... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, September 27, 2009

Raya 20.09.2009

11:32 PM Posted by HM Hafizd 3 comments
Sementara mood berhari raya ini boleh dikatakan masih ada ini, dapatlah kiranya aku, saya, kite dan hamba mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, minal aidil wal faizin. Jika pernah terlanjur kata, terguris perasaan, mengecewakan seseorang, hanya satu sahaja ucapannya... maafkan aku dan terimalah aku kembali dalam hidupmu... ceewah.

Pagi syawal yang hening itu, selepas sembahyang subuh, niatku untuk menyambung tidur sebentar diganggu dek 'ngauman' adik yang menyuruh aku membeli ais. Ciss, sempena hari raya ini aku maafkan dikau yang memekak pagi-pagi salju ini. Langkah malas sambil memakai sweater, aku terus start engin motor ke Pekan Tanah Merah yang jauhnya 3 km dari rumah. Dapat bayangkan betapa sejuknya aku waktu itu. Ais yang berharga RM4 itu selamat sampai ke rumah dan bakal dikorbankan nanti.

Di rumah pagi itu, hanya 4 orang sahaja penghuninya. Mak dan ayah dan aku dan adik. Kak long beraya di rumahnya di Pendang manakala kak ngah di rumah mentuanya di Pahang. Berita gembiranya di sini, tiada adegan chop bilik air dan berebut-berebut nak mandi dulu berlaku. Semuanya teratur dan selesa. Jam 8.15 pagi sayup-sayup kedengaran takbir di surau. Setelah siap berpakaian, berjabat salam dengan ibu bapa, mulalah roda motor yang di bawa aku berputar menuju ke surau dan akulah jejaka macho yang memboncengnya, alone.

Beramah mesra sebentar, aku bergegas naik ke surau. Tidak sabar aku mengsumbangkan suara mengalunkan takbir. Confirm piching tak lari, lengkap dengan tone, kenyaringan dan kemerduan lagi... alhamdulillah, anugerah Tuhan. 8.45, sedikit taklimat ringkas oleh Sheikh Qodir, tentang niat sembahyang dan cara pelaksanaannya, bagi yang terlupa. Terus diikuti sembahyang sunat dan khutbah hari raya oleh Cik Rahim. Begitu lantang dan shahdu, sempat sedikit emosi semasa bahagian doa. Begitu menginsafkan. Khutbah mengenai... err, pasal apa ekk?

Selepas bersalaman, jamaah bertolak ke kubur. Bacaan tahlil beramai-ramai diadakan. Jika ada yang ingin membaca Yassin secara individu pun ada. terpulang memilih yang mana. Manakala bagi anak-anak kecil, dua barisan diluruskan bagi mendapatkan duit raya. Asalkan beliau masih kanak-kanak, beliau layak berada dalam barisan walaupun beliau dari kampung sebelah sekalipun. Duit raya ini pun sumbangan dari surau, yang merupakan sumbangan dari masyarakat kampung juga. Sibuklah sikit Cik Yuk dan Bang Din mengagih-agihkan duit raya sama rata. Mungkin dapat RM3 setiap seorang.

Selepas bacaan tahlil selesai, mulalah aktiviti kunjung mengunjung. Tak pun, menunggu di rumah menyambut ketibaan tetamu, sanak saudara yang tiada kampung yayang balik ke kampung atau orang kampung yang pergi ke bandar menziarah kenalan mereka di sana. Lewat tengahari, kak long dan abang ipar dan Ashraf dan 'Abid sampai ke rumah. Begitulah, ceritanya di pagi raya.

Muzik latar dicadangkan untuk post ini ialah Suatu Pagi Di Hari Raya dendangan Raihan & NowSeeHeart.

TAPI KAN :- sebagai tambahan, di pagi raya ke-4, kak ngah dan abang ipar baru selamat sampai ke rumah akhirnya.

3 comments:

BeE said...

mesti en.din pn bratur skali mase nak amek duit raye tu kan. bajet masih 'budak' lg la tu..~ :P

ampun din. hehe~

slamat ari raye~ =D

Mr. ASM said...

itu semestinya.. kan a.din..

Anonymous said...

ciss, jebat derhaka!!!

tu semestinya... haha