... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Friday, August 6, 2010

'double decker'

1:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Aku telah mencatat rekod menaik bas double decker baru-baru nie. Secara kebetulan. Bukan kemahuan aku sangat. Aku seboleh-bolehnya nak mengelakkan diri daripada mencatat rekod, tetapi rekod mengejar aku jugak. Aku pulak masa membeli tiket tak terasa hati langsung walau sekelumit kuman nak tanya nie bas satu decker ke double deaker. Aku hanya tanya nie bas 3 seats ker? No. flat bas apa? Tanya 3 seats sebab aku nak menyakinkan diri bahawa aku membayar tambang untuk seat VIP yang lebarnya mempunyai 3 seats bukan 4 seats. Manakala no. flat pulak sebab aku tak mahu buat lawak percuma tiba-tiba tersalah naik bas. Bukan tahap aku membuat lawak-lawak percuma sekarang. Koman-koman pun 100 kena bayar. Ada berani?

Keperasanan aku mengatakan aku sudah cukup bijak dan bersedia untuk perjalanan malam itu tidak bertahan lama. Platform 5, ada 2 biji bas, yang di depan bukan bas aku, yang belakang, aku rasa yer. Dengan yakin dan bergaya aku menapak ke bas di belakang. Sah, no flat sama. Ini memang bas yang bakal membawa aku ke wilayah baru. Mak aih, bas 2 tingkat? Aku bercakap benar bahawa aku baru terperasan. Pada detik itu aku baru telah memecahkan rekod menaiki bas double decker. Cuma rekod ini betul-betul tidak dirancang. Kalau tidak walau tanpa rela seharusnya ditangkap gambar dan dipublish ke media bahawa aku telah memecah rekod tanpa sedar malam ini. Ini pecah rekod tanpa sebarang promosi menyebabkan aku terpaksa menerima dengan rela. Rugi betul.

Aku suka bila tempat duduk aku sebelah atas. Aku nak gelak sekejap bagi membuktikan aku sangat suka. Hahaha. Penumpang tak ramai naik lagi, aku teringin nak kena icon dalam bas secepat mungkin. Tanpa membuang saat aku menapak ke atas, anda tidak perlu risau tertanya-tanya jika langkah aku sumbang ke apa kerana aku memang mementingkan kegayaan. Jadi, walaupun aku tidak mentionkan di sini aku menapak dengan bergaya ke atas, tapi korang yang budiman sudah tentu faham bukan. Tak perlu dihuraikn banyak kali Ok. Aku mendapat tempat duduk 10C, 10B pulak kosong (dan sampai dah tiba pun memang xdak orang pun sebelah aku) jadi aku mengconquer kedua-duanya. Bukankah aku dapat meneutralkan kegatalanku dengan tiadanya gadis di sebelah. Jadi aku menempuh perjalanan malam dengan tenang dan tanpa dosa memandang.

Malangnya dua orang ceweks di belakang aku jenis semut merah yang tak pernah tidur. Mentang-mentang mulut mereka merah, mereka ingat mulut mereka tue mcam semut la, bekerja setiap masa. Pot pet pot pet tak henti-henti. Sembang pulak topic yang bukan nafsu aku nak memasang telinga. Sorry lah, setakat sembang-sembang camtue 3 mm dari telinga aku pun aku tak layan. Buktinya aku tak ingat langsung apa bahan butir bicara mereka. Bila dorang diam pun aku tak tau. Aku pula melakukan kerja berfaedah dengan membenarkan mata aku rehat. Aku memang tuan yang bijak, baik hati dan terpimpin. Bukan macam dorang tue.

Bas berhenti di dua tempat sebelum aku sampai ke tempat yang di tuju. Stesen hentian duta dan stesen bukit jalil. Memang ramai yang turun di dua-dua tempat tadi. Aku turun dari bas pun bersama 2, 3 orang aje. Nak pergi ambik beg je, “eh, mana beg aku?”. Adegan pagi apakah ini. Aku tak tau pun ada scene beg hilang? Siapa yang tambah scene nie? Mana pengarah? Aku pergi kepada driver, “encik, beg saya tak dak pon”. Dan dia pon kelihatan terkejut. Adakah dia pelakon tambahan? Mana kemera tersembunyi? Ini adegan bong bong bong ke wakenabeb. Aku angkat tangan awai-awai wei. Aku mengaku kalah. Mana Adlin aman ramli. Biar ku terus jerit “wakenabeb”. Biarlah rancangan ini menjadi rancangan terpendek durationnya. Boleh banyak sikit iklan disumbat. Hah, siapa yang untung? Tapi bila dah untung tue, jangan lupakan mangsa glamor ini iaitu aku. Aku kan dah tolong korang. 10% pun aku terima dengan sopan punyerr.

Malangnya memang tiada kemera tersembunyi. Hanya ada Cuma dua abang taxi yang cuba menggoda aku menggunakan perkhidmatan taxi mereka. Setelah menasihatkan aku supaya menelefon kaunter, kot-kot ada orang menjumapai beg aku, si driver tadi terus bergerak. Cis, tak feeling ke apa yang aku tengah rasa nie? Kata penumpang didahulukan, keselamatan diutamakan. Ciss. Setelah berfikir dengan baik-baik semasa aku melepaskan air yang banyak dalam tubuh aku ini, aku pon bergerak ke arah abang taxi tadi, “kalau pergi ke stesen bukit jalil berapa harga?” Setelah berkira-kira si abang taxi itu berkata, “macam nie la, pergi balik kira 50 dah la”.

Akhirnya beg aku terjumpa di Puduraya. Dari pukul 5.30 hingga 7.10 pagi misi mencari beg hilang yang penuh suspens, debaran dan aksi kejar mengejar nak masuk bayar tol dulu, berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Tahniah kepada abang taxi di atas kecekapan dan kehemahan mu membawa taxi, malah hanya menawarkan tambang 70 sahaja bagi perjalan sejauh ke puduraya dan berpatah balik. Aku dengan rela hati membayarnya. Terima kasih abang taxi. Terima kasih yang tidak dilupakan kepada Tata kerana Berjaya membantu menyelesaikan misteri ‘di manakah beg aku telah dihilangkan’. Anda memang cekap dan bijaksana. Sebagai penghargaan, boleh la nak belanja cucur udang di gerai tepi jalan sekolah nun. (apa??? Tak nak, hah, nak apa, message dulu yer). Di saat aku fikir bukan-bukan jika ditakdirkan beg aku hilang selamanya-lamanya, aku bersyukur kerana ia masih rezeki aku kebarangkali. Ini menjadi satu pengalaman dan peringatan kepada aku di kemudian hari. Terima kasih Tuhan.

TAPI KAN :- aku tak puas hati la kepada insan-insan yang terlibat menurunkan beg aku dan kemudian tak dimasukkan balik? Haiyo, tak bertanggungjawab langsung. Kan dah menyusahkan orang lain. Orang lain tue pulak tak lain dan tak bukan aku la!!! Adoiyai…

0 comments: