... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Friday, February 19, 2010

Ulasan yang Sempit

12:55 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Menonton filem Adnan Sempit mengujakan (jarang menggunakan perkataan nie). Filem itu (bagi saye) tidaklah terlalu menyeronokkan, tidak sampai saye ketawa terbahak-bahak (confuis jugak di mana part ketawa sampai bumbung mau jatuh seperti kata David Teo tue), tetapi jujurnya ia menyebabkan saye banyak ketawa daripada tengok Senario The Movie Episode 2 tetapi kalah sedikit dari filem My Spy. Rumusannya setiap orang berpandangan berbeza.

Jadi apa yang mengujakan? Mengujakan ialah filem ini mencatat kutipan tertinggi. Di mana David Teo sekarang cuba mencipta rekod 1 juta penonton, saye salah seorang dari jumlah tersebut. Itu yang sungguh mengujakan. Dan melihat sebuah filem Melayu mampu melepasi angka kutipan 6 juta, ia dikira sungguh mengagumkan. Bagi saye ler. Info tambahan, filem Transformers 2 yang ditayangkan di Malaysia sahaja melepasi 27 juta. Hebat sihh.

Ditambah pulak sekarang, filem tempatan yang melepasi angka 6 juta sikit sangat. Contohnya Sembilu (lupe pulak Sembilu 1 atau Sembilu 2), Lagi-Lagi Senario, Jangan Pandang Belakang, Geng Pengembaraan Bermula dan Jangan Pandang Belakang Congkak. Yang mendapat lebih 5 juta pulak ialah Cicak-Man dan Congkak. Itu je filem nye (ini yang saye tau la yer). Termasuk Adnan Sempit, 4 filem dari list tersebut semuannya arahan Ahmad Idham. Tetapi beliau belum pernah menang pengarah terbaik. Kiranya filem Ahmad Idham hanya mendapat tempat di hati penonton, tetapi tidak mendapat di hati pihak juri.

Semasa menonton Senario TM Episode 2, turut disertakan antara trailer-trailer filem akan datang seperti Adnan Sempit dan My Spy. Niat di hati ’eh, kena tengok nie. macam best jer...’ Masa berjalan, bila majlis pratonton filem seperti yang diberitakan oleh TV, soalan wartawan dan ulasan oleh si wawancara seolah-olah kedengaran memperkecilkan filem ini. Saye mendengar pon rasa kecewa. Yalah, tengok trailer punyalah berkobar-kobar nak tengok, tapi mendengar ulasan wawancara itu cuba melemahkan impression yang berkobar-kobar tadi.

Tup tup hampir 2 minggu tak ada berita (jarang baca paper sama), alih-alih keluar berita hiburan dari TV David Teo buat majlis kesyukuran kerana filem ini sudah melepasi 5 juta. Hah, terkejut den. Ulasan yang diberi oleh wawancara ini pon kedengaran cukup baik. Ubah nada nampak. Rasanya wartawan hiburan pon tak sangka filem nie mampu mendapat sambutan ramai (kot). Sampai masa nie barulah saya berkobar-kobar semula nak tengok. Akhirnya misi tercapai. Walaupun bukan yang terawal tengok, tapi orait la kan, tengok jugak kat panggung, hehe.

Saye ada mencontact seorang kawan mengajak untuk menonton My Name Is Khan. Sambil-sambil tue tanya dah tengok Adnan Sempit ke belum. Ada dia kata tak best!!!. Tambah lagi dia kata, walaupon pergi dengan orang best, tapi tengok filem tak best, jadi rasa tak best jugak. Apala. Dia sambung lagi, dia punya kawan kata filem nie lawak giler, asyik ketawa ja. Dia pon heran apa yang lawak sangat tue.? Dia tanya saye, ha, encik hafizd, apa yang kelakar sangat filem nie?’ saye hanya jawab... ’ko kata ko pergi dengan orang best tadi kan, tapi rasa tak best jugak. Kalau aku ada sama, tentu ko rasa lain, semua best-best ja’ hahaha :D (bermaksud orang best dia pon tak leh lawan encik hafizd nie)

TAPI KAN :- saye masih belum tahu sudah melepasi 1 juta penonton ke belum yang tengok filem nie. baru-baru nie ada terbaca yang pengarah Bade Hj Azmi nak buat filem Keluang-Man!!! Haa!!! Betulkah...???

2 comments:

Anonymous said...

cik din jaat....
mcm knal je ayt yg dgnakn 2... =0


aint0~~

Anonymous said...

(actually HM hafizd said)

mcm kenal jer anonymous tue... :P
ops, tak sengaja... hehe