... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, December 21, 2010

Oh Cicak!

1:45 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Pada suatu ketika sedang aku menekan gelas pada heater untuk mengambil air panas, tidak semena-mena jatuh seekor cicak ke dalam gelas tersebut. Aku terkejut. Dan cicak tersebut meronta-ronta kepanasan. Aku blank sekejap. Dan setelah beberapa ketika barulah aku terfikir menuangkan air panas itu ke singki. Dan mungkin juga berniat untuk menyelamatkan cicak tersebut. Cicak itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Sedang-sedang sahaja. Aku dapati cicak itu masih hidup. Mungkin cicak mempunyai lapisan kulit yang tebal barangkali. Setelah beberapa saat cicak itu pun bergerak ke mana yang aku pun tidak ambil peduli. Rasa-rasa aku dalam 10-15 saat juga cicak itu terendam dan terperangkap dalam gelas berisi air panas. Aku terkagum sedikit dengan daya ketahanan cicak yang hebat.

Aku memang geli nak memegang cicak. Jadi aku tidak pernah terfikir nak sentuh atau sengaja bermain-main dengan cicak. Apalagi nak menelannya. Takkan Ayu tak perasan ada sesuatu yang melalui mulutnya semasa minum air cola. Mustahil. Sampai terlekat cicak. Adoiyai. Cicak tue kan besar. Kalau aku... aku tak dapat bayangkan. Hahaha. Itulah penangan Budak Setan. bermula dari cicak, Ayu telah mengubah budak setan menjadi manusia semula. Sebenarnya aku tidak teringat jikalau scene cicak itu terdapat dalam novel atau tidak. Yalah, aku membaca novel Lagenda Budak Setan 8 tahun dahulu. Sekali khatam sahaja dan selepas itu tidak mengulang baca lagi. Novel pinjam la katakan. Tapi aku teringat semasa Ayu menghulur tabung derma, ingatkan Syah nak kasi derma, rupanya tidak. Malu Ayu kepada satu kelas. Adegan ini tiada dalam filem.

Masih hal cicak lagi. Kita disunatkan membunuh cicak. Kenapa ye? Adakah ada sebab-sebab tertentu. Ada haiwan-haiwan yang berjasa. Misalnya merpati yang membuat sarang dan bertelur di atas pintu gua Thur, dan labah-labah yang membuat sarang di pintu gua. Juga biawak (atau dhob atau haiwan seumpamanya) yang berusaha menghapuskan jejak kaki Nabi SAW dan Abu Bakar RA ke gua Thur, namun tak semua berjaya dihapuskan sehingga dapat juga kafir Quraisy menjejaki sampai ke gua. Berbalik kepada cicak, aku telah mendapat jawapan kenapa kita disunatkan membunuhnya.

Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu." Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim AS dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim AS. (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan)

Begitulah kisahnya. Dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW ;
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqqas) RA katanya: “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil.” [riwayat Muslim]
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW sabdanya : "Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul, dituliskan baginya pahala seratus. Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul pahalanya kurang lagi dari itu." [Riwayat Muslim]
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang, kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi SAW bersabda:

Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh. [Riwayat Muslim].
Sama ada cicak, biawak, salamander, sesumpah, iguana atau buaya sekalipun, haiwan jenis merangkak berkaki empat ini memang mengagumkan. Biawak terbesar, biawak komodo mampu berlari lebih laju dari manusia. Sesumpah boleh mengubah warna kulit mengikut persekitaran. Juga jangan lupa cicak berupaya memutuskan ekornya tanpa rasa sakit, dan ekor itu akan tumbuh semula nanti. Rakyat Malaysia juga sudah dua kali menghabiskan 10 ringgit bagi menonton cicak di pawagam. Hahaha. Dengar kata Yusry nak buat bahagian ke-3 pula. kalau betul, tahun depan la kita dapat saksikan lelaki cicak bersut merah ini di pawagam semula. Sediakan bajet 10 ringgit cepat. Cak cak cak.

TAPI KAN :- apabila mengetahui Nabi SAW menggelarkan cicak 'si penjahat kecil', justeru layakkah cicak digelar 'superhero' ???

Saturday, December 11, 2010

tahun baru kembali lagi ::D

8:52 AM Posted by HM Hafizd No comments
Kita sudah menyambut tahun baru Hijrah. Dan aku juga telah berhijrah. Dari pekan kecil dan daerah pertanian Pendang ke bandar raya anggerik Shah Alam. It's like cliche went Sultan Selangor bertitah dalam satu temubual mengatakan penduduk Selangor bertambah hampir 5% setiap tahun - bukan kerana kadar kelahiran, tetapi jumlah migrasi dari negeri yang lain datang ke Selangor. The cliche is I am one of them. :P

Tetapi jangan risau, aku akan menjadi penduduk yang baik. Tidak menimbulkan masalah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hahaha, macam la aku nie pendatang asing lak. Seriously, I just to get know the road. Nak pergi makan ke tempat yang best pon aku masih tak confident lagi. Orang baru la katakan. Follow member rapat. Nanti tersesat, haha. Tapi I glad menemui tempat yang murah dan sedap, walaupun agak jauh sedikit.

Lagi tiga minggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi pula. Begitu cepat masa berlalu (ayat klise lagi, hehe). Tahun 2010 bagiku not my brightest year but not miserable at all also. Cuma mungkin aku tak menutup tahun baru ini dengan berjumpa beberapa orang yang hampir setahun tidak berjumpa. Its hard and very sad decision to make and the chance to met her (obviously i talk about her!) again is narrow. Huhu. Argh, ada jodoh tidak ke mana. Pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan. Ini bukan klise, ini suratan. Dan aku membuat keputusan tersebut di dalam masjid sebelum membaca surah Yassin. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Aku berserah dan bertawakkal sahaja. :D

Apa yang penting SMS, Facebook, YM dan lain-lain lagi masih ada. It's connecting people. Like us. Just we want to use it or not. You choose. Ada yang aku message tak respond, i feel bad. Sama ada 'beliau' ingin memutuskan ikatan atau masalah handset. Message thru FB pun tak reply. I can't lie to myself to think bad about it. For now, I'm just entertain myself 'beliau' sibuk berkerjaya. Hehehe. Life must go on. Hidup la dengan penuh kesyukuran, jangan sombong di bumi Tuhan, jangan angkuh pada manusia :D

TAPI KAN :- Setiap kali tahun baru atau sambutan tarikh kelahiran, mesti ada wish(es), kenapa yer... tak bolehkah kalau setiapa hari kita buat wish.? setiap kali kita bangun pagi pun kita boleh wish apa..??

Monday, November 8, 2010

( xtau nak tulis tajuk apa :P )

10:44 PM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun ini sambutan deepavali aku teringatkan seorang kenalan semasa di universiti dahulu. Di dalam bilik kuliah, hanya terdapat dua orang sahaja berbangsa india - lelaki (Harvind) dan perempuan (Mahalectmi). Harvind rajin sms wish hari raya semasa kita menyambut aidilfitri dan aidiladha. So, deepavali kali ini aku pun bercadang mengucapkan selamat kepadanya pula. (first time nie, dan dah wish). Aku tiada menyimpan number kenalan india lain, jadi hanya Harvind seorang sahaja yang aku wish, hehe.

Namun, tiba-tiba terdetik dalam kepala otak aku nak wish sms kepada member-member Melayu pula. Aku saja nak tahu respond diorang macam mana. Saja suka-suka. Lalu aku telah 'memilih' 5 orang untuk eksperimen ini. Tak perlu banyak-banyak. Lalu pantun wish pun direka. Jeng jeng jeng.

happy dilwali
jangan lupa tengok filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
@
nama tajuk filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
nak ucapkan happy deepavali
ditujukan khas untuk '___'

Balasannya ada yang membalas dengan wish pantun juga, ada yang seperti hairan, deepavali pun sambut ka? ada pulak yang tanya bila filem dilwale dulhania le jayenge tue ada kat tv? ish, tue pantun la, bukan nak promote film tue dan ada yang tak membalas pun. Kesimpulannya... lu fikirlah sendiri! hahaha.

Kebetulan pulak, sekarang musim banjir di Kedah dan Perlis. Rumah aku selamat. Memang kawasan kampung perumahan kami tinggi sikit. Jadi pengalaman banjir kilat atau banjir besar-besaran tidak pernah terjadi. Syukur. Pada suatu malam, datang sepupu kami ke rumah. Sambil bersembang-sembang topik banjir dan politik tidak boleh dielakkan. Berapi-api dia marahkan tv dan surat khabar kerana melaporkan bahawa kerajaan negeri Kedah lepas tangan dan lambat bertindak. Anaknya yang juga menjadi sukarelawan ada menceritakan yang YB Exco naik bot sambil mata mengantuk dan tersenguk-senguk bagi menghulurkan bantuan, tue pun dikatakan lepas tangan lagi.

"Bila YB kerajaan negeri ada kat tempat penempatan dan hulur sumbangan, kamera tak nak tangkap gambar pulak, tapi bila menteri mai nak salam ja, teruih tangkap gambar tak henti. Tu pun menteri mai bila depa dah ada kat penempatan. Sape yang uruskan penempatan tue kalau bukan kerajaan negeri?" Beliau masih melepaskan kemarahannya. "biaq pi kat depa la nak bohong pon. kita kat kedah nih kita tau la apa yang terjadi,". Inilah rumusannya hasil diskusi panas tersebut. Aku kalau orang-orang tua sembang politik, aku syok dengar. Walaupun jarang atau tak pernah menyampuk.

Kawasan bandar Alor Setar memang teruk dinaiki air. Rumah rasmi MB pun sampai masuk air. Ada motosikal hanya nampak cermin sahaja. Rakan aku, rumahnya di alor setar air naik sampai ke dada katanya. Fuhh, tinggi tue. Hajat keluarga aku nak pergi ke rumah pak menakan pun terbantut bila jalan tidak boleh dilalui kereta. Seseorang yang menunggu kat situ berkata, "balik rehat kat umah la, tak leh pi". Haha, betul jugak. Silap timing.

TAPI KAN :- dulu masa kecik, bila tengok dalam tv kawasan banjir, aku membayangkan betapa syoknya boleh main air, buat pelampung guna tayar traktor, tapi sekarang aku berasa geli pulak bila membayangkan air itu dah dicampur dengan bermacam-macam najis haiwan dan sebagainya... eee, korang bayangkanlah sendiri, hehehe

Thursday, October 28, 2010

SatuCereka...

9:40 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
as-Salam

"satucereka" - nama untuk blog yang dipilih semasa mendaftar sebagai ahli free blogger. Kenapa nama itu dipilih? emm, aku rasa secara tiba-tiba. Aku pernah terfikir ingin menggunakan nama "pausbiru.blogspot.com" - disebabkan aku memang teruja dengan haiwan ini - hidupan terbesar di planet Bumi. Namun, nama itu tidak boleh pula, kerana sudah ada yang punya [nah, buka sendiri tengok]. Nama satucereka tiada kaitan dengan satu Malaysia, kerana blog ini lagi awal dibuat sebelum PM Najib menjadi PM lagi. Bila dibuat? Mac 25 2009, tarikh posting pertama 'dilancarkan' dengan bertajuk Pembuka tirai - maka satucereka.blogspot.com telah dibuka secara rasmi.

hibernasi

Semasa membuat blog ini, apa yang penting bagi aku ialah bagaimana mahu me'maintain'kan blog ini supaya sentiasa hidup. Aku katakan hal ini memang masalah utama, bagi aku kerana untuk me'maintain'kan ia perlukan komitmen yang baik, dan aku tidak terasa aku boleh buat pun (akhirnya terbukti kini). Aku bagi dua alasan mudah. Sekarang, PC aku sudah dibawa pulang ke kampug untuk under construction. Jadi, tiada Pc menyebabkan tiada masa untuk menaip. Aku tidak boleh selalu meminjam PC/laptop kawan, hanya jika mereka tidak guna boleh la aku interframe sekejap. Begitu juga dengan connection internet. Semasa zaman U, tiada masalah, tapi kini, ia menjadi masalah.

Begitulah yang terjadi. Namun, aku buat blog bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Aku memang serius untuk menaip a.k.a menulis. Bila PC aku siap @ aku mampu membeli PC baru nanti dan ditambah dengan hubungan internet yang pantas, aku akan aktifkan semula satucereka ini . Itu janji aku pada diri sendiri. o_0

Paul d'octopus

Satu berita yang menyedihkan (mungkin) ialah Paul si psikik Octopus telah meninggal dunia kerana penyakit tua. Menurut yang didengar, jangka hayat sotong kurita memang tak panjang. Jadi, walaupun Paul sudah x ada, namun dia telah mencipta satu keseronokkan (@ ketegangan) kepada peminat-peminat bola sepak seluruh dunia dengan 'ramalan' tepat keputusan perlawanan Piala Dunia 2010. Sebut pasal WC2010, aku tidak puas hati dengan England, tapi kagum dengan Jerman. Sepanyol dan Belanda - aku bukan peminat mereka, hehehe.
skuad hijau kuning

