... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, April 7, 2010

JEANS

11:11 PM Posted by HM Hafizd 2 comments
Saye memiliki beberapa helai jeans. Yang muat dipakai sekarang ada err... 3 helai. Yang dimaksudkan ialah seluar jeans. Ini tak apa kerana saye memiliki beberapa helai seluar lain selain dari seluar slack. Menulis pasal jeans especially berkenaan seluar juga kerana saya mendengar dan menemui hal menarik berkenaan dengan seluar jeans ini.

Bersembahyang dengan memakai seluar jeans di masjid tidak menjadi kebiasaan lebih-lebih lagi pada sembahyang jumaat - menurut pandangan orang-orang tua di kampung. Lebih baik memakai kain pelikat dari memakai seluar jeans itu sendiri. Kalau tak, banyak la mata yang memandang nanti. Bukan apa, kerana ia bukan satu kebiasaan pada mereka. Tetapi hal ini mungkin menjadi kebiasaan di masjid bandar, kerana kebanyakan orang sebegitu.

Hal ini bukan apa. Bagi yang memakai jeans, mereka sememangnya tahu jeans bukan dibasuh setiap hari. Bukankah begitu? Ambil contoh jika dipakai hari Isnin, kebarangkalian hari minggu nanti, Sabtu atau Ahad baru jeans itu di hantar dobi. Secara teknikalnya sebegitulah... kan kan kan. Mak selalu menegur begini 'nak sembahyang pakai kain la, seluar tu dah pakai berapa hari dah'. Jadi, pada suatu hari tue, ayah yang mendengar ceramah radio Kedah.fm turut tertumpang dengar oleh saye. (errr, saye memang selalu mendengar ceramah-ceramah agama nie, hihi)

Berceritalah seorang ustaz nie, bahawasanya ada seorang orang kampung nie menegur seorang pemuda yang datang ke masjid dengan memakai jeans. Ustaz nie pun jawablah 'awat cakap lagu tue, sekurang-kurangnya dia datang juga ke masjid, sembahyang berjamaah. yang patut diteguq pemuda yang berkelewaq rata tak mau mai sembahyang kat masjid nie'. Di sambung pula orang kampung tue 'depa nie pakai seluaq dah berapa hari dah tak basuh, pastu guna pakai sembahyang pulak'. Lalu dijawab oleh ustaz ini, 'nie nak tanya sat, karpet dalam masjid nie sejak bubuh hari tue, dah berapa kali basuh? tak kan. kalau taik cicak pon pakai ambik dengan kertas tauk kat luaq ja. gitu jugak dengan pakaian kita. kalau confirm tak dak najis, pakai lama mana pon tak pa, cuma makruh je la. sah sembahyang tue sah jugak'.

Jadi sahlah sembahyang pemuda itu. Dialog yang diutarakan di atas adalah ciptaan sendiri. Err, maksudnya sama cuma susunan ayat je yang berbeza. Mana la ingat satu persatu apa yang dicakap oleh ustaz dalam radio tue. Yalah, ia bukan lagi menjadi suatu kebiasaan. Kedua abang ipar saye pun tak memakai jeans. Kalau jeans kat umah tue confirm saya yang punye. Tidak semua yang menggemari jenis pakaian jeans nie. Emmm, setelah diteliti saye merasakan perempuan yang tidak memakai jeans kelihatan lebih feminin. yake? Tak tahu... ^_^

Maka ditimbulkan lagi satu persoalan. Jeans berasal dari mana? Amarika? England? jawapannye... lu fikirlah sendiri. (tengok je la kat wikipedia...)

TAPI KAN :- saye mengidam nak beli baju jaket jenis kain jean, cam mana nak cakap ehh. sampai sekarang tak dapat-dapat jugak. alahaiii...

2 comments:

Mr. ASM said...

smnggu sekali basuh?
sy mngkin mngambil masa yg lbih lama..
huhu..

HM Hafizd said...

ko memang...
aku faham lol