... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Showing posts with label Omong Kosong!. Show all posts
Showing posts with label Omong Kosong!. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Happy New Year

7:49 AM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun baru Masihi kini telah tiba. Umur bertambah satu angka lagi dan hidup mesti diteruskan dengan aktiviti yang lebih berfaedah selain hanya makan, nonton movie dan tidur sahaja. Sesungguhnya kita sendiri yang harus mengubah cara hidup menjadi lebih baik, dengan tidak terlalu mengimpikan sesuatu keajaiban yang akan mengubah hidup kita dengan serta-merta. [Life changing experience]

Tahun 2014 menyaksikan peristiwa air, catuan, panas, hujan, banjir disebut sepanjang tahun. Buat pertama kalinya, aku merasa sendiri kehidupan apabila air di catu. Bangun pagi dan mandi di tandas office (tidak selalu), tandas petronas (pun ada) dan yang paling sukar sekali ialah bila sakit perut! Itu pun baru kes catu air selang dua hari. Jika sepanjang minggu, maka bergegak gempitalah alam maya satu Malaya mengadu domba, mengeluh kesah, mengata nista sesiapa yang mencabar minda. Tambah tolak dekat dua bulan jugaklah pengalaman ini mengajar aku hidup tanpa air. [Live without water]

Apabila hujan turun mencurah-curah, banjir besar berlaku, sehingga kan kita sendiri tidak mengjangkakan air naik setinggi itu. Apabila melihat gambar yang menerawang di alam maya, sampai ke bumbung, atap rumah, hampir atau telah melebihi jambatan, WOW, banyaknya air!! tingginya air!! Ironi sekali, keringnya air bersih di Selangor sampai perlu dicatu sehinggalah banjir - banyaknya air sehingga naik sampai ke bumbung rumah di Pahang dan Kelantan, menunjukkan betapa air tidak dipisahkan dalam kehidupan - menyegarkan dan memudaratkan, nikmat dan bencana, rahmat Tuhan dan bala!!! [Water Is Important To Life]

Selalunya, menjadi tabiat kita apabila kalendar bermula dari January kita memasang angan, berharap dalam diam, berazam dengan bersungguh menjadikan tahun ini mempunyai paling banyak memori indah. Perkara ini kita 'amalkan' saban tahun tapi apabila hari saban hari, kita tidak dapat mengelak ada timbul kecelakaan yang tidak diduga, kemalangan, kematian, kesakitan, kehilangan yang menyebabkan segala angan, impian, azam yang diharapkan pada Januari tidak kesampaian pada December nanti. Manusia hanya mampu merancang, sebaik rancangan adalah milik Tuhan. Jadi, berkatalah... "dengan izin Tuhan ..."


TAPI KAN :- "...aah... untuk kali nie, xde tapi-tapi... semoga mereka-mereka yang menghadapi, mengalami bencana, TABAH, CEKAL dan berTAWAKKAL meneruskan hidup ini... 

Sunday, March 17, 2013

27 begin ...

7:50 PM Posted by HM Hafizd No comments
It’s been a while I'd write anything here, but
I don’t have anything to ‘say’ either


Maka bermula lagi kitaran relung masa. Setahun sudah berlalu. Lalu menjadikan usiaku bertambah lagi satu tahun. Bertambah matang barangkali? Tidak! Bahkan aku sendiri tidak tahu bagaimana rasa dan keadaannya ‘sifat’ matang tersebut. Berhenti sekejap menaip, lalu aku berfikir, seperti pernah mendengar ayat ini. Eh, bukan pernah, memang pernah pun. “She look matured compared her young age”. She? Why I choose ‘she’ as example? Matang seiring dengan memikul tanggungjawab kot. Lebih banyak tanggungjawab yang dipikul, lebih cepat mat… its sound stupid.

Ada metaphor said “Men life begins at 40”. Pernah juga mendengar ayat ini. Well, pada dasarnya bersetuju. Nabi (saw) juga memulakan misi dakwah ketika melepasi umur 40 tahun. Nabi (saw) dilahirkan pada bulan Rabiul Awwal. 6 bulan kemudian, iaitu Ramadhan, baru wahyu pertama diturunkan. It’s true, right. But, Nabi (saw) berkahwin pada usia 25 (seperti ditulis dalam sirah) dan aku kini sudah 27. Sudah melepasi 2 tahun. Hehehe. Aku memang berasa cemburu pada kawan-kawan yang telah berkahwin. Lagi bertambah cemburu bila tak sampai setahun, beberapa bulan kemudian, sudah ada status sudah berbadan dua, bakal menjadi ayah, bakal menjadi ibu. Dalam hati, “cepatnya… dorang ni tak fikir nak menyesuaikan diri dulu ker. I mean Famili planning. Yalah, nak biasakan diri menjadi suami, menjadi isteri, tup tup ada orang baru dah, nak upgrade menjadi ayah, menjadi ibu…” wow

Ops, minta maaf, itu sepatutnya tak patut dicakapkan out loud. Lagipun perenggan kedua memang dikhususkan untuk mengluahkan perasaan cemburu kepada mereka semua. Minta maaf sekali lagi, congratulation with God bless, teruskan menjalani kehidupan bahagia anda, hehe. Apa pula nak cakap pada perenggan ketiga? Aku patut bersyukur kerana masih lagi bernyawa, tidak terlibat dalam kemalangan, semua anggota badan sempurna, makan pakai cukup kerperluan. Tidak sampai mewah, tidak pula melarat. Ya, aku perlu brsyukur atas nikmat semua itu. Untuk menjustifikasikan situasi ini, sesuai dengan lagu [AlarmMe – Bulan Bulan Islam]…

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan

Ya, itu yang aku harapkan. Semoga didoakan semuanya selamat sejahtera pada masa-masa ke hadapan. Walaupun aku tahu mati itu pasti, namun tidak dapat tidak memang pernah membayangkan pada suatu hari berkahwin juga akhirnya (hahaha), ada anak-anak, menjadi kaya-raya… ceewah. Kata orang penglipur lara, angan-angan mat jenin. Amiin, semoga Tuhan permudahkan.

Jangan tersalah kira, sekarang baru masuk perenggan keempat. For this paragraph, let me tell you this secret. Semasa menunggang motosikal, (atau di dalam kereta, boleh juga) aku suka menyanyi dan aku tidak suka kebasahan terkena hujan. [Wah, sila buat muka tercengang atau kekaguman] Apa-apa lagu yang terlintas lirik di kepala, aku akan menyanyi. Tup tup sudah sampai ke destinasi. Tapi kadang-kadang zazzzz, ada kereta menyusup di sebelah. Tergamam sebentar. Astargfirullah… astargfirullah… tapi alhamdulillah, tiada kemalangan berlaku. Hehe. Namun aku tidaklah kata sepanjang masa menyanyi, ada masa usha-usha aweks, masa … emmm, ya, aku tidak suka kena hujan. Jangan salah faham, aku bukan membenci hujan turun, Cuma ketika tengah bawa motor je… “alamak, hujan… cepat.” Lebih kurang camtue la keadaannya. Tapi, sudah banyak kali aku sampai ke rumah dengan lencun. Aku tidak mengutuk pada hujan, Cuma aku mengganggap “Wrong Timing ler”. Aku sanggup tunggu dalam office, lewat pulang ke rumah, walaupun hujan sedang-sedang di luar. Now, tell me your secret?

“Kawan aku Amir” telah mendedikasikan sebuah lagu. Maka ‘dia’ menyuruh aku upload nyanyi live lagi. Wah, sempoi la. Mari nyanyi sama-sama… tekan butang play!!!

Hanya dengan lagu ku | Ku dendangkan kepada mu | Di Majlis yang bahagia | Sempena Hari Jadi mu
Dengan Nyanyian ku ini | Yang ku cipta untuk mu | Asalkan semua terhibur
Happy birthday to you | Happy birthday to you | Happy birthday to you

Terima kasih terima kasih terima kasih. Kepada semua fans terima kasih pada hadiah dan wishes anda. Kasamhamida. I love you all… 0_0

TAPI KAN :- masa memula nak taip, confuse jugak nak guna stail bahasa rasmi, puitis ker atau main hentam semborono jer… akhirnya, jadilah apa yang di atas nie… wink

Sunday, August 5, 2012

Kah Kah Kah

2:17 AM Posted by HM Hafizd 1 comment
Apabila "SNSD dancing queen" Hyoyeon memuji Yong Hyun pandai menulis, aku berasa sedikit cemburu. Cemburu kerana Hyoyeon memuji Yong Hyun dan cemburu kerana Yong Hyun memang secara teknikalnya pandai menulis. Aku akui, walaupun tidak sampai ke tahap 100% bagus, ia kelihatan puitis. Pada dasarnya, pujian yang aku paling suka ialah "awak ada bakat dalam menulis". Terus aku rasa kembang hati. Dan aku berharap mereka memuji kerana jujur. Aku tidak kecik hati kalau mereka memuji aku seorang handsome atau aku memang terbaik (dalam melakukan sesuatu) kerana ingin mengambil hati atau tidak jujur sejujur jujurnya. bagi aku pun aku tidak lah percaya sangat pujian sebegitu. Hahaha. Eh eh, "awak ikhlas ke..."

