... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, June 23, 2009

Citer Hindustan

9:47 AM Posted by HM Hafizd , 11 comments
Tengok filem hindustan? minat dengan artis bollywood? Biasanya kalau tanya soalan macam ini, jawapan yang selalu di dengar ialah tak!!!. Malah dorang tanya balik pula, ee, kau minat filem hindustan ke? Nampak macam menyindir... atau memperlekeh. What ever, aku tetap suka tengok juga, haha. Rasanya tak salah apa, dan tidak perlu rasa malu. Ala, kita tengok filem korean, japanese, chinese biasa-biasa je, kenapa filem hindustan tak boleh pula kan. terpulang pada kehendak dan minat individu sendiri.


Masa kecil-kecil, selalu tengok filem bollywood / hindustan pada hari sabtu, pukul 2.00 petang. Slot Panggung Sabtu kat TV3 khas untuk filem bollywood. Sekarang pun masih ada. Star of India kat NTV7 pada hari ahad pukul 3.30 petang juga untuk filem bollywood, tapi sekarang dah tak de da. Kalau masa demam bollywood sejak filem Kuch Kuch Hota Hai meletup kat panggung Malaysia dulu, banyak produk dari sana yang di bawa masuk. Majalah la, filem-filem la, rancangan lagu-lagu hindi la dan lain-lain lagi. Sangat-sangat mendapat permintaan tinggi. Sampai artis bollywood pun ada membuat konsert di sini. Tapi, yeah, semua orang tahu, pelakon bollywood hanya pandai berlakon jer, tidak boleh menyanyi. Emm, tiba-tiba teringat, saje nak lari topik sekejap, filem P Ramlee pun dalam scene lagu, ada juga pelakon yang menggunakan suara orang lain untuk part nyanyian. Misalnya Sarimah menggunakan suara Saloma dan Nordin Ahmad menggunakan suara Abdullah Chik... kalau tak silap la, hehe.


Artis bollywood yang paling suka ialah Shah Rukh Khan / SRK. Hampir semua filem dia dah tengok dan akan tengok. Sebenarnya nak tengok filem hindustan ini ada syarat-syarat nya juga, macam nak tengok filem Melayu. Syarat pertama ialah filem hindustan itu mesti lakonan Shah Rukh Khan. Kalau orang lain, terpulang pada keadaan, ada yang tengok, ada yang tak kisah pun kalau tak tengok. Syarat kedua filem itu mesti berstatus blokbuster, haha. Ada juga filem SRK yang biasa-biasa, tak mencapai status blokbuster, tak tengok pun. Malas la. Macam mana tahu sesuatu filem itu bertaraf blokbuster atau tidak? check internet la, baca komen pengkritik filem, tengok jualan tiket, laku ke tak, dari situ dapat la buat kesimpulan filem itu blokbuster atau tidak. Syarat pertama itu juga diaplikasikan pada filem hollywood dan cantonese. Misalnya filem-filem lakonan Tom Cruise dan Ekin Cheng akan menjadi top priority untuk tengok kat wayang nanti, hehe.

Kalau sebut tengok wayang, ada 3 filem yang pernah tengok di wayang. Pertama cerita Don. Ini pergi dengan kawan-kawan. 6 orang semuanya. Masa sebelum pergi tue memang cakap awal-awal lagi, nak pergi nie mesti tengok filem Don, bukan filem lain. Muktamad. So, yang pergi tue bersetuju la. Pergi sampai pukul 2.30 petang, terlewat pula, tayangan awal 2.30, seterusnya pukul 6.00 petang. Jadi terpaksa ambil yang 6.00 petang. Sanggup tunggu tue, pergi shopping dulu, jalan-jalan buang masa sebab nak tengok cerita punya pasal. Alahai... Yang kedua fielm Om

Shanti Om dan ketiga Rab Ne Bana Di Jodi. Kedua last nie pergi sorang-sorang jer, tak kisah, buat selamber dek ja. Orang Melayu yang tengok 5, 6 orang je, yang lain semua orang India. Segan pun ada. Tapi tulah, buat selamber kunyah pop corn macam tiada apa berlaku. Yang cerita lain-lain tue sama ada tengok di tv atau beli VCD / DVD atau download dari internet, haha.

Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai, Kaho Naa... Pyar Hai, Kal Ho Na Ho, Diwale Dulhania Le Jayenge, Mohabbatein antara filem-filem yang menjadi kesukaan. Ini antara beberapa judul yang sempat di taip. Ada lagi filem-filem yang tengok sudah lebih dari sekali. Lagu-lagu dalam filem ini juga best dan sedap di dengar. Anyway, tak tahu pula nak buat ending macam mana, just wanna to say, tengok la filem hindustan, haha. Tak best langsung. Ikut la, aku pun, bukan semua filem hindustan yang tengok. Memilih juga, Jadi, pandai-pandai la pilih yer ... (tengok, semua gambar letak di sini semua dari film SRK!. He's my favaorite!!! 0_0)


TAPI KAN :- Sekarang nie pun tengok filem bollywood pun dah mula buat filem superhero, guna effect CGI, contoh seperi Krissh, Koi... Mil Gaya, Dhoom, Main Hoon Naa dll, emm, ok la tue.

Wednesday, June 17, 2009

Nak Test Sat...

9:59 AM Posted by HM Hafizd 5 comments
Hello, Salaam perpaduan. Pasal perkataan salam perpaduan ini diciplak dari senior aku masa dia nak bagi ucapan atau cakap-cakap kosong dalam mesyuarat kelab. Setiap kali bangun nak cakap jer, mesti dimulakan dengan... Salam perpaduan. Hari ini nak sentuh tentang .. bla bla bla. Kira orait juga la kan mukadimah dia camtue. Perkataan Salam itu sendiri dalam bahasa Arab bererti selamat, perpaduan macam dia nak semua ahli-ahli kelab bersatu padu la kot. Jadi lebih kurang macam, semoga kita sentiasa dalam keselamatan dan bersatu padu hendaknya... Ye la tuu. Hehehee.

Tetapi sekarang perkataan perpaduan ini dalam politik dah jadi isu sensitif daa. Jadi bahaya, tak leh sebut kerap sangat. Nanti kena cop blog politik pulak. Jadi stop terus sebut perkataan perpaduan ini.

Sebenarnya kali ini saja nak test tengok pasal upload gambar. Al maklum la, dunia blogger-blogger nie masih hijau lagi. Jadi petang tadi try cut gambar sendiri dengan photoshop n upload kat sini. Nak tengok bila dah setle upload gambar nanti dia ikut border kotak ker dia ikut border yang telah dipotong. Tak faham? Tak pa, sebab ini test saja. Kira eksperimen la. Ha, dah lama tak keluar perkataan eksperimen nie. Sejak tak ngaji sains dah sekarang nie.

So, hasil eksperimen membuktikan ia mengikut border kotak la. Penat jer potong gambar ikut ukuran badan tadi. Aiseymen. Inferens awal eksperimen tadi ialah, gambar yang diupload akan mengikut border gambar yang dipotong. Tapi menurut pemerhatiannya, hipotesis yang boleh diterjemahkan ialah semakin rajin kamu memotong gambar, semakin bosan jadinya. Sebab..? sebab kesimpulan dari eksperimen ini ialah inferens diconformkan salah!!!. Jadi, tak de makna nya lagi buat-buat rajin potong gambar ikut ukuran badan kalau hasilnya nanti ia ikut border kotak jugak. Adoiyai...

TAPI KAN :- Kewujudan gambar ini tidak ada kena-mengena dengan unsur-unsur publish diri sendiri ekk. Tiada sama sekali!!!

