... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Friday, May 29, 2009

Sedikit Info

11:10 AM Posted by HM Hafizd No comments
Berjumpa lagi. Sudah lama tak update, jadi mulakan dengan ini. Bacalah...

Bahtera Nabi Nuh a.s dibina daripada 124 000 keping papan dan di setiap papan itu tercatat nama seorang nabi. Nabi Nuh a.s bertanya, "Sesungguhnya saya tidak mengetahui seluruh nama-nama nabi tersebut?". Allah swt berfirman, "Wahai Nuh, tugas memotong papan itu adalah tugasmu, sedangkan menyatakan nama-nama nabi itu, Akulah yang akan melakukannya."

Semua Rasul adalah Nabi, tapi tidak semua Nabi adalah Rasul. Jumlah Nabi seluruhnya sebanyak 124 000 orang. Dari jumlah itu, 313 orang daripadanya dilantik menjadi Rasul dan kita hanya wajib mengetahui 25 orang sahaja daripadanya. Namun, mengetahui nama-nama Rasul yang lain juga amat bermanfaat untuk ilmu dan kebaikan.

Mas kahwin perkahwinan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa ialah Nabi Adam a.s hanya perlu membaca selawat sepuluh kali untuk Nabi Muhammad s.a.w.

Mas kahwin Nabi Musa a.s ketika berkahwin dengan anak perempuan Nabi Syuib a.s (ada riwayat lain mengatakan beliau bukan Nabi, hanya kebetulan namanya sahaja serupa) ialah bekerja sebagai gembala kepada ternakan baginda selama 8 tahun. Hal ini bersamaan dengan kisah Nabi Yaakub a.s. Baginda perlu bekerja selama 7 tahun kepada bakal bapa mertuanya sebagai mas kahwin. Namun akhirnya baginda dikahwinkan dengan si kakak, padahal Nabi Yaacub a.s lebih mencintai kepada si adik. Oleh itu, Nabi Yaacub a.s perlu bekerja selama 7 tahun lagi, barulah dibenarkan berkahwin dengan si adik pula. (p/s : memadukan dua beradik ketika zaman ini masih dibenarkan)

Pertama kali manusia berhadas ialah selepas Nabi Adam a.s memakan buah larangan. Manakala bagi perempuan, setelah Siti Hawa diturunkan ke dunia, barulah mula mengeluarkan haid.

Neraka mempunyai 7 tingkat. Tingkat ke-7 adalah tempat orang-orang munafik, tingkat ke-6 adalah tempat orang-orang derhaka dan mengaku sebagai Tuhan, tingkat ke-5 adalah tempat orang-orang yang sombong dan menganiaya, tingkat ke-4 bagi orang-orang yang sombong dan kafir, tingkat ke-3 adalah tempat orang-orang yahudi, tingkat ke-2 adalah tempat orang-orang nasrani dan tingkat pertama (paling bawah sekali) ialah tempat orang-orang derhaka dari ummat Nabi Muhammad s.a.w.

Ummat Nabi Muhammad s.a.w yang ke Syurga terbahagi kepada tujuh golongan. Golongan siddiqun akan melintasi laluan sirat seperti kilat, golongan 'amilun, melintas seperti angin dan golongan budala' melintas seperti burung dalam masa yang cepat. Golongan syuhada' pula akan melintas seperti kuda yang kencang larinya dan golongan hujjaj akan melintas dalam masa satu hari. Golongan muthi'un melintas dalam masa satu bulan sedangkan golongan 'ashun setiap kali meletakkan kakinya pada siratulmustaqim maka dosa-dosa yang dipikulnya menyebabkan ia hampir tergelincir ke dalam Neraka. Api Neraka ketika itu ingin membakarnya, namun cahaya iman yang ada dalam jiwanya dapat mengusir Api Neraka tersebut.