Sensei pernah berkata kalau ingin menjadi penulis yng baik, harus banyak membaca. Ia bukan masalah untuk aku kerana
MEMBACA atau READING ialah keyword aku dalam bahagian hobi biodata. Aku memang suka membaca - sila percaya! sama ada komik, cerpen, novel, majalah atau sejarah... aku tidak memilih sangat. Kalau ada masa, aku akan membaca. (p/s : setiap minggu aku akan menanti dengan sabar komik One Piece dan Naruto ^-^). Semasa zaman studi a.k.a sekolah, kolej dan universiti, perpustakaan atau pusat sumber atau library memang tempat lepak aku (aku tidak berniat untuk angkat bakul sendiri) sampaikan aku boleh kata muka aku memang dikenali oleh pegawai-pegawai di sana (yang nie aku perasan sendiri). Jadi itu ialah bukti alibi aku memang suka membaca. Hahaha. Tapi, aku tidaklah gemar sangat membaca buku subjek pelajaran. Mungkin sebab itu result aku tidak A. hihihi. 

Aku boleh kata, aku belum bergerak secara serius lagi menjadi blogger tampilan, yang nie boleh kata masih dalam tahap merangkak dahulu. Sebenarnya agak sedih dan bengang jugak setelah membuat posting Comeback & Comeback (ballad version) aku ter-stop pulak. Adoiyai. Agak memalukan betul. Menonton cerita lebih menjadi prioriti masa aku daripada menulis blog. Walau apapun, ini tidak bermakna aku mengabaikannya 100%. Aku akan berusaha menjadi lebih berdisiplin. Drama-drama US dan variety show Korea menjadi hiburan hujung minggu, dan sedikit yang lain lain.

Ya, daripada pembacaan & research (ceh, poyo je bunyi) aku banyak mengenali perkembangan muzik & drama di South Korea. Bermula Disember 2010, aku mengenali variety show Running Man secara tak sengaja apabila menumpang tengok dalam laptop house-mate. Tanpa sedar, aku terus melekat dan tersangkut. Sekarang Running Man telah menyambut 2nd anniversary tayangan di TV dan aku menjadi peminat setia mereka saban minggu menanti episode demi episode. Melalui Running Man jugak, aku mengenali (former) variety show Family Outing, Nation MC Grasshoopper, (former) Turbo, LeeSsang, SNSD, Super Junior, Big Bang and with so many Idol Groups, actors & actresses plus another big name variety shows.
<< Infinity Challenge, Strong Heart, Happy Together, We Got Married, Come To Play, Invicible Youth >> Jika di Malaysia media mengatakan Winter Sonata membuka mata rakyat Malaysia kepada drama Korea & Wonder Girls membuka laluan untuk mengenali Kpop, aku pula berfikir sebaliknya. Running Man lah yang membawa aku mengenali semua tue - drama, movie & Kpop. Sebelum era Running Man, dua drama kegemaran aku ialah Something About 1% dan Hotelier. Seriusly, Winter Sonata pun aku tengok separuh jalan. Cerita Full House aku burn dalam DVD, tapi tak pernah buka tengok lagi sampai sekarang. Haha, adoiyai...

Yang lain, selain Running Man, secara ringkasnya, terpesona menonton Kuch Kuch Hota Hai, aku mengenali Shah Rukh Khan dan bollywood, mengenali ex-captain England, David Beckham menyebabkan aku kenal Manchester United, Real Madrid & become loyal fan to Chelsea FC, mengenali Stone Cold Steve Austin, aku mengenali hampir semua wrestle di zaman Attitude Era, sehingga aku masih mengupdate perkembangan storyline WWE hingga sekarang dan mengenali nasyid Raihan, membawa kepada Nadamurni, The Zikr, Hijjaz & Rabbani sehingga memberi kesan I love nasyid songs!!!


Membaca komik "adiwira" seperti Juara Wira, Alam Perwira, Dewata Raya, Wira Tunggal, Pendekar Laut membawa aku menyukai drama-drama TV dan filem Kung Fu dari Hong Kong @ Mainland China. Cerita menarik seperti Chor Lau Heung, The Duke of Mount Deer, Condor Hero Trilogies, filem hebat Storm Riders, A Man Called Hero, The Duels (aku terlupa banyak tajuk) sehingga kadang-kadang aku merasakan my favourite HK@China actors aku ialah Eking Cheng & Dicky Cheung. Actress biasalah, yang mana lawa, semuanya suka... hahaha. Komik genre detektif - Penyiasat Remaja, Detektif Conan - seolah-olah aku membayangkan diri aku lah Hajime dan Heiji. Yerkk. Errr, aku banyak mendedahkan tentang komik pulak, so nak bragging sikit, buku keagamaan + plus novel keagamaan & motivasi - seperti karya Habiburrahman el Shirazy, Ramlee Awang Murshid ataupun Hlovate jika aku boleh sekalikan - dalam hal nie aku memang x pernah kedekut membeli. Tersusun baek punya kat rak rumah. Jadi, bacalah buku-buku sebegini, anda mendapat jalan cerita yang indah dan motivasi yang berguna buat diri. Peace >.<


TAPI KAN :- asalnya nak menaip sikit jer, jadi panjang pulak. kawan aku cakap, taip panjang-panjang tapi setahun sekali buat apa. biar pendek tapi kerap. Cisss, dia memang ingin merasakan tinju maut pendekar laut aku berkuasa 999 999 hp apabila dia masih lagi ketawa dengan annoying nye... yahhh, rasakan!!!

Sunday, February 12, 2012

Mengejar Impian

2:49 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Tajuk macam best. Tapi jangan percaya isi kandungannya memberi sesuatu makna ... atau kata lain sumber inspirasi. Hahh, seperti jangan menilai sesebuah buku pada gambar kulit hadapannya, atau kata-kata pada kulit hadapannya, atau warna dan corak pada kulit hadapannya. Tapi nilailah pada buku itu setelah anda menyemak dan membaca helaian demi helaian sehingga muka surat terakhir. Sehingga anda telah sampai ke destinasi terakhir, di situ anda hanya ada dua perasaan - suka atau benci. Anda suka buku tersebut melalui pujian melambung tinggi anda berikan, pengarang buku, walaupun mungkin anda tidak kenal, turut mendapat tempias pujian anda. Buku tersebut akan anda jaga dengan rapi, berasa rugi kalau hilang, ragu-ragu kalau kawan mahu pinjam, takut mereka tidak menjaga dengan sebaik-baiknya seperti anda. Selang dua tiga hari atau lebih cepat dari itu anda akan membelek-belek semula buku anda, mencari muka surat paling menghiburkan. Anda akan selalu tersenyum, atau tersengih-sengih semasa membacanya, sehingga jika rakan-rakan anda lihat pun mereka tertanya-tanya, tapi disebabkan mereka tidak suka membaca, mereka menahan diri bertanya (hehe), dan yang penting, anda akan mempromosikan pada rakan-rakan anda, termasuk dengan pujian akan keseronokan membaca buku tersebut, tapi yalah, anda tetap berasa sedikit ragu-ragu jika kawan-kawan muhu meminjam. Anda juga yang pastinya memuji diri sendiri kerana telah membeli sesuatu yang bernilai. Tidak pernah berasa rugi dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Bagaimana setelah habis membaca anda berasa benci? Dipendekkan cerita, perasaan benci kepada buku membawa kepada perasaan rugi kerana membeli, buku dibiarkan tak tentu hala, tidak pernah berasa peduli jika anda terlupa buku itu diletak di mana-mana, atau buku itu hanya dijadikan alas sesuatu benda, dan jika kawan mahu pinjam, anda tidak kisah berapa lama mereka mahu meminjam, anda tidak terasa mahu bertanya, ikut suka mereka mahu memulangkan segera atau lambat. Perasaan ini anda alami setelah tertekan untuk meneruskan pembacaan, berasa bosan, bila la nak habis muka surat ini? membaca hanya sambil lewa dan tidak terniat untuk mengulang baca buat kali kedua!

Impian aku untuk menulis, tetapi nampaknya usaha ke arah itu masih belum menampakkan ... usaha! Macam hal sekarang, apabila aku menulis tajuk "mengejar impian", aku tidak pernah bercadang nak melencong kepada hal-hal buku pulak. Semuanya kerana 'don't judge book by its cover' tadi. Aku ada satu lagi yang aku panggil bad habit dalam membaca buku ini, apabila aku suka ingin tahu ending terlebih dahulu. Suka membelek-belek bahagian tengah dan terakhir, jika endingnya aku suka, maka aku berminat nak menghabiskannya secepat mungkin. Tapi bila endingnya aku tidak suka, buku itu mungkin mengalami nasib ... terperam begitu sahaja ... Bak kata Siti dalam Nirmala ... Aduhai......

Ya, perkataan buku itu aku tujukan kepada N.OV.E.L!!!

TAPI KAN :- walaupun aku suka novel diadaptasikan ke filem atau drama, tapi bukan semua aku suka dan bagi aku secara jujurnya aku 'kurang' berkenan dengan filem Ombak Rindu... tapi ramai orang suka pula. Jadi termasuklah aku dalam golongan minoriti. Aku menunggu sampai ke penghujung drama Bicara Hati...

Saturday, February 4, 2012

spoil -'tol'- ler

7:20 AM Posted by HM Hafizd No comments
Arrggghhhh... sesuatu berlaku kepada blog aku nie. Tapi deria detektif aku tidak dapat mengesan apakah itu? Dan kes itu dibiarkan dengan tidak diselesaikan. Dibiarkan sebegitu sahaja. Akhirnya template bertukar sekejap. Tapi aku masih tidak berpuas hati dengan design template ini. Sudah jenuh bereksperimen. Lain kali pulak la... Esok masih ada ... wakakaka

Monday, January 16, 2012

Comeback ballad ver.

6:09 PM Posted by HM Hafizd No comments
Seperti Yang Ku Jangka

Ada banyak yang terlintas sejak membikin semula ... opss, x best, sejak 'make it alive' blog ini... antaranya hangatkah ia? (what?) Ada yang memberi 'nasihat ikhlas' dan 'pandangan suka-suka' akan ke-serius-san aku menulis semula. Ya, aku memang malas menulis. Tulisan lawa aku yang dicari oleh member untuk ditulis dalam folio mereka semasa sekolah menengah telah menjadi tulisan herot petot mengalahkan budak-budak pra! Anak sedara aku pun dengan over confident dan beraninya boleh challenge aku tulisan sapa paling lawa, dia atau aku? Ceh, Sapa menang dapat hadiah ais krim wall. Duit aku jugak! Walau pun begitu, aku tetap confident tulisan aku masih boleh mengalahkan tulisan doktor. Walaupun doktor itu cantik jelita baru graduate 2 bulan dari U. Tulisan aku tetap juara! Dari segi kelawaan la. Kalau tak percaya, tunjukkan aku mana doktor lawa itu yang baru graduate plus masih bujang! Aku nak berkenalan ... eh eh tersasul, aku nak challenge, tengok siapa akan menang!

Okey, sambung semula. Aku memang malas menulis. Tapi aku sangat rajin menaip! Dan atas faktor kerajinan aku itulah aku 'make it alive' blog ini semula. Clap Clap Clap. (terima kasih atas tepukan itu) Faktor kerajinan aku itu boleh diukur bila mana aku berlawan menaip blog 5 perenggan tapi member aku masih belum menghabiskan cerita Running Man yang berdurasi 1 jam 10 minit. jadi atas alasan itu aku fikir aku mampu membikin cerita semula. Tapi serius, disebabkan member aku tue tengok Running Man, aku tak leh nak fokus. Tumpuan aku terganggu. Asyik dengar dia dok gelak aja. Jadi minda aku terawang-awangan, kalau x, 10 minit boleh siap! Haha. Nampak sangat penipu. (Ayyo, ini bukan menipu, ini mukadimah penyedap ayat, dipanggil perencah adabi) >> abaikan, x best

Masih Jelas | Kebahagian Dalam Perpisahan

Sesuatu yang menggemparkan dalam hidup aku seperti mana gemparnya (lama tak guna perkataan gempar, cam pelik ja, ish) perlumbaan kedua arnab dan kura-kura ialah bila aku mengetahui blog friendster aku sudah ter'delete'! Eh, bukan ter lagi, sudah di'delete'kan. Berani betol depa. Tak habaq awai-awai. orang bagi la notification ka, warning thru email ka, nie tak, terus hilang lenyap tidak bertanda. Ia satu kerugian bagi aku, bagaikan monyet dan kera bergaduh mengapa mereka tidak mendapat hak sama seperti beruk. Beruk diabadikan dalam simpulan bahasa melayu iaitu... "terkejut beruk". Ia satu kebanggaan bagi beruk dan anak cucunya. Kes ini masih dalam simpanan raja rimba. Dia pon takut nak buka kes nie. Takut perang beruk-monyet-kera meletus. Dalam hal ini Orang Utan tidak banyak helah, redha ja. Almaklumlah, bangsa mereka x ramai. Hah, begitulah aku, terkejut beruk aku jadinya bila melihat blog friendster aku hilang. Aku tutup, aku buka lagi, memang xdak, terkejut monyet pulak. Begitulah seterusnya langkah itu aku ulangi untuk terkejut kera dan terkejut orang utan. Memang xdak! Akhirnya aku terpaksa juga membikin salam perpisahan. Kebahagian dalam perpisahan. (Ayyo, aku merepek lagi...)

Hati Senang Di Sisimu Sayang

Aku tak kata nak taip setiap hari. Satu minggu satu taip pon dah cukup aku kata 'make it alive'. Dan aku juga tidak mengatakan aku terpaksa atau terdesak atau terkena buat ke apa. Aku menaip kerana ia adalah satu hobi. Seperti mana dalam blog friendster (yang telah didelete) itu aku membikin 'the ukays story' dan 'novela two lynn', jadi masa-masa akan datang, harap-harapnya idea kreatif boleh muncul lagi dan boleh dipostkan ke sini. Sekarang, aku ialah graphic designer (opss, lupa letak amateur), mana lah tahu selepas ini boleh menjadi blog writer pulak (lupa lagi word amateur nye). Kali ini aku memang tak nak jadi separuh jalan. Sekarang connection internet sentiasa connected, laptop pon ada, jadi tak dak alasan lagi la untuk aku membikin sampahkan blog ini dalam server blogspot ja. Ceewah. (fuhh, semangat la tue konon-kononnya)

Oppss, aku start lupa nak bagi salaam. Assalamualaikum - yang bermaksud dalam melayunya selamat sejahtera ke atas kamu semua. Jadi tak perlu la kata assalamualaikum semua. Perkataan -kum itu sendiri sudah plural, kamu semua, jadi tak perlu la tambah perkataan semua lagi. Tapi ramai pulak orang cakap camtue. Tak perlu diulang dua kali okey! Bye bye... (hah, habis camtue ja???)

TAPI KAN :- Dewasa ini kita saling merayakan, kejayaan yang akhirnya membinasakan, apalah gunanya kematangan fikiran, bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah, ku lihat HIJAU...!!!

Wednesday, January 11, 2012

Comeback!!!

9:21 PM Posted by HM Hafizd 1 comment
Apabila ada yang membuat pintu gerbang sebegini, maka aku sudah tidak boleh berkata apa apa lagi. Nampaknya, mereka masih merinduimu, HM. Maka terpaksalah jiwa ragamu mengalirkan setitis benih percambahan minda di kepala otakmu bagi melafazkan kata-kata keramat ini yang penuh bermakna bagi para penyanyi dan juga orang seperti aku! ...

I'm Back!!!

Wahhh... tepuk tepuk tepuk. Penuh bergaya dan bertatasusila. Siapakah beliau ini. Setelah menyepi tahun 2011 maka tahun 2012 ini dia kembali. Kebetulan pulak posting 'comeback' ini jatuhnya pada hari ke-12 bulan Januari 2012. Pergh... kebetulan yang memeningkan. "Aku tak plan pon wei..." Trrttt.. tttt.. ttt... system failure... typing again!

(Tu la puncanya masuk tak bagi salam). Assalamualaikum pembuka kata dari aku, HM Hafizd. Selamat berkecimpung kembali dalam dunia blogger. Ikhlas kata aku dah awkward dah dalam profile blogspot nie. Aku kena studi sikit-sikit dulu macam mana nak masuk gambar, tukar kalor, apa-apa lagi la. Haiyya, tengok blog archive, aku post 4 mende ja tahun lepas. Memang betol-betol 'pergi tak kembali' idea blogger aku dulu...

Walau bagaimanapun, azam deria keenam aku tahun ini hendak kembali menaip keyboard hitam ini dengan benda-benda yang bermanfaat, berkongsi pandangan dan cerita dan yang penting sekali nak merepek tak tentu hala. Belog ini dinamakan Gkay's CoRneR - satu tempat di mana aku berhadam segala benda dalam minda, yang mengalir keluar melalui deria sentuhan hujung jejari ke atas punat-punat keyboard yang mempunyai abjad tersendiri. Setelah beberapa minit, hasil ketukan punat keyboard itu mengikut giliran masing-masing beratur panjang di skrin komputer dan laptop dan iphone dll mengikut hukum, first come first serve... bila mana barisan panjang itu difahami oleh manusia yang tiba-tiba menamakannya barisan ayat ataupun sentences bagi penduduk negeri atas angin.

Pada tahun 2012, harapannya, aku ingin merajinkan diriku membikin cerita dalam laman ini dengan sekerap mungkin. Bukan kerana terpaksa, atau terdera atau dengki dengan belog orang lain, hanya mana aku terbaca dalam satu laman, menulis (atau menaip) selalu dapat mengasah idea seseorang menjadi lebih kreatif dan kritis dan puitis. Maka aku berminat menjadi sebegitu dan menamakannya sebagai... hobi!.

Jumpa lagi!... (pergh, tiba-tiba ending!. Apa kes? xdak idea la tuh)

TAPI KAN :- Lagu tema belog ini tidak sama dengan lagu tema facebook (cari jodoh / cari pasangan) sebaliknya ialah lagu tema belog ini ialah dengan rasminya... Di Saat Ku Mencintaimu oleh Dadali band!!! yea yea yea... (apsal tiba-tiba? baka!!!)

Sunday, January 23, 2011

Cantik!

6:12 AM Posted by HM Hafizd No comments
Dalam filem Ayat-Ayat Cinta, scene di mana Fahri melihat wajah bakal isterinya, Aisha sungguh memikat hati. Jealous pun ada. Aisha yang berpenampilan berpurdah menunjukkan wajahnya kepada bakal suami dan Fahri hanya terpegun dan kelu lidah - kesan kepada kagum melihat kecantikkan bakal isteri. Mungkin kerana itu juga, Fahri tanpa agak-agak telah bersetuju berkahwin, walaupun mereka hanya beberapa kali berjumpa. Ya, Aisha dalam cerita tersebut menepati ciri-ciri untuk mencari bakal isteri - beragama, cantik, keturunan yang baik dan berharta. (walaupun Fahri masih belum sedar betapa kayanya Aisha ketika itu)

Itulah yang digambarkan dalam novel. Cuma pelakon "Aisha" - Rianti Cartwright lebih rendah daripada yang digambarkan dalam novel iaitu ketinggian Aisha hanya rendah 2 cm sahaja daripad Fahri. Itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Berita Kosmo tahun lepas menyatakan Rianti telah menukar agama dari Islam ke Kristian. Emm, tak ade apa nak komen. Cuma, berbalik kepada scene tersebut, aku berangan-angan menjadi seperti Fahri. Dia sungguh bertuah.

Dalam cerita sejarah Islam yang popular pun begitu. Seorang ayah mengahwinkan seorang pemuda dengan anak perempuannya yang dikatakan cacat, bisu dan pekak. Kemudian setelah berakad nikah, pemuda itu ditunjukkan bilik isterinya. Lalu dengan redha pergilah pemuda itu ke bilik isterinya. Setelah membuka pintu, dia dapati seorang gadis jelita duduk sopan di katil. Dia merasakan dia telah tersalah masuk bilik dan ingin keluar. Lalu ditahan oleh gadis itu, "anda tidak tersalah bilik, bahkan akulah isterimu."

Kumpulan nasyid Rabbani telah membikin sebuah lagu berdasarkan kisah tersebut yang mana aku juga sukakannye. Lagu itu bertajuk Cari Pasangan. Antara liriknya ...

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa terpesona memandang
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik

Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik manakala wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Wanita yang paling cantik ialah wanita yang menjaga auratnya, tidak memberi pandangan percuma kepada lelaki-lelaki yang bukan muhrim. Wanita sebegini sangat mahal nilainya. Auratnya ialah untuk pandangan suaminya sahaja kerana tiada batasan aurat bagi suami isteri. Seperi juga lirik lagu in-team, Impian Kasih ...

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Jika sebut perkataan cantik, bukan terletak pada warna kulitnya yang putih, bukan juga pada bentuk tubuhnya yang langsing, bukan juga pada wajahnya yang menawan. Semua itu akan menjadi lebih bermakna jika gadis tersebut menjaga keterampilan diri, menjadikan dirinya lebih mahal untuk ditatap dan disentuh. Hanya ada satu tiket sahaja bagi membolehkannya ditatap, disentuh dan dibelai iaitu dengan akad nikah!. Sebelum itu, jagalah kehormatanmu ...

TAPI KAN :- ini khas untuk wanita sahaja. lelaki juga harus menjaga auratnya bagi kelihatan mahal. ada wanita 'complain' bahawa mereka dikongkong kerana aurat mereka seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. betulkah wanita ada berperasaan sebegitu..???

Saturday, December 11, 2010

tahun baru kembali lagi ::D

8:52 AM Posted by HM Hafizd No comments
Kita sudah menyambut tahun baru Hijrah. Dan aku juga telah berhijrah. Dari pekan kecil dan daerah pertanian Pendang ke bandar raya anggerik Shah Alam. It's like cliche went Sultan Selangor bertitah dalam satu temubual mengatakan penduduk Selangor bertambah hampir 5% setiap tahun - bukan kerana kadar kelahiran, tetapi jumlah migrasi dari negeri yang lain datang ke Selangor. The cliche is I am one of them. :P

Tetapi jangan risau, aku akan menjadi penduduk yang baik. Tidak menimbulkan masalah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hahaha, macam la aku nie pendatang asing lak. Seriously, I just to get know the road. Nak pergi makan ke tempat yang best pon aku masih tak confident lagi. Orang baru la katakan. Follow member rapat. Nanti tersesat, haha. Tapi I glad menemui tempat yang murah dan sedap, walaupun agak jauh sedikit.

Lagi tiga minggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi pula. Begitu cepat masa berlalu (ayat klise lagi, hehe). Tahun 2010 bagiku not my brightest year but not miserable at all also. Cuma mungkin aku tak menutup tahun baru ini dengan berjumpa beberapa orang yang hampir setahun tidak berjumpa. Its hard and very sad decision to make and the chance to met her (obviously i talk about her!) again is narrow. Huhu. Argh, ada jodoh tidak ke mana. Pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan. Ini bukan klise, ini suratan. Dan aku membuat keputusan tersebut di dalam masjid sebelum membaca surah Yassin. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Aku berserah dan bertawakkal sahaja. :D

Apa yang penting SMS, Facebook, YM dan lain-lain lagi masih ada. It's connecting people. Like us. Just we want to use it or not. You choose. Ada yang aku message tak respond, i feel bad. Sama ada 'beliau' ingin memutuskan ikatan atau masalah handset. Message thru FB pun tak reply. I can't lie to myself to think bad about it. For now, I'm just entertain myself 'beliau' sibuk berkerjaya. Hehehe. Life must go on. Hidup la dengan penuh kesyukuran, jangan sombong di bumi Tuhan, jangan angkuh pada manusia :D

TAPI KAN :- Setiap kali tahun baru atau sambutan tarikh kelahiran, mesti ada wish(es), kenapa yer... tak bolehkah kalau setiapa hari kita buat wish.? setiap kali kita bangun pagi pun kita boleh wish apa..??

Monday, November 8, 2010

( xtau nak tulis tajuk apa :P )

10:44 PM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun ini sambutan deepavali aku teringatkan seorang kenalan semasa di universiti dahulu. Di dalam bilik kuliah, hanya terdapat dua orang sahaja berbangsa india - lelaki (Harvind) dan perempuan (Mahalectmi). Harvind rajin sms wish hari raya semasa kita menyambut aidilfitri dan aidiladha. So, deepavali kali ini aku pun bercadang mengucapkan selamat kepadanya pula. (first time nie, dan dah wish). Aku tiada menyimpan number kenalan india lain, jadi hanya Harvind seorang sahaja yang aku wish, hehe.

Namun, tiba-tiba terdetik dalam kepala otak aku nak wish sms kepada member-member Melayu pula. Aku saja nak tahu respond diorang macam mana. Saja suka-suka. Lalu aku telah 'memilih' 5 orang untuk eksperimen ini. Tak perlu banyak-banyak. Lalu pantun wish pun direka. Jeng jeng jeng.

happy dilwali
jangan lupa tengok filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
@
nama tajuk filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
nak ucapkan happy deepavali
ditujukan khas untuk '___'

Balasannya ada yang membalas dengan wish pantun juga, ada yang seperti hairan, deepavali pun sambut ka? ada pulak yang tanya bila filem dilwale dulhania le jayenge tue ada kat tv? ish, tue pantun la, bukan nak promote film tue dan ada yang tak membalas pun. Kesimpulannya... lu fikirlah sendiri! hahaha.

