... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Friday, May 29, 2009

Sedikit Info

11:10 AM Posted by HM Hafizd No comments
Berjumpa lagi. Sudah lama tak update, jadi mulakan dengan ini. Bacalah...

Bahtera Nabi Nuh a.s dibina daripada 124 000 keping papan dan di setiap papan itu tercatat nama seorang nabi. Nabi Nuh a.s bertanya, "Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama nabi tersebut?". Allah swt berfirman, "Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya."

Semua Rasul adalah Nabi, tapi tidak semua Nabi adalah Rasul. Jumlah Nabi seluruhnya sebanyak 124 000 orang. Dari jumlah itu, 313 orang daripadanya dilantik menjadi Rasul dan kita hanya wajib mengetahui 25 orang sahaja daripadanya. Namun, mengetahui nama-nama Rasul yang lain juga amat bermanfaat untuk ilmu dan kebaikan.

Mas kahwin perkahwinan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ialah Nabi Adam a.s hanya perlu membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi Muhammad s.a.w.

Mas kahwin Nabi Musa a.s ketika berkahwin dengan anak perempuan Nabi Syuib a.s (ada riwayat lain mengatakan beliau bukan Nabi, hanya kebetulan namanya sahaja serupa) ialah bekerja sebagai gembala kepada ternakan baginda selama 8 tahun. Hal ini bersamaan dengan kisah Nabi Yaakub a.s. Baginda perlu bekerja selama 7 tahun kepada bakal bapa mertuanya sebagai mas kahwin. Namun akhirnya baginda dikahwinkan dengan si kakak, padahal Nabi Yaacub a.s lebih mencintai kepada si adik. Oleh itu, Nabi Yaacub a.s perlu bekerja selama 7 tahun lagi, barulah dibenarkan berkahwin dengan si adik pula. (p/s : memadukan dua beradik ketika zaman ini masih dibenarkan)

Pertama kali manusia berhadas ialah selepas Nabi Adam a.s memakan buah larangan. Manakala bagi perempuan, setelah Siti Hawa diturunkan ke dunia, barulah mula mengeluarkan haid.

Neraka mempunyai 7 tingkat. Tingkat ke-7 adalah tempat orang-orang munafik, tingkat ke-6 adalah tempat orang-orang derhaka dan mengaku sebagai Tuhan, tingkat ke-5 adalah tempat orang-orang yang sombong dan menganiaya, tingkat ke-4 bagi orang-orang yang sombong dan kafir, tingkat ke-3 adalah tempat orang-orang yahudi, tingkat ke-2 adalah tempat orang-orang nasrani dan tingkat pertama (paling bawah sekali) ialah tempat orang-orang derhaka dari ummat Nabi Muhammad s.a.w.

Ummat Nabi Muhammad s.a.w yang ke Syurga terbahagi kepada tujuh golongan. Golongan siddiqun akan melintasi laluan sirat seperti kilat, golongan 'amilun, melintas seperti angin dan golongan budala' melintas seperti burung dalam masa yang cepat. Golongan syuhada' pula akan melintas seperti kuda yang kencang larinya dan golongan hujjaj akan melintas dalam masa satu hari. Golongan muthi'un melintas dalam masa satu bulan sedangkan golongan 'ashun setiap kali meletakkan kakinya pada siratulmustaqim maka dosa-dosa yang dipikulnya menyebabkan ia hampir tergelincir ke dalam Neraka. Api Neraka ketika itu ingin membakarnya, namun cahaya iman yang ada dalam jiwanya dapat mengusir Api Neraka tersebut.

Tongkat Nabi Musa a.s adalah mukjizat kerasulannya. Apabila Nabi Musa a.s merasa keletihan dalam berjalan, maka beliau menunggang tongkat tersebut dan tiba-tiba tongkat itu berubah menjadi kuda yang perkasa. Jika lapar, baginda memukulkan tongkatnya itu ke tanah, maka keluarlah berbagai macam makanan. Jika beliau ingin minum, maka keluarlah dari tongkatnya itu mata air yang jernih. Pada waktu malam yang gelap gelita, maka keluarlah cahaya dar tongkatnya. Jika tongkat itu dilemparkan ke arah musuh, maka berubahlah ia menjadi seekor ular yang besar, dari mata dan mulutnya keluar api yang menyala.

Tongkat Nabi Musa a.s asalnya kepunyaan Nabi Adam a.s di dunia. Baginda menggunakan tongkat tersebut untuk menjaga haiwan ternakan. Selepas baginda wafat, Jibrail membawa tongkat itu ke syurga sehinggalah pada zaman Nabi Musa a.s di mana tongkat itu diturunkan ke dunia. Pertama kali Nabi Musa a.s menggunakan tongkat itu juga sebagai menjaga haiwan ternakannya.

Pada seekor lebah, ada dua macam cairan yang saling bertentangan, iaitu racun dan madu. Racun (dalam sengatan) sebagai membinasakan kehidupan sedangkan madu sebagai penyembuh yang sakit.

Dalam laut itu itu ada dua macam air yang berbeza. Yang satu tawar, segar dan sedap diminum sedangkan yang satu lagi masin dan pahit, dan Allah swt jadikan satu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat bercampur yang satu dengan yang lainnya.

Iblis dicipta daripada api. Nabi Ibrahim a.s dipelihara oleh Allah daripada (terbakar dalam) api dan orang kafir di seksa dengan api (neraka).

Adam a.s dicipta daripada tanah. Ashabul kahfi dipelihara di dalam tanah (gua) dan kaum Nabi Luth a.s dibinasakan dengan tanah (dterbalikkan tanah tempat tinggal mereka).

Unta Nabi Saleh a.s dicipta (dikeluarkan) dari batu, anak unta Nabi Saleh a.s dipelihara (dimasukkan) ke dalam batu (bagi menyelamatkannya dari dibunuh) dan kaum Nabi Saleh a.s (yang ingin membunuh baginda) dibinasakan dengan batu.

Kuda dicipta daripada angin, Nabi Yaakub a.s diberi khabar gembira melalui angin (bahawa anaknya Yusuff masih hidup) dan kaum 'Aad (kaum Nabi Hud a.s) dibinasakan dengan angin (taufan yang kuat).

Terdapat dua batu yang berasal dari Syurga di dunia sekarang. Pertamanya Hajarul Aswad di kaabah, masjidil Haram dan keduanya as-Sakhrah, di Dome of The Rock, Baitul Maqdis.

TAPI KAN : - xde papa, cuma kita perlu lebih perbanyakkan dalam hal-hal beragama. Hehe ^_^

0 comments: