... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Showing posts with label Sejarah=Islam. Show all posts
Showing posts with label Sejarah=Islam. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Mengingati Rasul 2.0

7:24 AM Posted by HM Hafizd No comments
Perang Hunain dan Thaif berakhir. Nabi saw berangkat ke Ji’ranah untuk membahagi-bahagikan rampasan perang. Nabi saw tinggal di Ji’ranah selama 13 hari. Dalam tempoh itu, Nabi saw membahagi-bahagikan rampasan perang menurut cara tertentu, membebaskan sebahagian tawanan dan mengembalikannya kepada keluarganya.

Para sahabat Nabi saw mendesak agar rampasan perang dibahagi-bahagikan secepat mungkin. Untuk membuktikan bahawa baginda tidak tertarik pada harta itu, baginda berdiri di sisi seekor unta, mengambil sedikit bulu – mengepitkannya di antara jari-jarinya, lalu berkata, “saya tidak berhak atas harta rampasan kamu, walaupun hanya bahagian dari bulu-bulu ini, kecuali khumus. Bahkan saya juga akan mengembalikan kepada kamu khumus yang menjadi hak saya. Kerana itu setiap orang di antara kamu harus mengembalikan setiap jenis rampasan, walaupun hanya sebuah jarum dan sehelai benang, agar saya dapat dibahagi-bahagikan antara kamu sekalian dengan adil.”  

Nabi saw membahagi-bahagikan semua harta itu kepada kaum muslim, dan membahagi-bahagikan pula khumus, yang merupakan bahagiannya sendiri. Baginda memberikan 100 ekor unta kepada setiap orang dari mereka, termasuk Abu Sufyan, puteranya Muawiyah, Hakim bin Hizam, Harith bin Harith, Harith bin Hisyam, Suhail bin ‘Amar, Huwaitab bin Abd al-‘Uzza, Ala’ bin Jariah dan lain-lain. Bagi orang-orang dari kelompok lain, yang kedudukannya lebih rendah, baginda memberikan 50 ekor unta untuk setiap orang. Kerana pemberian besar dan khusus ini, orang-orang ini mulai menunjukkan rasa cinta dan kasih saying kepada Nabi saw, dan makin tertarik dengan Islam. Dalam fiqah Islam, orang-orang seumpama ini disebut mu’allafah al-qulub (orang yang hatinya dilunakkan) dan merupakan salah satu kelompok yang berhak menerima zakat.

Hadiah dan pengeluaran yang diberikan Nabi saw itu sangat disesalkan oleh sejumlah kaum muslimin, terutama dari kalangan Ansar. Mereka yang tak menyedari kepentingan yang lebih tinggi yang difikirkan Nabi saw dalam memberikan hadiah-hadiah itu, mengira bahawa hubungan kekeluargaanlah yang mendorong Nabi saw membahagi-bahagikan khumus dari harta rampasan perang itu kepada para kerabatnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mewakili kaum Ansar, Saad bin ‘Ubadah menyampaikan keluhan kepada Nabi saw. Atas hal itu, baginda mengatakan, “kumpulkanlah mereka semua di satu tempat supaya saya dapat menjelaskan hal sebenar kepada mereka.” Nabi saw tiba di tempat pertemuan itu dengan sikap sangat berwibawa, lalu berkata kepada mereka, “dahulu kamu sekalian tersesat, lalu kamu menerima bimbingan dari saya, dahulu kamu miskin, lalu menjadi kaya, dahulu kamu bermusuhan, lalu menjadi sahabat.” Mereka semua berkata, “benar, ya Rasulullah! Semua itu benar.” Nabi saw meneruskan, “kamu dapat pula menyebutkan kebaikan-kebaikan kamu ke atas diri saya. Kamu dapat berkata – hai Nabi Allah! Ketika kaum Quraisy mengingkarimu, kami menolongmu. Mereka membuatmu kehilangan tempat tinggal, dan kami memberi tempat perlindungan. Wahai kaum Ansar, mengapa kamu bersedih kerana saya memberikan harta kepada kaum Quraisy agar mereka berpegang teguh dengan Islam, sedangkan (saya) memberikan Islam kepada kamu? Tidakkah kamu puas bahawa orang lain membawat unta-unta dan kambing itu sedang kamu membawa Nabi saw bersama kamu? Demi Allah! Apabila semua orang lainnya pergi ke suatu jalan dan kaum Ansar ke jalan yang lain, saya akan memilih jalan yang ditempuh oleh kaum Ansar.

