'Aku kecewa siot, En Annuar (si pengetua) tak nak approve aku punya friend request kat facebook'. Bob mencelah. 'Haha, aku dia approve'. 'Terasa siot, dah la perkampungan pon dorang tak ajak aku, aku nak add facebook pon tak mau approve'. haha, penaip ketawa. Berasa lucu pula hal nie pon Bob nak ambik hati. habis ja makan, sembang-sembang kejap kami pon balik untuk bersembahyang...
Bila hari pertama penaip sampai sini, Pusanika blackout. FSSK, FST, FEP pon sama. Disebabkan ada main wayar yang meletup. Hampir dua hari jugak la. Nasib baek kolej tidak tersangkut dengan gejala nie. Namun, plan berpoya-poya tetap diteruskan.
Hari rabu, tiket wayang di Kajang murah, 6 ringgit jer. Terima kasih la untuk Cik Bat kerana membelanja penaip dan Cik Idaa tengok MySpy. Seronok ketawa. Nak tengok Jalang macam 'segan' pulak berlainan jantina nie, haha.
Hari Ahad dapat berjumpa lagi dengan teman lama dari Kelate dan Putrajaya. Cik Ina dan Cik Elza pergi berholiday kat Melaka bukannya nak beli souvenir pon. Hanya belanja breakfast kat kedai mamak Al Fariz Maju ja. Terima kasih untuk Cik Ina, hehe. Tapi jumpa kejap sangat, tak sampai sejam. Tak sempat la penaip nak melepaskan rindu dendam setelah hampir setahun tidak bertemu wajah, emmm.
Kali nie Kams, Bob dan penaip turun makan kat kafe lagi. Sebelum Kams, Cik Idaa, Cik Mila dan penaip keluar ke Times Square. The night before Christmas Day. Bob dioffer untuk join sekali namun dia hendak pulang ke kampung. Begitu juga Cik Haz yang terkantoi dengan kitorang kat komuter UKM, jugak balik ke kampung. patut la orang ajak tak nak. Habis ja makan, rehat-rehat untuk makan turun ke perut,
'aku rasa lapar lagi doh'. Kams bersuara.
'Ko nie, kita nie makan jangan nampak macam kebulur sangat', Bob bersuara.
'Mak aku cakap, kalau pasal makan, duit jangan berkira. guna la banyak mana pon'. Kams respond balik. Seperti biasa, penaip malas nak masuk line. Biarkan mereka.
Malam itu kami berempat main bowling sambil makan McD. Semuanya di sponsor oleh Kams dan Cik Idaa. Wahh, patut la rasa sedap lain macam ja McD nie. Main bowling cam biasa, masuk longkang ja banyak. Tapi... emm emm
sekali strike beb!!!. Pergh, power giler. Akhirnya dapat number 3/4. Okey la kan. Pulangnye beli KFC untuk makan malam di bilik urusetia. Kams sempat beli topi santa lagi.
Hari-hari terakhir disudahi dengan berkaraoke. I love music. So, penaip bersama-sama Kams dan Cik Idaa sekali lagi keluar ke Kajang. Tujuan utamanya hanya satu. Menyanyi sampai puas!!!. 19 buah lagu kami persembahkan. Wah, semuanya kedengaran sedap-sedap belaka. Dimulakan dengan Cari Jodoh dan diakhiri dengan Cek Mek Molek. Pulangnya Cik Idaa sampai suara menjadi serak.
Masa untuk penaip untuk meninggalkan 'seketika' Uk-M pon bermula. Kams, Cik Idaa, Cik Sya, Cik Eila sudi menghantar penaip sampai ke perhentian bas Kajang. Saladin dan temannya yang menonton bola turut melepak sama. Kami menunggu bas di kedai makan, sambil minum-minum, sembang-sembang dan menonton bola. Apabila penaip sudah naik ke bas, barulah mereka semua pulang. Terharu jugak 'kepulangan' kali nie. Tanpa di sangka-sangka, penaip mendapat hadiah dari Cik Soleha. Terharu habis. Sempat lagi memesan bila dah sampai nanti message ler... Okey!!! Jumpa nanti bila penaip datang lagi lepak-lepak di Uk-M. Bye bye ...
6.40 Pagi, Alor Setar - Kapal terbang yang dinaiki telah selamat mendarat di Alor Setar. Rupanya gegaran tadi disebabkan kapal terbang berlanggar dengan awan, sampaikan terkejut jaga dari lena yang panjang. Aah, dah sampai rupanya...
TAPI KAN :- peristiwa nie sudah hampir 3 minggu berlaku. baru nak postkan. Confuis jugak memula, nak post ke x, nak post ke x... akhirnya... semoga berjaya Kams dan his team for hari kerjaya bulan dua nanti. all de best team hk... all de best soleha...