... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Tuesday, August 25, 2009

Lagu + Karaoke : Intro

1:32 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Ada banyak genre lagu di dunia ini. Pop, rock, dangdut, RnB, nasyid, hip hop dan pelbagai lagi yang aku pon tidak tahu jenisnya. Memang banyak dan apabila lagu-lagu ini disesuaikan lirik dari pelbagai bahasa, maka terhasillah bunyi yang indah dan sedap di dengar oleh halwa telinga. Baca dalam (news)paper, dorang kata ada 12 nod dalam lagu, dan musician menghasilkan melodi lagu dari 12 nod ini sejak dari dahulu sampai sekarang. Apa nod tersebut tidak ketahuan la pulak. Mungkin do re mi fa so la ti ... tak cukup 12 pon.

Aku agak 'slow' dalam mengikuti perkembangan lagu-lagu yang popular nie. Aku mula mendengar lagu Pergi Tak Kembali dari nyanyian member. Dia siap dah boleh menghafal lagi lagu tue. Bila dengar dari nyanyian dia sedap jugak. Barulah mula mencari kaset lagu tersebut. Begitu juga lagu Jesnita. Member siap boleh menghafal lagi lagu nie, aku masih tak tahu. Aku ingatkan nama 'awek' baru dia. Tak pon nama pelajar baru kat sekolah. Padahal lagu itulah yang menaikkan semula kumpulan itu yang suram sebelumnya.

Aku sangat jarang dengar radio. Mungkin itulah sebabnya. Jika di sekolah menengah, aku lebih suka mendengar kaset-kaset yang sedia ada. Di universiti, komputer dan internet lebih menarik perhatian dari radio atau tv sendiri. Mungkin masa matrikslah waktunya mendengar radio. Hanya itulah hiburan yang ada. Ditambah lagi room-mate membawa radio. Jadi layan jelah. Sekarang, bagi mengetahui lagu-lagu terbaru di pasaran, aku lebih suka melihat senarai carta radio di hujung minggu. Lagu mana yang mendapat top 10, lagu itu akan dicari dan di download kemudiannya. Jika berkenan, terus disimpan dalam folder mp3. Jika tidak, di 'recycle bin' kan je la jawabnya. Bahagianya hidup.

Adapun mengenai karaoke, aku mula berjinak-jinak hanya pada tahun dua di universiti. Itulah mulanya aku mula memasuki bilik karaoke. Pertama kali aku pergi dengan Kirk dan Abe (bukan nama sebenar). Setelah saat itu, aku mula 'gian' mula nak menguji vokal nie. Kata orang sesetengah lagu sesuai dengan vokal aku, sedap di dengar, haha. Masa pertama kali itu, aku memilih lagu Dambaan Pilu dari Khai. Kena perli dari dorang pulak sebab tak rock. Jiwang karat. Papon, semput jugak la aku nak nyanyi part chorusnya. Tinggi tone dia. Jadi tak nak 'jiwang-jiwang' lagi, aku memilih lagu Mentera Semerah Padi version duet dengan Spider kemudiannya. Ini pop rock sikit. Pon tak sesuai jugak. Ada part yang kantoi. kecewa... Perlukan back up vokal dari dorang, haha.


TAPI KAN :- kalau nak pergi karaoke, lebih baik pergi bergeng, kalau sorang2 x feel nak nyanyi nanti. Aku pernah melaluinya...

Wednesday, August 12, 2009

"...asyik mencuri jer!!!"

10:40 AM Posted by HM Hafizd 1 comment
Sambungan cerita oleh Cik Eila dan Cik Mila kepada penaip bersama kawannya di restoran McD.

'hak hak hak...' ketawa sakan penaip kali ini. Nasib baik burger sudah habis dikunyah, kalau tak, tersembur la jawabnya. Cerita Cik Eila memang kelakar. Penaip rasa, kalau apa yang dia cerita malam nie dibuat untuk ujibakat raja lawak astro, confirm dapat punya. 'Hari tue tengah tidur dalam bilik, room-mate Cik Fida tak ada dalam bilik. Tengah masih mamai gitue, rasa ada benda kat tingkap. Bila tengok je, apa lagi, menjerit la. 'Ko nak apa ko ambik la, jangan cederakan aku... jangan cederakan aku...!' Terus Cik Eila buka pintu dan lari ke bilik member. 'Hak hak hak...' Penaip cuba membayangkan adegan tersebut. Lawak sungguh dari ceritanya.