Tongkat Nabi Musa a.s adalah mukjizat kerasulannya. Apabila Nabi Musa a.s merasa keletihan dalam berjalan, maka beliau menunggang tongkat tersebut dan tiba-tiba tongkat itu berubah menjadi kuda yang perkasa. Jika lapar, baginda memukulkan tongkatnya itu ke tanah, maka keluarlah berbagai macam makanan. Jika beliau ingin minum, maka keluarlah dari tongkatnya itu mata air yang jernih. Pada waktu malam yang gelap gelita, maka keluarlah cahaya dar tongkatnya. Jika tongkat itu dilemparkan ke arah musuh, maka berubahlah ia menjadi seekor ular yang besar, dari mata dan mulutnya keluar api yang menyala.

Tongkat Nabi Musa a.s asalnya kepunyaan Nabi Adam a.s di dunia. Baginda menggunakan tongkat tersebut untuk menjaga haiwan ternakan. Selepas baginda wafat, Jibrail membawa tongkat itu ke syurga sehinggalah pada zaman Nabi Musa a.s di mana tongkat itu diturunkan ke dunia. Pertama kali Nabi Musa a.s menggunakan tongkat itu juga sebagai menjaga haiwan ternakannya.

Pada seekor lebah, ada dua macam cairan yang saling bertentangan, iaitu racun dan madu. Racun (dalam sengatan) sebagai membinasakan kehidupan sedangkan madu sebagai penyembuh yang sakit.

Dalam laut itu itu ada dua macam air yang berbeza. Yang satu tawar, segar dan sedap diminum sedangkan yang satu lagi masin dan pahit, dan Allah swt jadikan satu dinding di antara keduanya, sehingga tidak dapat bercampur yang satu dengan yang lainnya.

Iblis dicipta daripada api. Nabi Ibrahim a.s dipelihara oleh Allah daripada (terbakar dalam) api dan orang kafir di seksa dengan api (neraka).

Adam a.s dicipta daripada tanah. Ashabul kahfi dipelihara di dalam tanah (gua) dan kaum Nabi Luth a.s dibinasakan dengan tanah (dterbalikkan tanah tempat tinggal mereka).

Unta Nabi Saleh a.s dicipta (dikeluarkan) dari batu, anak unta Nabi Saleh a.s dipelihara (dimasukkan) ke dalam batu (bagi menyelamatkannya dari dibunuh) dan kaum Nabi Saleh a.s (yang ingin membunuh baginda) dibinasakan dengan batu.

Kuda dicipta daripada angin, Nabi Yaakub a.s diberi khabar gembira melalui angin (bahawa anaknya Yusuff masih hidup) dan kaum 'Aad (kaum Nabi Hud a.s) dibinasakan dengan angin (taufan yang kuat).

Terdapat dua batu yang berasal dari Syurga di dunia sekarang. Pertamanya Hajarul Aswad di kaabah, masjidil Haram dan keduanya as-Sakhrah, di Dome of The Rock, Baitul Maqdis.

TAPI KAN : - xde papa, cuma kita perlu lebih perbanyakkan dalam hal-hal beragama. Hehe ^_^

Monday, May 18, 2009

Sebut Pasal Cerpen..?

9:07 PM Posted by HM Hafizd No comments
Saya masih ingat dengan cerpen Kerana Manisnya Epal semasa belajar KOMSAS semasa zaman sekolah menengah dahulu. Cuma, saya terlupa ia semasa tingkatan empat atau lima. Selain itu, cerpen Annyss Sophilea juga amat menarik, sampaikan saya sanggup membuat sambungan cerpen itu yang saya namakan sebagai Annyss Sophilea II untuk dimuatkan ke dalam majalah tahunan sekolah. Sedihnya, cikgu yang bertanggungjawab menyemak karya pelajar tidak berminat pula untuk memasukkannya ke dalam majalah. Entah, saya tengok tak ada pun. Punya lah berkobar-kobar membelek majalah semasa pertama kali diedarkan. Hasil nukilan daripada ... itu yang penting tue, siap nama penuh lagi. Tapi, itulah, tak ade pula. Dan itulah pengalaman pertama saya menulis cerpen. Hampir 5 muka surat juga la panjangnya.