Sesudah itu, Nabi saw memohon rahmat Allah bagi kaum Ansar dan anak-anak mereka. Kata-kata Nabi saw menggugah perasaan mereka sehingga semuanya menangis seraya berkata, “Ya Nabi Allah! Kami puas dengan bahagian kami, dan sama sekali tidak menyesal.

Tuesday, February 15, 2011

Keluarga Nabi s.a.w

8:13 PM Posted by HM Hafizd No comments
Nama : Muhammad bin Abdullah
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muthalib
Nama ibu : Aminah binti Wahab
Bil adik beradik : anak tunggal

Ibu susuan :
1. Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
2. Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (Halimatus Sa’diah)

Saudara susuan :
melalui Thuwaibah
1. Hamzah bin Abdul Muthalib
2. (Abu Salamah) Abdullah bin Abdul Asad
3. anak lelaki Thuwaibah - Masrah
melalui Halimah As-Sa’diah
3. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
4. Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
5. Syaima' binti Harith bin Abdul Uzza
6. 'Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza

Nama isteri :
1. Khadijah binti Khuwalid
2. Saudah bint Zam'ah
3. Aishah binti Abu Bakar
4. Hafsah binti Umar
5. Zainab bint Khuzaimah
6. Hindun binti Abi Umayyah (Ummu Salamah)
7. Zainab binti Jahsyi
8. Juwairiyah binti al-Harith
9. Ramlah binti Abi Sufyan
10. Raihanah bint Zaid*
11. Safiyyah binti Huyayy
12. Maimunah bint al-Harith
13. Maria al-Qibtiyyah*

- Hanya Khadijah & Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Nabi saw masih hidup
- Zainab binti Jahsyi merupakan isteri pertama meninggal selepas Nabi saw wafat (ketika zaman Khalifah Umar)
- ummu al mukminin terakhir yang meninggal dunia ialah Ummu Salamah, pada zaman Khalifah Yazid bin Muawiyah
- semua isteri Nabi saw berbangsa Arab kecuali Safiyyah berketurunan Yahudi dan Maria berketurunan Qibti/Mesir
- * bercanggah pendapat sama ada berstatus isteri atau hamba sahaya

Nama anak :
dilahirkan oleh Khadijah r.a
1. al-Qasim
2. Zainab
3. Ruqaiyyah
4. Fatimah
5. Ummu Kalthum
6. Abdullah (digelar al-Thahir/at-Thayyib)
dilahirkan oleh Maria al-Qibtiyyah r.a
7. Ibrahim

- ketiga-tiga anak lelaki Nabi saw meninggal dunia ketika kecil
- semasa Abdullah & Ibrahim dilahirkan, nabi saw sudah diangkat menjadi rasul
- hanya Fatimah sahaja anak Nabi saw yang masih hidup ketika Nabi saw wafat
- Zainab berkahwin dengan Abu al-Ash bin Rabbi
- Ruqaiyyah berkawin dengan Uthman bin Affan
- Fatimah berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib
- Ummu Kalthum berkahwin dengan Uthman bin Affan (selepas Ruqaiyyah meninggal dunia)

Nama cucu :
anak kepada Zainab + Abu al-Ash
1. Ali
2. Umamah
anak kepada Ruqaiyyah + Uthman
3. Abdullah
anak kepada Fatimah + Ali
4. al-Hasan
5. al-Husain
6. Ummu Kalthum
7. Zainab

