Saya masih ingat dengan cerpen Kerana Manisnya Epal semasa belajar KOMSAS semasa zaman sekolah menengah dahulu. Cuma, saya terlupa ia semasa tingkatan empat atau lima. Selain itu, cerpen Annyss Sophilea juga amat menarik, sampaikan saya sanggup membuat sambungan cerpen itu yang saya namakan sebagai Annyss Sophilea II untuk dimuatkan ke dalam majalah tahunan sekolah. Sedihnya, cikgu yang bertanggungjawab menyemak karya pelajar tidak berminat pula untuk memasukkannya ke dalam majalah. Entah, saya tengok tak ada pun. Punya lah berkobar-kobar membelek majalah semasa pertama kali diedarkan. Hasil nukilan daripada ... itu yang penting tue, siap nama penuh lagi. Tapi, itulah, tak ade pula. Dan itulah pengalaman pertama saya menulis cerpen. Hampir 5 muka surat juga la panjangnya.
Novel Perlumbaan Kedua semasa tingkatan empat dan Julia semasa tingkatan lima juga menarik. Malah novel Pearl bagi KOMSAS Bahasa Inggeris juga memberi pengajaran yang ... sudah lupa cerita dia 'lagu mana', hehe. Perlumbaan Kedua, iaitu bila mana Arnab mencabar Kura-Kura berlumba sekali lagi, demi nama baik bangsanya. Seperti mana yang kita tahu, perlumbaan 'pertama' mereka ialah Kura-Kura menang apabila Arnab tertidur. Sekarang Arnab mencabar lagi, namun akhirnya ... jika kita tidak terlalu sombong dan bangga diri, kita tetap menang. Itu memang satu pengajaran, kerana menurut novel itu, telah ada perjanjian tidak akan ada perlumbaan ketiga lagi selepas ini. Keputusannya Arnab kalah lagi untuk kedua kalinya. 2-0.
Julia, saya ingat novel ini telah di'drama'kan. Wardina Safiyyah pelakon watak Julia. Sayangnya ia hanya ditayangkan di Astro. Rumah saya yang tiada Astro memang tidak dapat la menontonnya. Sampai sekarang pun, saya tidak la pula mencarinya di internet, atau di youtube, jika ada orang yang rajin meng'upload'. Kerananya sampai saat ini barulah saya teringat, dan 'menceritakan' di sini. Saya cuba mengingat nama cerpen-cerpen lain selain dua di atas, tak terlintas di fikiran pulak. Mungkin neuron-neuron ingatan tesebut sudah terkena 'virus' atau tersesat mencari jalan pulang. Barangkali. Tapi saya ingat pengarang novel Julia, dengan lancar sekali ... iaitu Abu Hasan Morad. Pergh, ingatan yang kuat. Dan sekali lagi saya teringat, drama Julia itu disambung kepada musim kedua, kali ini gandingan Wardina Safiyyah sebagai Julia dan Faizal Hussein Sebagai Jun, namun kali ini ia menggunakan tajuk lain. Tajuknya ... tak ingat pula.
Kalau ada orang yang tidak beberapa ingat dengan nama cerpen dan novel di atas, jangan salahkan neuron ingatan anda. Sebab anda berasal dari zon KOMSAS yang lain. Itu hanya bagi mereka yang berasal dari zon utara sahaja, sama seperti saya. Saya juga pernah terdengar tetapi tidak berjumpa lagi, dan tidak pula mahu mencarinya, sebab saya pun baru teringat hanya sekarang, novel Konserto Terakhir. Saya memang betul-betul terlupa ia semasa tingkatan berapa atau dari zon mana. Maaf la. Tetapi, ada orang kata ia novel paling seronok, paling best, menyentuh jiwa dan sebagainya. Betul ke? Mungkin juga betulnya, mungkin juga biasa-biasa aje. Siapa tahu. Sekarang saya sudah teringat. Nantilah saya cari semula.
Disebabkan cikgu tidak menerima cerpen saya itu, jadilah tahun itu majalah tahunan sekolah dipenuhi dengan seloka kelas sahaja. Seloka 2 Darul Jalal, Seloka 3 Darul Naim, Seloka 5 al-Farabi dan sebagainya. Tetapi ... kadang-kadang ia agak menarik dan mengeletek hati. Tak percaya, cubalah belek semula majalah tahunan sekolah, itupun jika masih menyimpannya lah. Entah-entah tikus sudah ... emm, apa istilah yang sesuai ya. memakannya.? Tak best. Mengkritkannya? Apa benda la tue. Asalkan ia di dalam keadaan sihat walafiat sudah. Dan sekarang saya ingin berkecimpung dalam cerpen lagi. Cerpen cinta lagi. Fuyoo. Kisah Kay dan Lynn. Di mana? hanya diposting dalam blog friendster jer, hehe. Emm, sampai di sini, jumpa lagi. Wassalaam.
TAPI KAN :- Saya pernah bercita-cita nak buat sajak atau syair atau apa-apa lah, yang seumpama dengannya. Tapi tak de idea lagi. Saya pernah nampak ct~in the memory and noire pernah membuatnya. Sangat jeles sekali.
0 comments:
Post a Comment