... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, January 23, 2011

Cantik!

6:12 AM Posted by HM Hafizd No comments
Dalam filem Ayat-Ayat Cinta, scene di mana Fahri melihat wajah bakal isterinya, Aisha sungguh memikat hati. Jealous pun ada. Aisha yang berpenampilan berpurdah menunjukkan wajahnya kepada bakal suami dan Fahri hanya terpegun dan kelu lidah - kesan kepada kagum melihat kecantikkan bakal isteri. Mungkin kerana itu juga, Fahri tanpa agak-agak telah bersetuju berkahwin, walaupun mereka hanya beberapa kali berjumpa. Ya, Aisha dalam cerita tersebut menepati ciri-ciri untuk mencari bakal isteri - beragama, cantik, keturunan yang baik dan berharta. (walaupun Fahri masih belum sedar betapa kayanya Aisha ketika itu)

Itulah yang digambarkan dalam novel. Cuma pelakon "Aisha" - Rianti Cartwright lebih rendah daripada yang digambarkan dalam novel iaitu ketinggian Aisha hanya rendah 2 cm sahaja daripad Fahri. Itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Berita Kosmo tahun lepas menyatakan Rianti telah menukar agama dari Islam ke Kristian. Emm, tak ade apa nak komen. Cuma, berbalik kepada scene tersebut, aku berangan-angan menjadi seperti Fahri. Dia sungguh bertuah.

Dalam cerita sejarah Islam yang popular pun begitu. Seorang ayah mengahwinkan seorang pemuda dengan anak perempuannya yang dikatakan cacat, bisu dan pekak. Kemudian setelah berakad nikah, pemuda itu ditunjukkan bilik isterinya. Lalu dengan redha pergilah pemuda itu ke bilik isterinya. Setelah membuka pintu, dia dapati seorang gadis jelita duduk sopan di katil. Dia merasakan dia telah tersalah masuk bilik dan ingin keluar. Lalu ditahan oleh gadis itu, "anda tidak tersalah bilik, bahkan akulah isterimu."

Kumpulan nasyid Rabbani telah membikin sebuah lagu berdasarkan kisah tersebut yang mana aku juga sukakannye. Lagu itu bertajuk Cari Pasangan. Antara liriknya ...

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa terpesona memandang
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik

Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik manakala wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Wanita yang paling cantik ialah wanita yang menjaga auratnya, tidak memberi pandangan percuma kepada lelaki-lelaki yang bukan muhrim. Wanita sebegini sangat mahal nilainya. Auratnya ialah untuk pandangan suaminya sahaja kerana tiada batasan aurat bagi suami isteri. Seperi juga lirik lagu in-team, Impian Kasih ...

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Jika sebut perkataan cantik, bukan terletak pada warna kulitnya yang putih, bukan juga pada bentuk tubuhnya yang langsing, bukan juga pada wajahnya yang menawan. Semua itu akan menjadi lebih bermakna jika gadis tersebut menjaga keterampilan diri, menjadikan dirinya lebih mahal untuk ditatap dan disentuh. Hanya ada satu tiket sahaja bagi membolehkannya ditatap, disentuh dan dibelai iaitu dengan akad nikah!. Sebelum itu, jagalah kehormatanmu ...

TAPI KAN :- ini khas untuk wanita sahaja. lelaki juga harus menjaga auratnya bagi kelihatan mahal. ada wanita 'complain' bahawa mereka dikongkong kerana aurat mereka seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. betulkah wanita ada berperasaan sebegitu..???

0 comments: