... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Monday, November 8, 2010

( xtau nak tulis tajuk apa :P )

10:44 PM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun ini sambutan deepavali aku teringatkan seorang kenalan semasa di universiti dahulu. Di dalam bilik kuliah, hanya terdapat dua orang sahaja berbangsa india - lelaki (Harvind) dan perempuan (Mahalectmi). Harvind rajin sms wish hari raya semasa kita menyambut aidilfitri dan aidiladha. So, deepavali kali ini aku pun bercadang mengucapkan selamat kepadanya pula. (first time nie, dan dah wish). Aku tiada menyimpan number kenalan india lain, jadi hanya Harvind seorang sahaja yang aku wish, hehe.

Namun, tiba-tiba terdetik dalam kepala otak aku nak wish sms kepada member-member Melayu pula. Aku saja nak tahu respond diorang macam mana. Saja suka-suka. Lalu aku telah 'memilih' 5 orang untuk eksperimen ini. Tak perlu banyak-banyak. Lalu pantun wish pun direka. Jeng jeng jeng.

happy dilwali
jangan lupa tengok filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
@
nama tajuk filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
nak ucapkan happy deepavali
ditujukan khas untuk '___'

Balasannya ada yang membalas dengan wish pantun juga, ada yang seperti hairan, deepavali pun sambut ka? ada pulak yang tanya bila filem dilwale dulhania le jayenge tue ada kat tv? ish, tue pantun la, bukan nak promote film tue dan ada yang tak membalas pun. Kesimpulannya... lu fikirlah sendiri! hahaha.

Kebetulan pulak, sekarang musim banjir di Kedah dan Perlis. Rumah aku selamat. Memang kawasan kampung perumahan kami tinggi sikit. Jadi pengalaman banjir kilat atau banjir besar-besaran tidak pernah terjadi. Syukur. Pada suatu malam, datang sepupu kami ke rumah. Sambil bersembang-sembang topik banjir dan politik tidak boleh dielakkan. Berapi-api dia marahkan tv dan surat khabar kerana melaporkan bahawa kerajaan negeri Kedah lepas tangan dan lambat bertindak. Anaknya yang juga menjadi sukarelawan ada menceritakan yang YB Exco naik bot sambil mata mengantuk dan tersenguk-senguk bagi menghulurkan bantuan, tue pun dikatakan lepas tangan lagi.

"Bila YB kerajaan negeri ada kat tempat penempatan dan hulur sumbangan, kamera tak nak tangkap gambar pulak, tapi bila menteri mai nak salam ja, teruih tangkap gambar tak henti. Tu pun menteri mai bila depa dah ada kat penempatan. Sape yang uruskan penempatan tue kalau bukan kerajaan negeri?" Beliau masih melepaskan kemarahannya. "biaq pi kat depa la nak bohong pon. kita kat kedah nih kita tau la apa yang terjadi,". Inilah rumusannya hasil diskusi panas tersebut. Aku kalau orang-orang tua sembang politik, aku syok dengar. Walaupun jarang atau tak pernah menyampuk.

Kawasan bandar Alor Setar memang teruk dinaiki air. Rumah rasmi MB pun sampai masuk air. Ada motosikal hanya nampak cermin sahaja. Rakan aku, rumahnya di alor setar air naik sampai ke dada katanya. Fuhh, tinggi tue. Hajat keluarga aku nak pergi ke rumah pak menakan pun terbantut bila jalan tidak boleh dilalui kereta. Seseorang yang menunggu kat situ berkata, "balik rehat kat umah la, tak leh pi". Haha, betul jugak. Silap timing.

TAPI KAN :- dulu masa kecik, bila tengok dalam tv kawasan banjir, aku membayangkan betapa syoknya boleh main air, buat pelampung guna tayar traktor, tapi sekarang aku berasa geli pulak bila membayangkan air itu dah dicampur dengan bermacam-macam najis haiwan dan sebagainya... eee, korang bayangkanlah sendiri, hehehe

Thursday, October 28, 2010

SatuCereka...