- dikatakan Fatimah + Ali mempunyai seorang anak yang meninggal ketika bayi yang dinamakan Muhsin
- Umamah berkahwin dengan Ali bin Abu Thalib selepas Fatimah meninggal dunia
- Ummu Kalthum berkahwin dengan Umar bin al-Khattab
- Zainab berkahwin dengan Abdullah bin Jaafar bin Abu Thalib

Nama anak tiri :
anak Khadijah r.a
1. Hindun (L)
2. Halah (L)
3. Hindun (P)
Anak Saudah r.a
4. Abdul Rahman
Anak Hindun r.a
5. Salamah (L)
6. Umar
7. Durrah
8. Zainab
Anak Ramlah r.a
9. Habibah
10. Abdullah

Anak angkat : Zaid bin Harithah

hmmm :- diharapkan beroleh pengetahuan & manfaat dari post ini 0_0 segala kesilapan minta dijauhkan... hanya Allah yang lebih mengetahui...

Friday, February 26, 2010

Mengingati Rasul 1.0

11:36 PM Posted by HM Hafizd No comments

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu akan berpaling ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berpaling ke belakang, ia tidak mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur"
(ali 'Imran : 144)
Sehelai kain Yaman dibentangkan menutupi jasad baginda yang suci buat sementara waktu, berada di suatu sudut bilik rumahnya. Dari tangisan para wanita dan tangisan kerabat Nabi saw, orang-orang di luar bilik mengetahui bahawa baginda telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Segera setelah itu tersebarlah berita kewafatan baginda ke seluruh kota.

Ali kw memandikan tubuh suci baginda dan mengkafaninya, kerana Nabi saw telah memberi petunjuk agar jenazahnya dimandikan oleh orang yang paling dekat dengannya, dan orang itu tak mungkin selain dari Ali kw. Kemudian Ali kw membuka penutup wajah Nabi saw sambil menagis dengan pedih, lalu berkata...

"Wahai Nabi Allah! Saya mencintai tuan lebih daripada kedua orang tua saya. Kewafatan tuan mengakhiri kenabian, wahyu dan para rasul Tuhan, sedang kewafatan para Nabi lain tiak berakibat sedemikian. Kewafatan tuan begitu menyedihkan sehingga kesedihan lainnya terlupakan. Kesedihan berpisah dengan tuan menjadi kesedihan umum, semua orang merasakannya. Sekiranya tuan tidak memerintahkan kami untuk bersabar dan jangan meratapi dan berkabung dengan suara keras, kami akan terus menangis dan meratap tanpa henti, walaupun semua ratapan itu tak dapat dibandingkan dengan kerugian yang sesungguhnya kerana berpisah dengan tuan. Tetapi maut adalah peristiwa yang tidak dapat dielakkan, dan tak seorang pun dapat menghentikan kedatangannya"

Orang pertama yang menyembahyangkan Nabi saw ialah Ali kw. Setelah itu, para sahabat datang berkelompok-kelompok menyembahyangkan baginda. Setelah itu, diputuskan bahawa tubuh suci nabi saw akan dimakamkan di rmah itu juga, di mana baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kubur itu dipersiapkan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah ra dan Zaid bin Sahal ra manakala permakaman dilakukan oleh Ali k.w dengan dibantu oleh Abbas ra dan anaknya Fadhl ra.

"Aku telah meninggalkan kepada kamu semua dua perkara; tidak akan kamu tersesat jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu : Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah (hadith)."
al-Hadith
TAPI KAN :- tarikh 12 rabiul awwal itu betulkah tarikh yang sebenar-benarnya tarikh kelahiran Nabi? saya tidak berani nak jamin tetapi telah menemukan pendapat lain. cuba lihat <di sini> dan renung-renungkanlah kembali. emm