... dari sentuhan pancaindera, membawa ketukan di keyboard, membikin satucereka ...

Sunday, January 23, 2011

Cantik!

6:12 AM Posted by HM Hafizd No comments
Dalam filem Ayat-Ayat Cinta, scene di mana Fahri melihat wajah bakal isterinya, Aisha sungguh memikat hati. Jealous pun ada. Aisha yang berpenampilan berpurdah menunjukkan wajahnya kepada bakal suami dan Fahri hanya terpegun dan kelu lidah - kesan kepada kagum melihat kecantikkan bakal isteri. Mungkin kerana itu juga, Fahri tanpa agak-agak telah bersetuju berkahwin, walaupun mereka hanya beberapa kali berjumpa. Ya, Aisha dalam cerita tersebut menepati ciri-ciri untuk mencari bakal isteri - beragama, cantik, keturunan yang baik dan berharta. (walaupun Fahri masih belum sedar betapa kayanya Aisha ketika itu)

Itulah yang digambarkan dalam novel. Cuma pelakon "Aisha" - Rianti Cartwright lebih rendah daripada yang digambarkan dalam novel iaitu ketinggian Aisha hanya rendah 2 cm sahaja daripad Fahri. Itu tidak menjadi masalah sebenarnya. Berita Kosmo tahun lepas menyatakan Rianti telah menukar agama dari Islam ke Kristian. Emm, tak ade apa nak komen. Cuma, berbalik kepada scene tersebut, aku berangan-angan menjadi seperti Fahri. Dia sungguh bertuah.

Dalam cerita sejarah Islam yang popular pun begitu. Seorang ayah mengahwinkan seorang pemuda dengan anak perempuannya yang dikatakan cacat, bisu dan pekak. Kemudian setelah berakad nikah, pemuda itu ditunjukkan bilik isterinya. Lalu dengan redha pergilah pemuda itu ke bilik isterinya. Setelah membuka pintu, dia dapati seorang gadis jelita duduk sopan di katil. Dia merasakan dia telah tersalah masuk bilik dan ingin keluar. Lalu ditahan oleh gadis itu, "anda tidak tersalah bilik, bahkan akulah isterimu."

Kumpulan nasyid Rabbani telah membikin sebuah lagu berdasarkan kisah tersebut yang mana aku juga sukakannye. Lagu itu bertajuk Cari Pasangan. Antara liriknya ...

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinkah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir
Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa terpesona memandang
Benarkah isterinya menawan sungguh cantik

Wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik manakala wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat. Wanita yang paling cantik ialah wanita yang menjaga auratnya, tidak memberi pandangan percuma kepada lelaki-lelaki yang bukan muhrim. Wanita sebegini sangat mahal nilainya. Auratnya ialah untuk pandangan suaminya sahaja kerana tiada batasan aurat bagi suami isteri. Seperi juga lirik lagu in-team, Impian Kasih ...

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Jika sebut perkataan cantik, bukan terletak pada warna kulitnya yang putih, bukan juga pada bentuk tubuhnya yang langsing, bukan juga pada wajahnya yang menawan. Semua itu akan menjadi lebih bermakna jika gadis tersebut menjaga keterampilan diri, menjadikan dirinya lebih mahal untuk ditatap dan disentuh. Hanya ada satu tiket sahaja bagi membolehkannya ditatap, disentuh dan dibelai iaitu dengan akad nikah!. Sebelum itu, jagalah kehormatanmu ...

TAPI KAN :- ini khas untuk wanita sahaja. lelaki juga harus menjaga auratnya bagi kelihatan mahal. ada wanita 'complain' bahawa mereka dikongkong kerana aurat mereka seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. betulkah wanita ada berperasaan sebegitu..???