Aksi Kedah kalah kepada Kelantan juga satu kerugian, namun aku rasa Kedah perlu memperbaiki lagi jentera tengah. Aku lihat kurang seronok corak permainan Kedah. Jadi mereka tidak layak pergi ke final pun 'tak apa'. Rata-rata pemain Kedah masih muda dan bertubuh kecil. Agak melampau nak dibandingkan dengan pasukan Chelsea, tapi Kedah boleh gunakan masa ini untuk membuat sesuatu pada tahun depan. Maka zaman 'double treble' Kedah mungkin boleh berulang. Agak malang kepada Helmi Eliza kerana tidak berjaya menjaring gol penalti (Piala FA) dan Kelantan beroleh gol sebegitu. Namun, keseluruhan, dia masih penjaga gol yang hebat menafikan asakan N.Sembilan dan Kelantan.

Begitulah serba sedikit coretan sebelum satucereka berhibernasi. Selepas ini, nak tukar blog template lagi. Aku jarang berpuas hati dengan template nie, ada jer yang kurang, dan aku jelous dengan template blog orang lain. Dorang nampak lawa jer. Semasa menulis posting pertama, aku ada menulis sebegini...

TAPI KAN ;- kat bilik dah la internet x dapat sekarang. Boleh ker aku nak concentrate memblog nie. Ntah-ntah terbiar jer nanti, aduuh.

... nampaknya sejarah telah berulang o_0 hoho

TAPI KAN :- aku memang suka subjek sejarah. aku bersetuju sejarah dijadikan subjek kredit. tapi pembangkang mempertikaikannya. bukan kerana isu kredit, tapi kerana menteri pelajaran mengumumkannya dalam perhimpunan parti - bukan dalam parlimen atau mesyuarat kabinet. yang ini aku pun bersetuju jugak. huahuahua

Monday, September 20, 2010

omong kosong

4:53 AM Posted by HM Hafizd No comments
Tak payah baca pon tak apa ))

Mood beraya a.k.a bercuti masih segar dalam ingatan menyebabkan hari ini tidak produktif langsung. Perasaan malas yang begitu tinggi untuk tidak melakukan apa-apa menyebabkan tetttt... malas nak bercerita. Tau tak per.

Malam ini harapnya Kedah berjaya mengutip 3 mata lagi. Tiada apa yang dapat menafikannya walau Angkatan Tentera Malaysia / ATM sekalipun. Chelsea tengah high spirit - menang semua 6 perlawanan hingga hari ini, menjaringkan 25 gol dan hanya bolos 2 gol sahaja. Unstopable, haha. Aku cukup suka dengan situasi ini. Selepas ini lebih mencabar. Bertemu Newcastle, City, Marseille, Arsenal dan Villa berturut-turut. Tapi, jika prestasi semasa ini berlanjutan dan berjaya mengatasi pencabar-pencabar tersebut, adakah Chelsea boleh mengatasi rekod Arsenal pada season 2003/04 apabila memenangi 26 perlawanan, 12 seri dan TANPA kalah!. Masa akan menentukan.

Randy Orton juara WWE semula. Sekarang dia seperti hero kesukaan peminat pula. Aku tak tau apa reaksi Triple H bila dia kembali nanti. Mereka berdua kan musuh. Tak tahu lah jika mereka melupakan dendam dan mengelakkan diri masing-masing. Kalau storyline mungkin Triple H turn heel semuala menjadi watak jahat, tak nak la aku. Tapi dia kan selalu turn heel. Sejak bersama Shawn Michaels dalam DX, dia menjadi hero kesukaan peminat. Satu lagi crap ialah who is the mysterious GM..? What the h*** dia hide lama-lama. Macam tak best asyik hantar email jer... Tapi kalau WWE Hall of famer atau former superstar mungkin aku tarik balik dua ayat sebelum nie. By the way, aku suka kane berjaya kalahkan Undertaker, hahaha.

Apalah aku mengarut pasal WWE nie. Biarkan storyline sebeitu rupa. Bila Stone Cold or The Rock or Shawn Michaels nak comeback?. Best la kalau dorang ada. One Piece pun break sampai 4 minggu. Lama tuhh. Jenuh pulak aku menunggunya. Haah, dah masuk komik dah.

TAPI KAN :- jika tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan airnya. sebenarnya ada. masukkan batu satu demi satu macam burung buat, nanti lama-lamaair pun naik. bijak x..?? bllluuurr.. apakah motif ini???