Kebetulan pulak, sekarang musim banjir di Kedah dan Perlis. Rumah aku selamat. Memang kawasan kampung perumahan kami tinggi sikit. Jadi pengalaman banjir kilat atau banjir besar-besaran tidak pernah terjadi. Syukur. Pada suatu malam, datang sepupu kami ke rumah. Sambil bersembang-sembang topik banjir dan politik tidak boleh dielakkan. Berapi-api dia marahkan tv dan surat khabar kerana melaporkan bahawa kerajaan negeri Kedah lepas tangan dan lambat bertindak. Anaknya yang juga menjadi sukarelawan ada menceritakan yang YB Exco naik bot sambil mata mengantuk dan tersenguk-senguk bagi menghulurkan bantuan, tue pun dikatakan lepas tangan lagi.

"Bila YB kerajaan negeri ada kat tempat penempatan dan hulur sumbangan, kamera tak nak tangkap gambar pulak, tapi bila menteri mai nak salam ja, teruih tangkap gambar tak henti. Tu pun menteri mai bila depa dah ada kat penempatan. Sape yang uruskan penempatan tue kalau bukan kerajaan negeri?" Beliau masih melepaskan kemarahannya. "biaq pi kat depa la nak bohong pon. kita kat kedah nih kita tau la apa yang terjadi,". Inilah rumusannya hasil diskusi panas tersebut. Aku kalau orang-orang tua sembang politik, aku syok dengar. Walaupun jarang atau tak pernah menyampuk.

Kawasan bandar Alor Setar memang teruk dinaiki air. Rumah rasmi MB pun sampai masuk air. Ada motosikal hanya nampak cermin sahaja. Rakan aku, rumahnya di alor setar air naik sampai ke dada katanya. Fuhh, tinggi tue. Hajat keluarga aku nak pergi ke rumah pak menakan pun terbantut bila jalan tidak boleh dilalui kereta. Seseorang yang menunggu kat situ berkata, "balik rehat kat umah la, tak leh pi". Haha, betul jugak. Silap timing.

TAPI KAN :- dulu masa kecik, bila tengok dalam tv kawasan banjir, aku membayangkan betapa syoknya boleh main air, buat pelampung guna tayar traktor, tapi sekarang aku berasa geli pulak bila membayangkan air itu dah dicampur dengan bermacam-macam najis haiwan dan sebagainya... eee, korang bayangkanlah sendiri, hehehe

Thursday, October 28, 2010

SatuCereka...

9:40 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
as-Salam

"satucereka" - nama untuk blog yang dipilih semasa mendaftar sebagai ahli free blogger. Kenapa nama itu dipilih? emm, aku rasa secara tiba-tiba. Aku pernah terfikir ingin menggunakan nama "pausbiru.blogspot.com" - disebabkan aku memang teruja dengan haiwan ini - hidupan terbesar di planet Bumi. Namun, nama itu tidak boleh pula, kerana sudah ada yang punya [nah, buka sendiri tengok]. Nama satucereka tiada kaitan dengan satu Malaysia, kerana blog ini lagi awal dibuat sebelum PM Najib menjadi PM lagi. Bila dibuat? Mac 25 2009, tarikh posting pertama 'dilancarkan' dengan bertajuk Pembuka tirai - maka satucereka.blogspot.com telah dibuka secara rasmi.

hibernasi

Semasa membuat blog ini, apa yang penting bagi aku ialah bagaimana mahu me'maintain'kan blog ini supaya sentiasa hidup. Aku katakan hal ini memang masalah utama, bagi aku kerana untuk me'maintain'kan ia perlukan komitmen yang baik, dan aku tidak terasa aku boleh buat pun (akhirnya terbukti kini). Aku bagi dua alasan mudah. Sekarang, PC aku sudah dibawa pulang ke kampug untuk under construction. Jadi, tiada Pc menyebabkan tiada masa untuk menaip. Aku tidak boleh selalu meminjam PC/laptop kawan, hanya jika mereka tidak guna boleh la aku interframe sekejap. Begitu juga dengan connection internet. Semasa zaman U, tiada masalah, tapi kini, ia menjadi masalah.

Begitulah yang terjadi. Namun, aku buat blog bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Aku memang serius untuk menaip a.k.a menulis. Bila PC aku siap @ aku mampu membeli PC baru nanti dan ditambah dengan hubungan internet yang pantas, aku akan aktifkan semula satucereka ini . Itu janji aku pada diri sendiri. o_0

Paul d'octopus

Satu berita yang menyedihkan (mungkin) ialah Paul si psikik Octopus telah meninggal dunia kerana penyakit tua. Menurut yang didengar, jangka hayat sotong kurita memang tak panjang. Jadi, walaupun Paul sudah x ada, namun dia telah mencipta satu keseronokkan (@ ketegangan) kepada peminat-peminat bola sepak seluruh dunia dengan 'ramalan' tepat keputusan perlawanan Piala Dunia 2010. Sebut pasal WC2010, aku tidak puas hati dengan England, tapi kagum dengan Jerman. Sepanyol dan Belanda - aku bukan peminat mereka, hehehe.
skuad hijau kuning

Aksi Kedah kalah kepada Kelantan juga satu kerugian, namun aku rasa Kedah perlu memperbaiki lagi jentera tengah. Aku lihat kurang seronok corak permainan Kedah. Jadi mereka tidak layak pergi ke final pun 'tak apa'. Rata-rata pemain Kedah masih muda dan bertubuh kecil. Agak melampau nak dibandingkan dengan pasukan Chelsea, tapi Kedah boleh gunakan masa ini untuk membuat sesuatu pada tahun depan. Maka zaman 'double treble' Kedah mungkin boleh berulang. Agak malang kepada Helmi Eliza kerana tidak berjaya menjaring gol penalti (Piala FA) dan Kelantan beroleh gol sebegitu. Namun, keseluruhan, dia masih penjaga gol yang hebat menafikan asakan N.Sembilan dan Kelantan.

Begitulah serba sedikit coretan sebelum satucereka berhibernasi. Selepas ini, nak tukar blog template lagi. Aku jarang berpuas hati dengan template nie, ada jer yang kurang, dan aku jelous dengan template blog orang lain. Dorang nampak lawa jer. Semasa menulis posting pertama, aku ada menulis sebegini...

TAPI KAN ;- kat bilik dah la internet x dapat sekarang. Boleh ker aku nak concentrate memblog nie. Ntah-ntah terbiar jer nanti, aduuh.

... nampaknya sejarah telah berulang o_0 hoho

TAPI KAN :- aku memang suka subjek sejarah. aku bersetuju sejarah dijadikan subjek kredit. tapi pembangkang mempertikaikannya. bukan kerana isu kredit, tapi kerana menteri pelajaran mengumumkannya dalam perhimpunan parti - bukan dalam parlimen atau mesyuarat kabinet. yang ini aku pun bersetuju jugak. huahuahua

Monday, September 20, 2010

omong kosong

4:53 AM Posted by HM Hafizd No comments
Tak payah baca pon tak apa ))

Mood beraya a.k.a bercuti masih segar dalam ingatan menyebabkan hari ini tidak produktif langsung. Perasaan malas yang begitu tinggi untuk tidak melakukan apa-apa menyebabkan tetttt... malas nak bercerita. Tau tak per.

Malam ini harapnya Kedah berjaya mengutip 3 mata lagi. Tiada apa yang dapat menafikannya walau Angkatan Tentera Malaysia / ATM sekalipun. Chelsea tengah high spirit - menang semua 6 perlawanan hingga hari ini, menjaringkan 25 gol dan hanya bolos 2 gol sahaja. Unstopable, haha. Aku cukup suka dengan situasi ini. Selepas ini lebih mencabar. Bertemu Newcastle, City, Marseille, Arsenal dan Villa berturut-turut. Tapi, jika prestasi semasa ini berlanjutan dan berjaya mengatasi pencabar-pencabar tersebut, adakah Chelsea boleh mengatasi rekod Arsenal pada season 2003/04 apabila memenangi 26 perlawanan, 12 seri dan TANPA kalah!. Masa akan menentukan.

Randy Orton juara WWE semula. Sekarang dia seperti hero kesukaan peminat pula. Aku tak tau apa reaksi Triple H bila dia kembali nanti. Mereka berdua kan musuh. Tak tahu lah jika mereka melupakan dendam dan mengelakkan diri masing-masing. Kalau storyline mungkin Triple H turn heel semuala menjadi watak jahat, tak nak la aku. Tapi dia kan selalu turn heel. Sejak bersama Shawn Michaels dalam DX, dia menjadi hero kesukaan peminat. Satu lagi crap ialah who is the mysterious GM..? What the h*** dia hide lama-lama. Macam tak best asyik hantar email jer... Tapi kalau WWE Hall of famer atau former superstar mungkin aku tarik balik dua ayat sebelum nie. By the way, aku suka kane berjaya kalahkan Undertaker, hahaha.

