... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, March 24, 2013

5 tahun dahulu ...

8:01 PM Posted by HM Hafizd No comments
Salam dari desa Pendang :)

Pendang ialah daerah di tengah Kedah, hijau dengan bendang padi, kebun getah, kelapa sawit dan hutan. Kali ini, yang nak sentuh bukan daerah Pendang, tapi parlimen Pendang. dalam parlimen ini, ada dua DUN, iaitu Tokai (dulu Bukit Raya) dan Sungai Tiang. Senang cerita, Tokai ialah dun PAS, Sungai Tiang ialah dun UMNO. Begitulah sejak 1995 lagi.

Semasa pilihan raya 2008, aku sudah boleh mengundi, tetapi aku tidak pulang mengundi. Aku terus stay UKM semasa hari pengundian berlaku. Kali ini aku memang berhasrat untuk pulang ke kampung, untuk mengundi bagi menjadikan ia pengalaman pertama aku memangkah kertas undi. Itu janji mesti ditepati aku. lol. Ketika hari mengundi 8 Mac 2008, aku dan kawanku, menaiki motor cuba meninjau keadaan gelagat, suasana, situasi pilihan raya di Bangi. Itupun setelah lebih kurang pukul 4-5 petang. Sengaja kami keluar time tersebut supaya tidak tersekat dengan jammed, orang ramai, perayu undi dan lain-lain bagi mengelakkan tersangkut di jalan. Walaupun ingin keluar lebih awal, tapi, setelah difikir-fikirkan, kami merasakan masa tersebut, orang sudah pulang ke rumah untuk berehat, jadi keadaan mungkin agak lengang.

Keluar saja dar pintu UKM, menuju ke bulatan, ada sekolompok orang muslimat dan mungkin juga 3, 4 wanita melambai-lambaikan bendera parti di sepanjang jalan. Seperti kereta di depan yang membunyikan hon, kawan aku juga membunyikan hon motornya (kawan aku membawa motor, aku membonceng) Walaupun sudah lewat petang, perayu undi (barangkali) masih tidak berganjak dari tempat-tempat mereka. Kami terus menuju ke shell, pusing-pusing kemudian berpatah balik ke Jalan Reko. Kami main redah masuk ke kwasan perumahan di Jalan Reko dan berhenti sekejap di tempat pengundian di kawasan itu. Masih terdapat beberapa orang berkumpul, bersembang barangkali. Kehadiran kami tidaklah dihairankan sangat, dan kami hanya melilau melihat sekeliling.

Kemudian, beberapa orang india yang menaiki motor, dengan bendera PAS di ikat di belakang, meronda di sekeliling kawasan perumahan. Oh, mungkin inilah bukti yang dilaporkan dalam internet bahawa orang cina dan india sudah tidak takut mengibar bendera PAS. Setelah beberapa minit, kami meneruskan perjalanan hampir ke Kajang sebelum berpatah balik kembali ke UKM. Menuju Kajang, penuh bendera DAP di kiri kanan jalan. kawasan pekan ramai orang cina. Jadi, mungkin sebab itulah bendera DAP banyak kelihatan. Tiba di UKM, aku menunggu sehingga selepas maghrib dan selepas makan untuk aku melepak di bilik TV bagi mengikuti keputusan siapa menang.

Untuk memendekkan respon aku memang terkejut satu demi satu parlimen dan dun jatuh ke tangan pembangkang. Dan apabila aku menelefon ke rumah di kampung, kakakku mengatakan bunyi mercun meletup merata-rata bagi meraikan Kedah ditawan PAS. Dan seperti yang aku tulis di atas, Bagi parlimen Pendang, dun Tokai milik PAS dan Sungai Tiang milik UMNO manakala parlimen pula masih dimenangi Dr Hayati (PAS). Sama seperti pilihan raya 2004. Sambil membaca keputusan di skrin dan mendengar analisis ahli panel, aku dapat menangkap di skrin mengatakan dun Bangi dimenangi PAS. Gambaran orang india mengibar bendera PAS di motor petang tadi terbayang di kepalaku. Aku seperti tidak terkejut dengan keputusan itu.

Keesokkan harinya, Ustaz Azizan mengadap sultan Kedah bagi lantikan sebagai MB yang baru. Manakala aku pagi itu terus membeli surat khabar kerana mahukan sisipan keputusan penuh pilihan raya, namun, masih terdapat beberapa dun dan parlimen yang kertas undinya dikira sampai awal pagi, tidak dapat diisi kerana surat khabar terpaksa dicetak terlebih dahulu. Jadi, esoknya sekali lagi aku membeli surat khabar bagi mendapatkan sisipan penuh tersebut. Sengaja aku ingin simpan sebagai kenangan. Aku rasa, sisipan itu masih ada somewhere dalam kotak di rumah jika kotak itu mak aku tidak membuangnya sebagai sampah.

Pendang ialah daerah di tengah Kedah. Selain Pekan Pendang, ada pekan Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Raya, Sungai Tiang dan lain-lain lagi. Pendang ialah daerah pertanian dengan petak-petak bendang luas memanjang. Jika ingin masuk ke kampung aku, anda akan melalui jalan yang di kiri kanannya ialah petak sawah padi. jika musim menuai, maka kuning la warnanya. Jika musim membajak, maka hitam la warnanya, jika musim menanam, maka hijau la warnanya sehinggalah ia membuah padi bertukar warna kuning. Jika masuk melalui jalan lain, maka anda akan diringi dengan kebun-kebun getah. Maybee... [it is a joke, lol]

TAPI KAN :- "...Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar di negeri Kedah..." wah, aku baru tahu. Tapi sekarang sudah tidak ada kot. patut la pernah dengar nama Kampung Gajah Mati... Eh? apa kes...

[[ biodata ringkas sejarah Pendang ]]

0 comments: