... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, February 17, 2015

Lelaki itu Dalam Kenangan

5:20 AM Posted by HM Hafizd No comments
Bulan ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Tok Guru. Beribu-ribu rakyat Malaysia memberi hormat menghantar beliau ke tempat pengebumian. Hal seperti ini pernah berlaku pada tahun 2002 bila mana Ustaz Fadzil meninggal dunia. Beribu-ribu rakyat Malaysia menghantar jenazah beliau sampai ke tempat persemadian. Cuma pada tahun 2002, internet tidak segah seperti sekarang. Hal ini tidak menjadi kehairanan bila mana kedua-duanya adalah tokoh terhormat bagi Muslim di Malaysia terutamanya para penyokong parti.

Selepas berita kehilangan Tok Guru diketahui umum, setelah selesai urusan pengebumian, timbul 'semula' video-video tribute untuk insan ini, dan ada di antaranya lagu nyanyian Siti Nurhaliza bertajuk Lelaki (Warkah Seorang Anak). Lagu ini release pada tahun 1999 dalam album Pancawarna. Ciptaan Siso Kopratasa dan liriknya ditulis oleh Habsah Abu Hassan.

Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazamnya
Bara Keramat Doa Dan Harapan

Kau Melangkah Bermula Dari Lembah
Kau Mendaki Setangga Ke Setangga
Semakin Hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun Kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Dihati
Kesepianlah Teman Nan Sejati

Di Dalamnya Kau Mengenal Diri
Tenangnya Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha ESA

Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha ESA

Liriknya begitu mendalam. Sangat sesuai untuk Tok Guru. Namun, menurut cerita 'Cik Puan' Habsah Abu Hassan menulis lirik ini untuk ditujukan kepada Tun Mahathir! Surprise! Well, me too. Lagu ini jarang disiarkan dalam radio atau TV. Katanya sebab penyokong pembangkang menyangka lagu ini untuk Anwar Ibrahim! Surprise again!. Lagu ini ditulis pada tahun 1999. Tahun 1999 kan macam-macam isu besar, Kes Anwar, pilihan raya umum. Lagu dicipta khusus untuk Tun Mahathir alih-alih ada yang perasan untuk DS Anwar pula, jadi sebab itulah ia 'digam' oleh stesen TV dan radio. 

Jadi aku tidak ada album Pancawarna Siti, jadi tidak tahu kewujudan lagu ini. Tidak silap, akhir 2010 atau awal 2011 kot ada video edit tribute untuk Tok Guru beserta video Siti and suami buat kunjungan hormat kepada Tok Guru diselitkan lagu ini bersama. Aku rasa, majoriti yang mendengar lagu ini, Lelaki yang dimaksudkan dalam lirik tersebut selepas tahun 2010-an, ialah Tok Guru! bukan lagi DS Anwar, bahkan bukan lagi Tun Mahathir!. Entah, rasa macam kena ja liriknya dengan Tok Guru!. hehehe

TAPI KAN:- Ironi lagu ini ialah tujuan ditulis untuk berkempen 'memuji' seorang 'insan' ketika itu alih-alih sekarang popular menjadi lagu 'tema' kepada 'lawan politik'nya sendiri. Setiap orang rasa berbeza, tetapi itulah yang aku rasa...

0 comments: