarah otak tidak stabil. Medula Oblongata pula asyik menyuruh tulang belakang aku bersandar di tilam sahaja. Kalau di tempat lain mulalah jadi tak betul. Hati aku pula macam mengiyakan sahaja tiga-tiga otak itu. Otak memang bijak, jadi kena ikut cakap otak. Entah bila mereka bekerjasama pon aku tidak tahu. Mungkin mereka berhubung melalui sel darah merah atau oksigen barangkali. Ciss, ada yang tidak menurut arahan aku selaku tuan. Memang nak kena hukuman. Aku fikirkan hukuman itu dalam mimpiku nanti. Aah, tidur lagi. zzzzzzzzzzzz


TAPI KAN :- Aku pon tak tahu M.C tue apa. Medical Checkup ka... Medical Certificate...? Aku hantam sahaja...

Sunday, July 26, 2009

"Makhluk nie Memang...!!!"

12:21 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Seperti yang diceritakan oleh Cik Eila dan Cik Mila kepada penaip bersama kawannya di restoran McD.

'Ramainya orang', kawan penaip, En Hilmi seolah-olah terkejut. Eh, biasalah keadaan cam nie. Malam hujung minggu lak tue. Mesti ramai orang. Penaip hanya mengomen dalam hati. Di sebelah, Cik Eila dan Cik Mila masih membelek kupon free untuk menyantap hidangan McD nanti. 'Dah confirm ke belum' penaip mula berasa lenguh berdiri lama. Setelah 5 minit berdiskusi, kedua-dua teman baik itu pun berpaling dan senyum lawa 'Dah... korang pergi book tempat dulu eh, nanti penuh pula'. 'Okey, jangan lupa beli ais krim sundae chocolate' Sempat lagi penaip memesan hidangan favourite penaip nie.

Kami mencari tempat yang strategik kat belakang, dindingnya bercermin boleh melihat suasana di luar. Yang di dalam kurang orang, sesuai sangat untuk cerita panas nanti. 'Macam mana dengan kes dulu, ada cerita baru tak', tanya penaip kepada En Hilmi. 'Ada, tapi dua orang tue lagi tau cerita nie. Lebih baik tanya dorang nanti. Dalam kelas ada kawan tunjuk gambar, cam tak percaya pun ada'. Penaip agak terkejut. Sampai ke situ pula jadinya. Selama nie penaip hanya membaca laporan kurang tepat la gamaknya. Kemudian, kami berceloteh pasal bola pulak, projek dorang dan lain-lain lagi.

Kemudian dalam 5 minit, Cik Eila dan Cik Mila mengusung dua hidangan santapan kitorang. Tak tergerak lak baik penaip mahupun En Hilmi untuk membantu. Biarkan dorang yang layan. Tapi, dorang berdua pun tak komplain, bagus juga dorang nie, mungkin tak terpengaruh dengan gadis-gadis yang asyik mengada-ada ja. Kononnya nak bermanja, tapi menyampahkan lagi ada la. Siap penaip puji lagi dorang nie, haha.

Selepas penaip membaca doa (saja nak taip, bukan nak riak ka apa), kami pon mula menjamah. Ais krim penaip nampak begitu menggoda. 'Camne projek, banyak ke duit sponsor yang dapat?' Soalan cepumas penaip kepada mereka. Kebetulan Cik Eila sekarang ialah pengarah projek dan Cik Mila ialah marketing dia. Hebat tuh. Ini perempuan millenium nie, kental dan gigih, bukan calang-calang orang boleh buat projek, ditambah ekonomi yang tak menentu nie, ada ke orang nak bagi sponsor?

Penaip melalut lagi, belum mula cerita lagi, dah sibuk puji-puji dua gadis pingitan nie lak. Pasni pasti kembang hidung dorang mendengarnya. Ops... membacanya. 'Macam mana dengan kes itu, ada cerita tak yang baru'. Tanya penaip, sekarang kepada fokus persoalan. 'Tanya la En Hilmi, dia pun tau'. Cik Mila seolah-olah segan nak bercerita, takut barangkali. 'Tadi En Hilmi dah cerita dah, yang lain tak da ka, mana la tau, dari pandangan perempuan, mungkin ada versi cerita lain pula', giat penaip lagi. 'Memang ada banyak cerita' Cik Eila pula bersuara. Tapi nampak macam segan nak meneruskan. Tak boleh jadi nie, penaip mula memikirkan idea lain macam mana nak bagi dorang buka mulut. 'Korang ada tak gambar...' belum sempat penaip nak habiskan En Hilmi memberi isyarat seperti meminta penaip jangan sambung 'Dorang tak tau pasal gambar tue, itu member kelas yang kasi tengok, antara kitorang ja'.

Pulak. Ingatkan semua dah tau. Nak cover line, penaip buat gear gostan / go a stand, 'Korang ada tengok tak gambar filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Laku filem tue. Dah 6.3 juta'. Kedua-duanya hampir serentak berkata dah. 'Best jugak ah, kelakar cerita tue. Seronok, bukannya takut' Cik Eila mengomen, menyebabkan hati penaip rasa ralat tak tengok lagi filem tue. Penaip pantang kalau filem Melayu yang dapat lebih 4 juta, tapi penaip sendiri tak tengok lagi. Bagi penaip, filem tu tentu ada nilai X kerana mampu menarik orang pergi menontonnya. Filem setakat dapat 1-2 juta penaip tak heran sangat. Penaip bukan prejudis dengan filem Melayu, tapi penaip malas nak layan, biar la orang lain. 'Sekarang kan kat bilik tak puas hati betul la, ada ja yang hilang' Cik Eila membuka mulut bercerita.

- bersambung

TAPI KAN :- Sebenarnya hajat di hati nak makan kat KFC, tapi berkecai la pulak bila mana Cik Mila ingin menggunakan kupon diskaun McD nya tue. Terlepas 'KFC separuh belanja' malam tue...

Friday, July 24, 2009

Segelas Teh Ais di Kafe

8:16 AM Posted by HM Hafizd 5 comments
Malam ini ubah selera sikit, makan kat kafe pula. Dok usha, dok perathi lauk-lauk, semua cam tak bermaya ja nak makan. Tukar plan, pergi isi kertas order. Nasi goreng kampung + telur mata menjadi pilihan. Itu je mampu untuk malam ini. Esok-esok try order nasi beriani lak, kalau ada la. Jadi, sementara menanti nasi masak, order segelas teh ais dahulu. Terus ambik pot kosong dan duduk di situ.

Dalam kafe malam nie tak la ramai orang sangat. Di depan, atas skrin tv ada menayang perlawanan bola. Dari tadi dok perathi juga, tapi jauh tak nampak sangat siapa yang lawan. Bila dah mai dekat, rupanya Man United vs something club from Korea rupanya. Ini friendly games. Dah 2-2. Macheda score. Wow, boleh tahan kelab Korea tue score dua biji. Beberapa minit kemudian, Berbatov, Owen, Scholes masuk padang. Aku terus leka menonton perlawanan bola di tv sambil menikmati hirupan teh ais dengan strow.

Sekilas, aku ada memandang kiri kanan. Dengan harapan dapat mencuci mata sikit. Di sebelah kanan langkau 2 meja dari aku ada 4 orang gadis duduk di sana. Rancak sekali berbual. Di depan tv, meja paling dekat dengan tv, ada 2 mamat yang sambil makan sambil kepala melangut ke skrin. Penyokong kipas-susah-mati MU kot nie. Yang lain, ada beberapa orang lagi yang lebih suka berbual dari fokus pada perlawanan. Juga ada yang menunggu seperti aku. Menunggu bila la makanan order boleh siap. Sambil itu aku tetap menghirup teh ais aku ini. Lemak berkrim pula malam ini rasanya. Lain dari sebelum-sebelumnya. Goal!!! Terkejut sikit aku. 2 orang mamat tadi menjerit kuat bila mana Berbatov meyumbat goal. Sekarang sudah 3-2.