9:40 AM Posted by HM Hafizd 2 comments
as-Salam

"satucereka" - nama untuk blog yang dipilih semasa mendaftar sebagai ahli free blogger. Kenapa nama itu dipilih? emm, aku rasa secara tiba-tiba. Aku pernah terfikir ingin menggunakan nama "pausbiru.blogspot.com" - disebabkan aku memang teruja dengan haiwan ini - hidupan terbesar di planet Bumi. Namun, nama itu tidak boleh pula, kerana sudah ada yang punya [nah, buka sendiri tengok]. Nama satucereka tiada kaitan dengan satu Malaysia, kerana blog ini lagi awal dibuat sebelum PM Najib menjadi PM lagi. Bila dibuat? Mac 25 2009, tarikh posting pertama 'dilancarkan' dengan bertajuk Pembuka tirai - maka satucereka.blogspot.com telah dibuka secara rasmi.

hibernasi

Semasa membuat blog ini, apa yang penting bagi aku ialah bagaimana mahu me'maintain'kan blog ini supaya sentiasa hidup. Aku katakan hal ini memang masalah utama, bagi aku kerana untuk me'maintain'kan ia perlukan komitmen yang baik, dan aku tidak terasa aku boleh buat pun (akhirnya terbukti kini). Aku bagi dua alasan mudah. Sekarang, PC aku sudah dibawa pulang ke kampug untuk under construction. Jadi, tiada Pc menyebabkan tiada masa untuk menaip. Aku tidak boleh selalu meminjam PC/laptop kawan, hanya jika mereka tidak guna boleh la aku interframe sekejap. Begitu juga dengan connection internet. Semasa zaman U, tiada masalah, tapi kini, ia menjadi masalah.

Begitulah yang terjadi. Namun, aku buat blog bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Aku memang serius untuk menaip a.k.a menulis. Bila PC aku siap @ aku mampu membeli PC baru nanti dan ditambah dengan hubungan internet yang pantas, aku akan aktifkan semula satucereka ini . Itu janji aku pada diri sendiri. o_0

Paul d'octopus

Satu berita yang menyedihkan (mungkin) ialah Paul si psikik Octopus telah meninggal dunia kerana penyakit tua. Menurut yang didengar, jangka hayat sotong kurita memang tak panjang. Jadi, walaupun Paul sudah x ada, namun dia telah mencipta satu keseronokkan (@ ketegangan) kepada peminat-peminat bola sepak seluruh dunia dengan 'ramalan' tepat keputusan perlawanan Piala Dunia 2010. Sebut pasal WC2010, aku tidak puas hati dengan England, tapi kagum dengan Jerman. Sepanyol dan Belanda - aku bukan peminat mereka, hehehe.
skuad hijau kuning

Aksi Kedah kalah kepada Kelantan juga satu kerugian, namun aku rasa Kedah perlu memperbaiki lagi jentera tengah. Aku lihat kurang seronok corak permainan Kedah. Jadi mereka tidak layak pergi ke final pun 'tak apa'. Rata-rata pemain Kedah masih muda dan bertubuh kecil. Agak melampau nak dibandingkan dengan pasukan Chelsea, tapi Kedah boleh gunakan masa ini untuk membuat sesuatu pada tahun depan. Maka zaman 'double treble' Kedah mungkin boleh berulang. Agak malang kepada Helmi Eliza kerana tidak berjaya menjaring gol penalti (Piala FA) dan Kelantan beroleh gol sebegitu. Namun, keseluruhan, dia masih penjaga gol yang hebat menafikan asakan N.Sembilan dan Kelantan.

Begitulah serba sedikit coretan sebelum satucereka berhibernasi. Selepas ini, nak tukar blog template lagi. Aku jarang berpuas hati dengan template nie, ada jer yang kurang, dan aku jelous dengan template blog orang lain. Dorang nampak lawa jer. Semasa menulis posting pertama, aku ada menulis sebegini...

TAPI KAN ;- kat bilik dah la internet x dapat sekarang. Boleh ker aku nak concentrate memblog nie. Ntah-ntah terbiar jer nanti, aduuh.

... nampaknya sejarah telah berulang o_0 hoho

TAPI KAN :- aku memang suka subjek sejarah. aku bersetuju sejarah dijadikan subjek kredit. tapi pembangkang mempertikaikannya. bukan kerana isu kredit, tapi kerana menteri pelajaran mengumumkannya dalam perhimpunan parti - bukan dalam parlimen atau mesyuarat kabinet. yang ini aku pun bersetuju jugak. huahuahua

Monday, September 20, 2010

omong kosong

4:53 AM Posted by HM Hafizd No comments
Tak payah baca pon tak apa ))

Mood beraya a.k.a bercuti masih segar dalam ingatan menyebabkan hari ini tidak produktif langsung. Perasaan malas yang begitu tinggi untuk tidak melakukan apa-apa menyebabkan tetttt... malas nak bercerita. Tau tak per.

