... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, December 23, 2009

Lepak di Uk-M

8:34 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ikuti pengalaman penaip hampir 3 minggu berada di sana bersama-sama Kams, Idaa, Cik Bat, Haz dan rakan-rakan dari urusetia yang lain... termasuk Bob, Ibu Zain blok's treasurer, he:P.

'Jom p makan', Kams mengajak Bob yang kebetulan hendak beredar dari biliknya. Memang tadi ikutkan penaip dan Kams memang hendak ke kafe untuk menjamu selera. Penaip tidak kisah jika Bob mahu ikut bersama. 'Aku tukar seluar dulu la. Mesti ramai aweks kat kafe nanti', Bob bersetuju setelah berfikir dua tiga puluh saat.

Kami bertiga berjalan beriringan. 'Dah azan maghrib la'. Kedengaran dari speaker surau azan berkumandang. 'Nak terus pergi kafe ke? Tapi nampak sangat tak pergi sembahyang, haha' 'Pergi jugak la'. Bob memberi respone. 'Kita nak makan sana ke nak bungkus nie?' Penaip bersuara dan memberi opsyen jika ada pilihan. 'Sempat la, kita makan kat sana la'. Kams berkata sambil kami melepasi surau di sebelah untuk ke kafe di hadapan. Ish, apa nak jadi dengan kami nih...

'Kat kafe mana ada aweks. Yang ada mesti tengah sembahyang. Kat kafe nie aweks yang bukan muslim dan golongan tertentu ada la', Bob berkata setelah kami melepasi pintu kafe. Penaip berasa lucu. Nampak sangat kami jejaka yang tidak boleh menjadi pilihan. Kelihatan pon ada beberapa lelaki dan perempuan chinese dan 2, 3 orang aweks golongan tertentu sahaja. Atau adakah mereka juga seperti kami? Makan dulu baru sembahyang?. Penaip terus ke kaunter untuk mengorder. Kams dan Bob hanya mahu minum sahaja. Kenyang sudey... katanya.

Hari itu harga minuman Kams yang belanja. Penaip hanya membayar harga makanan sahaja. Tiba-tiba... 'tengok tue'. 'Poyo la mamat nie, tadi kata nak minum ja', Bob memerli Kams yang turut menulis sesuatu di kertas order. Itupun penaip yang mula perasan. Patut la lama sangat kat depan tue. 'Tadi kata nak minum ja, alih-alih makan pulak', Bob terus menyerang apabila Kams duduk di kerusi. Namun Kams hanya tersengih sumbing. Bob pula tetap dengan pendirian untuk minum... sahaja.

'Aku kecewa siot, En Annuar (si pengetua) tak nak approve aku punya friend request kat facebook'. Bob mencelah. 'Haha, aku dia approve'. 'Terasa siot, dah la perkampungan pon dorang tak ajak aku, aku nak add facebook pon tak mau approve'. haha, penaip ketawa. Berasa lucu pula hal nie pon Bob nak ambik hati. habis ja makan, sembang-sembang kejap kami pon balik untuk bersembahyang...

Bila hari pertama penaip sampai sini, Pusanika blackout. FSSK, FST, FEP pon sama. Disebabkan ada main wayar yang meletup. Hampir dua hari jugak la. Nasib baek kolej tidak tersangkut dengan gejala nie. Namun, plan berpoya-poya tetap diteruskan.

Hari rabu, tiket wayang di Kajang murah, 6 ringgit jer. Terima kasih la untuk Cik Bat kerana membelanja penaip dan Cik Idaa tengok MySpy. Seronok ketawa. Nak tengok Jalang macam 'segan' pulak berlainan jantina nie, haha.

Hari Ahad dapat berjumpa lagi dengan teman lama dari Kelate dan Putrajaya. Cik Ina dan Cik Elza pergi berholiday kat Melaka bukannya nak beli souvenir pon. Hanya belanja breakfast kat kedai mamak Al Fariz Maju ja. Terima kasih untuk Cik Ina, hehe. Tapi jumpa kejap sangat, tak sampai sejam. Tak sempat la penaip nak melepaskan rindu dendam setelah hampir setahun tidak bertemu wajah, emmm.

Kali nie Kams, Bob dan penaip turun makan kat kafe lagi. Sebelum Kams, Cik Idaa, Cik Mila dan penaip keluar ke Times Square. The night before Christmas Day. Bob dioffer untuk join sekali namun dia hendak pulang ke kampung. Begitu juga Cik Haz yang terkantoi dengan kitorang kat komuter UKM, jugak balik ke kampung. patut la orang ajak tak nak. Habis ja makan, rehat-rehat untuk makan turun ke perut, 'aku rasa lapar lagi doh'. Kams bersuara. 'Ko nie, kita nie makan jangan nampak macam kebulur sangat', Bob bersuara. 'Mak aku cakap, kalau pasal makan, duit jangan berkira. guna la banyak mana pon'. Kams respond balik. Seperti biasa, penaip malas nak masuk line. Biarkan mereka.

Malam itu kami berempat main bowling sambil makan McD. Semuanya di sponsor oleh Kams dan Cik Idaa. Wahh, patut la rasa sedap lain macam ja McD nie. Main bowling cam biasa, masuk longkang ja banyak. Tapi... emm emm sekali strike beb!!!. Pergh, power giler. Akhirnya dapat number 3/4. Okey la kan. Pulangnye beli KFC untuk makan malam di bilik urusetia. Kams sempat beli topi santa lagi.

Hari-hari terakhir disudahi dengan berkaraoke. I love music. So, penaip bersama-sama Kams dan Cik Idaa sekali lagi keluar ke Kajang. Tujuan utamanya hanya satu. Menyanyi sampai puas!!!. 19 buah lagu kami persembahkan. Wah, semuanya kedengaran sedap-sedap belaka. Dimulakan dengan Cari Jodoh dan diakhiri dengan Cek Mek Molek. Pulangnya Cik Idaa sampai suara menjadi serak.

Masa untuk penaip untuk meninggalkan 'seketika' Uk-M pon bermula. Kams, Cik Idaa, Cik Sya, Cik Eila sudi menghantar penaip sampai ke perhentian bas Kajang. Saladin dan temannya yang menonton bola turut melepak sama. Kami menunggu bas di kedai makan, sambil minum-minum, sembang-sembang dan menonton bola. Apabila penaip sudah naik ke bas, barulah mereka semua pulang. Terharu jugak 'kepulangan' kali nie. Tanpa di sangka-sangka, penaip mendapat hadiah dari Cik Soleha. Terharu habis. Sempat lagi memesan bila dah sampai nanti message ler... Okey!!! Jumpa nanti bila penaip datang lagi lepak-lepak di Uk-M. Bye bye ...

6.40 Pagi, Alor Setar - Kapal terbang yang dinaiki telah selamat mendarat di Alor Setar. Rupanya gegaran tadi disebabkan kapal terbang berlanggar dengan awan, sampaikan terkejut jaga dari lena yang panjang. Aah, dah sampai rupanya...

TAPI KAN :- peristiwa nie sudah hampir 3 minggu berlaku. baru nak postkan. Confuis jugak memula, nak post ke x, nak post ke x... akhirnya... semoga berjaya Kams dan his team for hari kerjaya bulan dua nanti. all de best team hk... all de best soleha...

Saturday, December 19, 2009

Cikgu aka Sensei

10:35 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Apabila pulang ke rumah, bersama sanak saudara yang datang, ada yang dengan ramahnya bertanya, 'buat apa la nie'. Aku pon jawablah, 'baru habis ngaji'. 'Bila nak kena panggil?' Sampai sini aku dah suspeks mesti beliau ingat aku mengambil 'coz' cikgu aka pendidikan nie. Okey, aku respond balik, 'bukan ambik cikgu, ambik bahagian komputer. Kena cari kerja sendiri nanti'.

Kebanyakkan orang kampung menganggap belajar menjadi guru senang mendapat pekerjaan. (salah statement nie maafkan aku, hehe). Aku tak menafikan jugak, tetapi aku kurang berminat menjadi guru aka cikgu aka teacher aka muallim aka ustaz nie. Bukan apa, aku merasakan diri aku tak dak talent mengajar budak-budak. Nanti dorang tak faham apa yang aku ajar, mereka yang susah dan aku pula rasa bersalah. Dalam family aku, dua orang kakak sudah menjadi cikgu. Cukuplah tue. Ada wakilnya.

Walaupun tidak berminat, tetapi aku menyukai orang yang begitu bersemangat menjadi guru. Contohnya Onizuka, a 'trash' hampir idiot dan Yamkumi, the beautiful yakuza ojou begitu bersungguh-sungguh mengejar impian mereka menjadi cikgu. Anak murid mereka pula bukan sebarangan. Dalam class yang dipenuhi pelajar-pelajar yang bermasalah, Onizuka dan Yamkumi lebih banyak menumpukan terhadap pengajaran life lesson dari school sylabus itu sendiri. Bagi aku, cikgu-cikgu seperti merekalah yang aku berminat untuk belajar. Life lesson vs school sylabus, you know what i choose, do you!!! Semangat Onizuka dan Yamkumi sepatutnya perlu ada pada guru-guru sekarang. Ceewah, aku melebih-lebih pulak, hehehe.

TAPI KAN :- walaupun mereka berdua hanya watak manga dan anime dari Jepun, jika ada yang layann cerita GTO dan Gokusen mesti bersetuju bahawa mereka berdua the best-est teacher in Japan. harap-harap dalam realiti ada yang seperti mereka. jika ada, aku sanggup masuk sekolah semula, hihihi

Thursday, December 17, 2009

Kerja

11:27 AM Posted by HM Hafizd No comments
Apabila studi da habis, mula risau pasal kerja pulak. Masa kat U, asyik risau nak kena hantar assignment, nak jawab soalan untuk lulus exam. Kiranya tiada langsung gap masa berehat untuk 'berpoya-poya'. Sepatutnya begitulah.

Orang kata sekarang kerja banyak, tapi tak da orang nak. Betul ke? Atau kerja ada, tapi orang yang susah nak cari? Salah info. Tak sampai kepada syarikat yang berkenaan. Pun boleh jadi jugak. Aku pun termasuk dalam spesis nie lah. Misi mencari kerja sekarang a.k.a misi mencari kerja sebenarnya bermula sejak Ogos lagi. But, until now, still unlucky. For now, I am 'proudly' say I am jobless now, hehe.


~tanam anggur~

dulu kerja apa nak?
ooo kerja kita bukan main teruk pakcik
siang malam tak dapat tidur
iya pakcik
kerja apa itu nak, ramli
kira bulu kambing
ish ish ish ish ish ... tak terkira itu nak

ooo tak terkira
ajis?
kerja saya paling berat sekali pakcik. siang malam tak boleh baring
apa itu kerja
kerjanya menunggu ayam jantan bertelur, pakcik
ish ish ish ish ish ... berapa lama nak tunggu
entah la pakcik
sudin?
ooo kerja saya merbahaya pakcik. siang malam berjaga-jaga sahaja
kerja apa
kerja sambung ekor beruang
ish ish ish ish ish ... kenapa cari kerja yang berat-berat nak
apa boleh buat pakcik, nasib badan...

TAPI KAN :- hehe, malu lak nak cakap, hehe. kepada sesiapa yang ada kerja kosong tue roger-roger la yer, hehehe. saya budak cepat belajar!!!

Thursday, December 10, 2009

Mendayu Suara

12:21 PM Posted by HM Hafizd No comments
Pertama sekali aku nak buat pengakuan dulu bersekolah menengah di SMKA. Tahu SMKA stand for what kan. Jadi, salah satu ciri sekolah macam nie nasyid memang 'power'. Ada majlis apa-apa je, mesti persembahan group nasyid sekolah yang take over. Dengan barisan pemuzik sekali, memang kedengaran gempak la. Sape yang group nasyid 'saham' mesti tinggi punya. Suara sedap, tambah-tambah 'hensem' lagi. Pergh...

Tapi aku bukan member group nasyid pon. Setakat nak busking suke-suke dan boleh layan diri sendiri kira okey la. Dulu, siap aku ada buku khas untuk lirik nasyid lagi. Tapi, sekarang sudah hilang ke mana ntah. Aku penah cuba cari kat umah tapi tak terjumpa. Itu khas buku lirik untuk nasyid. Ada satu lagi buku lirik untuk lagu-lagu selain nasyid. Lagu Melayu, lagu 'omputih'. Lagu Cuti-Cuti Malaysia pun siap aku ada lirik lagi, dalam koleksi aku. Sebab dengar cambest. Terpesona dengan suara CT. Haha...

RAIHAN + Nazrey Johani la yang aku paling suke. Dari Puji-Pujian lagi. Sebab Nazrey dah keluar, walaupun dia solo, tetap mantain suke. Yang lain, Rabbani, Hijjaz, in-team layan jugak la. Pergi karaoke pon kadang-kadang nyanyi lagu nasyid. Tak kisah, buat donno ja, walaupon orang pandang, sikit-sikit jadi segan pon ada. Ntah pa-pa la dorang nie. Karaoke lagu nasyid pon pelik ker?

Masuk matriks, masuk U, bila dah jadi bersosial nie, dengar lagu nasyid nie kira boleh la nak insaf sikit. Kadang-kadang rasa 'suda terlebey' berpoya-poya, dengar lagu Menanti di Barzakh, Pergi Tak Kembali ada perasaan sedar diri jugak la. Kalau tak nasyid pon, dengar lagu yang 'depa-panggil-lagu-ketuhanan' pon orait jugak. Ada yang best-best. Banyak band Indon buat lagu cam ginie. Baguslah. Ops, international selain Yusuf Islam, Sammi Yusuff dan Zain Bikha pon sedap jugak. Banyak lagi nama-nama, tapi terlupe sedey...

video
sammi yusuf - asma Allah


video
RAIHAN - thank you Allah
[practise]

TAPI KAN :- ada jugak nasyid tentang cinta sesama manusia. aku memang suke yang nie. tambah-tambah bila dalam mode jiwang gitue. feeling habis la jawabnyeeerr.

