... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, September 27, 2009

Raya 20.09.2009

11:32 PM Posted by HM Hafizd 3 comments
Sementara mood berhari raya ini boleh dikatakan masih ada ini, dapatlah kiranya aku, saya, kite dan hamba mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, minal aidil wal faizin. Jika pernah terlanjur kata, terguris perasaan, mengecewakan seseorang, hanya satu sahaja ucapannya... maafkan aku dan terimalah aku kembali dalam hidupmu... ceewah.

Pagi syawal yang hening itu, selepas sembahyang subuh, niatku untuk menyambung tidur sebentar diganggu dek 'ngauman' adik yang menyuruh aku membeli ais. Ciss, sempena hari raya ini aku maafkan dikau yang memekak pagi-pagi salju ini. Langkah malas sambil memakai sweater, aku terus start engin motor ke Pekan Tanah Merah yang jauhnya 3 km dari rumah. Dapat bayangkan betapa sejuknya aku waktu itu. Ais yang berharga RM4 itu selamat sampai ke rumah dan bakal dikorbankan nanti.

Di rumah pagi itu, hanya 4 orang sahaja penghuninya. Mak dan ayah dan aku dan adik. Kak long beraya di rumahnya di Pendang manakala kak ngah di rumah mentuanya di Pahang. Berita gembiranya di sini, tiada adegan chop bilik air dan berebut-berebut nak mandi dulu berlaku. Semuanya teratur dan selesa. Jam 8.15 pagi sayup-sayup kedengaran takbir di surau. Setelah siap berpakaian, berjabat salam dengan ibu bapa, mulalah roda motor yang di bawa aku berputar menuju ke surau dan akulah jejaka macho yang memboncengnya, alone.

Beramah mesra sebentar, aku bergegas naik ke surau. Tidak sabar aku mengsumbangkan suara mengalunkan takbir. Confirm piching tak lari, lengkap dengan tone, kenyaringan dan kemerduan lagi... alhamdulillah, anugerah Tuhan. 8.45, sedikit taklimat ringkas oleh Sheikh Qodir, tentang niat sembahyang dan cara pelaksanaannya, bagi yang terlupa. Terus diikuti sembahyang sunat dan khutbah hari raya oleh Cik Rahim. Begitu lantang dan shahdu, sempat sedikit emosi semasa bahagian doa. Begitu menginsafkan. Khutbah mengenai... err, pasal apa ekk?

Selepas bersalaman, jamaah bertolak ke kubur. Bacaan tahlil beramai-ramai diadakan. Jika ada yang ingin membaca Yassin secara individu pun ada. terpulang memilih yang mana. Manakala bagi anak-anak kecil, dua barisan diluruskan bagi mendapatkan duit raya. Asalkan beliau masih kanak-kanak, beliau layak berada dalam barisan walaupun beliau dari kampung sebelah sekalipun. Duit raya ini pun sumbangan dari surau, yang merupakan sumbangan dari masyarakat kampung juga. Sibuklah sikit Cik Yuk dan Bang Din mengagih-agihkan duit raya sama rata. Mungkin dapat RM3 setiap seorang.

Selepas bacaan tahlil selesai, mulalah aktiviti kunjung mengunjung. Tak pun, menunggu di rumah menyambut ketibaan tetamu, sanak saudara yang tiada kampung yayang balik ke kampung atau orang kampung yang pergi ke bandar menziarah kenalan mereka di sana. Lewat tengahari, kak long dan abang ipar dan Ashraf dan 'Abid sampai ke rumah. Begitulah, ceritanya di pagi raya.

Muzik latar dicadangkan untuk post ini ialah Suatu Pagi Di Hari Raya dendangan Raihan & NowSeeHeart.

TAPI KAN :- sebagai tambahan, di pagi raya ke-4, kak ngah dan abang ipar baru selamat sampai ke rumah akhirnya.

Friday, September 4, 2009

ramadhan kali ini ...

8:25 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
ramadhan kali ini
tiada lagi makan nasi bungkus
tiada lagi minuman air teh ais bungkus yang menyebabkan ...
tiada lagi kes teh ais dihurung semut-semut liar
tiada lagi berfikir tujuh lapan kali hanya untuk membeli murtabak
tiada lagi kerisauan berbelanja di bazaar menyebabkan ...
tiada lagi berbuka hanya dengan satu dua lauk sahaja
tiada lagi makan 'bersahur' pukul 1, 2 pagi disebabkan ...
risau tidak terjaga pukul 4, 5 nanti
tiada lagi berbuka nasi berdulang di masjid
dan yang paling emosional sekali ...
tiada lagi berbuka sorang-sorang!

cuma ... sekarang
tidak dapat merasa makan nasi lemak malam-malam di kedai mamak
tidak dapat merasa 'bersahur' sambil menikmati kemeriahan game bola
tidak dapat merasa berbuka di fast food bersama member-member

namun ...
ramadhan kali ini
seperti tahun-tahun sebelumnya
tetap dengan kemeriahan tersendiri

psst ...
jika suruh omak buat nasi lemak, mesti beliau akan berkata, 'hang nie dah buang tabiat ka apa. makan nasi lomak malam-malam. malaih ehh nak buat. banyak lagi menda lain nak buat. tambah tak bulan posa pon 3 bulan nak buat sekali pong tak raso. ni kan pulak bulan posa. lebih baik ...' (masih panjang lagi bebelannya, malaih dah nak tulih)

tengok bola mesti kemestian. kalau games start kol 10, mesti berlumba-lumba balik terawih nak p salin baju. yang hardcore tue teruih p tengok dengan baju-baju melayu sekali. ok jugak la. up sikit saham tue, 'ish ish, budak masjid nie, p terawih dulu baru mai tengok bola'. malu-malu kucing la yang mai awai tue, sah tak p terawih. kat kampung nie sedey sikit. astro xdak, nak keluar pekan. nun 4 km jauhnya. takut gak rasa. walaupon dah tau semua hantu-hantu dah kena 'lokap', eish, seriau gak la.

nak keluar awai-awai tapi dengan bangun lambatnya, dengan make upnya, jadi kol 2, 3 baru gerak. sekali sekala bulan posa p mid valley ka, mines ka, boleh cuci mata ... kot-kot berkenan baju-baju baru ka, nak raya la katakan. terkena lak yang ramai-ramai tue ada minah shopping lak. dia tak ingat bulan posa ka. dah naik pitam dah kaki aku ni ha. jadi berbuka kat sana. restoran, kedai makan x main la. fast food teruih. KFC? pizza? KFC? pizza? KFC la. nak balik tue tak tahan tue. ada yang nak sambung shopping balik. energy dah pump up katanya. yang aku dok riso terlepas terawih nie. 'wei, aku nak balik wei. aku nak p terawih nie' (hek eleh, bulan posa, x baik tipu. kurang pahala nanti)

TAPI KAN :- pertama ramadhan ini, ku tidak berlapar lagi, kerna ku mengingatiMu ...