... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, July 28, 2010

Lagu + Karaoke #2

8:17 PM Posted by HM Hafizd No comments
Ada banyak lagu tema yang begitu sedap di dengar. Ini Bukan lagu tema untuk rancangan tv atau filem. Tapi lagu tema untuk sambutan kenegaraan. Emm, apa tue? Saye tak reti nak jelaskan, kite terus kepada contohnya. Contohnya ialah lagu Cuti-Cuti Malaysia. Bukankah ia begitu sedap didengar? Nyanyian Siti Nurhaliza. Siti juga menyumbangkan suara untuk lagu Cintai Kraf Malaysia dan Budi Bahasa Budaya Kita/BBBK. BBBK juga pernah dinyanyikan oleh Jaclyn Victor & Zehra Zambri - masing-masing secara solo. Namun, saye masih meminati version asal Siti lagi. Tetapi, ada satu version lagu BBBK yang diubah lirik kepada pelbagai bahasa. Ini juga saye suka. Menarik sekali.

Satu lagi ialah semasa sambutan Hari Kebangsaan. Pelbagai tema menyebabkan penciptaan pelbagai jenis lagu untuk Hari Kebangsaan setiap tahun. Antara lagu-lagu tema ini yang masih dalam ingatan ialah Negara kita Tanggungjawab Kita, Bersatu Ke Alaf Baru, Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Perpaduan Teras Kejayaan dan Satu Malaysia. Berkenaan lagu Satu Malaysia pula, daripada version asal nyanyian Roy, ada beberapa version lagi dengan tajuk yang sama. Ada juga version Faizal Tahir. tetapi yang paling saya suka ialah version terbitan LimKokWing Universiti. Ia begitu sedap sekali. Harap-harapnya lagu tema tahun ini sedap jugak la yer. (Tema 2010 ialah Malaysia Menjana Transformasi).


Okey, sekarang berbalik pula lagu tema rancangan tv. Saye nie suka menonton cerita kartun. Antara kartun Malaysia yang lagu temanya yang suka ialah Keluang Man, Yorkies, Sang Wira dan... dan...? Tu la antaranya. Lagu Keluang Man nyanyian Krisya merupakan lagu yang sedap dan lirik pun menarik. Selain cerita kartun, ada beberapa lagu drama tv juga yang sedap di dengar. Lagu itu dicipta khas untuk drama tv tersebut, apabila drama itu popular, maka lagu itu terus popular dan dijadikan single oleh penyanyi terbabit. Contohnya Nur Kasih (nyanyian Yasin), Istana Cinta nyanyian Eira Syazira bagi drama TV Cinta Balqis dan Rasa Cinta oleh Farahdhiya bagi drama TV Ku Milikmu. lagu Gerak Khas (version asal nyanyian AC Mizal & Abby Abadi) pun mungkin boleh diambil kira, hahaha.

Banyak lagi lagu-lagu berkaitan kempen atau sambutan yang saye suka seperti Suara Hari Esok / Voice of Tomorrow (in english version) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia (iklan komersial oleh KFC), Membaca Gaya Wawasan untuk kempen membaca, Suluhkan Sinar berkaitan bencana tsunami, Tangan Yang Mengapai untuk berkaitan kes penderaan kanak-kanak, Everest berkenaan kali pertama rakyat Malaysia menawan puncak everest (nyanyian KRU), Malaysia Boleh, Satu Suara dan pelbagai lagi. Lagu tema tilawah al-Qur'an peringkat antarabangsa yang diberi judul Al-Qur'an dan lagu tema Ma'al Hijrah yang bertajuk sama jugak begitu asyik sekali (maksudnye sedap di dengar lerr).

Lagu + Karaoke kali ini membicarakan lagu-lagu sebegini hanyalah untuk menyatakan minat dan kesukaan terhadap lagu-lagu tersebut. Kalau diikutkan lagu-lagu tersebut tidak terdapat di dalam pusat karaoke. Jadi, kalau nak dinyanyikan di sana, kena hafal lirik dahulu la ye. Lagipun senarai 'pendek' lagu-lagu di atas hanyalah untuk berkongsi senarai-senarai lagu yang ada dalam ingatan saye. Sekurang-kuranngnye boleh menambahkan sedikit sebanyak lagu-lagu patriotik dalam kepala, hehehe...

TAPI KAN :- ini ialah salah satu minat saye di sini lain berkaitan dunia muzik. bagi saye, jika sesebuah lagu itu sedap di dengar atau mempunyai lirik yang puitis, tak kira walau genre apapun, untuk apa pun saye tak kisah untuk melayan dan menyanyikannye sampai la bosan... hahaha

0 comments: