... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, July 28, 2010

Lagu + Karaoke #2

8:17 PM Posted by HM Hafizd No comments
Ada banyak lagu tema yang begitu sedap di dengar. Ini Bukan lagu tema untuk rancangan tv atau filem. Tapi lagu tema untuk sambutan kenegaraan. Emm, apa tue? Saye tak reti nak jelaskan, kite terus kepada contohnya. Contohnya ialah lagu Cuti-Cuti Malaysia. Bukankah ia begitu sedap didengar? Nyanyian Siti Nurhaliza. Siti juga menyumbangkan suara untuk lagu Cintai Kraf Malaysia dan Budi Bahasa Budaya Kita/BBBK. BBBK juga pernah dinyanyikan oleh Jaclyn Victor & Zehra Zambri - masing-masing secara solo. Namun, saye masih meminati version asal Siti lagi. Tetapi, ada satu version lagu BBBK yang diubah lirik kepada pelbagai bahasa. Ini juga saye suka. Menarik sekali.

Satu lagi ialah semasa sambutan Hari Kebangsaan. Pelbagai tema menyebabkan penciptaan pelbagai jenis lagu untuk Hari Kebangsaan setiap tahun. Antara lagu-lagu tema ini yang masih dalam ingatan ialah Negara kita Tanggungjawab Kita, Bersatu Ke Alaf Baru, Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Perpaduan Teras Kejayaan dan Satu Malaysia. Berkenaan lagu Satu Malaysia pula, daripada version asal nyanyian Roy, ada beberapa version lagi dengan tajuk yang sama. Ada juga version Faizal Tahir. tetapi yang paling saya suka ialah version terbitan LimKokWing Universiti. Ia begitu sedap sekali. Harap-harapnya lagu tema tahun ini sedap jugak la yer. (Tema 2010 ialah Malaysia Menjana Transformasi).


Okey, sekarang berbalik pula lagu tema rancangan tv. Saye nie suka menonton cerita kartun. Antara kartun Malaysia yang lagu temanya yang suka ialah Keluang Man, Yorkies, Sang Wira dan... dan...? Tu la antaranya. Lagu Keluang Man nyanyian Krisya merupakan lagu yang sedap dan lirik pun menarik. Selain cerita kartun, ada beberapa lagu drama tv juga yang sedap di dengar. Lagu itu dicipta khas untuk drama tv tersebut, apabila drama itu popular, maka lagu itu terus popular dan dijadikan single oleh penyanyi terbabit. Contohnya Nur Kasih (nyanyian Yasin), Istana Cinta nyanyian Eira Syazira bagi drama TV Cinta Balqis dan Rasa Cinta oleh Farahdhiya bagi drama TV Ku Milikmu. lagu Gerak Khas (version asal nyanyian AC Mizal & Abby Abadi) pun mungkin boleh diambil kira, hahaha.

Banyak lagi lagu-lagu berkaitan kempen atau sambutan yang saye suka seperti Suara Hari Esok / Voice of Tomorrow (in english version) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia (iklan komersial oleh KFC), Membaca Gaya Wawasan untuk kempen membaca, Suluhkan Sinar berkaitan bencana tsunami, Tangan Yang Mengapai untuk berkaitan kes penderaan kanak-kanak, Everest berkenaan kali pertama rakyat Malaysia menawan puncak everest (nyanyian KRU), Malaysia Boleh, Satu Suara dan pelbagai lagi. Lagu tema tilawah al-Qur'an peringkat antarabangsa yang diberi judul Al-Qur'an dan lagu tema Ma'al Hijrah yang bertajuk sama jugak begitu asyik sekali (maksudnye sedap di dengar lerr).

Lagu + Karaoke kali ini membicarakan lagu-lagu sebegini hanyalah untuk menyatakan minat dan kesukaan terhadap lagu-lagu tersebut. Kalau diikutkan lagu-lagu tersebut tidak terdapat di dalam pusat karaoke. Jadi, kalau nak dinyanyikan di sana, kena hafal lirik dahulu la ye. Lagipun senarai 'pendek' lagu-lagu di atas hanyalah untuk berkongsi senarai-senarai lagu yang ada dalam ingatan saye. Sekurang-kuranngnye boleh menambahkan sedikit sebanyak lagu-lagu patriotik dalam kepala, hehehe...