Malam ini harapnya Kedah berjaya mengutip 3 mata lagi. Tiada apa yang dapat menafikannya walau Angkatan Tentera Malaysia / ATM sekalipun. Chelsea tengah high spirit - menang semua 6 perlawanan hingga hari ini, menjaringkan 25 gol dan hanya bolos 2 gol sahaja. Unstopable, haha. Aku cukup suka dengan situasi ini. Selepas ini lebih mencabar. Bertemu Newcastle, City, Marseille, Arsenal dan Villa berturut-turut. Tapi, jika prestasi semasa ini berlanjutan dan berjaya mengatasi pencabar-pencabar tersebut, adakah Chelsea boleh mengatasi rekod Arsenal pada season 2003/04 apabila memenangi 26 perlawanan, 12 seri dan TANPA kalah!. Masa akan menentukan.

Randy Orton juara WWE semula. Sekarang dia seperti hero kesukaan peminat pula. Aku tak tau apa reaksi Triple H bila dia kembali nanti. Mereka berdua kan musuh. Tak tahu lah jika mereka melupakan dendam dan mengelakkan diri masing-masing. Kalau storyline mungkin Triple H turn heel semuala menjadi watak jahat, tak nak la aku. Tapi dia kan selalu turn heel. Sejak bersama Shawn Michaels dalam DX, dia menjadi hero kesukaan peminat. Satu lagi crap ialah who is the mysterious GM..? What the h*** dia hide lama-lama. Macam tak best asyik hantar email jer... Tapi kalau WWE Hall of famer atau former superstar mungkin aku tarik balik dua ayat sebelum nie. By the way, aku suka kane berjaya kalahkan Undertaker, hahaha.

Apalah aku mengarut pasal WWE nie. Biarkan storyline sebeitu rupa. Bila Stone Cold or The Rock or Shawn Michaels nak comeback?. Best la kalau dorang ada. One Piece pun break sampai 4 minggu. Lama tuhh. Jenuh pulak aku menunggunya. Haah, dah masuk komik dah.

TAPI KAN :- jika tak dipecahkan ruyung mana nak dapatkan airnya. sebenarnya ada. masukkan batu satu demi satu macam burung buat, nanti lama-lamaair pun naik. bijak x..?? bllluuurr.. apakah motif ini???

Sunday, September 5, 2010

wajik!

1:11 AM Posted by HM Hafizd No comments
Sambil-sambil mendengar lagu raya tue ataupun sambil-sambil menyanyikan lagu raya tue (ini lebih tepat) tersangkut pula dengan lagu Suasana Hari Raya, salah satu lagu feberet nih.

wajik dan dodol jangan dilupakan
peninggalan nenek zaman berzaman

Dodol memang aku pernah tengok atau makan, tapi wajik? confuis sikit? Aku pon menggunakan kuasa indera keramat mengimbas kembali, pernah tak aku makan wajik sebelum nie? 10 saat berlalu... aku rasa-rasa macam tak pernah. Macam mana rupanya wajik nie. Aku pon menambahkan sikit kerajinan bertanya... tanya google. Akhirnya, google keluar gambar-gambar camnie ... (sebab aku request nak tengok gambar)


Nampak boleh tahan. Berwarna-warni ada. Macam-macam perisa. Tapi asasnya dari pulut la. Bahan utama untuk membuatnya. Ceh, macam tahu, padahal baru tahu!. Tak apa, kalau malu bertanya nanti macam rusa masuk kampung pulak.

Akhirnya aku membuat keputusan memang mak aku tak pernah buat pon wajik masa raya. Sama ada 'malaih' ka atau tak reti aku tak tau pulak. Tak berani nak tanya. Aku pulak biasa-biasa ja, sama ada teringin sangat pon tak jugak, mengidam nak try pon tak jugak. Yang penting raya nih mesti mau ada samprit dan mazola, hahaha. Feberet giler nih.

