... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, February 12, 2012

Mengejar Impian

2:49 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Tajuk macam best. Tapi jangan percaya isi kandungannya memberi sesuatu makna ... atau kata lain sumber inspirasi. Hahh, seperti jangan menilai sesebuah buku pada gambar kulit hadapannya, atau kata-kata pada kulit hadapannya, atau warna dan corak pada kulit hadapannya. Tapi nilailah pada buku itu setelah anda menyemak dan membaca helaian demi helaian sehingga muka surat terakhir. Sehingga anda telah sampai ke destinasi terakhir, di situ anda hanya ada dua perasaan - suka atau benci. Anda suka buku tersebut melalui pujian melambung tinggi anda berikan, pengarang buku, walaupun mungkin anda tidak kenal, turut mendapat tempias pujian anda. Buku tersebut akan anda jaga dengan rapi, berasa rugi kalau hilang, ragu-ragu kalau kawan mahu pinjam, takut mereka tidak menjaga dengan sebaik-baiknya seperti anda. Selang dua tiga hari atau lebih cepat dari itu anda akan membelek-belek semula buku anda, mencari muka surat paling menghiburkan. Anda akan selalu tersenyum, atau tersengih-sengih semasa membacanya, sehingga jika rakan-rakan anda lihat pun mereka tertanya-tanya, tapi disebabkan mereka tidak suka membaca, mereka menahan diri bertanya (hehe), dan yang penting, anda akan mempromosikan pada rakan-rakan anda, termasuk dengan pujian akan keseronokan membaca buku tersebut, tapi yalah, anda tetap berasa sedikit ragu-ragu jika kawan-kawan muhu meminjam. Anda juga yang pastinya memuji diri sendiri kerana telah membeli sesuatu yang bernilai. Tidak pernah berasa rugi dengan jumlah wang yang dikeluarkan.

Bagaimana setelah habis membaca anda berasa benci? Dipendekkan cerita, perasaan benci kepada buku membawa kepada perasaan rugi kerana membeli, buku dibiarkan tak tentu hala, tidak pernah berasa peduli jika anda terlupa buku itu diletak di mana-mana, atau buku itu hanya dijadikan alas sesuatu benda, dan jika kawan mahu pinjam, anda tidak kisah berapa lama mereka mahu meminjam, anda tidak terasa mahu bertanya, ikut suka mereka mahu memulangkan segera atau lambat. Perasaan ini anda alami setelah tertekan untuk meneruskan pembacaan, berasa bosan, bila la nak habis muka surat ini? membaca hanya sambil lewa dan tidak terniat untuk mengulang baca buat kali kedua!

Impian aku untuk menulis, tetapi nampaknya usaha ke arah itu masih belum menampakkan ... usaha! Macam hal sekarang, apabila aku menulis tajuk "mengejar impian", aku tidak pernah bercadang nak melencong kepada hal-hal buku pulak. Semuanya kerana 'don't judge book by its cover' tadi. Aku ada satu lagi yang aku panggil bad habit dalam membaca buku ini, apabila aku suka ingin tahu ending terlebih dahulu. Suka membelek-belek bahagian tengah dan terakhir, jika endingnya aku suka, maka aku berminat nak menghabiskannya secepat mungkin. Tapi bila endingnya aku tidak suka, buku itu mungkin mengalami nasib ... terperam begitu sahaja ... Bak kata Siti dalam Nirmala ... Aduhai......

Ya, perkataan buku itu aku tujukan kepada N.OV.E.L!!!

TAPI KAN :- walaupun aku suka novel diadaptasikan ke filem atau drama, tapi bukan semua aku suka dan bagi aku secara jujurnya aku 'kurang' berkenan dengan filem Ombak Rindu... tapi ramai orang suka pula. Jadi termasuklah aku dalam golongan minoriti. Aku menunggu sampai ke penghujung drama Bicara Hati...

3 comments:

NEL said...

amboiii japan style gituu..kekeke. Lama tak berblog noooo...

Mari lah aktif kembali!

:D

NEL said...

amboiii japan style gituu..kekeke. Lama tak berblog noooo...Mari lah aktif kembali! :D

woi..buang la yang word verification tuu..menyusahkan tau dak..takdaknya spam nak masuk sangat..kalau ada hang delete ja laa.. :D

HM Hafizd said...

aku dh buang dh japan style... aku sedang berxperimen dgn template... yg mana best... haha ))

ye, mari berblogging semula...