Aku sambil-sambil melilau pada bola, sambil juga melilau pada meja 4 orang gadis tadi. Terbekenan pula rasanya. Dalam pemerhatian aku, yang pakai tudung hijau tue paling cute. Number 2 gadis sebelah kiri dia. Number 3 yang bertentangan dengan si tudung hijau tue, dan number 4 yang di sebelah kanannya. Dalam aku sejenak mengusha tanpa kebenaran tue, tiba-tiba si number 4 paling cute pun kebetulan kalih ke arah aku. Cis, malu aku kalau dia perasan aku dok usha depa. Sambil cover line aku pon menyumbat strow ke dalam mulut lagi. Tapi dia perasankah atau aku yang terperasan? Entah-entah dia perathi kat belakang aku. Mana la tau.

Dalam aku nak fokus balik, terdengar giliran aku dipanggil "number sembilan puluh sembilan..." Sebelum aku nak bangkit, sempat menghirup sikit lagi teh ais. Alamak, kali ini baru aku betul-betul perasan, teh ais aku dah hampir habis. Ciss, nasi belum makan air dah nak habis. Kalau tercekik satgi cam mana. Emm, otak dah mencongak. Tak pa lah, order je lah. Bila dah sampai depan kaunter tue "teh ais satu..."

TAPI KAN :- kalau la si tudung hijau tue yang pandang ke arah aku tadi, sudah tentu aku akan menghadiahkan senyuman lawa kepada dia. Aduhai...

Monday, July 20, 2009

Title? Entah la

1:02 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Hari ini 27hb Rejab 1430H. Hari ini bersamaan dengan peristiwa Isra' Mikraj yang berlaku pada __ tahun dahulu. Jadi, untuk itu, saje nak menulis pasal peristiwa nie. Dok fikir-fikir juga, nak tulis tentang apa, atau maksudnya nak cerita dari mana. Nak google search pun malas pulak. Tapi, dalam kepala otak nie ada la ingat sikit-sikit lagi cerita dari ustaz masa sekolah dulu.

Bila baca entry member lama, SODIUM 6th tue, dia tulis pasal 'Matahari', teringat la pulak atau terfikir cam nie pulak. Aku sejak dua menjak nie sudah lama tak tengok matahari. Asyik melepak dalam rumah ja. Mak aku cakap cam anak dara la pulak. Maybe Mak confius sebab anak dara dia dua orang sudah bukan anak dara lagi dah, dah kahwin pun. Lepas nie kalau nak buat kenduri giliran aku la pulak. Tak tau gapnya berapa lama. Gap antara kakak sulung dengan kakak ngah 4 tahun. Nak tunggu aku, sampai 6, 7 tahun la jawabnya. Ada la masa ayah aku nak cari duit lagi nak buat kenduri, hehe. Jangan adik aku melangkah bendul sudaa.

Tapi bila renung-renung balik, dalam kampung aku mana ada orang muda dah sekarang. Jarang. Yang ada pun 3, 4 orang je, tu pun semua dok kat 'lik bukit' atau dalam bahasa standardnya sebelah bukit. Ada satu bukit nie yang berketinggian hanya 12 meter dari aras sungai memisahkan perumahan dalam kampung aku. Dan satu lagi aku tengok gerek aku pon dah hilang. Bukan setakat rangka, tayar pon aku tak jumpa. Sahih gerek aku dah kena lelong dengan lori pengangkut besi buruk nie. Gerek yang dulunya aku racing pergi cuci mata kampung sebelah dan sebelahnya dan tinggal ... eh, tak tinggal pa-pa da. Hilang lesap camtue ja. Begitu cepat masa berlalu. Anak dara jiran sebelah pon semua dah kahwin. Dah beranak dah pon.

Melalut banyak lak. Sepatutnya aku nak tribute to Isra' Mikraj nie. Emm, 'korang' baca dalam blog lain la yer. Cam tak confident lak nak cerita. Tapi untuk memudahkan ada terjumpa blog kat sini. Cubalah melawat ke sana. Okeylah, sayonara. as-Salaam...

TAPI KAN :- Sempena hari yang baik nie seeloknya kita berpuasa sunat. Tapi aku tadi dah balon sepinggan nasi da. Lupa la beb... adoi.

