... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Wednesday, April 22, 2009

Seminar Kerjaya di UUM

6:12 AM Posted by HM Hafizd 1 comment
Hari Sabtu yang lepas-lepas, lama dah kejadian nie, ada mengikuti rombongan bas mini dari UKM ke UUM, Sintok, Kedah Darul Aman. UUM ada menganjurkan program Kerjaya (pss - terlupa lak nama rasmi dorang apa, tapi kalau di UKM bersamaan Seminar dan Hari Kerjaya juga la) selama 4 hari (...kot.) Tapi kitorang pergi sehari je, sampai pagi sabtu dan petang nya bergerak pulang ke UKM.

Bila sampainya di UUM dalam pukul 8 gitu, kitorang berdaftar dulu, ambil kupon makanan, dan bergerak ke tempat makan sarapan pagi. Makan-makan nie wajib. Menunya bihun dan air mineral. Lebih kurang sampai dengan UKM punya program je, haha. Kemudian masuk la ke dalam dewan. UUM dah exklusifkan tempat duduk kepada Uni-Uni luar nie. UKM tempatnya di tengah-tengah row kedua depan dari tempat VIP. Pergh, depan giler. Upacara perasmian dimulakan oleh dua MC yang bertugas (ceewah ayat). Perasmian dirasmikan oleh NC UUM. Dalam upacara perasmian ini, ada dipersembahkan daripada pelajar UUM sendiri persembahan wushu, silat dan silambam. Sayangnya, gambar-gambar tiada pula. Kemudian ucapan perasmian dari NC dan gimik perasmiannya (hanya) memukul gong sebanyak 3 kali. Pukul gong jer, hehe.

Seterusnya NC dan tetamu VIP dijemput ke jamuan ringan dan majlis diambil alih oleh MC yang baru untuk memulakan slot pertama. MC menjemput seseorang (siapa ntah, rasanya lecturer kot) memberikan sedikit penerangan tentang penceramah. Kemudian penceramah memberikan ceramahnya... bla bla bla dan tamat. Seperti biasa sesi soal jawab dan seterusnya cenderamata kenang-kenangan diberikan. Selepas itu, untuk selingan sebelum masuk ke slot kedua, seorang pelajar dipanggil untuk menyanyikan lagu. Wah, acara ini yang baru. Si cantik manis yang muncul di pentas itu menyanyikan sebuah lagu dari Elyana iaitu 'Kau atau Aku'. Suaranya merdu sekali sihh, hehe. Habis menyanyi slot kedua bermula...

Sama juga untuk slot kedua ini, MC memanggil seseorang (mungkin lecturer juga) memperkenalkan penceramah. Seterusnya ceramah's time, sesi soal jawab dan penyampaian cenderamata. Seperti tadi, untuk selingan seorang gadis lain (yang tidak semanis gadis yang pertama tadi, hehe) keluar ke pentas dan menyanyikan lagu Ella "Standing in the eyes of the world'. Suaranya pun boleh tahan. Habis menyanyi, slot ketiga bermula dengan prosedur yang sama.

Selepas habisnya slot ketiga, masa rehat untuk makan dan solat. Makanan juga menggunakan kupon. Menunya Nasi... nasi apa ntah berlaukkan ayam dan air mineral. Sayangnya sebungkus nasi rasa tidak begitu kenyang, macam nak ambil lagi satu je. Tapi kupon dah habis, dengan segan lagi, jadi terpaksalah memendam rasa, haha. Slot keempat pun tetap dengan prosedur yang sama, tapi awal-awal lagi dah blah, tak tahan dengan ceramah-ceramah ini. So, pergi lah berjalan-jalan melihat keindahan alam di bumi UUM ini. Pergi perpustakaan, di sana ada 6, 7 buah booth yang kurang pengunjung pun, kemudian terus berjalan ke tempat yang lebih kurang sama dengan Pusanika. Di sana juga ada beberapa booth yang lebih kepada jualan. Juga berhenti makan di kedai dekat sini (kan dah cakap, makanan tadi tak cukup, masing-masing tengah lapar time ini, masa untuk 'bersantap'). Kebetulan pula hujan turun, dengan lebatnya...

Kitorang melepak di sini agak lama, sementara menanti hujan turun, sementara itu mulut sedang mengunyah makanan. Janji dengan driver bas pukul 6. Jadi sepanjang petang itu selepas hujan berhenti memang aktiviti mencuci mata, pemandangan sekeliling UUM memang menarik juga, jadi ramailah yang snap-snap gambar dan berposing-posing ayu dan macho. Sayangnya, keayuan dan kemachoan dorang tidak dapat dikongsi di sini kerana gambar masih belum didapati dari jurufoto-jurufoto tersebut. Bas sampai dan mulalah bergerak pulang. Di perhentian Gurun kalau tidak silap, bas berhenti rehat. Hajat di hati yang dah tak nak makan dah pon tewas apabila mengorder nasi dengan berlauk ikan keli yang besar dan teh ais, Sedap.

Bas bergerak semula, walaupon jam masih awal dalam pukul 9.30 malam, tapi masing-masing sudah menidurkan diri. MUngkin dalam kekenyangan kot. Yang pergi pon dalam 15 orang jer, sebab itu naik bas mini. Sampai ke UKM around 3.30 pagi gitu dan bas menghantar kitorang ke setiap kolej. Program di UUM itu secara keseluruhannya sama juga dengan UKM punya, cuma bab nyanyian selingan itu sahaja yang baru. Ini kali pertama juga melihat program seminar kerjaya diisi dengan nyanyian. Mungkin satu pendekatan yang baik. Dengan pengalaman pergi ke sana, boleh lah dapat menambah baik program seumpamanya di UKM pada tahun hadapan... Tak la sama jer setiap tahun kan...

TAPI KAN :- sangat merindui ketika menganjurkan simposium kerjaya dahulu. adakah masih ada lagi simposium kerjaya di UKM pada pada masa akan datang...?

1 comments:

weeda said...

amboi kat budak buat persmbahan yg dikomennye ye hahaha...anyway good idea, boleh diusulkan nnt..next project ko bg idea mcm tu ok..tp ko dah final year kan?