... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, June 7, 2009

Update hari ini

1:32 AM Posted by HM Hafizd 7 comments
Bila membuka blog nie selalu cakap sendiri, bilalah nak update blog nie. Tapi tulah, xdak idea lak nak tulis apa. Nak merepek pun, idea kreatif menghilang di kutub utara. Jauh sangat pergi jalan-jalan, x ingat nak balik. Jadi terpaksa la hidup dalam dunia blur tanpa kreatif nie. Nak kena buat sesuatu untuk meransang balik neuron-neuron dalam kepala otak supaya dorang dapat balik semula ke Malaysia.

Selain masalah di atas, kadang-kadang malas jugak nak taip. Yalah, xdak idea, so xdak la tajuk nak tulis. Ada orang yang tulis blog, ada tajuk dulu baru ada isi. Tapi yang lain, ada isi dulu baru lepas tue reka tajuk. Bagi dorang, ala, tajuk apa la sangat. Habis-habis lekeh pon tulis jer tajuk "untitled" macam bila kita buka notepad tue. Spesis cam gini memang power dalam taip posting pasal benda-benda merepek ker atau cerita-cerita yang berlaku dalam hidup seharian mereka. Aku nak tulis cam gini pon, eemm, boleh tapi xdak benda yang nampak menarik pon yang boleh dicerita. So, last-last x update jugak.

Selain di atas, sebenarnya sekarang jarang dapat connection internet. Kat bilik xdak sambungan dari kabel da, hanya wiyerless saja yang dapat. Aku pulak pakai PC, jadi x dapat la. Nak beli USB wiyerless, xleh beli-beli lagi. So, sekarang nie asyik pinjam laptop member la kalau nak buka internet. Tue pon kena tunggu bila masa dia x guna la. Baru leh guna. Bosan jugak kalau xdak internet nie.

Selain di atas, nak buat cam mane, nak rangsangkan balik neuron kreatif otak tue, pergi la mandi dulu. Kalau mandi aku suka mandi lama-lama. Biarkan jer air mencurah-curah ke atas badan. Baru puas, sejuk. Aik, nie bukan 'sahaja aku mandi' ekk, nie mandi biasa-biasa la, haha. Ada sekali tue aku tengok jam sampai 45 minute aku mandi. Nie antara kira lama jugak la nie. Kalau time gini, selalunya aku bersyampu dan shave sekali. Sebab tue ambik masa lama kot. Syampu bukannya hari-hari, selalunya seminggu 2, 3 kali jer. Kalau shave pula malas-malas pon seminggu ssekali, haha.

So, disebabkan perkara di atas, aku amat jarang mengupdate blog nie. Nanti kalau ada mood baru posting yang berikutnya, tapi xtaulah gap yang nie dengan yang berikutnya berapa lama, haha. Kalau nak baca yang update selalu, boleh tengok list blog sebelah kiri nie. Aku rekemenkan Kak SHIBAM dan Weeda's blog. Nie staff nie, mak encik yang amat baik hati dan ramah mesra semasa berurusan dengan mereka dulu, hehe. Mereka selalu update hari-hari. Kalau nak try baca yang kelakar-kelakar atau merepek sikit, boleh tengok SODIUM nazry. Dia memang power dalam bidang cam gini. Dia nie member masa sekolah menengah dulu. Boleh la kalu nak masuk raja lawak pon, haha. Aku undi nanti.

So, selain di atas, rasanya dah panjang kot. berhenti dulu la. Nanti sambung semula. Ops, terlupa, kat sebelah kiri jugak ada nama blog Ilhami Mat Isa dan hOnEyZ OTHMAN. Nie pon member sekolah menengah jugak nie. Dorang pon cam aku jugak, malas nak update blog sendiri. update la cepat oi, haha. Aku pon sebenarnya dok cari jugak sape-sape lagi member sekolah menengah yang ada blog lagi. Boleh nak berconnection, emm. OK la, sampai sini saja. Jumpa lagi. (x dapat fikir ending yang best sikit, hehe)

TAPI KAN :- sebenarnya nie update pon sebab tengok sebelah kiri tue, tiba-tiba dia update, jadi ikut jugak la. Tiru dia, haha.

7 comments:

Unknown said...

ha ha ha, apa daaaaa, dalam2 tak tahu nak update apa pon panjang lebau ko mengomel, ok lah tu, woit malu ah ko suruh dia orang baca blog kak shibam, blog yang merepek 24 jam wei, ha ha ha

HM Hafizd said...

hehe, xpela.. sy promote pon kat member sy jgk.. dorg memg suka baca omelan22 cam gitu.. hehe

amy said...

wahhh ader mention nm amy kat situ...
tenkiu2x.. update lah pa pe info yg berguna.
hehe
ada jer blog husna n anirah.

amy said...

oo n plus! blog nazry mmg klakar..hehe =)

weeda said...

Sampai hati ko panggil aku makcik yer Din hahaha...ala ko update jer la pape..ni x de idea pon dah macam2 ko tulis hihihi...k take care :)

NEL said...

Mueh mueh..timo kasih kerana appreciate blog aku.. Keep on blogging guys..Write some more..Come on!!!!

HM Hafizd said...

kak weeda.. mak encik la, bkn makcik. sma ker..? lbh kurg la kot, hehe.

amy, x jmpa lak blog husna n nirah, xpe, nnt aku discovery, hehe