Apalah aku mengarut pasal WWE nie. Biarkan storyline sebeitu rupa. Bila Stone Cold or The Rock or Shawn Michaels nak comeback?. Best la kalau dorang ada. One Piece pun break sampai 4 minggu. Lama tuhh. Jenuh pulak aku menunggunya. Haah, dah masuk komik dah.

TAPI KAN :- jika tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan airnya. sebenarnya ada. masukkan batu satu demi satu macam burung buat, nanti lama-lamaair pun naik. bijak x..?? bllluuurr.. apakah motif ini???

Sunday, September 5, 2010

wajik!

1:11 AM Posted by HM Hafizd No comments
Sambil-sambil mendengar lagu raya tue ataupun sambil-sambil menyanyikan lagu raya tue (ini lebih tepat) tersangkut pula dengan lagu Suasana Hari Raya, salah satu lagu feberet nih.

wajik dan dodol jangan dilupakan
peninggalan nenek zaman berzaman

Dodol memang aku pernah tengok atau makan, tapi wajik? confuis sikit? Aku pon menggunakan kuasa indera keramat mengimbas kembali, pernah tak aku makan wajik sebelum nie? 10 saat berlalu... aku rasa-rasa macam tak pernah. Macam mana rupanya wajik nie. Aku pon menambahkan sikit kerajinan bertanya... tanya google. Akhirnya, google keluar gambar-gambar camnie ... (sebab aku request nak tengok gambar)


Nampak boleh tahan. Berwarna-warni ada. Macam-macam perisa. Tapi asasnya dari pulut la. Bahan utama untuk membuatnya. Ceh, macam tahu, padahal baru tahu!. Tak apa, kalau malu bertanya nanti macam rusa masuk kampung pulak.

Akhirnya aku membuat keputusan memang mak aku tak pernah buat pon wajik masa raya. Sama ada 'malaih' ka atau tak reti aku tak tau pulak. Tak berani nak tanya. Aku pulak biasa-biasa ja, sama ada teringin sangat pon tak jugak, mengidam nak try pon tak jugak. Yang penting raya nih mesti mau ada samprit dan mazola, hahaha. Feberet giler nih.

Akhirnya (untuk kali kedua) persoalan tentang wajik terjawab. Dapat jugak aku mengenali wajik nih macam mana bentuknya kan. Rasa jer belum lagi. Nanti-nanti 'merendek' rumah orang melilau la tengok kot-kot depa ada buat aka beli wajik nih. Time tue, ambik la satu. Persoalan terjawab. Hoho o_0

si polan : Ceh, hampeh... padahal setiap tahun dok nyanyi lagu tue, baru sekarang nak cari. Blah la lu... Saje nak buat alasan tulis post kat blog la tue. Piiiiirraahhhh.
HM :
Oit, sabar-sabar... bulan posa nie. kot yer pong jangan la pecah tembelang. Adoiyai...

TAPI KAN : tadi aku baca paper, tertarik dengan satu artikel nieh, sekarang jarang orang kenal kuih-kuih tradisional sebab biskut/kuih seumpama almond london and its geng dah interframe. adakah aku termasuk dalam spesies nie? adoiyai... Selamat berhari raya, minal aidil wal faizin o_o

Wednesday, June 23, 2010

adiwira

8:20 PM Posted by HM Hafizd 3 comments
Nie bukan pasal nama watak Anding dalam Hotel Mania. Tapi ini yang bermaksud superhero. Hollywood memiliki ramai superhero yang difilemkan yang diangkat dari watak komik. Ada alien dari krypton, ada yang digigit oleh serangga berevolusi, dan ada yang disebabkan pengalaman lampau yang menyebabkan 'beliau' menjadi sebegitu. Ke semua filem-filem ini mencapai status blokbuster. Bagi United Kingdom, Johnny English mungkin boleh dikategorikan sebagai adiwira kalau maksud adiwira itu diperluaskan lagi maksudnya. Errrr

Di Bollywood pun sudah berjinak-jinak dengan filem superhero. Krissh menjadi superhero 'pertama' lakonan Hrithik Roshan. Sekarang, Bollywood menanti superhero keduanya iaitu lakonan The king of Bollywood sendiri, Shah Rukh Khan dalam filem Ra.One. Dengar kata kos untuk menyiapkan kostumnya sahaja sangat tinggi. Sekarang, SRK sedang sibuk menyiapkan filem ini yang bakal ditayangkan hujung tahun ini. Selepas itu, SRK akan kembali dalam sekuel Don. Atau lebih tepat lagi tajuknya Don 2 - The Chase Continues. (Emm, Don mungkin sama dengan Johnny English, ia bukan superhero, ia nama watak yang dijadikan fokus cerita. Ish ish ish my bad)

Di Malaysia, kita sudah ada Cicak-Man dan sekarang Kapoww - Atoi the Ajaib Boy. Ia filem superhero berunsurkan komedi. Tetapi kenapa komedi? Tidak bolehkah kita menghasikan filem superhero yang yang serius seperti Batman dan Superman. Mungkin kalau boleh tolong jawabkan pun ia disebabkan 'ketakutan' tidak mendapat kutipan tiket yang tinggi. Tidak di cuba tidak tahu kan. Jika ada siapa-siapa yang ingin menjadikan Keluang Man sebagai 'live action' filem nanti maka kita akan memiliki superhero berunsur kamedi lagi. Tapi yang ini tak kisah la sangat sebab animasi series nya pun memang berwatakan komedi. Kan pelik kalau cerita kartunnya lawak tetapi difilemkan menjadi serius. tak sanggup nak tengok, hahahaha. (emm, over sudah).

Di Jepun, Ada Ultraman dan Kamen Riders (ini contoh senang yang tahu je la). Tapi di Indonesia, ada ke? Hong Kong? Apa yang penting, bukannya keperluan kalau tidak menghasilkan filem superhero pun. Apa yang penting (repeated sentence) jalan cerita yang bagus dan 'mampu' memikat penonton menontonnya. Kebanyakkan filem 'terbaik' di Malaysia sekarang nie bukannya 'laku' sangat. orang putih kata 'FLOP'. Adoiyai…

TAPI KAN :- tak kisah pon filem superheronya kamedi ke serius. janji apabila dah namanya komedi, boleh membuatkan ketawa menghiburkan hati dah berpuas hati daa. Masa tengok MySpy dulu, pergi 3 orang, aku punya la ketawa, tapi dua orang lagi kata biasa-biasa je. Maksudnya di sini, definisi kelakar bagi setiap orang berbeza...

Tuesday, March 23, 2010

Cari Jodoh

10:18 PM Posted by HM Hafizd 2 comments
Hasil kajian LPPKN menyatakan kadar kesuburan penduduk Malaysia semakin menurun. Dari secara purata kelahiran 3.4 orang anak bagi seorang ibu (1995), ia menurun kepada 2.9 pada tahun 2000. Ia menurun lagi menjadi 2.2 pada 2007 dan dijangka pada 2015 nanti ia akan mnjadi 2.05 jika trend menurun ini masih berterusan. Penduduk Malaysia sekarang ialah dalam lingkungan 28 juta orang. Oleh kerana kadar kelahiran semakin menurun, nanti ramailah warga-warga tua pada tahun 2020. Agaknye lah. Ini saye yang kata, bukan kajian tue kata.

Mereka kata lagi (kajian tue la) masalah kadar kesuburan ini boleh disebabkan oleh 4 faktor : masalah kesuburan lelaki 40%, perempuan 40%, masalah bersama lelaki + perempuan 10% dan faktor lain 10%. ‘Depa’ kata jugak kebanyakan masalah yang di alami boleh di atasi, cuma keegoan dan malu berjumpa pakar yang menyebabkan masalah-masalah ini dibiar berterusan dan akhirnya membawa aplikasi kurangnya kadar kelahiran di Malaysia.

Ada jugak yang dikaitkan dengan perempuan seperti lambat berkahwin, lebih mementingkan kerjaya, dan jika mereka berkahwin awal pun, ada yang sudah menetapkan perancangan keluarga (berkait dengan lebih mementingkan kerjaya jugak). Isu-isu sosial seperti ramainya perempuan berpendidikan tinggi berbanding lelaki menjadikan mereka ‘susah’ mencari lelaki setaraf untuk dijadikan suami. Maka terdapatlah kes-kes perempuan berijazah master atau phd berkahwin dengan lelaki yang hanya pemegang diploma, sijil atau SPM. Tapi asalkan bahagia tak jadi hal. Cuma jangan la isteri jadi queen control pulak (atau sangat). Yalah, gaji isteri mesti lebih angka dari suami kan, hahaha (apa motif gelak?)

