"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika ia wafat atau dibunuh kamu akan berpaling ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berpaling ke belakang, ia tidak mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur"
(ali 'Imran : 144)
Sehelai kain Yaman dibentangkan menutupi jasad baginda yang suci buat sementara waktu, berada di suatu sudut bilik rumahnya. Dari tangisan para wanita dan tangisan kerabat Nabi saw, orang-orang di luar bilik mengetahui bahawa baginda telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Segera setelah itu tersebarlah berita kewafatan baginda ke seluruh kota.
Ali kw memandikan tubuh suci baginda dan mengkafaninya, kerana Nabi saw telah memberi petunjuk agar jenazahnya dimandikan oleh orang yang paling dekat dengannya, dan orang itu tak mungkin selain dari Ali kw. Kemudian Ali kw membuka penutup wajah Nabi saw sambil menagis dengan pedih, lalu berkata...
"Wahai Nabi Allah! Saya mencintai tuan lebih daripada kedua orang tua saya. Kewafatan tuan mengakhiri kenabian, wahyu dan para rasul Tuhan, sedang kewafatan para Nabi lain tiak berakibat sedemikian. Kewafatan tuan begitu menyedihkan sehingga kesedihan lainnya terlupakan. Kesedihan berpisah dengan tuan menjadi kesedihan umum, semua orang merasakannya. Sekiranya tuan tidak memerintahkan kami untuk bersabar dan jangan meratapi dan berkabung dengan suara keras, kami akan terus menangis dan meratap tanpa henti, walaupun semua ratapan itu tak dapat dibandingkan dengan kerugian yang sesungguhnya kerana berpisah dengan tuan. Tetapi maut adalah peristiwa yang tidak dapat dielakkan, dan tak seorang pun dapat menghentikan kedatangannya"
Orang pertama yang menyembahyangkan Nabi saw ialah Ali kw. Setelah itu, para sahabat datang berkelompok-kelompok menyembahyangkan baginda. Setelah itu, diputuskan bahawa tubuh suci nabi saw akan dimakamkan di rmah itu juga, di mana baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kubur itu dipersiapkan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah ra dan Zaid bin Sahal ra manakala permakaman dilakukan oleh Ali k.w dengan dibantu oleh Abbas ra dan anaknya Fadhl ra.
"Aku telah meninggalkan kepada kamu semua dua perkara; tidak akan kamu tersesat jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu : Kitabullah (Al-Quran) dan sunnah Rasulullah (hadith)."
al-Hadith
TAPI KAN :- tarikh 12 rabiul awwal itu betulkah tarikh yang sebenar-benarnya tarikh kelahiran Nabi? saya tidak berani nak jamin tetapi telah menemukan pendapat lain. cuba lihat <di sini> dan renung-renungkanlah kembali. emm
0 comments:
Post a Comment