... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, August 25, 2009

Lagu + Karaoke : Intro

1:32 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ada banyak genre lagu di dunia ini. Pop, rock, dangdut, RnB, nasyid, hip hop dan pelbagai lagi yang aku pon tidak tahu jenisnya. Memang banyak dan apabila lagu-lagu ini disesuaikan lirik dari pelbagai bahasa, maka terhasillah bunyi yang indah dan sedap di dengar oleh halwa telinga. Baca dalam (news)paper, dorang kata ada 12 nod dalam lagu, dan musician menghasilkan melodi lagu dari 12 nod ini sejak dari dahulu sampai sekarang. Apa nod tersebut tidak ketahuan la pulak. Mungkin do re mi fa so la ti ... tak cukup 12 pon.

Aku agak 'slow' dalam mengikuti perkembangan lagu-lagu yang popular nie. Aku mula mendengar lagu Pergi Tak Kembali dari nyanyian member. Dia siap dah boleh menghafal lagi lagu tue. Bila dengar dari nyanyian dia sedap jugak. Barulah mula mencari kaset lagu tersebut. Begitu juga lagu Jesnita. Member siap boleh menghafal lagi lagu nie, aku masih tak tahu. Aku ingatkan nama 'awek' baru dia. Tak pon nama pelajar baru kat sekolah. Padahal lagu itulah yang menaikkan semula kumpulan itu yang suram sebelumnya.

Aku sangat jarang dengar radio. Mungkin itulah sebabnya. Jika di sekolah menengah, aku lebih suka mendengar kaset-kaset yang sedia ada. Di universiti, komputer dan internet lebih menarik perhatian dari radio atau tv sendiri. Mungkin masa matrikslah waktunya mendengar radio. Hanya itulah hiburan yang ada. Ditambah lagi room-mate membawa radio. Jadi layan jelah. Sekarang, bagi mengetahui lagu-lagu terbaru di pasaran, aku lebih suka melihat senarai carta radio di hujung minggu. Lagu mana yang mendapat top 10, lagu itu akan dicari dan di download kemudiannya. Jika berkenan, terus disimpan dalam folder mp3. Jika tidak, di 'recycle bin' kan je la jawabnya. Bahagianya hidup.

Adapun mengenai karaoke, aku mula berjinak-jinak hanya pada tahun dua di universiti. Itulah mulanya aku mula memasuki bilik karaoke. Pertama kali aku pergi dengan Kirk dan Abe (bukan nama sebenar). Setelah saat itu, aku mula 'gian' mula nak menguji vokal nie. Kata orang sesetengah lagu sesuai dengan vokal aku, sedap di dengar, haha. Masa pertama kali itu, aku memilih lagu Dambaan Pilu dari Khai. Kena perli dari dorang pulak sebab tak rock. Jiwang karat. Papon, semput jugak la aku nak nyanyi part chorusnya. Tinggi tone dia. Jadi tak nak 'jiwang-jiwang' lagi, aku memilih lagu Mentera Semerah Padi version duet dengan Spider kemudiannya. Ini pop rock sikit. Pon tak sesuai jugak. Ada part yang kantoi. kecewa... Perlukan back up vokal dari dorang, haha.


TAPI KAN :- kalau nak pergi karaoke, lebih baik pergi bergeng, kalau sorang2 x feel nak nyanyi nanti. Aku pernah melaluinya...

3 comments:

BeE said...

erk..pena g karok sesorg?nk lepas gian sgt ke tym tu?hehe~

"Pertama kali aku pergi dengan Kirk dan Abe (bukan nama sebenar)" ----> benarkah bukan nme sebenar?mmm.. mgkin betol kot. tu nickname dorg je..~ hehe...~ (^^")

selamat menyambut pesta ramadhan eh din..
salah n silap harap dimaafkan..~ =)
selamat berpose~

amy said...

din pun suka karok ke?
okeh ada geng baru lak..
bulan puasa ni tak leh ler..
haha dah lepas gian sebelum puasa lagi...
lagu berkumpulan feveret kitaorg adalah cinta di akhir garisan..wakaka..

HM Hafizd said...

Bee : selamat berpose jgk. nanti i msg u, haha.

amy : ok, bila2 kita prg, ceewah. lagu tue my feveret jgk, hee