Lain pulak kes Cik Mila. Lebih sempoi. Cik Mila pon cerita masa dia tengah tidur, dengar macam makhluk tue datang mengganggu. Tapi Cik Mila cool, berani, memang selamber. Mungkin dengan mamai dan tanpa berperasaan, terus Cik Mila menghalau makhluk tersebut. 'Suhh suhh' Hairan, mau pulak makhluk tue mendengar cakap Cik Mila, ilmu apa yang dia pakai entah. terus makhluk tue pergi ke blik sebelah... barangkali.

Cik Eila terus menyambung. Masa tue tengah studi dalam bilik. Ada dalam 7 orang jugak la semuanya. Kebetulan Cik Eila membelakangkan tingkap. Semasa semua orang tengah khusyuk menelaah tue, tiada orang sedar ada sesuatu kat tingkap. Tiba-tiba masuk seorang kawan. Mukanya berkerut. 'Ko nie apa hal'. Cik Eila berasa hairan dengan wajah kawannya tue. 'Mo... nyyeeeet.. Mo... nyyeeeet'. Namun suaranya yang perlahan dan terkejut itu tidak mampu ditangkap oleh Cik Eila dan kawan-kawan. Masuk lagi seorang kawan ke bilik itu, 'Argh.. monyet!!!' Dia menjerit agak kuat.

Apalagi, time nie la semua sedar apa yang berlaku. Terus berlari ke muka pintu. Masing-masing sangat takut dan fobia. Si monyet tue apa lagi, mengacah-acah la mereka semua. Dah semua takut kat dia. 'Hak hak hak...' Penaip cuba membayangkan adegan tersebut. Lawak sungguh dari ceritanya. En Hilmi pun tak boleh tahan. Menekan-nekan perut dia dari tadi. Disebabkan semua berlari ke muka pintu, dan pintu itu pula dibuka ke dalam, jadi tak dapat dibuka. Dengan masing-masing tengah panik, tak dapat berfikir dengan betul. Akibatnya terkandas dalam ketakutan la jawabnya 3, 4 minit kat situ.Terpaksalah hari tue Cik Eila mengorbankan beberapa bungkus makanannya.

Cik Mila pula terus menyambung tanpa disuruh. Ada seorang kawannya membeli nasi goreng ayam dua bungkus. Dalam perjalanan pulang ke bilik tue, terjumpa seekor monyet yang garang. Dengan selambernya dia merampas plastik yang di bawa kawan Cik Mila. Berani betol. Yang si kawan Cik Mila nie tidak begitu berani sangat, jadi terpaksa redha jelah. Nak menambah panas di hati, monyet tue hanya ambik ayam je. Bukannya nak makan semua pon. Rugi 8 ringgit sebab monyet punya pasal. 'Hak hak hak...' walaupun rasa kesian, tapi penaip tetap gelak juga. Gelak dalam hati. 'Hak hak hak...'

Jahat juga makhluk nie. Perempuan yang selalu jadi mangsa. Blok lelaki sorry la monyet nie berani masuk. Siap-siap masuk sihat walafiat, keluar tercapit-capit lak nanti. Ni bukan penaip yang cakap, dorang juga yang bercakap cam nie. Tapi, di sebalik semua tue, Cik Eila memuji juga monyet nie. Ehh, nape lak? 'Ya, ada sekali tue monyet nie masuk bilik, dia ambik semua makanan yang kat atas meja. Maggie, gula-gula, roti. Tapi, yang konfiusnya monyet tue tak ambik semua. Dia tinggal semua benda dua atas meja. Maggie dua bungkus, gula-gula dua biji, roti dua bungkus. Yang lain semua dia kebas'. Dalam penaip dan En Hilmi tengah berfikir-fikir gitue, Cik Mila mencelah 'Tue sebab dalam bilik kan dua orang penghuni ja. Sebab tue dia tinggal dua untuk korang'. Emm, logik jugak. 'Hak hak hak...'

TAPI KAN :- Adakah monyet ini berani masuk ke kawasan asrama disebabkan banyak kawasan pokok di UKM telah ditebang..? Habitat terancam..? Makanan berkurang..? Boleh jadi ...

Wednesday, August 5, 2009

M.C.

10:36 AM Posted by HM Hafizd 4 comments
Sudah 12 hari tak memetik keyboard kat skrin blogger nie. Aku memberikan diriku M.C. Aku terkena penyakit berjangkit yang menyesakkan badan dan urat saraf. Orang-orang lama memanggilnya sebagai panas badan. Orang-orang moden mungkin lebih popular dengan istilah demam. Tapi para doktor lebih suka menghuraikannya sebagai lemahnya sistem tubuh untuk melawan virus + bakteria penyakit ini, yang begitu mudah tersebar. Aku pula lebih suka memanggil penyakit ini sebagai penyakit untuk tidur seharian.

Namun, kesannya memang mendalam. Ada kes penyakit ini pon boleh membawa seseorang itu ke alam Barzakh. Syukur aku sudah sihat. Masih dapat menghirup oksigen. Rupa-rupanya member aku SODIUM pon sakit juga rupanya. Syukur dia pon sudah sihat. Cuma bezanya aku tidak kentut seperti dia. Dia memang kuat kentut, sejak dari sekolah lagi. Aku sudah terbiasa, sampaikan sudah tidak dapat cam lagi bagaimana baunya kentut dengan baunya tandas. Semua dia punya pasal. Aku redha sahaja.

Aku bermula dengan batuk-batuk kecil dan merdu. Kemudian batuk besar berkahak. Tolong jangan jijik dengan aku. Aku juga insan biasa. Kalau dulu-dulu, aku lebih suka meminum ubat batuk cap peparu. Aku cuba cari kat Mr Google gambar dia, tapi tidak terjumpa. Frust gila aku. Mau ja aku merajuk men'cancell'kan taipan aku ini. Bila aku berfikir secara matang, biar jelah, aku teruskan. Sambung pasal penyakit aku, keesokkannya aku mula rasa panas dan lemah. Mataku mula memerah. Aku sampai termuntah. Ini semua gara-gara aku menelan 10 ml ubat batuk ini, Bena Expectorant. Aduh, seksanya. Sebab itulah aku lebih suka ubat batuk cap peparu. Aku tidak pernah sampai muntah walau menelan 2 sudu teh besar sekalipun. Sangat sesuai dengan sistem imuniti dan ketahanan tubuhku. Sampai sini, jangan jijik dengan aku. Aku juga insan biasa.


Aku tidak tahu H1N1 ada berhubung kait atau tidak. Aku belum berjumpa dengan doktor, tabib atau bomoh. Aku kembali pulih sikit demi sedikit hasil kerja kerasku makan panadol dan tidur yang tidak diganggu. Nak suruh makan, lidah aku terasa kelat. Hilang selera makan. Kecewa juga bila aku hanya dapat memandang sepi nasi ayam, kuih lapis sarawak dan muffin dengan begitu sahaja. Kalau tak, aku memang pesaing mereka yang paling handal dalam menghabiskan juadah tersebut. Sudah rezeki mereka. Seorang kawanku memberikan flyer mengenai H1N1 dan suruh aku membaca dan berwaspada. Cilakak, aku tahu tujuannya murni dan mulia. Tapi sebenarnya aku seriau juga.

Aku ingat nak bercuti selama 20 hari. Sekarang sudah 12 hari. Ada lagi 8 hari lagi. Aku hampir terlupa nak sambung entry lalu. Neuron di serebelum dan di serebrum asyik berpindah randah membikin zarah otak tidak stabil. Medula Oblongata pula asyik menyuruh tulang belakang aku bersandar di tilam sahaja. Kalau di tempat lain mulalah jadi tak betul. Hati aku pula macam mengiyakan sahaja tiga-tiga otak itu. Otak memang bijak, jadi kena ikut cakap otak. Entah bila mereka bekerjasama pon aku tidak tahu. Mungkin mereka berhubung melalui sel darah merah atau oksigen barangkali. Ciss, ada yang tidak menurut arahan aku selaku tuan. Memang nak kena hukuman. Aku fikirkan hukuman itu dalam mimpiku nanti. Aah, tidur lagi. zzzzzzzzzzzz


TAPI KAN :- Aku pon tak tahu M.C tue apa. Medical Checkup ka... Medical Certificate...? Aku hantam sahaja...

Sunday, July 26, 2009

"Makhluk nie Memang...!!!"

12:21 PM Posted by HM Hafizd 4 comments
Seperti yang diceritakan oleh Cik Eila dan Cik Mila kepada penaip bersama kawannya di restoran McD.

'Ramainya orang', kawan penaip, En Hilmi seolah-olah terkejut. Eh, biasalah keadaan cam nie. Malam hujung minggu lak tue. Mesti ramai orang. Penaip hanya mengomen dalam hati. Di sebelah, Cik Eila dan Cik Mila masih membelek kupon free untuk menyantap hidangan McD nanti. 'Dah confirm ke belum' penaip mula berasa lenguh berdiri lama. Setelah 5 minit berdiskusi, kedua-dua teman baik itu pun berpaling dan senyum lawa 'Dah... korang pergi book tempat dulu eh, nanti penuh pula'. 'Okey, jangan lupa beli ais krim sundae chocolate' Sempat lagi penaip memesan hidangan favourite penaip nie.

Kami mencari tempat yang strategik kat belakang, dindingnya bercermin boleh melihat suasana di luar. Yang di dalam kurang orang, sesuai sangat untuk cerita panas nanti. 'Macam mana dengan kes dulu, ada cerita baru tak', tanya penaip kepada En Hilmi. 'Ada, tapi dua orang tue lagi tau cerita nie. Lebih baik tanya dorang nanti. Dalam kelas ada kawan tunjuk gambar, cam tak percaya pun ada'. Penaip agak terkejut. Sampai ke situ pula jadinya. Selama nie penaip hanya membaca laporan kurang tepat la gamaknya. Kemudian, kami berceloteh pasal bola pulak, projek dorang dan lain-lain lagi.

Kemudian dalam 5 minit, Cik Eila dan Cik Mila mengusung dua hidangan santapan kitorang. Tak tergerak lak baik penaip mahupun En Hilmi untuk membantu. Biarkan dorang yang layan. Tapi, dorang berdua pun tak komplain, bagus juga dorang nie, mungkin tak terpengaruh dengan gadis-gadis yang asyik mengada-ada ja. Kononnya nak bermanja, tapi menyampahkan lagi ada la. Siap penaip puji lagi dorang nie, haha.

Selepas penaip membaca doa (saja nak taip, bukan nak riak ka apa), kami pon mula menjamah. Ais krim penaip nampak begitu menggoda. 'Camne projek, banyak ke duit sponsor yang dapat?' Soalan cepumas penaip kepada mereka. Kebetulan Cik Eila sekarang ialah pengarah projek dan Cik Mila ialah marketing dia. Hebat tuh. Ini perempuan millenium nie, kental dan gigih, bukan calang-calang orang boleh buat projek, ditambah ekonomi yang tak menentu nie, ada ke orang nak bagi sponsor?

Penaip melalut lagi, belum mula cerita lagi, dah sibuk puji-puji dua gadis pingitan nie lak. Pasni pasti kembang hidung dorang mendengarnya. Ops... membacanya. 'Macam mana dengan kes itu, ada cerita tak yang baru'. Tanya penaip, sekarang kepada fokus persoalan. 'Tanya la En Hilmi, dia pun tau'. Cik Mila seolah-olah segan nak bercerita, takut barangkali. 'Tadi En Hilmi dah cerita dah, yang lain tak da ka, mana la tau, dari pandangan perempuan, mungkin ada versi cerita lain pula', giat penaip lagi. 'Memang ada banyak cerita' Cik Eila pula bersuara. Tapi nampak macam segan nak meneruskan. Tak boleh jadi nie, penaip mula memikirkan idea lain macam mana nak bagi dorang buka mulut. 'Korang ada tak gambar...' belum sempat penaip nak habiskan En Hilmi memberi isyarat seperti meminta penaip jangan sambung 'Dorang tak tau pasal gambar tue, itu member kelas yang kasi tengok, antara kitorang ja'.