Thursday, June 11, 2009

Lagenda Budak Setan

8:47 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Lagenda Budak Setan. Sape pernah dengar nama nie. Sebuah novel. Yup, tak tipu, sebuah novel dari Ahadiat Akashah. Dah lama buku novel nie. Tup tup sekarang dengar nak difilemkan. Terkejut jugak aku. Tue sebab bersemangat nak menaip entry nie. Lagenda Budak Setan, antara first novel yang pernah dibaca. Masa tingkatan 4 dahulu lagi. 7 tahun sudah berlalu. Terima kasih tak terhingga kepada kawan dorm yang rapat sekali, hehe, Muhd Farid Zulkipli yang telah membawa novel ini ke asrama. Novel kakak dia menurut beliau. Selain novel ini, dia juga bawa novel Katerina dan satu lagi lupa daa tajuk dia. Rasanya tak baca pon novel tue.

Tebal novel nie. Ia satu kompilasi daripada beberapa buku (exact num x ingat daa) yang dijilidkan menjadi sebuah buku bernama Lagenda Budak Setan. Jadi masa mula-mula tue fikir 2, 3 kali jugak la. Nak baca ke x. Nak baca ke x. Tapi menurut beliau novel nie best. Budak setan yang menjadi manusia kerana jatuh cinta, hehe. Setelah baca, aku bersetuju 100% dengan pendapat beliau mengatakan novel nie memang gempak, eh, best. Terus aku sambung dengan novel Katerina pulak. Katerina pon best jugak. Sebab itulah aku hampir ingat lagi sikit2 pasal cerita nie. Walaupun 7 tahun sudah berlalu.

Kemudian suatu hari masa jalan-jalan kat SACC, kat kedai buku MPH dia, ternampak lak buku Lagenda Berakhir. Tengok sinopsis belakang kata sambungan kepada Katerina. Aik, ada lagi sambungan dia. Aku xtau pon selama ini. Tapi dah alang-alang jumpa beli jugak la. Lepas tue cover dengan member-member, x tunjuk kat dorang kata beli novel, nanti dorang gelakkan pulak. Nasiblah. Haha. Malamnya, tanpa sabar-sabar lagi terus baca. Tak tebal sangat berbanding dua buku sebelumnya.

Kasyah, budak setan dalam cerita nie, Ayu, gadis pujaannya, Azmi, suami Ayu, Amelia, Ayu yang menukar nama selepas pembedahan, Katerina a.k.a Kate, yang jatuh cinta kat Kasyah dan Hisyam yang suka pada Kate. Antara watak-watak utama dia. Harap-harap filem ini kalau tak menjiwai 100% pon boleh hampir serupa dengan novel nie pon okey. Asalkan nilai estetika dalam novel nie x hilang, ceewah. Farid Kamil jadi Kasyah dan Lisa Surihani jadi Ayu. Boleh ke dorang nie.? Harap-harap lah. Nur Fazura pon ada, rasanya dia jadi Kate kot. Que Haidar, watak Azmi mungkin. Kemudian ada Nubhan, ada Ogy Ahmad Daud (p/s : tapi x pasti status Ogy sama ada pelakon atau guru lakonan untuk filem ini) ada sape lagi... emm, dan diarahkan oleh Sharad Sharan, yang telah mengarahkan Diva dan Tipu Kanan Tipu Kiri sebelum nie..

Sekarang baru proses shooting. Lambat lagi la kalau nak tunggu filem ini keluar. Mungkin tahun depan kot. Bolehlah kumpul duit dulu sekarang nie, hehe. Kalau kena gaya, harap-harap filem nie boleh capai box office. Bukan selalu filem yang diadaptasi dari novel kat Malaysia nie. Kalau ada lagi, harap novel Ramlee Awang Murshid pon boleh jadi filem. Kepada pelakon2 filem ini, berusahalah...

TAPI KAN :- Ops, 10 Jun 2009, pelakon Sukery Hasyim hari ini sudah kembali ke rahmatullah. al Fatihah kepada beliau.

