... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Showing posts with label Lagu 'n' Karaoke. Show all posts
Showing posts with label Lagu 'n' Karaoke. Show all posts

Tuesday, February 17, 2015

Lelaki itu Dalam Kenangan

5:20 AM Posted by HM Hafizd No comments
Bulan ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Tok Guru. Beribu-ribu rakyat Malaysia memberi hormat menghantar beliau ke tempat pengebumian. Hal seperti ini pernah berlaku pada tahun 2002 bila mana Ustaz Fadzil meninggal dunia. Beribu-ribu rakyat Malaysia menghantar jenazah beliau sampai ke tempat persemadian. Cuma pada tahun 2002, internet tidak segah seperti sekarang. Hal ini tidak menjadi kehairanan bila mana kedua-duanya adalah tokoh terhormat bagi Muslim di Malaysia terutamanya para penyokong parti.

Selepas berita kehilangan Tok Guru diketahui umum, setelah selesai urusan pengebumian, timbul 'semula' video-video tribute untuk insan ini, dan ada di antaranya lagu nyanyian Siti Nurhaliza bertajuk Lelaki (Warkah Seorang Anak). Lagu ini release pada tahun 1999 dalam album Pancawarna. Ciptaan Siso Kopratasa dan liriknya ditulis oleh Habsah Abu Hassan.

Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazamnya
Bara Keramat Doa Dan Harapan

Kau Melangkah Bermula Dari Lembah
Kau Mendaki Setangga Ke Setangga
Semakin Hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun Kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Dihati
Kesepianlah Teman Nan Sejati

Di Dalamnya Kau Mengenal Diri
Tenangnya Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha ESA

Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha ESA

Liriknya begitu mendalam. Sangat sesuai untuk Tok Guru. Namun, menurut cerita 'Cik Puan' Habsah Abu Hassan menulis lirik ini untuk ditujukan kepada Tun Mahathir! Surprise! Well, me too. Lagu ini jarang disiarkan dalam radio atau TV. Katanya sebab penyokong pembangkang menyangka lagu ini untuk Anwar Ibrahim! Surprise again!. Lagu ini ditulis pada tahun 1999. Tahun 1999 kan macam-macam isu besar, Kes Anwar, pilihan raya umum. Lagu dicipta khusus untuk Tun Mahathir alih-alih ada yang perasan untuk DS Anwar pula, jadi sebab itulah ia 'digam' oleh stesen TV dan radio. 

Jadi aku tidak ada album Pancawarna Siti, jadi tidak tahu kewujudan lagu ini. Tidak silap, akhir 2010 atau awal 2011 kot ada video edit tribute untuk Tok Guru beserta video Siti and suami buat kunjungan hormat kepada Tok Guru diselitkan lagu ini bersama. Aku rasa, majoriti yang mendengar lagu ini, Lelaki yang dimaksudkan dalam lirik tersebut selepas tahun 2010-an, ialah Tok Guru! bukan lagi DS Anwar, bahkan bukan lagi Tun Mahathir!. Entah, rasa macam kena ja liriknya dengan Tok Guru!. hehehe

TAPI KAN:- Ironi lagu ini ialah tujuan ditulis untuk berkempen 'memuji' seorang 'insan' ketika itu alih-alih sekarang popular menjadi lagu 'tema' kepada 'lawan politik'nya sendiri. Setiap orang rasa berbeza, tetapi itulah yang aku rasa...

Monday, January 10, 2011

pasal AJL25

6:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Ini adalah tulisan a.k.a taipan untuk AJL25. Jubli perak la katakan. Kena buat sesuatu sebagai tanda kenang-kenangan. Okey... terus kepada intisari cerita ::)
  1. Lagu pembukaan aku suka. Tengok Nash nyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu memang kagum. Aku pernah nyanyikan lagu ini di karaoke, tapi, biasalah pancit. Jadi, vokal Nash masih tetap power.
  2. Lagu Tanya sama Itu Hud Hud juga sudah lama tidak di dengar. Rasa teringin pulak nak berkaroke lagu tue. Tapi aku terfikir kenapa M.Nasir menyanyi dua kali? Rupanye ada maksud tersendiri.
  3. Mendengar Tomok menyanyi aku dah rasa dia tak boleh menang. Mungkin terlalu letih menari, but great effort
  4. Aku suka dengan lagu Noktah Cinta. Tetapi apabila mendengar Hafiz menyanyi live dan aksi kena tembak, tukar baju menyebabkan aku lebih suka dan berminat dengan lagu ini. Corus dia mengasyikkan. Termasuk dalam list karaoke.
  5. Setelah melihat Faizal Tahir dalam Selamat Malam, aku rasa dia memang akan menang sesuatu, mungkin persembahan terbaik. Siap Dato' Ajis & isteri dengan sporting nye terlibat atas pentas, aku terkagum sedikit. Lagipun, firasat aku mengatakan FT & TV3 kan gam. Mesti dia akan menang. (hehe, xde kaitan) Rupanye Hanyut lebih terbaik... hehe.
  6. Shahir kena tampar? wow... tapi vokal dia rasa sedikit kureng. Kata nye dia baru baik dari sakit? betul ker...
  7. Aku berharap Edry boleh menang. Ada 3 lagu di atas pentas. Lagu Jahat aku suka. Kebahagiaan Dalam Perpisahan best jugak. Nampaknye Edry masih belum sampai masanye naik ke pentas AJL.
  8. Persembahan Bunkface much better dari tahun lepas, terutama vokal Sam, chaiyokk.
  9. Mencari Konklusi biasa jer...
  10. Persembahan akhir antara Kak Pah, Ziana & CT aku ingatkan mereka akan menyanyi bersama, rupanye tidak.
  11. Bila CT menyanyi, housemate aku cakap, suara CT macam selsema. Aku tak perasan. Sungguh. Tapi lagu Irama Malaysia memang best, lebih-lebih lagi bila CT menyanyi, hehe. Lagipun sudah lama x dengar lagu genre nie. o_0. Persembahan CT..? I'm her fan, tentu aku suka, hahaha.
  12. Lawak pengacara ada yang tak menjadi. Tahun lepas much better. Namun, Faizal Ismail cakap orang putih slang UK terhibur jugak la... Lawak tue tetap ada, cuma tak banyak je... hehe.
Aku tak terlintas sekelumit pun Tolong Ingatkan Aku boleh menang. Kalau Ana Rafalli terkejut, aku lagi terkejut. Tapi aku bukan juri. Walau pun begitu, bukan aku menidakkan kemenangan beliau, anti ker apa. She's cute. Cuma terkejut bangat sih... Congrats Ana!!!

TAPI KAN :- atas alasan apakah lagu itu menjadi juara? nak cari paper ada x berita tentang nie... //

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

10:11 PM Posted by HM Hafizd No comments
Kebanyakkan lagu-lagu yang menceritakan tentang seseorang yang menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan, kelebihan-lebihannya, manfaatnya, harapannya di bulan Ramadhan lebih didominasi oleh kumpulan nasyid. Di antara banyaknya bilangan lagu Ramadhan ini, (kalau di cari betul-betul, banyak juga, termasuk dari Indonesia dan antarabangsa) saye telah memilih 5 lagu kesukaan yang dikira sangat menarik dari segi lagu, lirik dan vokal penyanyi tersebut. Sudah tentu 7 lagu ini hanya dari Malaysia.

7. Ramadhan - BROTHERS


6. Mulianya Ramadhan - Amir

Lagu ini termuat dalam album RAIHAN - Maafkan yang mngandungi koleksi lagu-lagu Ramadhan & Hari Raya oleh RAIHAN dan beberapa artis undangannya.


5. Bulan Ramadhan Bulan Berkat

Lagu ini nyanyian asal oleh NADAMURNI. Namun HIJJAZ pernah merakamkan semula lagu ini dalam album Nur Syawal. Namun saye paling suke version duet SAUJANA, SAFF-ONE & Amar untuk lagu ini, tapi lama-lama mencari tak jumpa pula.


4. Ramadhan Bulan Puasa - AEMAN

Suara kumpulan kanak-kanak ini memang best, ditambah pula lau ini memang melodinya pun sedap. Lagu ini asalnya (kalau tak silap) nnynyian asal NADAMURNI juga.

Tak jumpa video. Muat turun mp3 di ini (thanks for 4shared.com)

3. Amalan Ramadhan - NADAMURNI


2. Pertama Ramadhan ini - FOTOGRAF

saye agak terkejut bila mendapati lagu ini. Pertama kerana ia old school, kedua kerana ia dari kumpulan rock/pop. Saye perasan pun sebab ia menjadi lagu tema sebuah drama bersiri sempena Ramadhan dulu-dulu.


1. Harapan Ramadhan - RAIHAN & Man Bai

walau sebanyak mana sekalipun, lagu ini tidak pernah bosan. Jadi saye meletakkannya dalam ranking no. 1. Walaupun main vokal ialah Man Bai, suara harmoni RAIHAN telah menambah rencah 'kesedapan' lagu. Lebih-lebih lagi, liriknya begitu dekat denga kite semua (especialy saye ler)


Lagu-lagu lain walaupun tidak termasuk dalam carta top7 ini, tapi ia tetap mempunyai nilai-nilai tersendiri dari segi lirik dan lagu dalam memperkatakan tentang bulan Ramadhan al Mubarak

RAIHAN - Lailatul Qadar
Ramli Sarip - Ramadhan
Rem - Mulianya Ramadhan
BROTHERS - Ramadhan
IN-TEAM - Kemulian Ramadhan
UNIC - Muhasabah Ramadhan
HIJJAZ - Rahmat Ramadhan
HIJJAZ - Sinar Ramadhan
UNIC & MESTICA - Hikmah Bulan MUlia
Opick - Ramadhan Tiba
RABBANI - Hikmah Ramadhan
RABBANI - Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
dll lagi...

TAPI KAN :- pada mulanya hendak menggunakan tajuk Lagu + Karaoke tapi, tak jadilah. Ubah keputusan 180 darjah maka guna tajuk ini, walaupun kurang 'bersetuju' kerana kelihatan terlalu 'formal'. benarkah..??? hahaha

Wednesday, July 28, 2010

Lagu + Karaoke #2

8:17 PM Posted by HM Hafizd No comments
Ada banyak lagu tema yang begitu sedap di dengar. Ini Bukan lagu tema untuk rancangan tv atau filem. Tapi lagu tema untuk sambutan kenegaraan. Emm, apa tue? Saye tak reti nak jelaskan, kite terus kepada contohnya. Contohnya ialah lagu Cuti-Cuti Malaysia. Bukankah ia begitu sedap didengar? Nyanyian Siti Nurhaliza. Siti juga menyumbangkan suara untuk lagu Cintai Kraf Malaysia dan Budi Bahasa Budaya Kita/BBBK. BBBK juga pernah dinyanyikan oleh Jaclyn Victor & Zehra Zambri - masing-masing secara solo. Namun, saye masih meminati version asal Siti lagi. Tetapi, ada satu version lagu BBBK yang diubah lirik kepada pelbagai bahasa. Ini juga saye suka. Menarik sekali.

Satu lagi ialah semasa sambutan Hari Kebangsaan. Pelbagai tema menyebabkan penciptaan pelbagai jenis lagu untuk Hari Kebangsaan setiap tahun. Antara lagu-lagu tema ini yang masih dalam ingatan ialah Negara kita Tanggungjawab Kita, Bersatu Ke Alaf Baru, Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Perpaduan Teras Kejayaan dan Satu Malaysia. Berkenaan lagu Satu Malaysia pula, daripada version asal nyanyian Roy, ada beberapa version lagi dengan tajuk yang sama. Ada juga version Faizal Tahir. tetapi yang paling saya suka ialah version terbitan LimKokWing Universiti. Ia begitu sedap sekali. Harap-harapnya lagu tema tahun ini sedap jugak la yer. (Tema 2010 ialah Malaysia Menjana Transformasi).


