... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, April 7, 2009

Di Sebalik Gambar...

1:24 AM Posted by HM Hafizd 1 comment
Salam, bertemu kembali, jarang sekali mengupdate blog nie pula. Kononnya nak buat blog, tapi macam tak berfungsi pula kadang-kadang, hehe. Biar la dula macam mana. Baru-baru nie bila membelek gambar-gambar lama, terjumpa lak gambar nie, yang kat atas tue. 24 Sept 2006. Memang dah lama tue. Membakar lemang. Ada sesiapa yang berpengalaman dalam kerja nie..?

1st step membakar lemang (eh, betol ker orang guna istilah membakar, cam pelik jer) nie kena cari buluh lemang dulu. Yang ini ayah yang mencari. Tu pon tak susah, belakang rumah jiran tumbuh meliar serumpun buluh, jadi ambik tebang jer. Kemudian, 2nd step barakan api. Ini pon tak susah sangat, kayu api dah ada kat bawah bangsal tue, cuma perlu nak buat bara jer. yang ini abang ipar aku sangat pakar. Dialah yang bersusah payah menghidupkan api, me'maintain'kan api dan sebagainya. Dalam masa yang sama, dalam rumah ayah memasukkan daun pisang ke dalam buluh, mak memasukkan pulut dan kakak masukkan santan. Akhirnya lemang sudah bersedia untuk dibakar. Itulah step ketiga. Finally the main event, aku pon interframe, haha.

Nak bakar lemang bukannya susah sangat, cuma letakkan sebatang besi atau apa sahaja untuk menghadang buluh yang diletakkan berdekatan api. Macam dalam gambar tue. Tetapi, yang paling mencabar ialah nak menunggu lemang itu masak. Paling kurang pon 4 jam nie. Lepas tue nak maintainkan api lagi, (kesabaran tinggi sangat2 diperlukan) nak pusing buluh lemang tue lagi. Haa, yang nie pon mencabar juga. Siap boleh melecur tangan nak pegang buluh yang panas tue. Untuk yang ini aku guna sarung tangan yang mengangkat kuih dalam oven tue, tue pon siap celup dalam air lagi supaya nak mengurangkan kepanasan buluh tue. Aduhh.

Bagi menjalankan tugasan nie aku tak la terpacak kat situ 24 jam. Kadang-kadang mengelat masuk tengok tv dalam rumah juga. Si kecil baju kuning tue, anak menakan aku, dia pon sibuk juga nak bakar lemang, nak masukkan kayu la, tak tahu ker yang kat situ panas. Adoi... Bila dah masok rumah, mula la ada ada yang bising-bising, "tue lemang dah hangit tue", "eh, kambing bawa lari lemang", "api dah padam la, p tengok sat", macam-macam. Bila diperhatikan lagi, yang sebelah kiri tue la rumah. Rumah kampung jer. Bangsal tempat bakar lemang nie asalnya reban ayam.

Dulu ayah ada membela ayam telur dan ayam kampung. Bila dah bosan dengan ayam, bela burung puyuh pula. Tiap-tipa hari makan telur purung puyuh lepas tue. Kadang-kadang sembelih juga 2, 3 ekor. Tapi sekarang dah tak berfungsi dah. Jadi lah bangsal nie tempat menyimpan barang-barang terpakai, stor tak rasmi la.

Gambar nie bila letak dekat facebook, ramai pula yang mengomen. Popular la pula. Tapi dapat detect something. Ada yang tak kena dengan baju yang dipakai. Baju tue dapat selepas Hari kerjaya 25 iaitu selepas Feb 2007. Tapi, tengok tarikh gambar 24 Sept 2006. Mesti silap tarikh nie. Mungkin 24 Sept 2007 kot. Yang pasti masa bakar lemang nie bukan time raya. Rasanya lepas raya. Sebabnya, sebelum raya tak cukup kakitangan, ramai tak balik bercuti lagi, kenalah tunggu anak-anak di perantauan balik dulu, hehe. So begitu lah ceritanya.


TAPI KAN :- Lupa pula nak cerita makan lemang di cicah dengan susu, tambah-tambah lemang yang masih panas lagi dicecah dengan susu sejuk dalam peti ais. Wah, nikmatnya. Rendang? Serunding? tak berkenan sangat, hehe.

1 comments:

ct_saggie said...

abg din ni
bukar ajar buat lemang
tapi ajar bgmn nak jaga lemang
pastu bgmn nk siapkan lemang
haih..
hahhaha
but...
kenangan tu