TAPI KAN :- ini ialah salah satu minat saye di sini lain berkaitan dunia muzik. bagi saye, jika sesebuah lagu itu sedap di dengar atau mempunyai lirik yang puitis, tak kira walau genre apapun, untuk apa pun saye tak kisah untuk melayan dan menyanyikannye sampai la bosan... hahaha

Sunday, July 18, 2010

topik nie lagi?

8:22 PM Posted by HM Hafizd No comments
Tulisan yang sebelum ini ku kira masih belum complete. Ada lagi yang kena tambah. Oleh sebab makan tak lalu, tidur tak lena, otak asyik memikiau jer, hati pon gundah gelana, maka mengambil keputusan tidak mahu menyeksa diri lagi. Maka, pada hari yang indah permai ini, entry ini pon terhasil...

Ada 3 benda semasa Piala dunia lalu yang menghantui diri aku (xla seram pong). Pertama, lagu Waka Waka. Aku merasakan dan dirasakan oleh orang kebanyakkan pong mengatakan bahawasanya lagu ini sedap!!! (apa punye ayat). Aku suke kedua-dua version - english n spanish. Seingat aku la, WC 2002 n 2006 xde pulak aku layan lagu tema 'dorang'. Bila aku perah otak semula aku ingat lagu The Cup of Life - Ricky Martin. Tetapi ini untuk 1998 punya. aku sek rendah lagi time nie. Belum layan bola lagi. Dengan adanya lagu yang sedap ini menjadikan 2010 kelihatan berbeza.

Yang kedua pasal si sotong prediction yang diberi nama Paul. Nama 'beliau' terkenal seantero dunia kerana media yang bersemangat memberi liputan menjadikan 'beliau' begitu popular. Paul telah meramalkan keputusan sejak EURO 2008 lagi. Tapi tiada orang yang tahu (kecuali media Jerman maybe). Lagipun time 2 Paul salah dalam dua ramalan. Kini, disebabkan kebetulan ramalannya tepat, terutama membabitkan Jer-Eng & Jer-Arg, ini menjadikan media tertunggu-tunggu ramalan Paul untuk game seterusnya. Sampaikn Paul diugut kena bunuh dan diratah menjadi sosej (sosej nie aku saje tambah utk metafora, hihi) oleh penyokong2 fanatik yang tak berpuas hati dan menjadikan Paul sasaran melepaskan geram. Bagi aku, kewujudan Paul dalam WC2010 menjadikan satu keadaan yang berbeza yang tiada dalam edisi WC yang lain. (psst aku memuji, bukan memuja. hoho)

Sebagai penyokong England, aku betol2 kecewa giler sampai aku menjadikan England punca aku hilang minat menonton WC selepas mereka tersingkir. Aku penyokong pasukan ini sejak 2002 lagi, semua pemain aku kenal - tambahan pula aku memang penyokong setia (dalam bercinta pon seorang yang setia tau, hihihi). Kegagalan mereka untuk menang menyebabkan aku frust menonggeng. Aku rasa la kan, jika Beckham boleh bermain, maybe 'beliau' boleh membantu England menerusi gol freekick ker. Jika dibandingkan dengan Lampard @ Gerrard, peratusan Beckham menjaringkan gol freekick lebih besar. England pon banyak dapat freekick apa dalam 4 games 'dorang' main. Tapi tulah, Beckham injured pulak. Yang xleh blah masa undian dulu dengan gembiranya mengatakan "inilah kumpulan yang paling senang"... EASY konon. Boleh blah la lu...

Aik, tang mana penyokong Chelsea dari Pendang menulis nie..?? tak sentuh pasal Chelsea pong, haha. Xpela, nie nak tunjuk mai jersey baru pasukan handalan. Lawa jersey away Chelsea. Aku berminat lak. Nampaknya Manchescow n Liverfool dah ada penaja baru. Arsengal masih sama. (Hoho, rasa bahagia dapat tulis nama cam gitu, hahaha) Baru-baru nie, ada ulama mengatakan haram kerana memakai jersey bola - kerana pada logo-logo kelab nie ada lambang salib, gambar devils yang tidak boleh dipakai oleh umat Islam. Jejakitinggalanrasul jugak berpendirian sama (bacalah kajian mereka. Sini pulak pasal WC). Aku jujurnya hanya memiliki 3 helai jersey, Chelsea biru, Chelsea putih & Jerman hitam. Niat hendak membeli jersey away Chelsea yang baru tue mungkin kena berfikir 100 x2 kali ler gamaknyeerr...


TAPI KAN :- aku mungkin boleh cakap ini kali 'terakhir' aku sentuh pasal WC2010. setelah difikir panjang, 3 keadaan tue menjadikan WC kali ini bagi aku sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. n btw, Chelsea is the champs!!! hahaha hohoho fufufu...

Monday, July 12, 2010

p.c.d.p.m ...

8:48 PM Posted by HM Hafizd No comments
Akhirnya Sepanyol menang jugak World Cup 2010. Ada beberapa record baru yang dibuat seperti : 1) pasukan eropah pertama menang di luar benua eropah 2) negara kedua menjulang kejuaraan berganda - piala eropah & piala dunia (selepas Jerman) 3) kalah perlawanan pertama tetapi menang semua perlawanan berikutnya sehingga berjaya menjadi juara. Final kali ini juga menyaksikan salah satu pasukan 'top-four' dalam sejarah WC tiada di peringkat akhir. Mereka terdiri daripada Brazil, Itali, Jerman & Argentina. Sepanyol yang kadang-kadang digelar 'Barcelona kecil' kerana memiliki ramai pemain Barca dalam kesebelasan utama juga dianugerahkan 'Pasukan bermain paling bersih' - Fair Play Trophy. Awards lain seperti :

Golden Ball: Diego Forlán (Uruguay)
Golden Boot: Thomas Müller (Germany)
Golden Glove: Iker Casillas (Spain)
Best Young Player: Thomas Müller (Germany)

Nampaknya ramalan Paul si Octopus menjadi. Semua ramalannya tepat 100% di WC kali ini. Hebat. Sampaikan satu artikel khas 'beliau' kat wikipedia pon ada. Dengar khabar dari pemiliknya, Paul akan bersara selepas nie. Elok la jugak, bersara ketika nama berada di puncak dan menjadi celebrity dunia, fufufufu. Walaupon WC sudah habis, tapi semangat makan bola tido bola masih ada. Temasya akan bersambung tahun depan yeerr.. Tengok nie. Jadual padat setiap tahun.

Selepas ini fokus dalm liga pulak. Untuk Sepanyol fokus tentu seteru utama Real Madrid - Barcelona dengan lebih terarah kepada Mourinho - Guardiola. Sebenarnya kalau Mourinho kekal kat Inter Milan, 'beliau' mungkin berjaya seperti Guardiola menjuarai 6 piala dalam satu musim. Tetapi yalah, 'beliau' kan masih muda, jadi masih ada banyak masa la nak catat rekod macam tue, emmm. Musim lepas Barca menang kedua-dua games, sekarang tak tahu la. mesti havoc nanti. Suspens.

Berbalik kepada favaorite team, England memang... masuk angin keluar asap, tension aku. Chelsea FC - the double winner, harap-harapnya dapat mengekalkan trophy yerr, hehe. Musim baru jugak harap tuah dapat ke final Champian league lagi dan menjuarainya. No more penalty shout-0ut. Dah lama mengidam nie. Record-record musim lepas kalau berterusan pon dah cukup baik, seperti 1) menang semua perlawanan antara 'top-four' 2) record jaringan 103 gol dengan membelasah kaw-kaw Suderland 7-2, Aston Villa 7-1, Stokes City 7-0 dan paling diingati game terakhir membelasah Wigan Atheletic 8-0. Fuuyyooo.

Tapi biasalah, ada jugak yang kurangnya. Chelsea agak kurang menyerlah ketika bertemu pasukan top 8 seperti manchester City - kalah dua-dua games (0 mata), Everton (1 mata), Aston Villa (3 mata) dan Spurs (3 mata). Lagipun sekarang, Chelsea jugak mengeucapkan selamat tinggal kepada Michael Ballack, Joe Cole, Juliano Belleti dan Deco. Mungkin ada lagi yang keluar kot lepas nie. Tak apa la. Tengok perlawanan pertama nanti, Comunity Shield, Chelsea mampu kalahkan Man United ke tak...

TAPI KAN :- apasal tajuk dia tulis p.c.d.p.m haa? tak tau ka, nie habaq mai... tue maksud dia... "penyokong chelsea dari pendang menulis"... fufufufu