Monday, July 13, 2009

Publisiti Drama

8:29 AM Posted by HM Hafizd 6 comments

Sari Berita terkini - Stesen TV popular, TV3 terus menambat hati penonton dengan satu lagi drama hebatnya yang bertajuk Nur Kasih. Drama ini yang ke udara pada hari jumaat pada pukul 9.00 malam merupakan drama arahan Khabir Bhatia. Drama ini mengisahkan tentang cinta dan pengorbanan yang dilakukan oleh Aidil dan Adam bagi memenuhi permintaan terakhir arwah ayahnya. Aidil dan Adam yang berbeza sifat dan perwatakan menerima keputusan ayahnya dengan terpaksa dengan cara yang berbeza mengikut naluri sifat masing-masing. Saksikanlah drama hebat ini di kaca TV anda. Sekian, berita terkini, assalamualaikum.


Sudah lama tak mengdownload drama-drama Melayu. Rasanya yang last download cerita KAMI kot. Selama nie asyik download cerita 'omputih' je. Cerita-cerita seperti HEROES, LOST, KYLE XY, KNIGHT RIDER confirm masuk dalam list download. Tapi entah cam mana, tertarik lak dengan cerita NUR KASIH nie. cam best ja. Siapa tau yang promote kat aku, Huda kot. Bila tengok episod pertama best pulak rasanya. Jadi sekarang terus layan cerita nie. Tak tengok kat TV pon xpa, sebab boleh download dari internet, hehe.

Ada satu part nie aku rasa tak patut betul. Bila ayah dia tanya Aidil siapa calon pilihan Aidil, Aidil menjawab yakin Nur Amina. Tapi alih-alih ayah dia pergi pinangkan Nur Amina kepada Adam, dengan alasan diharap Nur Amina dapat membimbing Adam ke pangkal jalan. Ayahnya menyuruh Aidil berkorban dan redha dengan keputusan dia ini. Tapi bagi aku la, boleh makan dalam tue. Terasa hati, kecewa, makan jiwa semua ada. Boleh memberontak jadinya. Tak patut rasanya ayah dia buat macam tue. Tapi ini pandangan aku je. Maybe orang lain boleh terima. Cerita nie kemudiannya menunjukkan Nur Amina memang ada hati dengan Adam, sejak dari sekolah lagi. Dia pon terpaksa rela kahwin kerana dia sebenarnya nak sambung belajar lagi.

Emm, apa lagi ehh. Baca dalam paper kelmarin dorang buat pengambaran kat Jordan, scene Aidil, Adam dan maknya mencari Nur Amina yang khabarnya bekerja di sana. Maybe pengakhirannya Adam kembali semula kepada Nur Amina kot. Tapi aku lebih suka kalau Nur Amina diceraikan dan berkahwin dengan Aidil. Boleh menunjukkan pengorbanan Aidil selama ini terbalas. Tapi, ini menurut pandangan aku je, tak kisah sebenarnya ending dia macam mana pon.

Okey lah, sama-sama lah kita layaann cerita nie dan menantikan kesudahannya. Dengar kata 26 episod (kot.?) cerita nie. Sekarang baru episod 7. Banyak minggu lagi tue.

"...Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga.
Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang.

Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur.
Dia perlukan matahari, tapi kita beri air,bang..."


TAPI KAN :- Salah satu yang tertarik ialah Nur Amina digambarkan seorang gadis muslimah, namun tidak terbelakang dalam arus kemodenan semasa. Ada tak aku menjumpai gaids seperti 'Nur Amina' nie, hehe.

Friday, July 10, 2009

Surfing Internet

10:44 AM Posted by HM Hafizd No comments
Sudah lama berfikir tentang hal nie, tentang apa yang selalu dicari ketika surfing internet? Apa laman web @ blog yang mula-mula masuk dulu ketika buka search engine mozilla firefox nie. Tetapi yang lebih penting, selepas kita dah selesai masuk semua web/blog yang top-top dan selalu dibuka, lepas tue nak buat apa? Kadang-kadang bila sampai step nie la yang jadi bosan. Masa nie la mula berfikir "nak masuk web apa lagi ehh" "nak cari apa lagi nie" "xtau lak nak buka apa, bosannya..."

Kalau aku la kan, biasanya yang pertama-tama sekali akan buka email dulu. Check tengok ada email ke x, atau tengok ada notification dari facebook dan friendster. Kalau ada, conform akan buka keduanya, layan jap koment-koment ker apa, jawab kuiz facebook dulu yang berminat dan apa lagi la yang menarik. Pastue mula membaca berita dari blog. Biasanya akan buka debat rakyat sebab dalam itu ada bagi link list banyak blog-blog lain tentang maklumat semasa. Ops, yang ini berkaitan dengan isu-isu politik jer, hehe. Semua ada - prokerajaan atau propembangkang. Yang selalu dibaca, suka dengan posting dia seperti perakexpress, msomelayu, nobisha, nuraflah dan kedahlanie.

Kalau nak tahu perkembangan hiburan pulak, buka justkhai, oh artis atau beautifulnara. Ini antara blog yang tau jer. Yang lain x terjumpa pulak. Semuanya pasal gossip artis Malaysia, ada sedikit-sedikit dari luar. Kadang-kadang surat khabar pun tak siar gossip-gossip dalam nie. Boleh dikatakan up-to-date jugak la. Sebelum ini ada postkan pasal Hindustan kan. Gossip kat sana pun still baca juga. Perkembangan bollywood yang selalu diupate dekat apunkachoice, oneindia atau search je kat google news. Contohnya taip Shah Rukh Khan kat google dan klik kat news. Memang banyak akan keluar.

Pasal sukan paling layan bola sepak, sedikit-sedikit pasal tennis dan gusti. Gusti tengok kat website rasmi dia je. Tengok sape lawan sape, sape menang, itu je la. Zaman Stone Cold dan The Rock dulu, layan giler gusti. Tapi sekarang kedua-duanya dah bersara. Hilang seri sikit la. Nak cari info pasal bola sepak masuk kat tribalfootball dan soccernet. Dua nie je yang selalu dibuka. Masa musim transfer selalu baca kat tribalfootball, tapi bila musim games, baca report tengok kat soccernet je. Kira dua-dua lebih kurang ada fungsi tersendiri la, haha.

Komik juga ada baca online kat internet. Tapi komik hanya seminggu sekali jer. Naruto, One Piece, Detective Conan antara manga on-going yang sangat diminati sekali. Baca komik online kat onemanga dan download kat mangatraders dan stoptazmo. Bahagia betul hidup pasal komik nie, sebab semuanya free!, hehe. Kat onemanga tue banyak giler komik, ada yang popular cam Bleach dan Eyeshield 21 tak terlayan lagi sekarang. Maybe sebab tak baca dari awal, jadi 'malas' nak follow kot. Emm, boleh jadi, padahal member lain semua layan.

Itulah antara yang selalu dibuat kalau buka internet nie. Of course baca jugak blog-blog kenalan dalam list satucereka nie. Selepas tue, xtau la nak buat apa. Maybe download movie free kat syok kot...

TAPI KAN :- kat atas tue saje x sertakan sekali link2 untuk semua tue. Ada sebab tue. Sebabnya ... agak malas la!!!

Sunday, July 5, 2009

Tak Terasa

9:41 PM Posted by HM Hafizd 1 comment
Salaam, masih lagi mood bercuti dan secara tak langsungnya bercuti jugak dalam ber'internet' nie. Sudah lama tak menjengah sini. Kali nie pon nasib baik cari tempat yang ada connection untuk curi-curi masa ke sini. Ramai yang terus meng'update'. Kakak 'kembar kat phi' tue x payah cerita lah, hehe. So, mari kita berborak.

Masa kat rumah secara tak sengajanya menonton citer Wonder Pets. Dah popular sekarang nie. Dah lama dah. Mula-mula tau kewujudannya kartun nie masa pergi rumah sepupu dulu, anak-anaknya sangat menggemari wonder pets nie. "kami tak besar dan kami tak kuat, tapi bila bekerjasama semua jadi mudah, yayyyyy…wonder pets" siap boleh hafal lagi bebudak 2 lagu dia. Tapi time nie aku tak terasa nak try search cari internet lagi. Try tengok dalam tv ker. Masih buat-buat tak kisah, fikir tak tengok pon tak apa.

