... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, January 4, 2015

Mengingati Rasul 2.0

7:24 AM Posted by HM Hafizd No comments
Perang Hunain dan Thaif berakhir. Nabi saw berangkat ke Ji’ranah untuk membahagi-bahagikan rampasan perang. Nabi saw tinggal di Ji’ranah selama 13 hari. Dalam tempoh itu, Nabi saw membahagi-bahagikan rampasan perang menurut cara tertentu, membebaskan sebahagian tawanan dan mengembalikannya kepada keluarganya.

Para sahabat Nabi saw mendesak agar rampasan perang dibahagi-bahagikan secepat mungkin. Untuk membuktikan bahawa baginda tidak tertarik pada harta itu, baginda berdiri di sisi seekor unta, mengambil sedikit bulu – mengepitkannya di antara jari-jarinya, lalu berkata, “saya tidak berhak atas harta rampasan kamu, walaupun hanya bahagian dari bulu-bulu ini, kecuali khumus. Bahkan saya juga akan mengembalikan kepada kamu khumus yang menjadi hak saya. Kerana itu setiap orang di antara kamu harus mengembalikan setiap jenis rampasan, walaupun hanya sebuah jarum dan sehelai benang, agar saya dapat dibahagi-bahagikan antara kamu sekalian dengan adil.”  

Nabi saw membahagi-bahagikan semua harta itu kepada kaum muslim, dan membahagi-bahagikan pula khumus, yang merupakan bahagiannya sendiri. Baginda memberikan 100 ekor unta kepada setiap orang dari mereka, termasuk Abu Sufyan, puteranya Muawiyah, Hakim bin Hizam, Harith bin Harith, Harith bin Hisyam, Suhail bin ‘Amar, Huwaitab bin Abd al-‘Uzza, Ala’ bin Jariah dan lain-lain. Bagi orang-orang dari kelompok lain, yang kedudukannya lebih rendah, baginda memberikan 50 ekor unta untuk setiap orang. Kerana pemberian besar dan khusus ini, orang-orang ini mulai menunjukkan rasa cinta dan kasih saying kepada Nabi saw, dan makin tertarik dengan Islam. Dalam fiqah Islam, orang-orang seumpama ini disebut mu’allafah al-qulub (orang yang hatinya dilunakkan) dan merupakan salah satu kelompok yang berhak menerima zakat.

Hadiah dan pengeluaran yang diberikan Nabi saw itu sangat disesalkan oleh sejumlah kaum muslimin, terutama dari kalangan Ansar. Mereka yang tak menyedari kepentingan yang lebih tinggi yang difikirkan Nabi saw dalam memberikan hadiah-hadiah itu, mengira bahawa hubungan kekeluargaanlah yang mendorong Nabi saw membahagi-bahagikan khumus dari harta rampasan perang itu kepada para kerabatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mewakili kaum Ansar, Saad bin ‘Ubadah menyampaikan keluhan kepada Nabi saw. Atas hal itu, baginda mengatakan, “kumpulkanlah mereka semua di satu tempat supaya saya dapat menjelaskan hal sebenar kepada mereka.” Nabi saw tiba di tempat pertemuan itu dengan sikap sangat berwibawa, lalu berkata kepada mereka, “dahulu kamu sekalian tersesat, lalu kamu menerima bimbingan dari saya, dahulu kamu miskin, lalu menjadi kaya, dahulu kamu bermusuhan, lalu menjadi sahabat.” Mereka semua berkata, “benar, ya Rasulullah! Semua itu benar.” Nabi saw meneruskan, “kamu dapat pula menyebutkan kebaikan-kebaikan kamu ke atas diri saya. Kamu dapat berkata – hai Nabi Allah! Ketika kaum Quraisy mengingkarimu, kami menolongmu. Mereka membuatmu kehilangan tempat tinggal, dan kami memberi tempat perlindungan. Wahai kaum Ansar, mengapa kamu bersedih kerana saya memberikan harta kepada kaum Quraisy agar mereka berpegang teguh dengan Islam, sedangkan (saya) memberikan Islam kepada kamu? Tidakkah kamu puas bahawa orang lain membawat unta-unta dan kambing itu sedang kamu membawa Nabi saw bersama kamu? Demi Allah! Apabila semua orang lainnya pergi ke suatu jalan dan kaum Ansar ke jalan yang lain, saya akan memilih jalan yang ditempuh oleh kaum Ansar.

Sesudah itu, Nabi saw memohon rahmat Allah bagi kaum Ansar dan anak-anak mereka. Kata-kata Nabi saw menggugah perasaan mereka sehingga semuanya menangis seraya berkata, “Ya Nabi Allah! Kami puas dengan bahagian kami, dan sama sekali tidak menyesal.

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year

7:49 AM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun baru Masihi kini telah tiba. Umur bertambah satu angka lagi dan hidup mesti diteruskan dengan aktiviti yang lebih berfaedah selain hanya makan, nonton movie dan tidur sahaja. Sesungguhnya kita sendiri yang harus mengubah cara hidup menjadi lebih baik, dengan tidak terlalu mengimpikan sesuatu keajaiban yang akan mengubah hidup kita dengan serta-merta. [Life changing experience]

Tahun 2014 menyaksikan peristiwa air, catuan, panas, hujan, banjir disebut sepanjang tahun. Buat pertama kalinya, aku merasa sendiri kehidupan apabila air di catu. Bangun pagi dan mandi di tandas office (tidak selalu), tandas petronas (pun ada) dan yang paling sukar sekali ialah bila sakit perut! Itu pun baru kes catu air selang dua hari. Jika sepanjang minggu, maka bergegak gempitalah alam maya satu Malaya mengadu domba, mengeluh kesah, mengata nista sesiapa yang mencabar minda. Tambah tolak dekat dua bulan jugaklah pengalaman ini mengajar aku hidup tanpa air. [Live without water]

Apabila hujan turun mencurah-curah, banjir besar berlaku, sehingga kan kita sendiri tidak mengjangkakan air naik setinggi itu. Apabila melihat gambar yang menerawang di alam maya, sampai ke bumbung, atap rumah, hampir atau telah melebihi jambatan, WOW, banyaknya air!! tingginya air!! Ironi sekali, keringnya air bersih di Selangor sampai perlu dicatu sehinggalah banjir - banyaknya air sehingga naik sampai ke bumbung rumah di Pahang dan Kelantan, menunjukkan betapa air tidak dipisahkan dalam kehidupan - menyegarkan dan memudaratkan, nikmat dan bencana, rahmat Tuhan dan bala!!! [Water Is Important To Life]

Selalunya, menjadi tabiat kita apabila kalendar bermula dari January kita memasang angan, berharap dalam diam, berazam dengan bersungguh menjadikan tahun ini mempunyai paling banyak memori indah. Perkara ini kita 'amalkan' saban tahun tapi apabila hari saban hari, kita tidak dapat mengelak ada timbul kecelakaan yang tidak diduga, kemalangan, kematian, kesakitan, kehilangan yang menyebabkan segala angan, impian, azam yang diharapkan pada Januari tidak kesampaian pada December nanti. Manusia hanya mampu merancang, sebaik rancangan adalah milik Tuhan. Jadi, berkatalah... "dengan izin Tuhan ..."


TAPI KAN :- "...aah... untuk kali nie, xde tapi-tapi... semoga mereka-mereka yang menghadapi, mengalami bencana, TABAH, CEKAL dan berTAWAKKAL meneruskan hidup ini...