Memilih calon isteri/suami adalah keputusan terbesar bagi kita. Dah takdir… sudah jodoh nak buat cam mane kan. Agama Islam membantu lelaki dengan lebih mengutamakan ciri keagamaan berbanding kekayaan, keturunan dan kecantikan seseorang perempuan itu. Hal ini juga boleh diaplikasikan oleh perempuan dengan memilih lelaki yang beragama. Yang penting tak tinggal solat, caring, tak ambil kesempatan (atau menjaga batas-batas agama hubungan bukan muhrim) dalam tempoh berkawan atau bertunang. Hal ini ‘hampir sudah cukup’ membuktikan bahawa lelaki itu boleh bertanggungjawab memimpin kelurga nanti.

Kajian lagi mangatakan perempuan dalam lingkungan usia 24 tahun sangat sesuai berkahwin kerana tempoh kesuburan memuncak, haha. Semakin bertambah usia, semakin kurang kadar kesuburannya. Perempuan kan ada menopous. Kalau ikutkan sekarang saye sudah 24 tahun. Tapi tak apalah, tak termasuk dalam statement tue. Lelaki mana ada menapous, hihihihihi.

Relaks dulu, tak perlu tertekan sangat. Setiap orang sudah tertulis jodoh masing-masing. Cakap hindinya Rab ne bana di jodi. Cuma cepat atau lambat sahaja. Dari kita runsing dan susah hati kerana masih belum berjumpa prince charming / princess sweetheart, mari kita bergelak tawa (menurut produser dan pelakon utama nie, confirm gelak sakan) dengan Andartu Terlampau : 21 Hari Mencari Suami. Hehehehe. Ops, belum ada trailer nye lagi. Tunggu!!!!

pengumuman-pengumuman siapa yang mau bantu
tolong aku kasihani aku tolong carikan diriku kekasih hatiku
siapa yang mau

TAPI KAN :- kakak saye cakap, kalau tak da duit, tunggu kumpul duit sampai umuq 40 taun la baru dapat kahwin. Ish ish ish tak kan lama sangat. Bujang lapok la nanti. ’40 pon 40 la, tapi kalau kawen nanti dengan anak dara 20 tahun la jawabnya’. hehe, baru best. terus termuntah kakak dengaq. ‘anak dara pa, janda la’, kakak saye memang jeles dengan saye nie… cisss

Tuesday, March 16, 2010

RapidFire

8:54 PM Posted by HM Hafizd , No comments
Happy birthday to me!!! Sebagai birthday-boy kali ini saye diminta oleh diri sendiri untuk menjawab beberapa soalan ini. Here we go...

1. Tiga filem tempatan yang paling anda suka pada tahun 2009 ialah ...
Geng Pengembaraan Bermula, Setem dan Pisau Cukur

2. Jika seorang pengarah ingin membuat remake filem Bujang Lapok, anda merasakan siapa yang layak menerajui 3 watak utama tersebut?
Kumpulan Sepah (Mamat/Sudin, Shuib/Ajis, Jepp/Ramli)

3. Adakah anda fikir, jika filem remake itu dibuat, ia akan berjaya?
Ia mungkin tidak akan menjadi evergreen seperti yang asal

4. Filem lakonan/arahan P Ramlee yang paling anda kurang minat ...
Keluarga 69

5. Adakah anda merasakan Afdlin Shauki layak dikatakan 'klon' Seniman Agung P Ramlee?
Tidak

6. Jika Siti Nurhaliza ingin berlakon filem pertamanya, anda nasihatkan dia supaya ...
Selamat maju jaya… ahaks

7. ‘Your favourites songs is…’
Mahakarya Cinta, Kembara di Tanah Gersang, Bintang 14 hari, Mulanya di Sini, Tak Selamanya, Hanya Engkau Yang Mampu (dll)

8. Jika anda diajak untuk menonton wayang selain filem berbahasa Inggeris dan Melayu, apakah bahasa yang menjadi pilihan? (Hindi/Bollywood, Cantonis, Jepun, Korea, Indonesia)
1. Cantonis 2. Hindi/Bollywood 3. Jepun 4. Indonesia 5. Korea

9. Antara 8 buah filem Senario sehingga kini, yang mana satukah yang paling blockbuster bagi anda?
Senario Lagi & Lagi-Lagi Senario

10. Susunkan pasangan selebriti berikut mengikut keutamaan... (Rashidi-Vanidah, Fauzi-Lisdawati, Zamarul-Diana, Adlin-Emelda)
1. Zamarul-Diana 2. Rashidi-Vanidah 3. Adlin-Emelda 4. Fauzi-Lisdawati

11. Parti Hip TV menyenaraikan Siti Nurhaliza, RAIHAN, KRU, Fazley dan Maya Karin sebagai artis contoh pilihan. Jadi siapa pilihan anda ...
RAIHAN

12. Penulis novel kegemaran anda ialah ...
Ramlee Awang Murshid, Ahadiat Akashah

13. Senaraikan 5 buah buku kesukaan anda yang pernah dibaca?
Lagenda Budak Setan, Pilot Cafe, trilogi Tombiruo, kompilasi Romeo VS Juliet, kompilasi YOYO dan trilogi Bagaikan Puteri

14. Komik yang pernah anda beli ialah ...
Mutiara Naga, Penyiasat Remaja, Detektif Conan, Get Backers, Wira Tunggal & Kyo Samurai Deeper

15. Cerita komik yang paling ditunggu-tunggu setiap minggu ialah ...
One Piece & Naruto

16. Pasangan watak komik/anime yang menjadi pilihan ialah ...
Kira Yamato & Lacus Clyne (Mobile Suit Gundam Seed)

17. Anda lebih sukakan trilogi Pirates of The Carribeans atau trilogi The Lord of The Ring? Atau anda mempunyai pilihan yang lain?
The Lord of The Rings

18. Genre filem yang menjadi pilihan anda mengikut kesukaan? (aksi/martial art, superhero, drama/cinta, muzikal, seram, animasi)
1. aksi/martial art 2. muzikal 3. animasi. 4. drama/cinta 5. seram

19. Blog/website hiburan dan gossip yang selalu dilawati ialah ...
Beautiful nara

20. Senaraikan 5 selebriti (penyanyi/pelakon dll) di Malaysia yang paling anda suka?
Siti Nurhaliza, RAIHAN, KRU, Double Trouble &P Ramlee (Allahyarham Tan Sri Dr.)

Pilihan anda...
Rabbani or Raihan
Raihan

Search or Wings
Wings

Naruto or One Piece
One Piece

WWE wrestle : Stone Cold or The Rock
Stone Cold Steve Austin

Storm Rider character : Wind or Cloud
Wind

Filem-filem arahan Ahmad Idham or Afdlin Shauki
Ahmad Idham

Pasangan Hollywood : Tomkat or Brangelina
both!!!

Shahrukh Khan or Aamir Khan
Shahrukh Khan

Watak hero Wira Tunggal : Pai Wunan or Sang Asura
Sang Asura

Backstreet Boys or Westlife
BSB

dan…

Bakal Bintang Paling Popular BH 2009 ialah ...
Siti Nurhaliza

Your favaorite actor in this world is ...
Shahrukh Khan

TAPI KAN :- berehat sebentar (bersama kitkat) ...with some edition ^_^

Wednesday, February 3, 2010

Kembali ///

7:41 PM Posted by HM Hafizd No comments

Haa, sekarang nie tension betol, dah lama x update 'benda alah' nie. Haha, tu lah, gatai tangan sangat nak buat. Okey2, cool down dulu. Novela 9 Nyawa x baca lagi. Sherlock Holmes movie x tengok lagi. Emm, apa lagi yang miss... fikir la sendiri. Chowww


Itulah yang ditulis masa dulu. Yang patut kata masa kekeringan. Kering idea nak tulis apa. Ini bukan kali pertama berlaku gejala penyakit berjangkit nie. Dulu pon pernah kena. Buktinya di sini. Tapi sekarang sempena bulan dua nie, kata orang kita bermula semula. bermula dengan azam baru. Template pon dah baru daa... haha. Entah pa-pa.

Bulan dua ini sudah bermulanya cerita bersiri LOST. Juga tidak sabar menunggu Champs vs Gooners. Juga Beckham bertemu devils and Mourinho bertemu Champs nanti. Apa yang dimerepekkan ialah bola sepak jer... Turun ke perenggan yang baru.

Sedang menulis sambil mendengar lagu Sami Yusuff. Tadi lagu Saleem Tinggal Kenangan. Tak dapat nak hafaz lagi lagu tue. Ada jer part yang terlupa. Adoiyai. Menghayati lirik lagu itu ingat kat dia. Haha. Tak tahan lagi, ingin bertemu, bersua muka, kita bermesra (lirik sendiri)...

