Salaam, bertemu lagi. Exam dah habis, apa nak buat lepas nie. Bukan bermaksud hanya my paper dah habis, tapi secara generally minggu peperiksaan pun dah tamat. Hanya orang yang 'tidak bertuah' mendapat jadual exam sampai hari terakhir jer yang masih stay kat ukm lagi. Yang lain, hampir semua... ulang semula 'hampir semua' dah mengenjoykan diri balik ke kampung, plan celebration dan sebagainya. So, what to do...?
Kepada tahun tiga dan final years, perasaan menghadapi exam sebegini takkan berulang lagi. Kita takkan dapat mengisi borang kedatangan exam lagi, meletakkan kad matriks di atas meja, mendengar peraturan-peraturan exam yang sama sahaja setiap sesi exam, yang biasanya peraturan itu tidak pernah diikut pun.
"... anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan. Jika anda ada membawanya, sila serahkan telefon bimbit anda di hadapan meja pengawas. Denda 100 ringgit akan dikenakan atau anda akan dihalang untuk mengambil peperiksaan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah..."
Begitu lah lebih kurang kot antara banyak-banyak peraturannya yang tidak pernah dipatuhi. Handset ada jer dalam poket seluar nie, malah dua biji lagi. Cuma silent je lah. Sebab tue tak pernah kena. Kadang-kadang time tue juga ada orang bagi mesagge. Perasaan nak baca mesagge tue punya la berkobar-kobar nak tengok, di tambah lagi dengan soalan yang tak tau lagi nak 'kelentong' apa. Handset lak dalam poket seluar asyik vibrate berkala ja. Jadi bila rasa dah memang tahap blur, terus keluar walaupun masa belum habis, kadang-kadang ada juga tinggal 1, 2 soalan, hehe. Bila dah sampai ke luar check handset... Hotlink Gift. Hek eleh... hotlink jer hantar message.
Perasaan berkobar-kobar tue... ehh, silap berdebar-debar tue selalu ada bila nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Masa melepak kat luar tue biasalah, sekelompok sana ada yang sedang berbincang nota-nota yang dibawa, sekelompok sini bersembang cerita tv semalam, kira dorang nie tahap confident habis la, ada yang kelam-kabut hafal formula, mulut terkumat-kamit, dahi berkerut, tanda-tanda la tue dan ada juga yang dok bincang lepas exam nie nak makan kat kedai mana!!!
Bila tengah menjawab exam tue selalu juga alami camnie. Soalan tanya sebutkan empat fungsi-fungsi persekitaran industri. Tapi... eii, apa lagi satu ahh, dah dapat dah tiga, lagi satu apa. Semalam dah baca, hafal semua... adoi, camne leh lupa pulak nie. Memang frust giler time tue. Tambah-tambah time nie bila tengok ada member yang lagi sejam lagi masa dah hantar kertas jawapan. Dalam hati... pergh, power giler dia, dah hantar jawapan. Mesti studi giler nie. tapi kadang-kadang tue timbul juga negative nyer... dia dah hantar jawapan, berapa la soalan yang dia tinggal nie. Dia lagi, nak eksyen la tue, haha, macam-macam.
Tapi selalunya memang sebelum pengawas buat pengumuman masa ada lagi 15 minit, jadi semua pelajar tidak dibenarkan keluar dewan memang dah bersiap kemas barang untuk keluar. Alasannya... saje jer, hehe. Tapi juga bergantung pada tahap kesukaran menjawab la. Bila dah keluar memang tak fikir dah, eleh-eleh dapat ....
Jadi, bila la berpeluang nak merasai semua nie lagi. Hanya mampu mengingat jer la sekarang. Simpan sebagai kenangan dalam kehidupan. Pengalaman yang tidak akan tiba lagi. Emm...
TAPI KAN :- kalau time interview nanti ada dia buat exam camnie tak..? kadang-kadang dengar ada yang kena exam. Sama ke bentuk dia..? entah la ...
4 comments:
salam.
woitttttttttttt, sudah habih exam ye, nanti hari konvo pakai ensem2 kita amik gambar sama2 ye, hi hi
yoalah kak, hehe
salam..
Teringin plk nk amik exam oriented mcm korg kat mesia. Semua org dinilai pada level yg sama. Maksud aku soalan dan skema jawapan will be sama jer kpd semua org. 100% bergantung pd usaha masing2 dan doa. Aku kat tanah asing ni, system examnya lain. Exam cuma di beri 3/4 soalan jer. Setiap orang berbeza soalannya. Ada variasi senang dan ada yg susah. Bergantunglah pd nasib masing2. Diberi masa 15minit untuk prepare. Seterusnya, jawab secara oral dpn ckgu..everything can happen, you never expect what is the extra questions will be. Klu cikgu xde mood ke, msalah miscommunication ke, nervous tahap gaban ke, semua jwpn jd xbetul.. Prepare n study gile habis sblm ni! Tp semua tu x 100%bergantung pd hasilnya nti. Semuanya bergantung pd nasib dan takdir masing2.. KKdg rsa nk pasrah jer..lantak lah study ke tak..Tapi bila fikir balik, ilmu yg kita cari ni lagi bermakna dr result yg hanya pd ketas tu jer.
Sori lah beb, i termembebel pnjg kat sini. Just wanna express out apa yg aku rasa skrg ni. hurmm...hope u do well in ur future undertaking. Keep writing yaa..byee
hai... welcome.. xpe lama22.. hehe
nice sharing.. bagus juga dgr pengalaman org oversea nie, hehe
well... hope goes for you too... see again!!!
Post a Comment