Tulisan yang sebelum ini ku kira masih belum complete. Ada lagi yang kena tambah. Oleh sebab makan tak lalu, tidur tak lena, otak asyik memikiau jer, hati pon gundah gelana, maka mengambil keputusan tidak mahu menyeksa diri lagi. Maka, pada hari yang indah permai ini, entry ini pon terhasil...

Yang kedua pasal si sotong prediction yang diberi nama Paul. Nama 'beliau' terkenal seantero dunia kerana media yang bersemangat memberi liputan menjadikan 'beliau' begitu popular. Paul telah meramalkan keputusan sejak EURO 2008 lagi. Tapi tiada orang yang tahu (kecuali media Jerman maybe). Lagipun time 2 Paul salah dalam dua ramalan. Kini, disebabkan kebetulan ramalannya tepat, terutama membabitkan Jer-Eng & Jer-Arg, ini menjadikan media tertunggu-tunggu ramalan Paul untuk game seterusnya. Sampaikn Paul diugut kena bunuh dan diratah menjadi sosej (sosej nie aku saje tambah utk metafora, hihi) oleh penyokong2 fanatik yang tak berpuas hati dan menjadikan Paul sasaran melepaskan geram. Bagi aku, kewujudan Paul dalam WC2010 menjadikan satu keadaan yang berbeza yang tiada dalam edisi WC yang lain. (psst aku memuji, bukan memuja. hoho)
Sebagai penyokong England, aku betol2 kecewa giler sampai aku menjadikan England punca aku hilang minat menonton WC selepas mereka tersingkir. Aku penyokong pasukan ini sejak 2002

Aik, tang mana penyokong Chelsea dari Pendang menulis nie..?? tak sentuh pasal Chelsea pong, haha. Xpela, nie nak tunjuk mai jersey baru pasukan handalan. Lawa jersey away Chelsea. Aku berminat lak. Nampaknya Manchescow n Liverfool dah ada penaja baru. Arsengal masih sama. (Hoho, rasa bahagia dapat tulis nama cam gitu, hahaha) Baru-baru nie, ada ulama mengatakan haram kerana memakai jersey bola - kerana pada logo-logo kelab nie ada lambang salib, gambar devils yang tidak boleh dipakai oleh umat Islam. Jejakitinggalanrasul jugak berpendirian sama (bacalah kajian mereka. Sini pulak pasal WC). Aku jujurnya hanya memiliki 3 helai jersey, Chelsea biru, Chelsea putih & Jerman hitam. Niat hendak membeli jersey away Chelsea yang baru tue mungkin kena berfikir 100 x2 kali ler gamaknyeerr...

TAPI KAN :- aku mungkin boleh cakap ini kali 'terakhir' aku sentuh pasal WC2010. setelah difikir panjang, 3 keadaan tue menjadikan WC kali ini bagi aku sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. n btw, Chelsea is the champs!!! hahaha hohoho fufufu...
0 comments:
Post a Comment