Masa raja lawak astro 3 final pon Jozan and Nabil nyanyi lagu nie, pon lepas tue tak rasa nak cari jugak. Dan masa pergi Family Day, ada satu group ambik lagu nie buat tepuk sorak dengan sedikit diubah lirik. Pon lepas tue buat-buat tak tahu jugak. Sebut semua nie untuk membuktikan kartun nie memang sudah popular, termasuk la kepada orang dewasa mahupun rakan sebaya. Tapi time nie aku tak tergerak lagi nak menengoknya. Saje buat-buat tak kisah. Tapi bila kat rumah tue, masa kebetulan tertengok tue rasa suka la pulak. Suara watak tue best. Lagu pon jadi best. "apa yang penting! kerjasama, apa yang penting! kerjasama, semua jadi mudah yayyyy wonder pets, yayyyyy wonder pets!".

Aku tahu Michael Jackson meninggal dunia bila diberitahu oleh roommate aku. Dia memang die-hard-fan pada MJ nie. Dia berkata dengan nada kesal perginya lagenda pop dunia. Terus dia memasang lagu-lagu MJ dari mp3 dalam laptopnya. Sebagai tribute kepada icon katanya. Aku pon kenal MJ, dari hitam ke putih, kepada rekod jualan album, terus kepada kisah hidupnya, tapi aku tak menghafal pula lagu-lagu MJ. Entah ralat di mana, dalam list mp3 aku, xdak pula lagu MJ, baik beat it, billie jean atau thriller atau lain-lain lagi. Entah, aku buat-buat tak kisah, fikir tak dengar pon tak apa kot. Emm, kalau nak diikutkan aku lebih layan BSB lagi dalam genre pop song nie.

Dalam kita meng'tribute' kepadanya, timbul pula isu bagaimana beliau disemadikan. Dengan 'memakai kain kafan' atau 'memakai kot'. Jika betul lah memakai kot, maka ucapannya berbunyi "rest in peace, MJ". Jika sebaliknya, semoga Allah merahmati beliau di sana. Harap-harapnya betul lah. Berbalik kepada lagu, jika diikutkan MJ mempunyai rangkaian single yang meletup, video clip yang hebat dan tarian yang mempersonakan. Emm, nampaknya, kena spend masa balik la untuk meng'download' sekarang. Haha, baru sekarang kalut nak cari...

TAPI KAN :- Baik Wonder pets mahupun MJ, kedua-duanya berasal dari US. Yang tempatan siapa yer? Siti Nurhaliza kot icon penyanyi Malaysia? Upin & Ipin pula kategori kartun Malaysia yang popular? emmm, barangkali ye...

Tuesday, June 23, 2009

Citer Hindustan

9:47 AM Posted by HM Hafizd , 11 comments
Tengok filem hindustan? minat dengan artis bollywood? Biasanya kalau tanya soalan macam ini, jawapan yang selalu di dengar ialah tak!!!. Malah dorang tanya balik pula, ee, kau minat filem hindustan ke? Nampak macam menyindir... atau memperlekeh. What ever, aku tetap suka tengok juga, haha. Rasanya tak salah apa, dan tidak perlu rasa malu. Ala, kita tengok filem korean, japanese, chinese biasa-biasa je, kenapa filem hindustan tak boleh pula kan. terpulang pada kehendak dan minat individu sendiri.


