... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, March 25, 2009

Pembuka Tirai

10:22 PM Posted by HM Hafizd No comments
As-salam... dimulakan dengan bismillah. Semoga tulisan-tulisan di kemudian hari di dalam blog ini mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa, dan dijauhkan dari perkara-perkara yang mendatangkan fitnah. Amiiin

Melihat kepada kebanjiran teman-teman membikin blog sendiri, jadi aku pun rasa tertinggal dan ketagih nak blog juga. Sebab itulah membikin blog ini. Tapi sudah ada blog kat friendster. Xpela, I will take care both of them, haha. Boleh dikatakan blog friendster untuk cakap-cakap merapu dan blog ini lebih matang... kot, hehe. Emm, aku sudah target blog ini ini dijadikan tempat untuk menulis semua pendapat isu semasa, ekonomi, politik dan personaliti. Pergh, cam gempak la konon... sambung ayat lagi, berdasarkan keupayaan tertinggi kepala otak aku je la, hehe.

Nama blog ini satucereka...? nanti mungkin orang tanya tak ada nama yang komersil lagi ker. Sebelum soalan camtue terkeluar baik aku jelaskan dulu kenapa. Sebabnya... aku pun tak tahu. betul. Semasa membikin blog ini, rasa x best kalau guna nama sendiri... hafizuddin.blogspot.com. x sedap la. jadi cari la nama lain. Ntah macam mana, terkeluar nama satucereka ini. Jadi hentam sahaja lah. Kebetulan lak tagline blog friendster maka bermulanyer sebuah ceritera. Perkataan ceritera dan cereka tue pun lebih kurang sama jer maksudnya. Jadi, kira halal jer la.

Walaubagaimanapun, segala kisah-kisah yang dicipta oleh aku x diposting di sini kot. Sebabnya banyak kisah-kisah yang aku tulis dah ditaip dalam blog friendster, jadi peranan di sana biarlah di teruskan. Biarlah di sini lebih kepada catatan peristiwa, pendapat, pandangan dan perbahasan sesuatu isu. Aku rasa kalau aku nak cakap pasal politik pun xde orang peduli kan. Biarlah, seperti ikutan bloggers, ikut suka aku la nak tulis apa pun, haha. Jangan sampai kena ISA sudah. Okey, jumpa lagi di lain hari. Sayonara.


TAPI KAN ;- kat bilik dah la internet x dapat sekarang. Boleh ker aku nak concentrate memblog nie. Ntah-ntah terbiar jer nanti, aduuh.

0 comments: