... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Thursday, June 11, 2009

Lagenda Budak Setan

8:47 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Lagenda Budak Setan. Sape pernah dengar nama nie. Sebuah novel. Yup, tak tipu, sebuah novel dari Ahadiat Akashah. Dah lama buku novel nie. Tup tup sekarang dengar nak difilemkan. Terkejut jugak aku. Tue sebab bersemangat nak menaip entry nie. Lagenda Budak Setan, antara first novel yang pernah dibaca. Masa tingkatan 4 dahulu lagi. 7 tahun sudah berlalu. Terima kasih tak terhingga kepada kawan dorm yang rapat sekali, hehe, Muhd Farid Zulkipli yang telah membawa novel ini ke asrama. Novel kakak dia menurut beliau. Selain novel ini, dia juga bawa novel Katerina dan satu lagi lupa daa tajuk dia. Rasanya tak baca pon novel tue.

Tebal novel nie. Ia satu kompilasi daripada beberapa buku (exact num x ingat daa) yang dijilidkan menjadi sebuah buku bernama Lagenda Budak Setan. Jadi masa mula-mula tue fikir 2, 3 kali jugak la. Nak baca ke x. Nak baca ke x. Tapi menurut beliau novel nie best. Budak setan yang menjadi manusia kerana jatuh cinta, hehe. Setelah baca, aku bersetuju 100% dengan pendapat beliau mengatakan novel nie memang gempak, eh, best. Terus aku sambung dengan novel Katerina pulak. Katerina pon best jugak. Sebab itulah aku hampir ingat lagi sikit2 pasal cerita nie. Walaupun 7 tahun sudah berlalu.

Kemudian suatu hari masa jalan-jalan kat SACC, kat kedai buku MPH dia, ternampak lak buku Lagenda Berakhir. Tengok sinopsis belakang kata sambungan kepada Katerina. Aik, ada lagi sambungan dia. Aku xtau pon selama ini. Tapi dah alang-alang jumpa beli jugak la. Lepas tue cover dengan member-member, x tunjuk kat dorang kata beli novel, nanti dorang gelakkan pulak. Nasiblah. Haha. Malamnya, tanpa sabar-sabar lagi terus baca. Tak tebal sangat berbanding dua buku sebelumnya.

Kasyah, budak setan dalam cerita nie, Ayu, gadis pujaannya, Azmi, suami Ayu, Amelia, Ayu yang menukar nama selepas pembedahan, Katerina a.k.a Kate, yang jatuh cinta kat Kasyah dan Hisyam yang suka pada Kate. Antara watak-watak utama dia. Harap-harap filem ini kalau tak menjiwai 100% pon boleh hampir serupa dengan novel nie pon okey. Asalkan nilai estetika dalam novel nie x hilang, ceewah. Farid Kamil jadi Kasyah dan Lisa Surihani jadi Ayu. Boleh ke dorang nie.? Harap-harap lah. Nur Fazura pon ada, rasanya dia jadi Kate kot. Que Haidar, watak Azmi mungkin. Kemudian ada Nubhan, ada Ogy Ahmad Daud (p/s : tapi x pasti status Ogy sama ada pelakon atau guru lakonan untuk filem ini) ada sape lagi... emm, dan diarahkan oleh Sharad Sharan, yang telah mengarahkan Diva dan Tipu Kanan Tipu Kiri sebelum nie..

Sekarang baru proses shooting. Lambat lagi la kalau nak tunggu filem ini keluar. Mungkin tahun depan kot. Bolehlah kumpul duit dulu sekarang nie, hehe. Kalau kena gaya, harap-harap filem nie boleh capai box office. Bukan selalu filem yang diadaptasi dari novel kat Malaysia nie. Kalau ada lagi, harap novel Ramlee Awang Murshid pon boleh jadi filem. Kepada pelakon2 filem ini, berusahalah...

TAPI KAN :- Ops, 10 Jun 2009, pelakon Sukery Hasyim hari ini sudah kembali ke rahmatullah. al Fatihah kepada beliau.

2 comments:

HM Hafizd said...

edit balik post nie.. n terdelete terus yg asal...
sorry., hehe

amy said...

patutla cam pelik..
x pe teruskan entri yg bagus2x =)