Pulak. Ingatkan semua dah tau. Nak cover line, penaip buat gear gostan / go a stand, 'Korang ada tengok tak gambar filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Laku filem tue. Dah 6.3 juta'. Kedua-duanya hampir serentak berkata dah. 'Best jugak ah, kelakar cerita tue. Seronok, bukannya takut' Cik Eila mengomen, menyebabkan hati penaip rasa ralat tak tengok lagi filem tue. Penaip pantang kalau filem Melayu yang dapat lebih 4 juta, tapi penaip sendiri tak tengok lagi. Bagi penaip, filem tu tentu ada nilai X kerana mampu menarik orang pergi menontonnya. Filem setakat dapat 1-2 juta penaip tak heran sangat. Penaip bukan prejudis dengan filem Melayu, tapi penaip malas nak layan, biar la orang lain. 'Sekarang kan kat bilik tak puas hati betul la, ada ja yang hilang' Cik Eila membuka mulut bercerita.

- bersambung

TAPI KAN :- Sebenarnya hajat di hati nak makan kat KFC, tapi berkecai la pulak bila mana Cik Mila ingin menggunakan kupon diskaun McD nya tue. Terlepas 'KFC separuh belanja' malam tue...

Friday, July 24, 2009

Segelas Teh Ais di Kafe

8:16 AM Posted by HM Hafizd 5 comments
Malam ini ubah selera sikit, makan kat kafe pula. Dok usha, dok perathi lauk-lauk, semua cam tak bermaya ja nak makan. Tukar plan, pergi isi kertas order. Nasi goreng kampung + telur mata menjadi pilihan. Itu je mampu untuk malam ini. Esok-esok try order nasi beriani lak, kalau ada la. Jadi, sementara menanti nasi masak, order segelas teh ais dahulu. Terus ambik pot kosong dan duduk di situ.

Dalam kafe malam nie tak la ramai orang sangat. Di depan, atas skrin tv ada menayang perlawanan bola. Dari tadi dok perathi juga, tapi jauh tak nampak sangat siapa yang lawan. Bila dah mai dekat, rupanya Man United vs something club from Korea rupanya. Ini friendly games. Dah 2-2. Macheda score. Wow, boleh tahan kelab Korea tue score dua biji. Beberapa minit kemudian, Berbatov, Owen, Scholes masuk padang. Aku terus leka menonton perlawanan bola di tv sambil menikmati hirupan teh ais dengan strow.

Sekilas, aku ada memandang kiri kanan. Dengan harapan dapat mencuci mata sikit. Di sebelah kanan langkau 2 meja dari aku ada 4 orang gadis duduk di sana. Rancak sekali berbual. Di depan tv, meja paling dekat dengan tv, ada 2 mamat yang sambil makan sambil kepala melangut ke skrin. Penyokong kipas-susah-mati MU kot nie. Yang lain, ada beberapa orang lagi yang lebih suka berbual dari fokus pada perlawanan. Juga ada yang menunggu seperti aku. Menunggu bila la makanan order boleh siap. Sambil itu aku tetap menghirup teh ais aku ini. Lemak berkrim pula malam ini rasanya. Lain dari sebelum-sebelumnya. Goal!!! Terkejut sikit aku. 2 orang mamat tadi menjerit kuat bila mana Berbatov meyumbat goal. Sekarang sudah 3-2.

Aku sambil-sambil melilau pada bola, sambil juga melilau pada meja 4 orang gadis tadi. Terbekenan pula rasanya. Dalam pemerhatian aku, yang pakai tudung hijau tue paling cute. Number 2 gadis sebelah kiri dia. Number 3 yang bertentangan dengan si tudung hijau tue, dan number 4 yang di sebelah kanannya. Dalam aku sejenak mengusha tanpa kebenaran tue, tiba-tiba si number 4 paling cute pun kebetulan kalih ke arah aku. Cis, malu aku kalau dia perasan aku dok usha depa. Sambil cover line aku pon menyumbat strow ke dalam mulut lagi. Tapi dia perasankah atau aku yang terperasan? Entah-entah dia perathi kat belakang aku. Mana la tau.

Dalam aku nak fokus balik, terdengar giliran aku dipanggil "number sembilan puluh sembilan..." Sebelum aku nak bangkit, sempat menghirup sikit lagi teh ais. Alamak, kali ini baru aku betul-betul perasan, teh ais aku dah hampir habis. Ciss, nasi belum makan air dah nak habis. Kalau tercekik satgi cam mana. Emm, otak dah mencongak. Tak pa lah, order je lah. Bila dah sampai depan kaunter tue "teh ais satu..."

TAPI KAN :- kalau la si tudung hijau tue yang pandang ke arah aku tadi, sudah tentu aku akan menghadiahkan senyuman lawa kepada dia. Aduhai...