... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, May 16, 2010

Tak Terasa 2.0

8:14 PM Posted by HM Hafizd No comments
Menonton Supernatural di TV menyebabkan aku berfikir ‘kenapa aku tak copy cerita nie dahulu’. Bila dah tengok nie rasa seronok jugak. Boleh tahan. Lagipun aku melihat di TV semasa ditayangkan musim ketiga. Bermaksud musim pertama dan kedua aku belum menonton lagi. Di US sekarang sudah masuk musim kelima dah. Dahulu Anuar ada DVD dari musim pertama hingga keempat, tapi aku tidak mahu copy dengan beranggapan ‘aku tak layan supernatural’… hah!!! kan dah terlepas sekarang. Kalau nak tengok jugak, kerna usaha sendirilah mengcopy (atau download) dari kawan-kawan kalau mereka masih ada…

Aku jugak sedang menonton cerita Chuck. Yang ini aku tidak berapa kesal sangat, kerana seingat aku tiada kawan yang mempunyai cerita ini. Tapi aku tengok di TV pon boleh tahan jugak ceritanya. Kalau ada ’sumber’ aku sanggup mengcopynya sebagai koleksi simpanan peribadi, haha. Dua lagi cerita ialah House MD dan Prison Break. Di saat Nafis dan Fithri gian menunggu setiap minggu menyimpan sebagai koleksi aku dengan cofindentnya berkata ’aku tak layan prison break’. Begitu jugak Smallville. Aku mengatakan Smallville sudah ’mengarut’ dari cerita asal Superman, Clark & Lois. Sudah masuk musim ke sepuluh. Ulul masih teruskan mengumpul cerita Smallville setiap minggu. Kalau aku nak cerita-cerita ini sekarang, aku harap mereka-mereka ini masih menyimpannya.

Lain pula dengan Liar Game. Aku mengcopy cerita ini Sejak Mac 2008 dan ia terus di simpan sebagai koleksi tanpa aku teringin untuk menontonnya. Sehinggalah Mac 2010 akhirnya aku baru melihat cerita 11 episode ini sampai habis. Dua tahun aku ambil masa sejak aku copy cerita ini barulah tergerak hati untuk menonton. Dan sampai sekarang baru aku tahu cerita ini ada musim kedua rupanya sebanyak 9 episod. Cerita bersiri ini juga akan ditutup dengan sebuah filem yang sudah ditayangkan pada Mac lalu. Eh, hampir terlupa, Liar Game cerita berbahasa Jepun sebenarnyeeerrr... hihihi



TAPI KAN :- ada tiga cerita lagi yang aku burn dalam dvd yang masih belum tengok, walaupun dah burn lama dah. Ketiga-tiganya dari tv series iaitu desperate housewives season 1, goong s / prince hours (korean) dan mischievous princess (korean). Masih tak terasa lagi…..