Novel Perlumbaan Kedua semasa tingkatan empat dan Julia semasa tingkatan lima juga menarik. Malah novel Pearl bagi KOMSAS Bahasa Inggeris juga memberi pengajaran yang ... sudah lupa cerita dia 'lagu mana', hehe. Perlumbaan Kedua, iaitu bila mana Arnab mencabar Kura-Kura berlumba sekali lagi, demi nama baik bangsanya. Seperti mana yang kita tahu, perlumbaan 'pertama' mereka ialah Kura-Kura menang apabila Arnab tertidur. Sekarang Arnab mencabar lagi, namun akhirnya ... jika kita tidak terlalu sombong dan bangga diri, kita tetap menang. Itu memang satu pengajaran, kerana menurut novel itu, telah ada perjanjian tidak akan ada perlumbaan ketiga lagi selepas ini. Keputusannya Arnab kalah lagi untuk kedua kalinya. 2-0.

Julia, saya ingat novel ini telah di'drama'kan. Wardina Safiyyah pelakon watak Julia. Sayangnya ia hanya ditayangkan di Astro. Rumah saya yang tiada Astro memang tidak dapat la menontonnya. Sampai sekarang pun, saya tidak la pula mencarinya di internet, atau di youtube, jika ada orang yang rajin meng'upload'. Kerananya sampai saat ini barulah saya teringat, dan 'menceritakan' di sini. Saya cuba mengingat nama cerpen-cerpen lain selain dua di atas, tak terlintas di fikiran pulak. Mungkin neuron-neuron ingatan tesebut sudah terkena 'virus' atau tersesat mencari jalan pulang. Barangkali. Tapi saya ingat pengarang novel Julia, dengan lancar sekali ... iaitu Abu Hasan Morad. Pergh, ingatan yang kuat. Dan sekali lagi saya teringat, drama Julia itu disambung kepada musim kedua, kali ini gandingan Wardina Safiyyah sebagai Julia dan Faizal Hussein Sebagai Jun, namun kali ini ia menggunakan tajuk lain. Tajuknya ... tak ingat pula.

Kalau ada orang yang tidak beberapa ingat dengan nama cerpen dan novel di atas, jangan salahkan neuron ingatan anda. Sebab anda berasal dari zon KOMSAS yang lain. Itu hanya bagi mereka yang berasal dari zon utara sahaja, sama seperti saya. Saya juga pernah terdengar tetapi tidak berjumpa lagi, dan tidak pula mahu mencarinya, sebab saya pun baru teringat hanya sekarang, novel Konserto Terakhir. Saya memang betul-betul terlupa ia semasa tingkatan berapa atau dari zon mana. Maaf la. Tetapi, ada orang kata ia novel paling seronok, paling best, menyentuh jiwa dan sebagainya. Betul ke? Mungkin juga betulnya, mungkin juga biasa-biasa aje. Siapa tahu. Sekarang saya sudah teringat. Nantilah saya cari semula.

Disebabkan cikgu tidak menerima cerpen saya itu, jadilah tahun itu majalah tahunan sekolah dipenuhi dengan seloka kelas sahaja. Seloka 2 Darul Jalal, Seloka 3 Darul Naim, Seloka 5 al-Farabi dan sebagainya. Tetapi ... kadang-kadang ia agak menarik dan mengeletek hati. Tak percaya, cubalah belek semula majalah tahunan sekolah, itupun jika masih menyimpannya lah. Entah-entah tikus sudah ... emm, apa istilah yang sesuai ya. memakannya.? Tak best. Mengkritkannya? Apa benda la tue. Asalkan ia di dalam keadaan sihat walafiat sudah. Dan sekarang saya ingin berkecimpung dalam cerpen lagi. Cerpen cinta lagi. Fuyoo. Kisah Kay dan Lynn. Di mana? hanya diposting dalam blog friendster jer, hehe. Emm, sampai di sini, jumpa lagi. Wassalaam.


TAPI KAN :- Saya pernah bercita-cita nak buat sajak atau syair atau apa-apa lah, yang seumpama dengannya. Tapi tak de idea lagi. Saya pernah nampak ct~in the memory and noire pernah membuatnya. Sangat jeles sekali.

