... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, December 21, 2010

Oh Cicak!

1:45 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Pada suatu ketika sedang aku menekan gelas pada heater untuk mengambil air panas, tidak semena-mena jatuh seekor cicak ke dalam gelas tersebut. Aku terkejut. Dan cicak tersebut meronta-ronta kepanasan. Aku blank sekejap. Dan setelah beberapa ketika barulah aku terfikir menuangkan air panas itu ke singki. Dan mungkin juga berniat untuk menyelamatkan cicak tersebut. Cicak itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Sedang-sedang sahaja. Aku dapati cicak itu masih hidup. Mungkin cicak mempunyai lapisan kulit yang tebal barangkali. Setelah beberapa saat cicak itu pun bergerak ke mana yang aku pun tidak ambil peduli. Rasa-rasa aku dalam 10-15 saat juga cicak itu terendam dan terperangkap dalam gelas berisi air panas. Aku terkagum sedikit dengan daya ketahanan cicak yang hebat.

Aku memang geli nak memegang cicak. Jadi aku tidak pernah terfikir nak sentuh atau sengaja bermain-main dengan cicak. Apalagi nak menelannya. Takkan Ayu tak perasan ada sesuatu yang melalui mulutnya semasa minum air cola. Mustahil. Sampai terlekat cicak. Adoiyai. Cicak tue kan besar. Kalau aku... aku tak dapat bayangkan. Hahaha. Itulah penangan Budak Setan. bermula dari cicak, Ayu telah mengubah budak setan menjadi manusia semula. Sebenarnya aku tidak teringat jikalau scene cicak itu terdapat dalam novel atau tidak. Yalah, aku membaca novel Lagenda Budak Setan 8 tahun dahulu. Sekali khatam sahaja dan selepas itu tidak mengulang baca lagi. Novel pinjam la katakan. Tapi aku teringat semasa Ayu menghulur tabung derma, ingatkan Syah nak kasi derma, rupanya tidak. Malu Ayu kepada satu kelas. Adegan ini tiada dalam filem.

Masih hal cicak lagi. Kita disunatkan membunuh cicak. Kenapa ye? Adakah ada sebab-sebab tertentu. Ada haiwan-haiwan yang berjasa. Misalnya merpati yang membuat sarang dan bertelur di atas pintu gua Thur, dan labah-labah yang membuat sarang di pintu gua. Juga biawak (atau dhob atau haiwan seumpamanya) yang berusaha menghapuskan jejak kaki Nabi SAW dan Abu Bakar RA ke gua Thur, namun tak semua berjaya dihapuskan sehingga dapat juga kafir Quraisy menjejaki sampai ke gua. Berbalik kepada cicak, aku telah mendapat jawapan kenapa kita disunatkan membunuhnya.

Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu." Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim AS dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim AS. (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan)

Begitulah kisahnya. Dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW ;
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqqas) RA katanya: “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil.” [riwayat Muslim]
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW sabdanya : "Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul, dituliskan baginya pahala seratus. Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul pahalanya kurang lagi dari itu." [Riwayat Muslim]
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang, kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi SAW bersabda:

Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh. [Riwayat Muslim].
Sama ada cicak, biawak, salamander, sesumpah, iguana atau buaya sekalipun, haiwan jenis merangkak berkaki empat ini memang mengagumkan. Biawak terbesar, biawak komodo mampu berlari lebih laju dari manusia. Sesumpah boleh mengubah warna kulit mengikut persekitaran. Juga jangan lupa cicak berupaya memutuskan ekornya tanpa rasa sakit, dan ekor itu akan tumbuh semula nanti. Rakyat Malaysia juga sudah dua kali menghabiskan 10 ringgit bagi menonton cicak di pawagam. Hahaha. Dengar kata Yusry nak buat bahagian ke-3 pula. kalau betul, tahun depan la kita dapat saksikan lelaki cicak bersut merah ini di pawagam semula. Sediakan bajet 10 ringgit cepat. Cak cak cak.

TAPI KAN :- apabila mengetahui Nabi SAW menggelarkan cicak 'si penjahat kecil', justeru layakkah cicak digelar 'superhero' ???

3 comments:

amy said...

amy pon geli tengok cicak..
dolu tak geli..
tapi sakng dah geli...boleh plak gituw...

NEL said...

cicak jahat weh..berak merata..busuk piang taik..cit po dah cicak..

HM Hafizd said...

amy : haha, cm2 lak

nzry : aku no komen, haha