Okey, sekarang berbalik pula lagu tema rancangan tv. Saye nie suka menonton cerita kartun. Antara kartun Malaysia yang lagu temanya yang suka ialah Keluang Man, Yorkies, Sang Wira dan... dan...? Tu la antaranya. Lagu Keluang Man nyanyian Krisya merupakan lagu yang sedap dan lirik pun menarik. Selain cerita kartun, ada beberapa lagu drama tv juga yang sedap di dengar. Lagu itu dicipta khas untuk drama tv tersebut, apabila drama itu popular, maka lagu itu terus popular dan dijadikan single oleh penyanyi terbabit. Contohnya Nur Kasih (nyanyian Yasin), Istana Cinta nyanyian Eira Syazira bagi drama TV Cinta Balqis dan Rasa Cinta oleh Farahdhiya bagi drama TV Ku Milikmu. lagu Gerak Khas (version asal nyanyian AC Mizal & Abby Abadi) pun mungkin boleh diambil kira, hahaha.

Banyak lagi lagu-lagu berkaitan kempen atau sambutan yang saye suka seperti Suara Hari Esok / Voice of Tomorrow (in english version) sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia (iklan komersial oleh KFC), Membaca Gaya Wawasan untuk kempen membaca, Suluhkan Sinar berkaitan bencana tsunami, Tangan Yang Mengapai untuk berkaitan kes penderaan kanak-kanak, Everest berkenaan kali pertama rakyat Malaysia menawan puncak everest (nyanyian KRU), Malaysia Boleh, Satu Suara dan pelbagai lagi. Lagu tema tilawah al-Qur'an peringkat antarabangsa yang diberi judul Al-Qur'an dan lagu tema Ma'al Hijrah yang bertajuk sama jugak begitu asyik sekali (maksudnye sedap di dengar lerr).

Lagu + Karaoke kali ini membicarakan lagu-lagu sebegini hanyalah untuk menyatakan minat dan kesukaan terhadap lagu-lagu tersebut. Kalau diikutkan lagu-lagu tersebut tidak terdapat di dalam pusat karaoke. Jadi, kalau nak dinyanyikan di sana, kena hafal lirik dahulu la ye. Lagipun senarai 'pendek' lagu-lagu di atas hanyalah untuk berkongsi senarai-senarai lagu yang ada dalam ingatan saye. Sekurang-kuranngnye boleh menambahkan sedikit sebanyak lagu-lagu patriotik dalam kepala, hehehe...

TAPI KAN :- ini ialah salah satu minat saye di sini lain berkaitan dunia muzik. bagi saye, jika sesebuah lagu itu sedap di dengar atau mempunyai lirik yang puitis, tak kira walau genre apapun, untuk apa pun saye tak kisah untuk melayan dan menyanyikannye sampai la bosan... hahaha

Thursday, December 10, 2009

Mendayu Suara

12:21 PM Posted by HM Hafizd No comments
Pertama sekali aku nak buat pengakuan dulu bersekolah menengah di SMKA. Tahu SMKA stand for what kan. Jadi, salah satu ciri sekolah macam nie nasyid memang 'power'. Ada majlis apa-apa je, mesti persembahan group nasyid sekolah yang take over. Dengan barisan pemuzik sekali, memang kedengaran gempak la. Sape yang group nasyid 'saham' mesti tinggi punya. Suara sedap, tambah-tambah 'hensem' lagi. Pergh...

Tapi aku bukan member group nasyid pon. Setakat nak busking suke-suke dan boleh layan diri sendiri kira okey la. Dulu, siap aku ada buku khas untuk lirik nasyid lagi. Tapi, sekarang sudah hilang ke mana ntah. Aku penah cuba cari kat umah tapi tak terjumpa. Itu khas buku lirik untuk nasyid. Ada satu lagi buku lirik untuk lagu-lagu selain nasyid. Lagu Melayu, lagu 'omputih'. Lagu Cuti-Cuti Malaysia pun siap aku ada lirik lagi, dalam koleksi aku. Sebab dengar cambest. Terpesona dengan suara CT. Haha...

RAIHAN + Nazrey Johani la yang aku paling suke. Dari Puji-Pujian lagi. Sebab Nazrey dah keluar, walaupun dia solo, tetap mantain suke. Yang lain, Rabbani, Hijjaz, in-team layan jugak la. Pergi karaoke pon kadang-kadang nyanyi lagu nasyid. Tak kisah, buat donno ja, walaupon orang pandang, sikit-sikit jadi segan pon ada. Ntah pa-pa la dorang nie. Karaoke lagu nasyid pon pelik ker?

Masuk matriks, masuk U, bila dah jadi bersosial nie, dengar lagu nasyid nie kira boleh la nak insaf sikit. Kadang-kadang rasa 'suda terlebey' berpoya-poya, dengar lagu Menanti di Barzakh, Pergi Tak Kembali ada perasaan sedar diri jugak la. Kalau tak nasyid pon, dengar lagu yang 'depa-panggil-lagu-ketuhanan' pon orait jugak. Ada yang best-best. Banyak band Indon buat lagu cam ginie. Baguslah. Ops, international selain Yusuf Islam, Sammi Yusuff dan Zain Bikha pon sedap jugak. Banyak lagi nama-nama, tapi terlupe sedey...


sammi yusuf - asma Allah


RAIHAN - thank you Allah
[practise]

TAPI KAN :- ada jugak nasyid tentang cinta sesama manusia. aku memang suke yang nie. tambah-tambah bila dalam mode jiwang gitue. feeling habis la jawabnyeeerr.

Wednesday, October 14, 2009

Lagu + Karaoke #1

7:27 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Ada beberapa lagu pilihan yang selalu dipilih semasa berkaraoke. Biasanye lagu-lagu inilah yang sesuai sikit pun dengan vokal (perkataan suara sudah malas nak guna). Yang lain, berbagai istilah seperti pancit, semput, off key, sumbang boleh diguna bagi menceritakan tahap vokal aku. Tapi, jika ada member yang komen sakit telinga atau ketawa dengan vokal aku ini, aku hanya berkata, 'aku ingin meng'sumbang'kan satu dua lagu untuk kau, tak boleh ker?'

Aku telah menemui beberapa lagu baru. Bukan sahaja single terbaru di pasaran, sebaliknya lagu lama pun ada, yang baru aku dengar dan terus aku suka. Mungkin boleh dimasukkan dalam list karaoke nanti. Thanks pada beliau-beliau yang telah meng'rekomen'kan lagu tersebut pada beta.

Lagu tertajuk Rela dendangan Inka Christie. Siapa Inka Christie nie? beliau ialah cewek dari seberang yang aku pon tak sure sudah bersara ke belum. Aku pon baru terdengar namanya. Tapi lagu nie memang dengar best. Dengar sekali terus melekat. Thanks to Cik Eila yang meng'promote' lagu nie. Dia yang menyanyikan untuk aku, dengan memasang video karaoke dari youtube, aku pulak... 'eh, macam pernah dengar jer...'

Terima kasih juga untuk Cik Mila untuk lagu Cinta Terkahir by Aiman. Wah, best jugak nie. 15 kali aku mengulang dengar lepas tue terus boleh hafal. Celik hati sungguh aku, hehe. Terima kasih juga pada Cik Aimi kerana lagu ini dalam laptop dia masa tue. Tarik muka 14 jugak la dia sebab bosan mendengar lagu sama aje. Dia nak tukar aku tak kasi. Ditambah jugak aku turut meng'sumbang'kan sekali berduet bersama Aiman. Lagi la panjang muncung dia.

Beberapa kenalan seperti Muhsin dan Syam secara tak langsungnya telah menyebabkan aku mendengar lagu Nasib Kita nyanyian Mel & Wings serta lagu Cintaku Dewi Kamala by Khalifah. Mereka memasang lagu ini pada PC mereka dan aku yang mendengar dari berdekatan terus mendekat... 'lagu tajuk pa nie? best gak'.

Lagu yang best lain yang berminat seperti Tapi Bukan Aku by Kerispatih. Pertama kali mendengarnya dalam rancangan Spontan (Astro Warna). Adalah part mereka menyanyikan lagu ini dengan diubah liriknya kepada komedi. Aku pula tertanya-tanya lagu apa la tue, Sampai la aku mendengar Chaq menyanyikannya pada malam akhir Mentor 3. Barulah aku perasan inilah lagu yang dicari-cari. Ada jodoh rupanya, haha. Cehh.

