... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Friday, April 3, 2009

Dinner - Malam menggamit Memori'es'

12:54 AM Posted by HM Hafizd 8 comments
Ini ialah sambungan kepada artikel Family days. Kami bertolak pada pagi sabtu dan malamnya diadakan satu majlis makan malam yang boleh dikatakan santai dan kasual. Walaupon terdapat beberapa slack dan beberapa perkara yang mengganggu kelancarannya, tetapi secara keseluruhannya semua orang terhibur. Itu yang pasti.

Bila memperkatakan tentang menggamit memori... memang banyak yang terlintas di fikiran. Sesungguhnya club Urusetia Kerjaya banyak menyimpan memories dalam kepala otak aku. Dari tahun pertama sampai sekarang, banyak perkara boleh dikenang sebagai kenangan manis, dan sudah semestinya ada juga kenangan pahit, tapi yalah, macam carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Begitulah ibaratnya. Pada malam tue ada persembahan dari 1st year, dari senior yang terpilih dan keputusan Undian Ahli Popular. Yang tak tahan nya bila senior nie, mula-mula tue kata apa la yang 1st year nie buat persembahan, macam budak sekolah ja. Tapi, bila kena time dia, haa, tak bergerak dari kerusi jawabnya, haha. Aku masa ini dok fikir kalau nama aku naik, aku berkaraoke je la, hehe. Sebenarnya, bukan senang nak ke depan untuk pegang mike berkata-kata, menyanyi, berucap... len la kepada memang yang dah biasa.

Nak tukar topik jap. Aku terlupa nak sentuh aktiviti petang sabtu 2, best juga cerita nie, tarik tali. Lelaki vs perempuan. Dalam 4 pusingan (4 ke 5) tue, semuanya lelaki kalah. Aduh, tak percaya betol. Tengok la lelaki ada sapa. Aku, Nasir, Siraj, Zul, Kamsah, Syah, Syamer, Ayen n Nabil. 9 orang jer. Jika dibandingkan dengan perempuan dua kali ganda bilangannya. Tue tak kira lagi separuh dari bilangan tue bersaiz besar, jadi banyak la tenaganya, hahaha. Tengok la gambar sebelah. Tapi dorang memang kuat, dah puas tarik ke belakang pon tali asyik ke depan, hehe.

Esoknya petang pon enjoy juga. Ikut kumpulan main terompah gergasi, lari dengan tempurung, lari ikat kaki dengan pasangan dan apa lagi. Permainan yang biasanya hanya di main di waktu kecik-kecik dulu dan boleh mengembalikan nostagia, haha. Selepas tue apa lagi, 'berkubang' dalam laut la. Letih berenang, terdampar di pantai...

Berbalik kepada dinner tadi, selepas selesainya aktiviti dinner tue, kitorang berkumpul kat luar pula, dekat pantai, bersembang-sembang, buat juga unggun api, ada la yang berkeliling unggun api
tue, main kotak beracun. Aku tak join, sebab kalau aku join comform aku kena punye, haha. Aku menyanyi dan Kirk memetik gitar. Tapi yang spoilnya semua lagu yang nak dinyanyi lupa lirik, aduuii.

Akhirnya boleh dikatakan pemergian ahli-ahli club ke family day nie banyak merapatkan hubungan antara ahli. Itu yang diinginkan sebenarnya, dapat kenal-kenal dengan senior-senior juga dan dapat tunjukkan bakat yang terpendam. Nape kata camnie? Rupa-rupanya ahli 1st year nie memang suka menyanyi . Tak habis-habis nak buat video clip. Lagu kesukaan mereka ialah Salam Terakhir, hehe. Bagi aku lah, tengok dorang lebih terbuka kot, tak malu-malu sangat nak ke depan, buat persembahan ker, kalau nak dibandingkan senior-senior nie nak mintak bercakap dalam meeting pon malu-malu lagi. Tak tahu la.. haha. Okey la, sampai sini sahaja kisah family day n annual dinner Urusetia Kerjaya. Sampai berjumpa lagi. Together We Stand... always to be!!!



TAPI KAN :- Alamak, terlupa nak cakap pasal Undian Ahli Popular, siapa yang menang. Terlepas la pulak... ish ish

8 comments:

ct_saggie said...

eleh abg din
xnk bgth konon anugerah tu..
padahal yang menang..tTUTTTTTTTTTTTTTTTT
Huhu
erm...
sape yang baring kat tepi pnti pki baju biru tu?yang depan siraj tu?
erm..cam syok sgt tido tu....
hahahhaah
erm...
smg hbgn korg kekal
hahhaha

HM Hafizd said...

bkn baju biru la, seluar biru
siapa? cari la sendiri, hehehe

ct_saggie said...

HAIH...ABG DIN NI...
NAK KENA NI

weeda said...

wah bestnya...cik najwa tarik tali jugak ke?hehehe

hafizd Ad-DiN said...

kak. wa dok jaga keterampilan diri jer, x turun padang pon, hehe

Anonymous said...

aint00 said:

hehe..kalo kak najwa join ktorg trik tali, cnfrm lg cpat ktorg mnang..hahahaha

BeE said...

tarik tali. Lelaki vs perempuan

eleh
ckp jela korang lemah
lelaki pn ramai gak pe
yg besa2 pn ramai
abg ayein,abg syameer..
xckup lg ke? ;p

HM Hafizd said...

tu jer yg ada pon.. yg len biasa22 jer.. cuma klah di sini sbb kuantiti.

try bg kuantiti sama, konfom kami meng pye.. hehe