Monday, January 10, 2011

pasal AJL25

6:43 PM Posted by HM Hafizd No comments
Ini adalah tulisan a.k.a taipan untuk AJL25. Jubli perak la katakan. Kena buat sesuatu sebagai tanda kenang-kenangan. Okey... terus kepada intisari cerita ::)
  1. Lagu pembukaan aku suka. Tengok Nash nyanyi lagu Pada Syurga Di Wajahmu memang kagum. Aku pernah nyanyikan lagu ini di karaoke, tapi, biasalah pancit. Jadi, vokal Nash masih tetap power.
  2. Lagu Tanya sama Itu Hud Hud juga sudah lama tidak di dengar. Rasa teringin pulak nak berkaroke lagu tue. Tapi aku terfikir kenapa M.Nasir menyanyi dua kali? Rupanye ada maksud tersendiri.
  3. Mendengar Tomok menyanyi aku dah rasa dia tak boleh menang. Mungkin terlalu letih menari, but great effort
  4. Aku suka dengan lagu Noktah Cinta. Tetapi apabila mendengar Hafiz menyanyi live dan aksi kena tembak, tukar baju menyebabkan aku lebih suka dan berminat dengan lagu ini. Corus dia mengasyikkan. Termasuk dalam list karaoke.
  5. Setelah melihat Faizal Tahir dalam Selamat Malam, aku rasa dia memang akan menang sesuatu, mungkin persembahan terbaik. Siap Dato' Ajis & isteri dengan sporting nye terlibat atas pentas, aku terkagum sedikit. Lagipun, firasat aku mengatakan FT & TV3 kan gam. Mesti dia akan menang. (hehe, xde kaitan) Rupanye Hanyut lebih terbaik... hehe.
  6. Shahir kena tampar? wow... tapi vokal dia rasa sedikit kureng. Kata nye dia baru baik dari sakit? betul ker...
  7. Aku berharap Edry boleh menang. Ada 3 lagu di atas pentas. Lagu Jahat aku suka. Kebahagiaan Dalam Perpisahan best jugak. Nampaknye Edry masih belum sampai masanye naik ke pentas AJL.
  8. Persembahan Bunkface much better dari tahun lepas, terutama vokal Sam, chaiyokk.
  9. Mencari Konklusi biasa jer...
  10. Persembahan akhir antara Kak Pah, Ziana & CT aku ingatkan mereka akan menyanyi bersama, rupanye tidak.
  11. Bila CT menyanyi, housemate aku cakap, suara CT macam selsema. Aku tak perasan. Sungguh. Tapi lagu Irama Malaysia memang best, lebih-lebih lagi bila CT menyanyi, hehe. Lagipun sudah lama x dengar lagu genre nie. o_0. Persembahan CT..? I'm her fan, tentu aku suka, hahaha.
  12. Lawak pengacara ada yang tak menjadi. Tahun lepas much better. Namun, Faizal Ismail cakap orang putih slang UK terhibur jugak la... Lawak tue tetap ada, cuma tak banyak je... hehe.
Aku tak terlintas sekelumit pun Tolong Ingatkan Aku boleh menang. Kalau Ana Rafalli terkejut, aku lagi terkejut. Tapi aku bukan juri. Walau pun begitu, bukan aku menidakkan kemenangan beliau, anti ker apa. She's cute. Cuma terkejut bangat sih... Congrats Ana!!!

TAPI KAN :- atas alasan apakah lagu itu menjadi juara? nak cari paper ada x berita tentang nie... //

Tuesday, December 21, 2010

Oh Cicak!

1:45 AM Posted by HM Hafizd 3 comments
Pada suatu ketika sedang aku menekan gelas pada heater untuk mengambil air panas, tidak semena-mena jatuh seekor cicak ke dalam gelas tersebut. Aku terkejut. Dan cicak tersebut meronta-ronta kepanasan. Aku blank sekejap. Dan setelah beberapa ketika barulah aku terfikir menuangkan air panas itu ke singki. Dan mungkin juga berniat untuk menyelamatkan cicak tersebut. Cicak itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil. Sedang-sedang sahaja. Aku dapati cicak itu masih hidup. Mungkin cicak mempunyai lapisan kulit yang tebal barangkali. Setelah beberapa saat cicak itu pun bergerak ke mana yang aku pun tidak ambil peduli. Rasa-rasa aku dalam 10-15 saat juga cicak itu terendam dan terperangkap dalam gelas berisi air panas. Aku terkagum sedikit dengan daya ketahanan cicak yang hebat.

Aku memang geli nak memegang cicak. Jadi aku tidak pernah terfikir nak sentuh atau sengaja bermain-main dengan cicak. Apalagi nak menelannya. Takkan Ayu tak perasan ada sesuatu yang melalui mulutnya semasa minum air cola. Mustahil. Sampai terlekat cicak. Adoiyai. Cicak tue kan besar. Kalau aku... aku tak dapat bayangkan. Hahaha. Itulah penangan Budak Setan. bermula dari cicak, Ayu telah mengubah budak setan menjadi manusia semula. Sebenarnya aku tidak teringat jikalau scene cicak itu terdapat dalam novel atau tidak. Yalah, aku membaca novel Lagenda Budak Setan 8 tahun dahulu. Sekali khatam sahaja dan selepas itu tidak mengulang baca lagi. Novel pinjam la katakan. Tapi aku teringat semasa Ayu menghulur tabung derma, ingatkan Syah nak kasi derma, rupanya tidak. Malu Ayu kepada satu kelas. Adegan ini tiada dalam filem.