Wednesday, May 6, 2009

'EXAMfever' Berakhir...

7:21 AM Posted by HM Hafizd 4 comments
Salaam, bertemu lagi. Exam dah habis, apa nak buat lepas nie. Bukan bermaksud hanya my paper dah habis, tapi secara generally minggu peperiksaan pun dah tamat. Hanya orang yang 'tidak bertuah' mendapat jadual exam sampai hari terakhir jer yang masih stay kat ukm lagi. Yang lain, hampir semua... ulang semula 'hampir semua' dah mengenjoykan diri balik ke kampung, plan celebration dan sebagainya. So, what to do...?

Kepada tahun tiga dan final years, perasaan menghadapi exam sebegini takkan berulang lagi. Kita takkan dapat mengisi borang kedatangan exam lagi, meletakkan kad matriks di atas meja, mendengar peraturan-peraturan exam yang sama sahaja setiap sesi exam, yang biasanya peraturan itu tidak pernah diikut pun.


"... anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan. Jika anda ada membawanya, sila serahkan telefon bimbit anda di hadapan meja pengawas. Denda 100 ringgit akan dikenakan atau anda akan dihalang untuk mengambil peperiksaan atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah..."

Begitu lah lebih kurang kot antara banyak-banyak peraturannya yang tidak pernah dipatuhi. Handset ada jer dalam poket seluar nie, malah dua biji lagi. Cuma silent je lah. Sebab tue tak pernah kena. Kadang-kadang time tue juga ada orang bagi mesagge. Perasaan nak baca mesagge tue punya la berkobar-kobar nak tengok, di tambah lagi dengan soalan yang tak tau lagi nak 'kelentong' apa. Handset lak dalam poket seluar asyik vibrate berkala ja. Jadi bila rasa dah memang tahap blur, terus keluar walaupun masa belum habis, kadang-kadang ada juga tinggal 1, 2 soalan, hehe. Bila dah sampai ke luar check handset... Hotlink Gift. Hek eleh... hotlink jer hantar message.

Perasaan berkobar-kobar tue... ehh, silap berdebar-debar tue selalu ada bila nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Masa melepak kat luar tue biasalah, sekelompok sana ada yang sedang berbincang nota-nota yang dibawa, sekelompok sini bersembang cerita tv semalam, kira dorang nie tahap confident habis la, ada yang kelam-kabut hafal formula, mulut terkumat-kamit, dahi berkerut, tanda-tanda la tue dan ada juga yang dok bincang lepas exam nie nak makan kat kedai mana!!!

Bila tengah menjawab exam tue selalu juga alami camnie. Soalan tanya sebutkan empat fungsi-fungsi persekitaran industri. Tapi... eii, apa lagi satu ahh, dah dapat dah tiga, lagi satu apa. Semalam dah baca, hafal semua... adoi, camne leh lupa pulak nie. Memang frust giler time tue. Tambah-tambah time nie bila tengok ada member yang lagi sejam lagi masa dah hantar kertas jawapan. Dalam hati... pergh, power giler dia, dah hantar jawapan. Mesti studi giler nie. tapi kadang-kadang tue timbul juga negative nyer... dia dah hantar jawapan, berapa la soalan yang dia tinggal nie. Dia lagi, nak eksyen la tue, haha, macam-macam.

Tapi selalunya memang sebelum pengawas buat pengumuman masa ada lagi 15 minit, jadi semua pelajar tidak dibenarkan keluar dewan memang dah bersiap kemas barang untuk keluar. Alasannya... saje jer, hehe. Tapi juga bergantung pada tahap kesukaran menjawab la. Bila dah keluar memang tak fikir dah, eleh-eleh dapat ....

Jadi, bila la berpeluang nak merasai semua nie lagi. Hanya mampu mengingat jer la sekarang. Simpan sebagai kenangan dalam kehidupan. Pengalaman yang tidak akan tiba lagi. Emm...


TAPI KAN :- kalau time interview nanti ada dia buat exam camnie tak..? kadang-kadang dengar ada yang kena exam. Sama ke bentuk dia..? entah la ...