Jika ingin memilih lagu berduet, pilihlah lagu Cinta Antara Kita dari Duta featuring Baizura Kahar, hehehe.


TAPI KAN :- Ada member yang berSMS mengajak pergi ke karaoke. Perli baik la tue. Mentang-mentang aku sudah lama tak mengaktifkan diri dalam 'dunia' nie... huahuahua

Tuesday, August 25, 2009

Lagu + Karaoke : Intro

1:32 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ada banyak genre lagu di dunia ini. Pop, rock, dangdut, RnB, nasyid, hip hop dan pelbagai lagi yang aku pon tidak tahu jenisnya. Memang banyak dan apabila lagu-lagu ini disesuaikan lirik dari pelbagai bahasa, maka terhasillah bunyi yang indah dan sedap di dengar oleh halwa telinga. Baca dalam (news)paper, dorang kata ada 12 nod dalam lagu, dan musician menghasilkan melodi lagu dari 12 nod ini sejak dari dahulu sampai sekarang. Apa nod tersebut tidak ketahuan la pulak. Mungkin do re mi fa so la ti ... tak cukup 12 pon.

Aku agak 'slow' dalam mengikuti perkembangan lagu-lagu yang popular nie. Aku mula mendengar lagu Pergi Tak Kembali dari nyanyian member. Dia siap dah boleh menghafal lagi lagu tue. Bila dengar dari nyanyian dia sedap jugak. Barulah mula mencari kaset lagu tersebut. Begitu juga lagu Jesnita. Member siap boleh menghafal lagi lagu nie, aku masih tak tahu. Aku ingatkan nama 'awek' baru dia. Tak pon nama pelajar baru kat sekolah. Padahal lagu itulah yang menaikkan semula kumpulan itu yang suram sebelumnya.

Aku sangat jarang dengar radio. Mungkin itulah sebabnya. Jika di sekolah menengah, aku lebih suka mendengar kaset-kaset yang sedia ada. Di universiti, komputer dan internet lebih menarik perhatian dari radio atau tv sendiri. Mungkin masa matrikslah waktunya mendengar radio. Hanya itulah hiburan yang ada. Ditambah lagi room-mate membawa radio. Jadi layan jelah. Sekarang, bagi mengetahui lagu-lagu terbaru di pasaran, aku lebih suka melihat senarai carta radio di hujung minggu. Lagu mana yang mendapat top 10, lagu itu akan dicari dan di download kemudiannya. Jika berkenan, terus disimpan dalam folder mp3. Jika tidak, di 'recycle bin' kan je la jawabnya. Bahagianya hidup.

Adapun mengenai karaoke, aku mula berjinak-jinak hanya pada tahun dua di universiti. Itulah mulanya aku mula memasuki bilik karaoke. Pertama kali aku pergi dengan Kirk dan Abe (bukan nama sebenar). Setelah saat itu, aku mula 'gian' mula nak menguji vokal nie. Kata orang sesetengah lagu sesuai dengan vokal aku, sedap di dengar, haha. Masa pertama kali itu, aku memilih lagu Dambaan Pilu dari Khai. Kena perli dari dorang pulak sebab tak rock. Jiwang karat. Papon, semput jugak la aku nak nyanyi part chorusnya. Tinggi tone dia. Jadi tak nak 'jiwang-jiwang' lagi, aku memilih lagu Mentera Semerah Padi version duet dengan Spider kemudiannya. Ini pop rock sikit. Pon tak sesuai jugak. Ada part yang kantoi. kecewa... Perlukan back up vokal dari dorang, haha.


TAPI KAN :- kalau nak pergi karaoke, lebih baik pergi bergeng, kalau sorang2 x feel nak nyanyi nanti. Aku pernah melaluinya...

Thursday, April 23, 2009

I Just Can't Wait To Be King!!!

6:46 AM Posted by HM Hafizd 6 comments
'I just can't wait to be King!' best juga dapat cakap camnie kan, tapi sebenarnya that's not my line, this is Simba's line. Err, who's Simba?

Emm... introducing Simba is the future King of the Pride Land. Semuanya dicatat dalam filem The Lion King, terbitan Walt Disney pada tahun 1994. Hehe, filem jer. Saya terpaksa mengakui, saya baru melihatnya pada tahun ini and that was amazing, great film actually with beautiful songs. Apa yang membuatkan saya berkobar-kobar nak melihat filem ini ialah lagunya, 'I just can't wait to be king' and 'Can you feel the love tonight'. Lagu ini saya jumpa secara kebetulan di youtube, dengarnya memang sedap, bagi saya la. Untuk rekod, filem The Lion King ini was a high grossing animated film of all time... until the creation of Finding Nemo yang telah surpassed that recorded.

Ceritanya ialah singa merupakan raja di hutan, yang dikenali sebagai Pride Land dan diketuai oleh Mufasa. Simba, anaknya lahir dan terus diperkenalkan kepada semua penghuni Pride Land sebagai the future king. Semuanya indah kepada Simba, 'I just can't wait to be king' ialah matlamatnya. Namun, komplot 'uncle'nya, Scar yang memang mengidam untuk menjadi raja, telah berpakat dengan kawanan Hyena dan menyebabkan Mufasa terbunuh. Simba juga turut diburu namun berjaya melarikan diri dari Pride Land. Simba yang keletihan ditemui oleh duo Timon (meerkat) dan Pumbaa (Wathog), lalu mereka bertiga menjadi sahabat baik.
Beberapa tahun berlalu, Simba sudah dewasa dan tidak pernah kembali ke Pride Land. Semua penghuni Pride Land menyangka Simba sudah mati. Secara kebetulan, pada suatu hari Simba bertemu dengan Nala, singa betina yang merupakan kawan sepermainannya. Nala menceritakan sejak pemerintahan Scar, Pride Land sudah menjadi tempat terbiar, tiada makanan dan minuman. Di sinilah part lagu 'Can you feel the love tonight' kedengaran. Dengan ingatan ayahnya... 'Remember... you a the king!.' Akhirnya Simba kembali semula ke Pride Land bersama Nala, Timon dan Pumbaa dan dibantu oleh Lionness yang lain, Scar dan kawanan Hyena berjaya dikalahkan dan diusir keluar dari Pride Land.
Di akhir cerita, Simba dan Nala berjaya mengubah Pride Land menjadi aman damai semula dan memperkenalkan anak mereka sebagai the future king. Di dalam sequel The Lion King 2, Simba's Pride, diketahui bahawa anak Simba itu rupanya betina, iaitu Kiara. Walt Disney juga menerbitkan prequel kepada filem ini, yang lebih menceritakan tentang asal usul Timon dan Pumbaa, yang dinamakan The Lion King 1 1/2
Apa yang menarik tentang filem ini selain ceritanya yang menarik, adalah lagunya. Selain dua lagu di atas, filem ini juga turut diwarnai dengan lagu 'Circle of life', 'Be prepared' dan 'Hakuna matata'. Di sini, saya sertakan sekali lagu 'pujaan' iaitu Can you feel the love tonight, disertakan lirik sekali untuk tontonan umum, hehe.
Timon : I can see what's happening
Pumbaa : What?
Timon : And they don't have a clue
Pumbaa : Who?
Timon : They'll fall in love and here's the bottom line Our trio's down to two.
Pumbaa : Oh.
Timon : Ze sweet caress of twilight There's magic everywhere And with all this romantic atmosphere Disaster's in the air
Can you feel the love tonight? The peace the evening brings The world, for once, in perfect harmony With all its living things
Simba : So many things to tell her But how to make her see The truth about my past? Impossible! She'd turn away from me
Nala : He's holding back, he's hiding But what, I can't decide Why won't he be the king I know he is The king I see inside?
Can you feel the love tonight? The peace the evening brings The world, for once, in perfect harmony With all its living things Can you feel the love tonight? You needn't look too far Stealing through the night's uncertainties Love is where they are
Timon : And if he falls in love tonight It can be assumed
Pumbaa : His carefree days with us are history
Timon n Pumbaa : In short, our pal is doomed


TAPI KAN :- Tak jumpa pula sequel and prequel film ini, teringin juga nak tengok, hehe.