Masih hal cicak lagi. Kita disunatkan membunuh cicak. Kenapa ye? Adakah ada sebab-sebab tertentu. Ada haiwan-haiwan yang berjasa. Misalnya merpati yang membuat sarang dan bertelur di atas pintu gua Thur, dan labah-labah yang membuat sarang di pintu gua. Juga biawak (atau dhob atau haiwan seumpamanya) yang berusaha menghapuskan jejak kaki Nabi SAW dan Abu Bakar RA ke gua Thur, namun tak semua berjaya dihapuskan sehingga dapat juga kafir Quraisy menjejaki sampai ke gua. Berbalik kepada cicak, aku telah mendapat jawapan kenapa kita disunatkan membunuhnya.

Ketika Nabi Ibrahim AS dibakar, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu." Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.” Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim AS dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim AS. (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan)

Begitulah kisahnya. Dikuatkan lagi dengan sabda Nabi SAW ;
Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqqas) RA katanya: “Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil.” [riwayat Muslim]
Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW sabdanya : "Siapa yang membunuh cicak satu kali pukul, dituliskan baginya pahala seratus. Siapa yang membunuhnya dua kali pukul, pahalanya kurang dari itu. Dan siapa yang membunuhnya tiga kali pukul pahalanya kurang lagi dari itu." [Riwayat Muslim]
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kepada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang, kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi SAW bersabda:

Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh. [Riwayat Muslim].
Sama ada cicak, biawak, salamander, sesumpah, iguana atau buaya sekalipun, haiwan jenis merangkak berkaki empat ini memang mengagumkan. Biawak terbesar, biawak komodo mampu berlari lebih laju dari manusia. Sesumpah boleh mengubah warna kulit mengikut persekitaran. Juga jangan lupa cicak berupaya memutuskan ekornya tanpa rasa sakit, dan ekor itu akan tumbuh semula nanti. Rakyat Malaysia juga sudah dua kali menghabiskan 10 ringgit bagi menonton cicak di pawagam. Hahaha. Dengar kata Yusry nak buat bahagian ke-3 pula. kalau betul, tahun depan la kita dapat saksikan lelaki cicak bersut merah ini di pawagam semula. Sediakan bajet 10 ringgit cepat. Cak cak cak.

TAPI KAN :- apabila mengetahui Nabi SAW menggelarkan cicak 'si penjahat kecil', justeru layakkah cicak digelar 'superhero' ???

Saturday, December 11, 2010

tahun baru kembali lagi ::D

8:52 AM Posted by HM Hafizd No comments
Kita sudah menyambut tahun baru Hijrah. Dan aku juga telah berhijrah. Dari pekan kecil dan daerah pertanian Pendang ke bandar raya anggerik Shah Alam. It's like cliche went Sultan Selangor bertitah dalam satu temubual mengatakan penduduk Selangor bertambah hampir 5% setiap tahun - bukan kerana kadar kelahiran, tetapi jumlah migrasi dari negeri yang lain datang ke Selangor. The cliche is I am one of them. :P

Tetapi jangan risau, aku akan menjadi penduduk yang baik. Tidak menimbulkan masalah dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hahaha, macam la aku nie pendatang asing lak. Seriously, I just to get know the road. Nak pergi makan ke tempat yang best pon aku masih tak confident lagi. Orang baru la katakan. Follow member rapat. Nanti tersesat, haha. Tapi I glad menemui tempat yang murah dan sedap, walaupun agak jauh sedikit.

Lagi tiga minggu lagi kita akan menyambut tahun baru Masihi pula. Begitu cepat masa berlalu (ayat klise lagi, hehe). Tahun 2010 bagiku not my brightest year but not miserable at all also. Cuma mungkin aku tak menutup tahun baru ini dengan berjumpa beberapa orang yang hampir setahun tidak berjumpa. Its hard and very sad decision to make and the chance to met her (obviously i talk about her!) again is narrow. Huhu. Argh, ada jodoh tidak ke mana. Pertemuan dan perpisahan sudah ditentukan. Ini bukan klise, ini suratan. Dan aku membuat keputusan tersebut di dalam masjid sebelum membaca surah Yassin. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. Aku berserah dan bertawakkal sahaja. :D

Apa yang penting SMS, Facebook, YM dan lain-lain lagi masih ada. It's connecting people. Like us. Just we want to use it or not. You choose. Ada yang aku message tak respond, i feel bad. Sama ada 'beliau' ingin memutuskan ikatan atau masalah handset. Message thru FB pun tak reply. I can't lie to myself to think bad about it. For now, I'm just entertain myself 'beliau' sibuk berkerjaya. Hehehe. Life must go on. Hidup la dengan penuh kesyukuran, jangan sombong di bumi Tuhan, jangan angkuh pada manusia :D

TAPI KAN :- Setiap kali tahun baru atau sambutan tarikh kelahiran, mesti ada wish(es), kenapa yer... tak bolehkah kalau setiapa hari kita buat wish.? setiap kali kita bangun pagi pun kita boleh wish apa..??

Monday, November 8, 2010

( xtau nak tulis tajuk apa :P )

10:44 PM Posted by HM Hafizd No comments
Tahun ini sambutan deepavali aku teringatkan seorang kenalan semasa di universiti dahulu. Di dalam bilik kuliah, hanya terdapat dua orang sahaja berbangsa india - lelaki (Harvind) dan perempuan (Mahalectmi). Harvind rajin sms wish hari raya semasa kita menyambut aidilfitri dan aidiladha. So, deepavali kali ini aku pun bercadang mengucapkan selamat kepadanya pula. (first time nie, dan dah wish). Aku tiada menyimpan number kenalan india lain, jadi hanya Harvind seorang sahaja yang aku wish, hehe.

Namun, tiba-tiba terdetik dalam kepala otak aku nak wish sms kepada member-member Melayu pula. Aku saja nak tahu respond diorang macam mana. Saja suka-suka. Lalu aku telah 'memilih' 5 orang untuk eksperimen ini. Tak perlu banyak-banyak. Lalu pantun wish pun direka. Jeng jeng jeng.

happy dilwali
jangan lupa tengok filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
@
nama tajuk filem hindi
dilwale dulhania le jayenge
nak ucapkan happy deepavali
ditujukan khas untuk '___'

Balasannya ada yang membalas dengan wish pantun juga, ada yang seperti hairan, deepavali pun sambut ka? ada pulak yang tanya bila filem dilwale dulhania le jayenge tue ada kat tv? ish, tue pantun la, bukan nak promote film tue dan ada yang tak membalas pun. Kesimpulannya... lu fikirlah sendiri! hahaha.

Kebetulan pulak, sekarang musim banjir di Kedah dan Perlis. Rumah aku selamat. Memang kawasan kampung perumahan kami tinggi sikit. Jadi pengalaman banjir kilat atau banjir besar-besaran tidak pernah terjadi. Syukur. Pada suatu malam, datang sepupu kami ke rumah. Sambil bersembang-sembang topik banjir dan politik tidak boleh dielakkan. Berapi-api dia marahkan tv dan surat khabar kerana melaporkan bahawa kerajaan negeri Kedah lepas tangan dan lambat bertindak. Anaknya yang juga menjadi sukarelawan ada menceritakan yang YB Exco naik bot sambil mata mengantuk dan tersenguk-senguk bagi menghulurkan bantuan, tue pun dikatakan lepas tangan lagi.

"Bila YB kerajaan negeri ada kat tempat penempatan dan hulur sumbangan, kamera tak nak tangkap gambar pulak, tapi bila menteri mai nak salam ja, teruih tangkap gambar tak henti. Tu pun menteri mai bila depa dah ada kat penempatan. Sape yang uruskan penempatan tue kalau bukan kerajaan negeri?" Beliau masih melepaskan kemarahannya. "biaq pi kat depa la nak bohong pon. kita kat kedah nih kita tau la apa yang terjadi,". Inilah rumusannya hasil diskusi panas tersebut. Aku kalau orang-orang tua sembang politik, aku syok dengar. Walaupun jarang atau tak pernah menyampuk.

Kawasan bandar Alor Setar memang teruk dinaiki air. Rumah rasmi MB pun sampai masuk air. Ada motosikal hanya nampak cermin sahaja. Rakan aku, rumahnya di alor setar air naik sampai ke dada katanya. Fuhh, tinggi tue. Hajat keluarga aku nak pergi ke rumah pak menakan pun terbantut bila jalan tidak boleh dilalui kereta. Seseorang yang menunggu kat situ berkata, "balik rehat kat umah la, tak leh pi". Haha, betul jugak. Silap timing.

TAPI KAN :- dulu masa kecik, bila tengok dalam tv kawasan banjir, aku membayangkan betapa syoknya boleh main air, buat pelampung guna tayar traktor, tapi sekarang aku berasa geli pulak bila membayangkan air itu dah dicampur dengan bermacam-macam najis haiwan dan sebagainya... eee, korang bayangkanlah sendiri, hehehe