... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Thursday, April 9, 2009

MIKHAIL

9:58 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Ramlee Awang Murshid kembali lagi dengan novel terbaru, MIKHAIL. Dengan menggunakan tagline 'bila si pemburu menjadi mangsa, siapa yang membaham siapa?'. Bila saya sudah habis membaca novel ini baru lah saya mengerti, semuanya bermula apabila si pemburu jatuh hati pada mangsanya sendiri. Peraturan seperti 'one bullet one life' tidak diendahkan dan tidak mengikut arahan 'pihak atasan', maka si pemburu dicop sebagai pengkhianat dan hukuman kepada pengkhianat ialah... Maut!!!

Saya juga membaca novel, Ramlee Awang Murshid salah seorang 'penulis kegemaran' saya. Semua novel tulisannya kecuali Igauan Maut telah saya baca, dan paling digemari novel Tombiruo trilogi, Bagaikan Puteri trilogi dan ADAM. Penulis lain seperti Aisya Sofea, Ahadiat Akashah dan Liana Afiera Malik. Selain mereka saya layaan semua novel yang best yang direkomenkan oleh kawan-kawan. Saya agak confuis dengan pandangan klise kawan-kawan bila mengetahui seseorang itu membaca novel, seolah-olah membaca novel itu 'satu aktiviti' yang paling di bawah. Saya faham dan percaya membaca novel sinonim dengan perempuan dan terdapat sesetengah perempuan itu sendiri yang TIDAK berminat langsung membaca novel. Ayat biasa di dengar 'ko ni jiwang lah'. Jadi, tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Apa cerita novel Mikhail ini...? Bacalah sendiri. Saya bukan pencerita yang baik. Nanti korang tak faham pula, haha. Ramlee Awang Murshid sudah sinonim dengan novel jenis pembunuhan, konspirasi, penggunaaan alat senjata, tembak menembak, selain pencintaan dan keagamaan turut diselitkan. Jika berminat bacalah. Yang penting, unsur saspens itu ada sampai rasa nak belek muka surat belakang dulu, sebab tertanya-tanya apa yang akan terjadi. Satu lagi ialah bagi saya nama watak heroinnya sedap, Reina Raihana. Mengingat kembali kepada Mia Sara, Haryani, Ratna, Adelia dan Karmila, hehe. Selamat membaca...

TAPI KAN :- Hajat dihati konon-kononnya lah nak tulis novel tak berkesampaian lagi, at least cerpen pon jadi lah. Aduii, bila la agaknya ekk..?

4 comments:

ct_saggie said...

blog abg din nmpk klasik la...
nmpk cam.....
HEEEEEEEEEEE

hafizd Ad-DiN said...

ni wajah baru... haha

BeE said...

mcm nk g holiday
huhu
bl lg? \(^^)/

HM Hafizd said...

nnt la.. nk sruh ajak dia la 2..