Sunday, June 7, 2009

Update hari ini

1:32 AM Posted by HM Hafizd 7 comments
Bila membuka blog nie selalu cakap sendiri, bilalah nak update blog nie. Tapi tulah, xdak idea lak nak tulis apa. Nak merepek pun, idea kreatif menghilang di kutub utara. Jauh sangat pergi jalan-jalan, x ingat nak balik. Jadi terpaksa la hidup dalam dunia blur tanpa kreatif nie. Nak kena buat sesuatu untuk meransang balik neuron-neuron dalam kepala otak supaya dorang dapat balik semula ke Malaysia.

Selain masalah di atas, kadang-kadang malas jugak nak taip. Yalah, xdak idea, so xdak la tajuk nak tulis. Ada orang yang tulis blog, ada tajuk dulu baru ada isi. Tapi yang lain, ada isi dulu baru lepas tue reka tajuk. Bagi dorang, ala, tajuk apa la sangat. Habis-habis lekeh pon tulis jer tajuk "untitled" macam bila kita buka notepad tue. Spesis cam gini memang power dalam taip posting pasal benda-benda merepek ker atau cerita-cerita yang berlaku dalam hidup seharian mereka. Aku nak tulis cam gini pon, eemm, boleh tapi xdak benda yang nampak menarik pon yang boleh dicerita. So, last-last x update jugak.

Selain di atas, sebenarnya sekarang jarang dapat connection internet. Kat bilik xdak sambungan dari kabel da, hanya wiyerless saja yang dapat. Aku pulak pakai PC, jadi x dapat la. Nak beli USB wiyerless, xleh beli-beli lagi. So, sekarang nie asyik pinjam laptop member la kalau nak buka internet. Tue pon kena tunggu bila masa dia x guna la. Baru leh guna. Bosan jugak kalau xdak internet nie.

Selain di atas, nak buat cam mane, nak rangsangkan balik neuron kreatif otak tue, pergi la mandi dulu. Kalau mandi aku suka mandi lama-lama. Biarkan jer air mencurah-curah ke atas badan. Baru puas, sejuk. Aik, nie bukan 'sahaja aku mandi' ekk, nie mandi biasa-biasa la, haha. Ada sekali tue aku tengok jam sampai 45 minute aku mandi. Nie antara kira lama jugak la nie. Kalau time gini, selalunya aku bersyampu dan shave sekali. Sebab tue ambik masa lama kot. Syampu bukannya hari-hari, selalunya seminggu 2, 3 kali jer. Kalau shave pula malas-malas pon seminggu ssekali, haha.

So, disebabkan perkara di atas, aku amat jarang mengupdate blog nie. Nanti kalau ada mood baru posting yang berikutnya, tapi xtaulah gap yang nie dengan yang berikutnya berapa lama, haha. Kalau nak baca yang update selalu, boleh tengok list blog sebelah kiri nie. Aku rekemenkan Kak SHIBAM dan Weeda's blog. Nie staff nie, mak encik yang amat baik hati dan ramah mesra semasa berurusan dengan mereka dulu, hehe. Mereka selalu update hari-hari. Kalau nak try baca yang kelakar-kelakar atau merepek sikit, boleh tengok SODIUM nazry. Dia memang power dalam bidang cam gini. Dia nie member masa sekolah menengah dulu. Boleh la kalu nak masuk raja lawak pon, haha. Aku undi nanti.

So, selain di atas, rasanya dah panjang kot. berhenti dulu la. Nanti sambung semula. Ops, terlupa, kat sebelah kiri jugak ada nama blog Ilhami Mat Isa dan hOnEyZ OTHMAN. Nie pon member sekolah menengah jugak nie. Dorang pon cam aku jugak, malas nak update blog sendiri. update la cepat oi, haha. Aku pon sebenarnya dok cari jugak sape-sape lagi member sekolah menengah yang ada blog lagi. Boleh nak berconnection, emm. OK la, sampai sini saja. Jumpa lagi. (x dapat fikir ending yang best sikit, hehe)

TAPI KAN :- sebenarnya nie update pon sebab tengok sebelah kiri tue, tiba-tiba dia update, jadi ikut jugak la. Tiru dia, haha.