Tuesday, December 1, 2009

seperti yang pernah ditulis :

11:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Sebelum ini aku ada menulis pasal bola sepak antara Arsenal v Chelsea. Aku menyatakan begini :
Minggu depan Chelsea v Arsenal, can't wait to see Chelsea destroy Gunners, hahaha. Harap-harap la. Lagipun lawan kat Emirates. Kalau betul la Arsenal kalah, habis game jer terus aku massage sorang mamat die-hard-fan Arsenal nie. Kasi provok sikit kat dia, hahaha.
Gembiranya aku bila Chelsea betul-betul berjaya mengalahkan Arsenal. 3-0 pulak tue. Gol-gol dijaringkan oleh drogba (41, 86) dan own goal dari vermaelen (45).

Cerita Nur Kasih pun sudah habis. Aku pernah menulis tentangnya semasa ia baru ditayangkan episode ke-7. Ketika ia baru ditayangkan. Aku pernah menulis begini :
...entah cam mana, tertarik lak dengan cerita NUR KASIH nie. cam best ja. Siapa tau yang promote kat aku, Huda kot. Bila tengok episod pertama best pulak rasanya. Jadi sekarang terus layan cerita nie.
Sekarang cerita ini sudah tamat. Aku berpuas hati jugak dengan ending dia camtue. Sebab dari awal-awal lagi aku pernah 'pertikaikan' sikit jalan cerita dia. Pasal kesian kat Aidil...
Ada satu part nie aku rasa tak patut betul. Bila ayah dia tanya Aidil siapa calon pilihan Aidil, Aidil menjawab yakin Nur Amina. Tapi alih-alih ayah dia pergi pinangkan Nur Amina kepada Adam, dengan alasan diharap Nur Amina dapat membimbing Adam ke pangkal jalan. Ayahnya menyuruh Aidil berkorban dan redha dengan keputusan dia ini. Tapi bagi aku la, boleh makan dalam tue. Terasa hati, kecewa, makan jiwa semua ada. Boleh memberontak jadinya. Tak patut rasanya ayah dia buat macam tue.
Atlast cinta sejati Aidil tetap pada Aleya. Okey la tue. Hebat drama nie. Sampai rekod 3.9-4.1 juta penontonnya. Aku ada jugak membaca ulasan Manja Ismail dalam Berita Harian. Aku memetik kata-katanya seperti :
...barangkali faktor kejayaan Nur Kasih terletak pada tema dan jalan ceritanya yang banyak menyentuh perasaan penonton, rata-ratanya orang Melayu. Jika minat orang Melayu terhadap filem Hindustan sejak dulu hingga sekarang kerana ia banyak memainkan perasaan penonton, Nur Kasih yang berkisar di sekitar cinta, kesetiaan dan pengorbanan tidak banyak berbeza.
Sebagai seorang lelaki pun, aku percaya bukan aku seorang sahaja yang melihat drama nie. Seperti ulasan beliau lagi :
...ramai remaja kelas menengah Melayu yang sebelum ini menganggap 'tidak cool' menonton drama Melayu, terpaku menghadap televisyen setiap malam Jumaat bersama keluarga untuk mengikuti Nur Kasih.
Harap-harap, ada lagi drama Melayu yang mencetuskan 'fenomena' seperti Nur Kasih nie. Kalau drama yang on air sekarang seperti Tari Tirana, Awan Dania pon mendapat penonton yang baik jugak, tapi tidaklah segah Nur Kasih nie. Mungkin faktor nilai keagamaan itu sendiri disebabkan sekarang agak jarang drama berunsur keagamaan nie ditayangkan di kaca TV.
Kelebihan Nur Kasih ialah walaupun ia berunsurkan dakwah, watak-wataknya tidak berkhutbah. Cara penerapan unsur agama dalam drama ini ternyata menarik minat penonton generasi muda. Walaupun sawah dan kampung menjadi lokasi utama, sinematografinya agak berbeza dengan drama lain yang menggunakan lokasi sama.
TAPI KAN :- aku terlepas beberapa episode cerita Heroes, agak ketinggalan sekarang nie. 'Jenuh' pulak nak mengdownload'nye. Kalau ada sesape yang dah download boleh jugak aku meng'copy'nye sahaja. kan senang +_+