Akhirnya (untuk kali kedua) persoalan tentang wajik terjawab. Dapat jugak aku mengenali wajik nih macam mana bentuknya kan. Rasa jer belum lagi. Nanti-nanti 'merendek' rumah orang melilau la tengok kot-kot depa ada buat aka beli wajik nih. Time tue, ambik la satu. Persoalan terjawab. Hoho o_0

si polan : Ceh, hampeh... padahal setiap tahun dok nyanyi lagu tue, baru sekarang nak cari. Blah la lu... Saje nak buat alasan tulis post kat blog la tue. Piiiiirraahhhh.
HM :
Oit, sabar-sabar... bulan posa nie. kot yer pong jangan la pecah tembelang. Adoiyai...

TAPI KAN : tadi aku baca paper, tertarik dengan satu artikel nieh, sekarang jarang orang kenal kuih-kuih tradisional sebab biskut/kuih seumpama almond london and its geng dah interframe. adakah aku termasuk dalam spesies nie? adoiyai... Selamat berhari raya, minal aidil wal faizin o_o

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan

10:11 PM Posted by HM Hafizd No comments
Kebanyakkan lagu-lagu yang menceritakan tentang seseorang yang menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan, kelebihan-lebihannya, manfaatnya, harapannya di bulan Ramadhan lebih didominasi oleh kumpulan nasyid. Di antara banyaknya bilangan lagu Ramadhan ini, (kalau di cari betul-betul, banyak juga, termasuk dari Indonesia dan antarabangsa) saye telah memilih 5 lagu kesukaan yang dikira sangat menarik dari segi lagu, lirik dan vokal penyanyi tersebut. Sudah tentu 7 lagu ini hanya dari Malaysia.

7. Ramadhan - BROTHERS


6. Mulianya Ramadhan - Amir

Lagu ini termuat dalam album RAIHAN - Maafkan yang mngandungi koleksi lagu-lagu Ramadhan & Hari Raya oleh RAIHAN dan beberapa artis undangannya.


5. Bulan Ramadhan Bulan Berkat

Lagu ini nyanyian asal oleh NADAMURNI. Namun HIJJAZ pernah merakamkan semula lagu ini dalam album Nur Syawal. Namun saye paling suke version duet SAUJANA, SAFF-ONE & Amar untuk lagu ini, tapi lama-lama mencari tak jumpa pula.


4. Ramadhan Bulan Puasa - AEMAN

Suara kumpulan kanak-kanak ini memang best, ditambah pula lau ini memang melodinya pun sedap. Lagu ini asalnya (kalau tak silap) nnynyian asal NADAMURNI juga.

Tak jumpa video. Muat turun mp3 di ini (thanks for 4shared.com)

3. Amalan Ramadhan - NADAMURNI


2. Pertama Ramadhan ini - FOTOGRAF

saye agak terkejut bila mendapati lagu ini. Pertama kerana ia old school, kedua kerana ia dari kumpulan rock/pop. Saye perasan pun sebab ia menjadi lagu tema sebuah drama bersiri sempena Ramadhan dulu-dulu.


1. Harapan Ramadhan - RAIHAN & Man Bai

walau sebanyak mana sekalipun, lagu ini tidak pernah bosan. Jadi saye meletakkannya dalam ranking no. 1. Walaupun main vokal ialah Man Bai, suara harmoni RAIHAN telah menambah rencah 'kesedapan' lagu. Lebih-lebih lagi, liriknya begitu dekat denga kite semua (especialy saye ler)


Lagu-lagu lain walaupun tidak termasuk dalam carta top7 ini, tapi ia tetap mempunyai nilai-nilai tersendiri dari segi lirik dan lagu dalam memperkatakan tentang bulan Ramadhan al Mubarak

RAIHAN - Lailatul Qadar
Ramli Sarip - Ramadhan
Rem - Mulianya Ramadhan
BROTHERS - Ramadhan
IN-TEAM - Kemulian Ramadhan
UNIC - Muhasabah Ramadhan
HIJJAZ - Rahmat Ramadhan
HIJJAZ - Sinar Ramadhan
UNIC & MESTICA - Hikmah Bulan MUlia
Opick - Ramadhan Tiba
RABBANI - Hikmah Ramadhan
RABBANI - Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
dll lagi...

TAPI KAN :- pada mulanya hendak menggunakan tajuk Lagu + Karaoke tapi, tak jadilah. Ubah keputusan 180 darjah maka guna tajuk ini, walaupun kurang 'bersetuju' kerana kelihatan terlalu 'formal'. benarkah..??? hahaha