Masa kecil-kecil, selalu tengok filem bollywood / hindustan pada hari sabtu, pukul 2.00 petang. Slot Panggung Sabtu kat TV3 khas untuk filem bollywood. Sekarang pun masih ada. Star of India kat NTV7 pada hari ahad pukul 3.30 petang juga untuk filem bollywood, tapi sekarang dah tak de da. Kalau masa demam bollywood sejak filem Kuch Kuch Hota Hai meletup kat panggung Malaysia dulu, banyak produk dari sana yang di bawa masuk. Majalah la, filem-filem la, rancangan lagu-lagu hindi la dan lain-lain lagi. Sangat-sangat mendapat permintaan tinggi. Sampai artis bollywood pun ada membuat konsert di sini. Tapi, yeah, semua orang tahu, pelakon bollywood hanya pandai berlakon jer, tidak boleh menyanyi. Emm, tiba-tiba teringat, saje nak lari topik sekejap, filem P Ramlee pun dalam scene lagu, ada juga pelakon yang menggunakan suara orang lain untuk part nyanyian. Misalnya Sarimah menggunakan suara Saloma dan Nordin Ahmad menggunakan suara Abdullah Chik... kalau tak silap la, hehe.


Artis bollywood yang paling suka ialah Shah Rukh Khan / SRK. Hampir semua filem dia dah tengok dan akan tengok. Sebenarnya nak tengok filem hindustan ini ada syarat-syarat nya juga, macam nak tengok filem Melayu. Syarat pertama ialah filem hindustan itu mesti lakonan Shah Rukh Khan. Kalau orang lain, terpulang pada keadaan, ada yang tengok, ada yang tak kisah pun kalau tak tengok. Syarat kedua filem itu mesti berstatus blokbuster, haha. Ada juga filem SRK yang biasa-biasa, tak mencapai status blokbuster, tak tengok pun. Malas la. Macam mana tahu sesuatu filem itu bertaraf blokbuster atau tidak? check internet la, baca komen pengkritik filem, tengok jualan tiket, laku ke tak, dari situ dapat la buat kesimpulan filem itu blokbuster atau tidak. Syarat pertama itu juga diaplikasikan pada filem hollywood dan cantonese. Misalnya filem-filem lakonan Tom Cruise dan Ekin Cheng akan menjadi top priority untuk tengok kat wayang nanti, hehe.

Kalau sebut tengok wayang, ada 3 filem yang pernah tengok di wayang. Pertama cerita Don. Ini pergi dengan kawan-kawan. 6 orang semuanya. Masa sebelum pergi tue memang cakap awal-awal lagi, nak pergi nie mesti tengok filem Don, bukan filem lain. Muktamad. So, yang pergi tue bersetuju la. Pergi sampai pukul 2.30 petang, terlewat pula, tayangan awal 2.30, seterusnya pukul 6.00 petang. Jadi terpaksa ambil yang 6.00 petang. Sanggup tunggu tue, pergi shopping dulu, jalan-jalan buang masa sebab nak tengok cerita punya pasal. Alahai... Yang kedua fielm Om

Shanti Om dan ketiga Rab Ne Bana Di Jodi. Kedua last nie pergi sorang-sorang jer, tak kisah, buat selamber dek ja. Orang Melayu yang tengok 5, 6 orang je, yang lain semua orang India. Segan pun ada. Tapi tulah, buat selamber kunyah pop corn macam tiada apa berlaku. Yang cerita lain-lain tue sama ada tengok di tv atau beli VCD / DVD atau download dari internet, haha.

Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Kaho Naa... Pyar Hai, Kal Ho Na Ho, Diwale Dulhania Le Jayenge, Mohabbatein antara filem-filem yang menjadi kesukaan. Ini antara beberapa judul yang sempat di taip. Ada lagi filem-filem yang tengok sudah lebih dari sekali. Lagu-lagu dalam filem ini juga best dan sedap di dengar. Anyway, tak tahu pula nak buat ending macam mana, just wanna to say, tengok la filem hindustan, haha. Tak best langsung. Ikut la, aku pun, bukan semua filem hindustan yang tengok. Memilih juga, Jadi, pandai-pandai la pilih yer ... (tengok, semua gambar letak di sini semua dari film SRK!. He's my favaorite!!! 0_0)


TAPI KAN :- Sekarang nie pun tengok filem bollywood pun dah mula buat filem superhero, guna effect CGI, contoh seperi Krissh, Koi... Mil Gaya, Dhoom, Main Hoon Naa dll, emm, ok la tue.