Nie saje nak test template baru je nie. Sedang karang cerita yang (perasan) best sekarang. Nanti publish. Sekarang lagu Mawi featuring KRU, guest what?

TAPI KAN :- filem Dulha mil gaya tue kurang mendapat sambutan di India. TAPI tue bukan filem SRK tau. tue filem as he kredit just as special appearance jer. betul ke grammar aku nie.

Saturday, December 19, 2009

Cikgu aka Sensei

10:35 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
Apabila pulang ke rumah, bersama sanak saudara yang datang, ada yang dengan ramahnya bertanya, 'buat apa la nie'. Aku pon jawablah, 'baru habis ngaji'. 'Bila nak kena panggil?' Sampai sini aku dah suspeks mesti beliau ingat aku mengambil 'coz' cikgu aka pendidikan nie. Okey, aku respond balik, 'bukan ambik cikgu, ambik bahagian komputer. Kena cari kerja sendiri nanti'.

Kebanyakkan orang kampung menganggap belajar menjadi guru senang mendapat pekerjaan. (salah statement nie maafkan aku, hehe). Aku tak menafikan jugak, tetapi aku kurang berminat menjadi guru aka cikgu aka teacher aka muallim aka ustaz nie. Bukan apa, aku merasakan diri aku tak dak talent mengajar budak-budak. Nanti dorang tak faham apa yang aku ajar, mereka yang susah dan aku pula rasa bersalah. Dalam family aku, dua orang kakak sudah menjadi cikgu. Cukuplah tue. Ada wakilnya.

Walaupun tidak berminat, tetapi aku menyukai orang yang begitu bersemangat menjadi guru. Contohnya Onizuka, a 'trash' hampir idiot dan Yamkumi, the beautiful yakuza ojou begitu bersungguh-sungguh mengejar impian mereka menjadi cikgu. Anak murid mereka pula bukan sebarangan. Dalam class yang dipenuhi pelajar-pelajar yang bermasalah, Onizuka dan Yamkumi lebih banyak menumpukan terhadap pengajaran life lesson dari school sylabus itu sendiri. Bagi aku, cikgu-cikgu seperti merekalah yang aku berminat untuk belajar. Life lesson vs school sylabus, you know what i choose, do you!!! Semangat Onizuka dan Yamkumi sepatutnya perlu ada pada guru-guru sekarang. Ceewah, aku melebih-lebih pulak, hehehe.

TAPI KAN :- walaupun mereka berdua hanya watak manga dan anime dari Jepun, jika ada yang layann cerita GTO dan Gokusen mesti bersetuju bahawa mereka berdua the best-est teacher in Japan. harap-harap dalam realiti ada yang seperti mereka. jika ada, aku sanggup masuk sekolah semula, hihihi

Thursday, December 17, 2009

Kerja

11:27 AM Posted by HM Hafizd No comments
Apabila studi da habis, mula risau pasal kerja pulak. Masa kat U, asyik risau nak kena hantar assignment, nak jawab soalan untuk lulus exam. Kiranya tiada langsung gap masa berehat untuk 'berpoya-poya'. Sepatutnya begitulah.

Orang kata sekarang kerja banyak, tapi tak da orang nak. Betul ke? Atau kerja ada, tapi orang yang susah nak cari? Salah info. Tak sampai kepada syarikat yang berkenaan. Pun boleh jadi jugak. Aku pun termasuk dalam spesis nie lah. Misi mencari kerja sekarang a.k.a misi mencari kerja sebenarnya bermula sejak Ogos lagi. But, until now, still unlucky. For now, I am 'proudly' say I am jobless now, hehe.


~tanam anggur~

dulu kerja apa nak?
ooo kerja kita bukan main teruk pakcik
siang malam tak dapat tidur
iya pakcik
kerja apa itu nak, ramli
kira bulu kambing
ish ish ish ish ish ... tak terkira itu nak

ooo tak terkira
ajis?
kerja saya paling berat sekali pakcik. siang malam tak boleh baring
apa itu kerja
kerjanya menunggu ayam jantan bertelur, pakcik
ish ish ish ish ish ... berapa lama nak tunggu
entah la pakcik
sudin?
ooo kerja saya merbahaya pakcik. siang malam berjaga-jaga sahaja
kerja apa
kerja sambung ekor beruang
ish ish ish ish ish ... kenapa cari kerja yang berat-berat nak
apa boleh buat pakcik, nasib badan...

TAPI KAN :- hehe, malu lak nak cakap, hehe. kepada sesiapa yang ada kerja kosong tue roger-roger la yer, hehehe. saya budak cepat belajar!!!

Tuesday, December 1, 2009

seperti yang pernah ditulis :

11:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Sebelum ini aku ada menulis pasal bola sepak antara Arsenal v Chelsea. Aku menyatakan begini :
Minggu depan Chelsea v Arsenal, can't wait to see Chelsea destroy Gunners, hahaha. Harap-harap la. Lagipun lawan kat Emirates. Kalau betul la Arsenal kalah, habis game jer terus aku massage sorang mamat die-hard-fan Arsenal nie. Kasi provok sikit kat dia, hahaha.
Gembiranya aku bila Chelsea betul-betul berjaya mengalahkan Arsenal. 3-0 pulak tue. Gol-gol dijaringkan oleh drogba (41, 86) dan own goal dari vermaelen (45).

Cerita Nur Kasih pun sudah habis. Aku pernah menulis tentangnya semasa ia baru ditayangkan episode ke-7. Ketika ia baru ditayangkan. Aku pernah menulis begini :
...entah cam mana, tertarik lak dengan cerita NUR KASIH nie. cam best ja. Siapa tau yang promote kat aku, Huda kot. Bila tengok episod pertama best pulak rasanya. Jadi sekarang terus layan cerita nie.
Sekarang cerita ini sudah tamat. Aku berpuas hati jugak dengan ending dia camtue. Sebab dari awal-awal lagi aku pernah 'pertikaikan' sikit jalan cerita dia. Pasal kesian kat Aidil...
Ada satu part nie aku rasa tak patut betul. Bila ayah dia tanya Aidil siapa calon pilihan Aidil, Aidil menjawab yakin Nur Amina. Tapi alih-alih ayah dia pergi pinangkan Nur Amina kepada Adam, dengan alasan diharap Nur Amina dapat membimbing Adam ke pangkal jalan. Ayahnya menyuruh Aidil berkorban dan redha dengan keputusan dia ini. Tapi bagi aku la, boleh makan dalam tue. Terasa hati, kecewa, makan jiwa semua ada. Boleh memberontak jadinya. Tak patut rasanya ayah dia buat macam tue.
Atlast cinta sejati Aidil tetap pada Aleya. Okey la tue. Hebat drama nie. Sampai rekod 3.9-4.1 juta penontonnya. Aku ada jugak membaca ulasan Manja Ismail dalam Berita Harian. Aku memetik kata-katanya seperti :
...barangkali faktor kejayaan Nur Kasih terletak pada tema dan jalan ceritanya yang banyak menyentuh perasaan penonton, rata-ratanya orang Melayu. Jika minat orang Melayu terhadap filem Hindustan sejak dulu hingga sekarang kerana ia banyak memainkan perasaan penonton, Nur Kasih yang berkisar di sekitar cinta, kesetiaan dan pengorbanan tidak banyak berbeza.
Sebagai seorang lelaki pun, aku percaya bukan aku seorang sahaja yang melihat drama nie. Seperti ulasan beliau lagi :
...ramai remaja kelas menengah Melayu yang sebelum ini menganggap 'tidak cool' menonton drama Melayu, terpaku menghadap televisyen setiap malam Jumaat bersama keluarga untuk mengikuti Nur Kasih.
Harap-harap, ada lagi drama Melayu yang mencetuskan 'fenomena' seperti Nur Kasih nie. Kalau drama yang on air sekarang seperti Tari Tirana, Awan Dania pon mendapat penonton yang baik jugak, tapi tidaklah segah Nur Kasih nie. Mungkin faktor nilai keagamaan itu sendiri disebabkan sekarang agak jarang drama berunsur keagamaan nie ditayangkan di kaca TV.
Kelebihan Nur Kasih ialah walaupun ia berunsurkan dakwah, watak-wataknya tidak berkhutbah. Cara penerapan unsur agama dalam drama ini ternyata menarik minat penonton generasi muda. Walaupun sawah dan kampung menjadi lokasi utama, sinematografinya agak berbeza dengan drama lain yang menggunakan lokasi sama.
TAPI KAN :- aku terlepas beberapa episode cerita Heroes, agak ketinggalan sekarang nie. 'Jenuh' pulak nak mengdownload'nye. Kalau ada sesape yang dah download boleh jugak aku meng'copy'nye sahaja. kan senang +_+