... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Thursday, April 16, 2009

Battles at the Bridge

7:40 AM Posted by HM Hafizd No comments
Perlawanan bola pusingan kedua peringkat suku akhir Champion League antara my favaurite team, Chelsea vs Liverpool, at Chelsea's home stadium, Stamford Bridges. Dalam game ini Chelsea memang ada kelebihan. Menang 3-1 di Anfield, jika Liverpool mahu layak, mereka harus menang 3-0 di sini. Tak mungkin Liverpool dapat score 3 goal di Bridge. Never's before. That I
was thought before the game was started. Lagipon ini pertemuan ke-8 Chelsea-Liverpool dalam Champion League sejak tahun 2005.

Nak melihat game nie punya la berkobar-kobar. The kick off on 2.45 am. Entah camne, malam tue kol 11 pm camtue, rasa mengantuk , tidur la sekejap. Tapi bila terjaga kemudiannya, tengok jam dah 2.50 am. Alamak, game dah start. So, terus pergi basuh muka, dan terus pergi maple. Aku sorang je, tak kisah. Bila sampai sana, of course tempat duduk kat luar memang full. So, aku try tengok kat dalam, ada satu meja, seorang foreigner duduk, aku pon dengan muka selamba, ambik satu kerusi menumpang kat meja tue sama. Sebelum masuk tadi, aku perasan juga, semua orang kat dalam melihat skrin kat luar. Bila dah duduk tue tengok tv rupanya tv kat dalam pasang game Bayern vs Barcelona. Cehh, patut la, yang dalam game lain, kat luar game lain.

Aku pon memanjangkan leher melihat skrin kat luar. GOAL!!!. Arbeloa score goal free kick. Cis, tak guna betol. Selepas tue games banyak dikuasai Liverpool. Aku melihat dengan gementar. Kot-kot Liverpool buat kejutan seperti kalahkan Real Madrid sebelum nie. Kemudian Liverpool dapat penalti dan Alonso ambik... GOAL!!!. Oh my God!. Aku mula risau. Defend Chelsea macam sikit longgar. Macam tiada keserasian antara Ivanovic-Alex-Carvalho-Cole, Cech pula bukan dalam prestasi terbaik. Liverpool banyak serang lagi. Aku takut jadi cam game lawan Bolton hari sabtu dulu. Dalam masa 8 minit, Chelsea boleh bolos 3 goal!. Nasib baik je Chelsea tetap menang 4-3. Yang Liverpool lak menang bergaya belasah Blackburn 4-0. Sejak Liverpool belasah Real dan Man United 4-0 dan 4-1, mereka hanya kalah sekali sahaja, lawan Chelsea semasa pusingan pertama dulu, yang lain memang menang bergaya dan jaringan yang banyak. Hairan juga camne mereka boleh kalah time tue?

Separuh masa pertama tamat. 2-0 dan aggregate 3-3, tapi Chelsea masih layak lagi dengan goal di tempat lawan. Aku dok berharap janganlah Liverpool score lagi. Separuh masa kedua bersambung, tidak lama kemudian aku bertepuk tangan. GOAL!!! Drogba score!. Bagus-bagus. Sepatutnya boleh juga kata Reina own goal, haha. Kemudian, Chelsea dapat freekick. Drogba yang sepak. Aduii, aku ingatkan masuk. Kalau tengok bola macam ke jaring, tapi bila ada ulangan, rupanya melancong ke lain. Bola dekat je dengan tiang goal. Kemudian Chelsea dapat satu lagi freekick, Alex take and shoot... GOAL!!! Maple bersorak lagi. Ramai juga sokong Chelsea, ingatkan hampir semuanya Liverpool. Aku tepuk tangan, seronok, haha. Sekarang dah 2-2, aggregate 5-3. Chelsea dapat freekick lagi, Alex ambil lagi, tapi kena block. Chelsea dan Liverpool terus berasak. Kemudian hantaran Drogba ke Lampard dan Lampard terus ke dalam goal. GOAL!!!. Lampard score. 3-2 sekarang. Aku dah mula rasa Chelsea sudah layak ke semi final, haha.

Dalam minit ke 75 something, hujan turun! Yang ramai-ramai kat luar tue ada yang terpaksa balik, ada yang masuk ke dalam. Nasib baik aku duduk di dalam. So, tv kat dalam switch ke game Chelsea-Liverpool. Tak de sape yang nak tengok Bayern-Barcelona pon. Hujan makin lebat. Game nampak seimbang. Kemudian, tv mula tersekat-sekat. Keluar la 'service curently not available'. 8-10 seconds lepas tue, gulp. hitam! Siaran tak dapat disebabkan hujan lebat. Cehh. Jadi kena tunggu, tunggu dengan sabar kot-kot boleh dapat balik siaran nanti. Aku terdengar meja sebelah kemudiannya check internet dengan handset cakap Liverpool score dua lagi, jadi 3-4. Aah, what the hell!. Aku macam tak nak percaya. Cis, camne boleh lepas nie. Aku dok calculate sekarang aggregate jadi 6-5. Chelsea masih layak lagi. kat depan tv dapat siaran semula, sudah minit ke 86. Betul sudah jadi 3-4. Penyokong Liverpool bersorak. Sebiji lagi! Sebiji lagi! One more! One more!. Kalau Liverpool score lagi sebiji conform layak. Aku cuma berharap dalam hati jangan la, jangan la. Siot jer, dalam masa 3 minit, Chelsea bolos 2 goal! teruk nye defend.

Dan kemudian Lampard tunjukkan magic, hasil hantaran Anelka, satu shoot kena palang goal dan terus ke dalam. GOAL!!! Maple kembali bersorak. Sekarang 4-4. Pemain Chelsea berpeluk meraikan jaringan. Lampard mencium logo Chelsea di baju. Drogba membuat silangan tangan seolah-olah berkata 'Games Over!'. 90 minit sudah tamat. Masa tambahan. Liverpool memang sudah tiada harapan. Aggregat 7-5 sekarang. Perlu lagi 2 goal. Akhirnya whistle pon berbunyi. Tamat satu game!. Penyokong Chelsea bersorak dan bertepuk tangan. Penyokong Liverpool pon rasanya berpuas hati dengan perlawanan tersebut, sangat mendebarkan. Keputusan seri tidaklah terlalu kejam walaupun Liverpool sudah tersingkir di tangan Chelsea.

Aku masa undian dulu pon tetap rasa Chelsea boleh menang lagi dengan Liverpool. Tapi entah, asyik kena dengan Liverpool je. Sememangnya Liverpool memang kuat. Di tahap terbaik mereka sekarang. Keputusan seri 4-4 tetap menunjukkan mereka masih lagi tak berubah, keupayaan scoring machine mereka, seperti belasah Real 4-0, Man United 4-1, Villa 5-0 dan Blakcburn 4-0. Mereka tanpa Gerard yang injured dan Chelsea tanpa Terry yang suspended. Chelsea pula harus memperkuatkan defend mereka, dan striker terus perlu menjaringkan goal. Keseluruhannya, Chelsea pon bukannya lemah atau menang atas tuah. Aggregate 7-5 membuktikan perbezaan 2 goal. Selepas ini di semifinal, jumpa Barcelona, satu lagi team dengan scoring machine yang kuat! Chelsea perlu bersedia. Bring it on, Barcelona!!!

TAPI KAN :- Games lawan Barcelona nanti mesti hebat, dalam paper tulis game Chelsea-Liverpool nie ialah salah satu epic n dramatic games in Champion League history. Emm, bila pula game Barcelona-Chelsea mula...? xtau pulak...

0 comments: